DUA nasib berbeza untuk wakil negara di Kejohanan Final Siri Super Masters di Taiwan, apabila jaguh perseorangan Lee Chong Wei tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir sementara beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong terpaksa pulang awal selepas kalah dalam dua perlawanan awal peringkat kumpulan.
Chong Wei, pilihan pertama akan bertemu Peter Hoeg Gade dari Denmark hari ini bagi penentuan juara Kumpulan A selepas menumpaskan seorang lagi pemain Denmark, Jan O Jorgensen 21-18, 21-13 dalam perlawanan yang mengambil masa 35 minit, semalam.
Kien Keat-Boon Heong pula dikejutkan pasangan China, Chai Biao-Nan Zhang 14-21, 21-15, 21-17 dalam perlawanan kedua Kumpulan A.
Walaupun Lee Chong Wei terlibat dengan situasi yang berlaku dalam Badminton Negara sekarang tetapi masih lagi dapat menunjukkan satu persembahan yang baik dan melayakkan ke pusingan setrusnya dan ini patut dicontohi oleh pemain-pemain yang lain.
Lee Chong Wei akan bertemu dengan pilihan kedua dari China, Chen Long ataupun pilihan ke-3/4 dari Thailand, Boonsak Ponsana di separuh akhir.
P/S C.A : Psikologi sukan amat penting bagi seseorang atlet dan juga jurulatih, ini kerana seseorang atlet dapat menghadapi tekanan ataupun dapat melakukan strategi bagi mencapai kejayaan
P/S C.A : Psikologi sukan amat penting bagi seseorang atlet dan juga jurulatih, ini kerana seseorang atlet dapat menghadapi tekanan ataupun dapat melakukan strategi bagi mencapai kejayaan
0 comments:
Post a Comment