.....

  1. RPT KSSR PJ Tahun 4 2014
  2. RPT KSSR PJ/PK tahun 1, 2 , 3, 4 |2014| - ON SCRIBD
  3. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 3 2014
  4. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 3 2014
  5. RPT KSSR MATEMATIK TAHUN 2 2014
  6. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 1 2014
  7. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 1 2014
  8. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 2 2014
  9. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 2 2014
  10. LANGIT TAK SELALU CERAH
  11. PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) 2013
  12. VIDEO METEORIT TERHEMPAS DI RUSSIA
  13. Siapakah CHEGU FATIN ni ?
  14. KEBAKARAN DI TAMAN PERUMAHAN AWAM TANAH MERAH,JITRA
  15. Maharaja Lawak Mega 2012
  16. GAMBAR & VIDEO | PALESTIN DISERANG ISRAEL
  17. KONFLIK PALESTINE DAN ISRAEL
  18. Gambar & Video Taufan Sandy : New York Hampir Tenggelam (peringgatan Allah)
  19. HARI ANUGERAH CEMERLANG SKBBSB 2012 - Permata Gemilang
  20. APABILA FAHAMAN SYIAH MENGUASAI DIRI !!!
  21. From Liyana Adnan: Saya Minta Maaf |untung laa sape jadi cikgu.. |
  22. Semangat Merdeka dari murid-muridku
  23. Seni Rambut || water balloon hair
  24. Maklum balas || Khas untuk Liyana Adnan : " Untung laa sape jadi cikgu " |
  25. Bapak Segala Meriam ONLY in Kuala Kangsar
  26. "Kerja aku gosok gigi badak "
  27. TIPS DIET IKUT DARAH
  28. Angkasawan Neil Armstrong meninggal dunia
  29. Nasyid Dangdut
  30. Aku Rindu PadaMU Ya Rasulullah
  31. VIDEO||Mr Bean (Rowan Atkinson) Opening Ceremony - London 2012
  32. Bangladesh can't help Rohingya: PM Sheikh Hasina
  33. Promo Twilight Raya 2012
  34. BONUS HARI RAYA
  35. wordless:tepi kain
  36. Happy Born Day MY Fren
  37. Salam Ya Ramadhan
  38. Kenali Hackers
  39. Mata Pelajaran PJ dipinggirkan
  40. KEDUDUKAN SEMASA EURO 2012
  41. Roti Meriam Sempena EURO 2012
  42. Jadual Perlawanan EURO 2012"
  43. Tsunami Lagi Dekat Penang !!!"
  44. Penyokong B.E.R.S.I.H kena sound wei !!!"
  45. 6 Gempa Bumi DIcatatkan Hari ini"
  46. KERJAYA GURU : Lisa Surihani akui kerjaya guru lebih mencabar"
  47. Gelaran Doktor pada DR. Rozmey di Tarik Balik"
  48. Pertembungan 2 Alam"
  49. SAFEE SALI MENUNAIKAN IMPIAN "BUDAK BADAN BESAR"
  50. MY Convocation DAY
  51. Hari Terakhirku - Original BY AlangKhoma
  52. Gambar : Kem Kepimpinan Pengawas SK Bandar Baru Sungai Buloh (Sebelum)
  53. Roadblock Malaysia Vs Roadblock Luar Negara
  54. Pekerja KFC Bergaduh Dengan Pelanggan
  55. Chipita sudah sampai Kedah
  56. WORDLESS 19:"HARI"
  57. Sayangnya binatang ini kepada tuannya...
  58. Bahagian 1 : Siapakah nak uruskan Jenazah Ibu Bapa Kita wahai anak-anak ?
  59. Video : Kesian tapi lucu ! Marah sampai tercabut gigi
  60. Jutawan Bola Sepak Pertama Malaysia - Safee Sali
  61. Dulu Kelantan Sekarang Selangor
  62. Jadual Ceramah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan 2
  63. Video ceramah di Masjid Shah Alam
  64. Renungan Bersama : Soal jwb Ustaz Azhar Idrus malam ni: 26 soalan kesemuanya.29.01.2012
  65. Renungan Bersama : Realiti Seorang Guru Di mata Masyarakat sekarang
  66. Ustaz Azhar Idrus datang Shah Alam
  67. Gaji Kakitangan Awam Februari 2012 Ikut Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)
  68. Kenapa kita tak pandang meninggalkan SOLAT sebagai satu jenayah ???
  69. Perkhidmatan pemasangan UNIFI
  70. Benda pelik ???
  71. Anwar Vs Najib berdebat
  72. Simbah kakak dengan air panas
  73. Bayi mati tercampak
  74. Malaysia Layak ke final
  75. Adakah pengadil perlu dipersalahkan ???
  76. Lelaki peluk manyat teman wanita
  77. TIPS : MENGENAI ASPEK PENGADILAN DARI BEKAS PENGADIL FIFA KITA..-SUBKHIDDIN MOHD SALLEH-
  78. Makan FB,tido FB
  79. Rintihan Sayu Fifi
  80. Kepala berkecai kena mercun
  81. Polis Siasat Pelajar IPT jual Baucar
  82. Aku Perlukan Boyfriend
  83. Gempa kuat landa selatan Pulau Fiji
  84. 15 nelayan Filipina maut ditembak
  85. Baucer Buku RM200 1Malaysia. Wajarkah Dijual Semula Sesuka Hati?
  86. Keadaan rumah pemilik FERRARI
  87. Eskelator penduduk setinggan !!!
  88. Video:Maradona vs pele
  89. Video:Lelaki Kena Belasah Sebab Tak Mahu Berasmara
  90. Baucer Buku Di Jual di MUDAH.my
  91. Adik pemain badmiton negara ditikam
  92. Tonton Tv Online
  93. Penempatan PTD Dalam Sistem Pengurusan di Kementerian Pelajaran? Apa Pendapat Guru-guru?
  94. Gelombang Ombak Rindu
  95. Pasukan Senior Swit.- Nurul A’in Wahida Abu Bakar | EX-IPG KKB
  96. wordless # 18 - Alhamdulillah
  97. Atlet pecut Perancis yang bakal menggegar dunia Olahraga - CHRISTOPHE LEMAITRE
  98. |video| wanita kena tikam 70 kali tak mati x18sg
  99. Video kematian Izwan Pilus di hospital
  100. Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Dalam Paru Paru
  101. Hari Pertama Aku Di SK BANDAR BARU SUNGAI BULOH
  102. KISAH MALAM PERTAMA !
  103. Gambar Isteri Di Ranjang Bersama Lelaki Lain Punca Penceraian Hattan?
  104. Lagi Kes Dekat China, Perempuan kena Tikam Depan Orang Ramai
  105. Persediaan perkara-perkara penting sebelum posting/lapor diri
  106. Info Kesihatan : Hilangkan Tekanan Dengan Sperma untuk Wanita?
  107. Apabila Kanggaroo Masuk Pekan |Video|
  108. Baru 4 Tahun Dah Berasmara di Tempat Terbuka ... Dunia ! Dunia
  109. Gambar Ustaz Azhar Disamakan Dengan Yahudi!
  110. Video:Perempuan kena belasah dalam bilik
  111. "KEMALUAN" lelaki putus

Sunday, January 9, 2011

Home » » BOLA SEPAK Home » » BOLA SEPAK

1
Komen
BOLA SEPAK

 BOLA SEPAK

PENGENALAN

Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M? Pelbagai jenis permainan bola sepak telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia juga, permainan bola sepak cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat dilihat dengan usaha pihak persatuan bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai strategi untuk memperkembangkan permainan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkat kebangsaaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia diharap menjadi salah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat memberi saingan di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan dapat membantu anda mengetahui dan mendalami aspek undang-undang, peraturan, kemahiran asas dan strategi dalam permainan bola sepak.

1.1 SEJARAH
1.1.1 Sejarah Permainan
Photobucket
Rajah1.1: Permainan bola sepak
tanpa peraturan dimainkan secara
meluas di Eropah ketika Zaman
Pertengahan

Sejarah awal permainan bola sepak diketahui dengan pelbagai cerita yang berbeza. Fakta telah menunjukkan bahawa permainan bola menggunakan kaki telah bermula sejak ratusan tahun yang lalu dan dipercayai lebih awal daripada sejarah permainan bola menggunakan tangan.

Sejarah permainan bola menggunakan kaki bermula sejak kurun ke-2 dan ke-3 di China. Ia bermula pada zaman pemerintahan Dinasti Han, di mana askar-askar mereka telah menggunakan bola yang diperbuat daripada kulit sebagai latihan fizikal dan ia dikenali sebagai latihan ÂTsu ChuÊ.

Selain itu fakta juga telah menunjukkan permainan Greek „episkyros‰ mempunyai persamaan dengan permainan daripada Rom. Cara ia dimainkan ialah dengan dimulai dengan dua pasukan, menggunakan bola kecil dan bermain di kawasan padang yang bersegi empat tepat dan ditanda garisannya. Objektif permainan ini adalah untuk membawa bola melepasi sempadan pihak lawan. Permainan ini telah bertahan selama 700 hingga 800 tahun.

Bola sepak ialah sejenis sukan berpasukan yang paling diminati dan digemari di seluruh dunia. Permainan ini juga dikenali sebagai soccer di Amerika Syarikat untuk membezakannya dengan permainan "football" yang lain di sana. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA adalah satu badan pentadbiran yang ditubuhkan untuk menguruskan bola sepak.

Oleh kerana permainan bola sepak dimain dengan cara yang berbeza-beza di sekolah-sekolah di United Kingdom, undang-undang dan peraturan awal telah diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan dan memudahkan pemainpemain memahami peraturan-peraturan tersebut. Pada tahun 1863, Persatuan Bola Sepak England telah ditubuhkan oleh beberapa kelab bola sepak. Mereka menggubal satu undang-undang bola sepak yang formal dan undang-undang ini dikembang menjadi Undang-Undang Bola Sepak yang diguna pakai sehingga kini.

Selepas beberapa tahun, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ini telah menerima pasukan bola sepak dari Afrika Selatan pada tahun 1909/1910, Argentina dan Chile pada tahun 1912 serta Amerika Syarikat pada tahun 1913. Perancangan FIFA untuk mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa telah ditangguh kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama.

Pada 1 Mac 1921, Jules Rimet telah dilantik menjadi presiden ketiga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa. Beliau merancang untuk mengadakan kejohanan secara kecil-kecilan dan satu peraturan telah diluluskan pada tahun 1928. Pemenang kejohanan akan dinobatkan sebagai juara dan akan diberikan trofi. Manakala, seorang pengukir Perancis, Abel Lafleur telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta trofi yang pertama. Trofi ini dikenali sebagai Piala Jules Rimet. Kongres pertama yang berlangsung di Barcelona telah memilih Uruguay sebagai tuan rumah yang pertama pada 1 Mei 1929.

Photobucket
                                                                  

Buat pertama kalinya, pada 18 Julai 1930, kejohanan pertama Piala Dunia dilangsungkan di Uruguay. Ia diadakan di tiga gelanggang di Montevideo dengan Uruguay yang menjadi tuan rumah muncul sebagai juara selepas menewaskan Argentina 4-2 di dalam perlawanan akhir.

Piala Dunia telah terhenti apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun Julies Rimet telah berusaha keras di sepanjang 33 tahun beliau memegang tugas sebagai Presiden. Impiannya menjadi kenyataan apabila


FIFA telah terdiri daripada 85 negara dari seluruh dunia. Rimet yang dilantik Presiden Kehormat pertama FIFA telah meninggal dunia setahun kemudian dan diganti dengan Rodolphe William Seeldrayers pada tahun 1958. FIFA telah memutuskan kejohanan itu diadakan secara berselangseli di benua Eropah dan Amerika Selatan. Operasi FIFA banyak dikawal selia oleh Ernst B. Thommen yang bertindak sebagai Penganjur Jawatankuasa Pertandingan bagi Piala Dunia 1954, 1958 dan 1962 sebelum Sir Stanley Rous dilantik sebagai Presiden FIFA keenam. Antara sumbangan besar Rous ialah menambah keahlian baru dan menyiarkan kejohanan Piala Dunia secara meluas di seluruh dunia.

Bola sepak telah menjadi sebahagian daripada fenomena kehidupan dan merupakan sukan yang paling popular di dunia. Oleh kerana itu, ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.


1.1.2 Perkembangan Bola Sepak di Malaysia
Awal 1920-an
Tahukah anda bagaimana pula perkembangan bola sepak di negara kita? Begini perkembangannya. Permainan bola sepak pertama di Semenanjung Malaysia bermula pada awal tahun 1800 sejajar dengan penubuhan kelab di mana bilangan pendatang luar adalah tinggi di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.

Permainan bola sepak telah dijadikan sebagai sukan pertunjukkan ketika perlawanan kriket Piala Malaya di antara Selangor dan Singapura pada tahun 1921.

Photobucket
Rajah 1.3: Tajuk Gambar sejarah perkembangan di negara

Pada tahun 1926, satu Persatuan Bola Sepak ditubuhkan dan selepas itu secara rasminya menjadi persatuan bola sepak kebangsaan pada 1933. Ia juga dikenali sebagai Football Association of Malaya (FAM). Sir Andrew Caldecott dilantik menjadi Presiden FAM yang pertama pada tahun 1933 dan diikuti oleh M. Shelley, Dr J. Webster, S. Scott, R. Williamson dan Adrian Clark. Mereka menerajui persatuan ini sehingga tahun 1940 sebelum Peperangan Dunia Kedua meletus.

Selepas tamat perang, Presiden FAM ialah J. King, diikuti dengan H. Bryson dan Dr C. Rawson. Mereka berkhidmat selama 2 tahun setiap seorang sebelum tampuk pemerintahan FAM bebas daripada pengaruh pemerintahan kuasa British.

Tahun-tahun di antara 1951 hingga 1984
Pada tahun 1951 pula, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah dilantik sebagai Presiden FAM. Kemudian pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Haji Hussein. Pada tahun 1976, jawatan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah.

Era Pembaharuan Modenisasi dan Profesionalism

Yang Teramat Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah merupakan tokoh yang banyak membantu dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air. Pada tahun 1989 Liga semi-pro diperkenalkan sebelum sukan ini diiktiraf sebagai sukan profesional beberapa tahun kemudian.

Di bawah pentadbiran Sultan Haji Ahmad Shah, perkembangan permainan bola sepak banyak meraih perhatian dari dalam dan luar negara sehinggalah persatuan bola sepak berjaya mengelolakan satu kejohanan berprestij iaitu Piala Remaja Dunia pada 1997. Daripada bangunan kecil di Jalan Birch, FAM akhirnya mempunyai kompleks mereka sendiri di Kelana Jaya. Ia juga merupakan pusat pentadbiran bola sepak kebangsaan yang pertama


1.1.3 Struktur Organisasi Persatuan

Rajah 1.4 berikut menunjukkan struktur organisasi Persatuan Bola sepak Malaysia atau dalam bahasa Inggeris Football Association of Malaysia (FAM).

Photobucket
Rajah 1.4: Struktur Organisasi FAM

1.2 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

Anda telah didedahkan tadi dengan sejarah asal usul bola sepak dan sejarah perkembangannya di negara kita. Sekarang mari kita kaji pula tentang peraturan dan undang-undang bola sepak. Undang-undang bola sepak digubal untuk pertama kalinya oleh Ebenezer Cobb Morley dan diusulkan ke dalam mesyuarat Persatuan Bola Sepak pada 8 Disember 1863. Kini, undang-undang tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
(FIFA).

1.2.1 Undang-undang Permainan
Kefahaman tentang undang-undang bola sepak akan dapat membantu anda memahami permainan ini dengan lebih mudah lagi. Mutu permainan atau pengadilan anda sudah tentu akan meningkat sekiranya anda dapat mempraktikkan undang-undang sukan bola sepak. Undang-undang permainan bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang yang diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA, iaitu badan yang mempunyai kuasa dalam sukan bola sepak antarabangsa. Namun begitu, terdapat sedikit pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja dan Program Tajaan Sekolah. Pengubahsuaian ini termasuklah saiz padang, saiz dan berat bola, saiz gawang, bilangan pemain simpanan dan tempoh perlawanan. Mari kita mendalami ke semua undang-undang ini.

Undang-undang 1: Padang Permainan
(a) Permukaan Padang
Perlawanan bola sepak boleh dimain di permukaan padang semula jadi atau padang tiruan. Ia bergantung pada peraturan sesuatu pertandingan.





(b) Ukuran padang
Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran padang permainan adalah seperti berikut (juga lihat rajah 1.5 ):

Panjang  : Minimum 90m (100 ela)
Maksimum : 120m (130 ela)
Lebar    : Minimum 45m (50 ela)
Maksimum : 90m (100 ela)

Ukuran padang pertandingan antarabangsa:
Panjang  : Minimum 100m (110 ela)
Maksimum : 110m (120 ela)
Lebar    : Minimum 64m (70 ela)
Maksimum : 75m (80 ela)

(c) Kawasan padang
Untuk melancarkan permainan ini garisan perlu ditandakan di setiap kawasan padang untuk membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan panjang sempadan dipanggil garisan padang manakala dua garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol. Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar. Kemudian padang akan dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah di mana kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15m (10 ela).

Photobucket
Rajah 1.5: Ukuran kawasan padang bola sepak

(d) Kawasan gol
Di setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Dua garisan di sudut kanan garisan gol masing-masing berukuran 5.5m (6 ela) dari tiang gol.

(e) Kawasan penalti
Kawasan kotak penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol dengan ukuran 16.5m (18 ela) dari tiang gol. Dalam setiap kawasan penalti, tanda penalti dibuat 11m (12 ela) dari kawasan tengah tiang gol. Lengkungan bulatan berjejari 9.15m (10 ela) dari setiap tanda penalti dibuat di luar kawasan penalti.

Photobucket
Rajah 1.6: Ukuran kawasan penalti

(f)Tiang bendera
Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5m (5 kaki) tinggi perlu ditempatkan di setiap penjuru padang. Ia juga boleh diletakkan di setiap hujung garisan tengah dan mestilah berada 1m jauh dari garisan padang.

(g) Lengkungan sudut
Suku bulatan dengan jejari 1m (1 ela) daripada setiap kawasan sudut tiang bendera dibuat di dalam padang permainan.

(h) Tiang gol
Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap garisan gol. Jarak antara tiang gol ialah 7.32m (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan tanah ialah 2.44m (8 kaki). Ukuran lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah tidak melebihi 12sm (5 inci).

Photobucket
Rajah 1.7 : Ukuran tiang gol bola sepak

Undang-undang 2: Bola
Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm-70sm dan berat bola dalam lingkungan 410g-450g. Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah bersaiz 5 manakala saiz 4 dan 3 lazimnya digunakan untuk sukan remaja. Berikut merupakan bentuk bola yang dimaksudkan.



Undang-undang 3: Bilangan Pemain
(a) Pemain
Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap pasukan mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol. Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 7 orang pemain.

Photobucket
Rajah 1.9: Setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain termasuk seorang penjaga gol.

(b) Perlawanan Rasmi
Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuanpersatuan di bawah gabungannya, hanya 3 orang pemain sahaja dibenarkan untuk membuat pertukaran. Peraturan pada setiap pertandingan mestilah menyatakan berapakah bilangan pemain gantian yang dibenarkan untuk membuat pertukaran (3 hingga 7 pemain).

(c) Nama pemain gantian
Dalam setiap perlawanan, nama-nama pemain gantian mestilah diberikan kepada pengadil sebelum perlawanan dimulakan. Pemain gantian yang tidak didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk bermain.

(d) Peraturan pemain gantian
Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara sewenangwenangnya. Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran dibuat. Pemain gantian hanya boleh memasuki padang selepas pemain yang hendak digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat daripada pengadil. Proses pertukaran lengkap apabila pemain gantian memasuki padang permainan dan pemain yang telah diganti itu tidak boleh lagi mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut.

(e) Pertukaran Penjaga Gol
Untuk menukar penjaga gol pengadil hendaklah diberitahu terlebih dahulu sebelum pertukaran dibuat.

Undang-undang 4: Peralatan Pemain
(a) Keselamatan
Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang bolehmembawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang lain. Sebagai contoh cincin, gelang atau jam tangan.

(b) Peralatan asas
Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian. Berikut adalah peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain:
I  . Jersi
II . Kasut bola
III. Seluar pendek
IV . Stoking
V  . Pelindung kaki

Photobucket
Rajah 1.10: Kasut bola adalah salah satu peralatan wajib bagi pemain bola sepak

(a) Pelindung kaki (shin guards)
Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. Pelindung kaki atau shin guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau plastik perlu dipakai di dalam stoking.

(b) Penjaga Gol
Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain lain, pengadil dan pembantu pengadil.

(c) Pelanggaran Peraturan
Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka melanggar peraturan. Pengadil akan mengarahkan pemain yang melakukan kesalahan meninggalkan padang. Pemain tersebut tidak dibenarkan memasuki padang sehingga diberitahu pengadil. Pengadil akan memeriksa pemain tersebut sebelum dibenarkan meneruskan permainan dan dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola terkeluar dari padang.

Undang-undang 5: Pengadil
(a) Kuasa pengadil
Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakan dan mendapat sepenuh kuasa dalam mengendalikan permainan bola sepak

Photobucket
Rajah 1.11: Pengadil mengawal perlawanan dengan dibantu oleh 2 pembantu pengadil

(b) Tugas Pengadil
Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil:
- Melaksanakan undang-undang perlawanan.
- Mengawal permainan dengan bantuan pembantu  
  pengadil.
- Memastikan bola yang digunakan memenuhi 
  syarat.
- Memastikan peralatan pemain yang digunakan 
  memenuhi syarat undang-undang 4.
- Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa 
  merekodkan masa permainan.
- Memberhentikan atau membatalkan permainan 
  sekiranya berlaku sebarang gangguan daripada 
  pihak luar.
- Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat 
  kecederaan teruk pada pemain dan memastikan 
  pemain itu dibawa keluar dari padang.
- Memastikan pemain yang mengalami pendarahan 
  atau luka meninggalkan padang. Pemain yang 
  cedera itu hanya dibenarkan memasuki padang 
  semula setelah mendapat isyarat daripada  
  pengadil.
- denda yang lebih berat kepada pemain yang 
  melakukan lebih daripada satu kesalahan.
- Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain 
  yang membuat kesalahan yang berat dan 
  mengarahkan pemain itu supaya keluar padang.
- Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan 
  yang gagal mengawal kelakuan semasa 
  perlawanan.
- Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh 
  pembantu pengadil atas kesalahan yang tidak 
  dapat dilihat olehnya.
- Menyambung semula permainan selepas 
  memberhentikannya.

(c) Keputusan pengadil
Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya akan menukar keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah atau setelah berbincang dengan pembantu pengadil.

contoh video:

Undang-undang 6: Pembantu Pengadil/ Penjaga Garisan
(a) Tugas
Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil. Antara tugastugas pembantu pengadil ialah:
- Memastikan keseluruhan bola keluar dari 
  garisan permainan.
- Memastikan arah tendangan sudut, tendangan 
  gol dan balingan bola ke dalam padang.
- Memaklumkan pemain yang berada dalam keadaan  
  offsaid.
- Membantu mengesan sebarang kesalahan atau 
  kejadian yang berlaku di luar pandangan 
  pengadil utama.

(b) Pembantu
Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang permainan bola sepak. Pengadil akan memberikan tanggungjawab kepada pembantu pengadil untuk membuat laporan kepada pihak atasan apabila sesuatu keadaan itu tidak boleh dikawal.

Photobucket
Rajah 1.12: Dua orang pembantu pengadil sedang bertugas
semasa pertukaran dilakukan.

Undang-undang 7: Tempoh Masa Perlawanan
(a) Tempoh permainan
Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit, kecuali terdapat persetujuan terhadap perubahan di antara pengadil dan keduadua pasukan. Sebarang persetujuan untuk menukar masa permainan hendaklah dibuat sebelum permainan itu dimulakan. Contohnya mengurangkan masa untuk setiap separuh masa kepada 40 minit.

Photobucket
Rajah 1.13: Masa permainan untuk perlawanan bola sepak ialah selama 45 minit setiap separuh masa

(b) Masa Rehat
Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa pertama. Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit.

(c) Masa tambahan
Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu pertukaran pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari padang untuk mendapakan rawatan.

(d) Tendangan penalti
Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula, tempoh masa akan dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu dilakukan.

(e) Pemberhentian perlawanan
Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya.

Undang-undang 8: Permulaan Perlawanan
(a) Permulaan perlawanan
Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan gol atau memulakan pertandingan dilakukan dengan melambung duit syiling. Pasukan yang kalah lambungan syiling akan memulakan pertandingan, sekiranya pihak yang menang memutuskan untuk memilih kawasan gol manakala pasukan yang menang lambungan syiling akan memulakan sepakan mula pada separuh masa kedua.

Photobucket
Rajah 1.14: Permainan dimulakan apabila bola ditendang ke arah hadapan

(b) Sepak mula
Ia adalah cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali perlawanan pada separuh masa kedua. Selain itu, sepak mula juga dibuat selepas jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh masa semasa tambahan masa. Jaringan yang berpunca daripada sepak mula adalah sah.

(c) Prosedur
Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. Pasukan lawan hendaklah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) daripada bola, semasa sepak mula diambil dan bola mestilah dalam keadaan pegun dan berada di tengah-tengah kawasan bulatan. Selepas pengadil memberi isyarat mula, pemain tengah perlu membuat sepak ke hadapan untuk dihantar kepada rakan pasukannya yang lain. Pemain yang mengambil mula tidak boleh menendang bola itu kembali sebelum ianya disentuh oleh pemain lain. Selepas pasukan tersebut menjaringkan gol, sepakan mula akan diambil oleh pasukan lawan. Undang-undang 9: Bola Masuk dan Keluar Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari padang apabila melintasi garisan tepi, sama ada bola meleret di atas atau di udara garisan padang. Permainan akan diteruskan kembali dengan:

(a) Perlawanan akan disambung semula dengan 
    lambungan bola di mana tempat terakhir bola 
    terkeluar.
(b) Lambungan bola yang terkena pengadil atau 
    penjaga garisan semasa di dalam padang 
    permainan.
(c) Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan 
    apabila berlaku pelanggaran undang-undang.

Photobucket
Rajah 1.15: Contoh keadaan bola masuk dan bola keluar

Undang-undang 10: Jaringan
Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol di antara tiang gol dan di bawah besi palang gol, dengan syarat pemain pasukan penyerang tidak melempar, membawa dan menolak dengan menggunakan lengan atau tangan.

Satu gol akan diperolehi dengan setiap jaringan. Pasukan yang menjaringkan paling banyak gol akan dikira sebagai pemenang perlawanan. Manakala perlawanan akan dikira ÂseriÊ sekiranya kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama semasa tempoh perlawanan. Rajah di bawah menunjukkan contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol.

Photobucket
Rajah 1.16: Contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol

Undang-undang 11: Offsaid
Pemain dikira berada dalam keadaan ofsaid apabila pemain itu berada berdekatan dengan gawang pihak lawan lebih daripada bola melainkan pemain tersebut berada di separuh padang permainan pasukannya dan hanya terdapat sekurang-kurangnya 2 pemain pihak lawan berdekatan dengan gawang mereka bersama pemain itu sendiri. Denda akan dikenakan jika pemain melakukan ofsaid. Sepakan percuma pula akan diberikan kepada pasukan lawan di mana ofsaid berlaku.

Photobucket
Rajah 1.17: Seorang pemain berada dalam keadaan ofsaid apabila berada di belakang pemain pertahanan lawan sebelum bola ditendang ke arahnya

ini contoh video offside

Undang-undang 12: Kesalahan dan Kelakuan Buruk
Kesalahan berlaku dengan sengaja ataupun tidak. Pemain yang sengaja melakukan apa sahaja kesalahan akan dihukum. Sebagai hukuman, sepakan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan di mana tempat kesalahan itu dilakukan. Kesalahan yang boleh menyebabkan hukuman sepakan percuma ialah:

(a) menendang atau cuba untuk menendang pemain 
    pihak lawan.
(b) memegang pemain pihak lawan.
(c) melompat ke atas pemain pihak lawan.
(d) menolak pemain pihak lawan.
(e) mengganggu pemain pihak lawan dari belakang 
    melainkan pemain pihak lawan menghalang 
    pemain daripada mengambil bola.
(f) sengaja memukul atau meludah pemain pihak 
    lawan.
(g) menyadung pemain pihak lawan.
(h) mengganggu pemain pihak lawan dengan bahasa 
    dan kelakuan yang kasar atau tidak sopan.
(i) membawa, menarik dan menolak ke hadapan 
    bola dengan menggunakan lengan atau tangan 
    (melainkan ia dilakukan penjaga gol di 
    dalam kawasan kotak penaltinya).

Undang-undang 13: Tendangan Percuma
Terdapat 2 jenis tendangan percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung. Jaringan boleh dikira dengan tendangan percuma langsung. Manakala bagi menjaringkan gol daripada tendangan percuma tidak langsung, bola mestilah disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain membuat tendangan percuma sebelum bola itu melepasi garisan gawang. Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) dari kedudukan bola untuk membuat tendangan percuma langsung dan tidak langsung. Pemain pertahanan boleh berada dalam jarak kurang dari 9.15m daripada bola apabila pasukan penyerang diberi tendangan percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela dari gawangpasukan pertahanan. Dalam situasi tersebut, pemain pertahanan boleh berdiri pada gawang mereka untuk menghalang jaringan berlaku. Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti dan sekurangkurangnya 9.15m dari bola apabila pemain mengambil sepakan percuma dari
kawasan penalti mereka. Bola mestilah berada dalam keadaan statik dan tidak bergerak apabila sepakan percuma diambil. Jika pemain yang mengambil sepakan percuma itu menendang untuk kali kedua sebelum pemain lain menyentuhnya, secara tidak langsung pasukan lawan akan diberi sepakan percuma.

Photobucket
Rajah 1.18: Pemain yang mengambil sepakan percuma adalah seorang yang mempunyai kemahiran yang tinggi


Undang-undang 14: Sepakan Penalti
Sepakan penalti akan diberikan sekiranya pemain melakukan kesalahan di dalam kawasan penalti.

Prosedur:
- Sepakan penalti diambil 11m (12 ela) di 
  hadapan kawasan penalti dan di tengah-tengah 
  gawang.
- Semua pemain mestilah berada sekurang-
  kurangnya 9.15m di luar kawasan penalti 
  kecuali pemain yang mengambil tendangan 
  penalti dan penjaga gol.
- Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan 
  gawang di antara tiang gol dan tidak 
  dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan 
  diambil.
- Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh 
  pemain yang mengambil sepakan penalti dan 
  tidak boleh menendang bola sekali lagi 
  sehingga bola itu disentuh oleh pemain lain.

Photobucket
Rajah1.19: Sepakan penalti selalunya akan memberikan jaringan

contoh video:

Undang-undang 15: Balingan Masuk
Perlawanan akan dimulakan kembali dengan hantaran masuk di tempat akhir sekali bola itu dikeluarkan apabila bola melepasi garisan tepi; sama ada bola meleret di atas padang atau di udara. Balingan masuk akan dilakukan oleh pasukan lawan sekiranya pemain pasukan sendiri yang menyebabkan bola terkeluar.

Prosedur:
  • Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari bahagian belakang kepala.(Rajah 1.20)
  • Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah menyentuh garisan atau di luar garisan.
  • Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola disentuh oleh pemain lain.
  • Jaringan gol daripada balingan bola yang keluar tidak akan dikira.
Photobucket
Rajah 1.20: Seorang pemain yang membuat cara balingan masuk yang betul

Undang-undang 16: Tendangan Gol
Tendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain yang membuat hantaran, terkeluar di belakang garisan gol sama ada melalui leretan padang atau udara.
Prosedur:
  • Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain pertahanan atau pun penjaga gol.
  • Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya.
  • Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di kawasan penalti.
  • Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti semasa tendangan gol diambil.
  • Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol.
Undang-undang 17: Tendangan Sudut
Tendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi garisan belakang gol.

Prosedur:
  • Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung padang bersebelahan dengan tiang bendera.
  • Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan.
  • Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m dari bola sehinggalah tendangan sudut diambil.
  • Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya.
Photobucket
Rajah 1.21: Tendangan sudut adalah salah satu kaedah terbaik untuk menghasilkan gol







1 comments:

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

It's hard to find well-informed people in this particular subject, but you sound like you know what you're talking about!
Thanks

Review my blog post ... Fabian Delmoro