4 jun 2011- MAJLIS Sukan Politeknik Malaysia (MSPM) diikat seri 1-1 dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dalam acara bola sepak temasya Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (Sipma) yang berlangsung di Stadium Hang Tuah, Melaka semalam, lapor NUZULSHAM SHAMSUDDIN.
AKSI antara MSPM dan MSSM semalam yang berkesudahan seri 1-1.
Kedua-dua pasukan tampil dengan aksi bertenaga dan sering berbalas serangan namun kekentalan barisan pertahanan menafikan mereka untuk menghasilkan jaringan.
Bagaimanapun, MSPM terlebih dulu menemui penyudah apabila gerakan yang mereka lancarkan seawal minit ketiga membuahkan hasil dan Mohd. Afham Zulkepli tampil sebagai penjaring.
Jaringan tersebut membuatkan pasukan lawan, MSSM menjadi lebih agresif yang mula mempamerkan gerakan lebih terancang dalam usaha mereka mencari gol penyamaan.
Usaha mereka tidak sia-sia kerana gol yang dicari menjelma.
Ia dihasilkan oleh Shahwan Shaharudin pada minit ke-14 yang bijak memperdayakan penjaga gol MSPM, Judtana Al Eh Put.
Kedudukan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.
Bagaimanapun, pemain MSPM, Mohd. Adiafendi Dullah dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke-23 gara-gara bertindak kasar ke atas pemain lawan.
Pada perlawanan lain yang berlangsung di padang Politeknik Merlimau, Majlis Sukan Institut Pendidikan Guru Malaysia (MSIPGM) menewaskan Masiswa 2-1.
info: Kosmo
2 comments:
salam dari blog shahzone...
singgah malam jap...
Entri Terbaru: Cara nak buat energy saving mode bergambar!hot tutorial!
nnti saya pegi...
Post a Comment