Tewas lagi. Itu yang dapat dikatakan apabila Kontijen IPG tewas kepada Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dalam acara bola sepak yang dilangsungkan di Padang Politeknik Merlimau. Ke dua-dua gol diperolehi pada minit ke-26 dan minit ke-27 masing-masing disumbang oleh Muhammad Norshafiq Abd. Kadir dan Muhammad Siafullah Ismail.
SKUAD MSIPGM
Perlawanan di Stadium Hang Tuah menyaksikan Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSPM) memperkukuhkan kedudukannya ditempat pertama liga acara bola sepak SIPMA ke-4. Mohd Faizuddin Bin Manjur Ahmad menjadi wira MSPM apabila menjaringkan gol pada minit ke-30 dan minit ke-53 membantu MSPM menewaskan Majlis Sukan IPTS (MASISWA) dengan keputusan 2-1.
Sementara itu di venue padang UTeM, Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM) memperolehi kemenangan pertama setelah tewas dalam dua pertemuan sebelum ini apabila menewaskan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dengan keputusan 2-0. Gol MASKOM masing-masing dijaringkan oleh Wan Zaim Wan Azizan pada minit ke-14 dan Khairul Azri Jamal Abd Haziq pada minit ke-58. Permainan dikuasai oleh MASKOM walaupun dicabar sengit oleh barisan pemain MSSM. Kemenangan ini meletakkan MASKOM kembali dalam persaingan acara bola sepak SIPMA edisi ke-4.
BERIKUT ADALAH KEPUTUSAN TERKINI.
0 comments:
Post a Comment