.....

  1. DOWNLOAD RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN & MODUL PJ, PK , MATEMATIK KSSR TAHUN 4 2015 MELALUI SCRIBD
  2. RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PJ & PK & MATEMATIK DAN MODUL DI SLIDE SHARE TAHUN 2015
  3. RPT KSSR PJ Tahun 4 2014
  4. RPT KSSR PJ/PK tahun 1, 2 , 3, 4 |2014| - ON SCRIBD
  5. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 3 2014
  6. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 3 2014
  7. RPT KSSR MATEMATIK TAHUN 2 2014
  8. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 1 2014
  9. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 1 2014
  10. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 2 2014
  11. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 2 2014
  12. LANGIT TAK SELALU CERAH
  13. PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) 2013
  14. VIDEO METEORIT TERHEMPAS DI RUSSIA
  15. Siapakah CHEGU FATIN ni ?
  16. KEBAKARAN DI TAMAN PERUMAHAN AWAM TANAH MERAH,JITRA
  17. Maharaja Lawak Mega 2012
  18. GAMBAR & VIDEO | PALESTIN DISERANG ISRAEL
  19. KONFLIK PALESTINE DAN ISRAEL
  20. Gambar & Video Taufan Sandy : New York Hampir Tenggelam (peringgatan Allah)
  21. HARI ANUGERAH CEMERLANG SKBBSB 2012 - Permata Gemilang
  22. APABILA FAHAMAN SYIAH MENGUASAI DIRI !!!
  23. From Liyana Adnan: Saya Minta Maaf |untung laa sape jadi cikgu.. |
  24. Semangat Merdeka dari murid-muridku
  25. Seni Rambut || water balloon hair
  26. Maklum balas || Khas untuk Liyana Adnan : " Untung laa sape jadi cikgu " |
  27. Bapak Segala Meriam ONLY in Kuala Kangsar
  28. "Kerja aku gosok gigi badak "
  29. TIPS DIET IKUT DARAH
  30. Angkasawan Neil Armstrong meninggal dunia
  31. Nasyid Dangdut
  32. Aku Rindu PadaMU Ya Rasulullah
  33. VIDEO||Mr Bean (Rowan Atkinson) Opening Ceremony - London 2012
  34. Bangladesh can't help Rohingya: PM Sheikh Hasina
  35. Promo Twilight Raya 2012
  36. BONUS HARI RAYA
  37. wordless:tepi kain
  38. Happy Born Day MY Fren
  39. Salam Ya Ramadhan
  40. Kenali Hackers
  41. Mata Pelajaran PJ dipinggirkan
  42. KEDUDUKAN SEMASA EURO 2012
  43. Roti Meriam Sempena EURO 2012
  44. Jadual Perlawanan EURO 2012"
  45. Tsunami Lagi Dekat Penang !!!"
  46. Penyokong B.E.R.S.I.H kena sound wei !!!"
  47. 6 Gempa Bumi DIcatatkan Hari ini"
  48. KERJAYA GURU : Lisa Surihani akui kerjaya guru lebih mencabar"
  49. Gelaran Doktor pada DR. Rozmey di Tarik Balik"
  50. Pertembungan 2 Alam"
  51. SAFEE SALI MENUNAIKAN IMPIAN "BUDAK BADAN BESAR"
  52. MY Convocation DAY
  53. Hari Terakhirku - Original BY AlangKhoma
  54. Gambar : Kem Kepimpinan Pengawas SK Bandar Baru Sungai Buloh (Sebelum)
  55. Roadblock Malaysia Vs Roadblock Luar Negara
  56. Pekerja KFC Bergaduh Dengan Pelanggan
  57. Chipita sudah sampai Kedah
  58. WORDLESS 19:"HARI"
  59. Sayangnya binatang ini kepada tuannya...
  60. Bahagian 1 : Siapakah nak uruskan Jenazah Ibu Bapa Kita wahai anak-anak ?
  61. Video : Kesian tapi lucu ! Marah sampai tercabut gigi
  62. Jutawan Bola Sepak Pertama Malaysia - Safee Sali
  63. Dulu Kelantan Sekarang Selangor
  64. Jadual Ceramah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan 2
  65. Video ceramah di Masjid Shah Alam
  66. Renungan Bersama : Soal jwb Ustaz Azhar Idrus malam ni: 26 soalan kesemuanya.29.01.2012
  67. Renungan Bersama : Realiti Seorang Guru Di mata Masyarakat sekarang
  68. Ustaz Azhar Idrus datang Shah Alam
  69. Gaji Kakitangan Awam Februari 2012 Ikut Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)
  70. Kenapa kita tak pandang meninggalkan SOLAT sebagai satu jenayah ???
  71. Perkhidmatan pemasangan UNIFI
  72. Benda pelik ???
  73. Anwar Vs Najib berdebat
  74. Simbah kakak dengan air panas
  75. Bayi mati tercampak
  76. Malaysia Layak ke final
  77. Adakah pengadil perlu dipersalahkan ???
  78. Lelaki peluk manyat teman wanita
  79. TIPS : MENGENAI ASPEK PENGADILAN DARI BEKAS PENGADIL FIFA KITA..-SUBKHIDDIN MOHD SALLEH-
  80. Makan FB,tido FB
  81. Rintihan Sayu Fifi
  82. Kepala berkecai kena mercun
  83. Polis Siasat Pelajar IPT jual Baucar
  84. Aku Perlukan Boyfriend
  85. Gempa kuat landa selatan Pulau Fiji
  86. 15 nelayan Filipina maut ditembak
  87. Baucer Buku RM200 1Malaysia. Wajarkah Dijual Semula Sesuka Hati?
  88. Keadaan rumah pemilik FERRARI
  89. Eskelator penduduk setinggan !!!
  90. Video:Maradona vs pele
  91. Video:Lelaki Kena Belasah Sebab Tak Mahu Berasmara
  92. Baucer Buku Di Jual di MUDAH.my
  93. Adik pemain badmiton negara ditikam
  94. Tonton Tv Online
  95. Penempatan PTD Dalam Sistem Pengurusan di Kementerian Pelajaran? Apa Pendapat Guru-guru?
  96. Gelombang Ombak Rindu
  97. Pasukan Senior Swit.- Nurul A’in Wahida Abu Bakar | EX-IPG KKB
  98. wordless # 18 - Alhamdulillah
  99. Atlet pecut Perancis yang bakal menggegar dunia Olahraga - CHRISTOPHE LEMAITRE
  100. |video| wanita kena tikam 70 kali tak mati x18sg
  101. Video kematian Izwan Pilus di hospital
  102. Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Dalam Paru Paru
  103. Hari Pertama Aku Di SK BANDAR BARU SUNGAI BULOH
  104. KISAH MALAM PERTAMA !
  105. Gambar Isteri Di Ranjang Bersama Lelaki Lain Punca Penceraian Hattan?
  106. Lagi Kes Dekat China, Perempuan kena Tikam Depan Orang Ramai
  107. Persediaan perkara-perkara penting sebelum posting/lapor diri
  108. Info Kesihatan : Hilangkan Tekanan Dengan Sperma untuk Wanita?
  109. Apabila Kanggaroo Masuk Pekan |Video|
  110. Baru 4 Tahun Dah Berasmara di Tempat Terbuka ... Dunia ! Dunia
  111. Gambar Ustaz Azhar Disamakan Dengan Yahudi!
  112. Video:Perempuan kena belasah dalam bilik
  113. "KEMALUAN" lelaki putus

Saturday, January 8, 2011

Home » » SUKAN BADMINTON Home » » SUKAN BADMINTON

1
Komen
SUKAN BADMINTON


 SUKAN BADMINTON




Sejarah

Photobucket

Permainan badminton sudah lama wujud sekitar dua ribu tahun lalu.Permainan ini dikenali sebagai Battledore dan Shuttlecock yang mula dimainkan pada zaman Yunani kuno, India dan China. Pada tahun 1600 Battledore dan Shuttlecock dimainkan oleh masyarakat kelas pertengahan di England dan beberapa negara Eropah untuk mengisi masa lapang. Permainan badminton juga dikenali sebagai ”Poon” di India pada tahun 1800. Badminton diberi nama ”Badminton House” di Gloucestershire iaitu kampung halaman ”Duke of Beaufort”. Duke adalah nama gelaran bagi bangsawan eropah pada zaman dulu.

Kejohanan pertama All England diadakan pada bulan Mac 1898 di Guilford. International Badminton Federation (IBF) ditubuhkan pada tahun 1934 dan dianggotai 9 negara iaitu England, Wales, Ireland, Scotland, Denmark, Belanda, Kanada, New Zeland dan Perancis. Dua tahun kemudian India turut menjadi keluarga IBF.

Piala Thomas merupakan kejohanan pertama yang dianjurkan oleh IBF pada tahun 1948. Piala Thomas adalah kejohanan dunia yang melibatkan pemain lelaki. Selepas Piala Thomas diperkenalkan tahun 1948 beberapa kejohanan dunia lain turut dipertandingkan seperti Piala Uber, Sudirman Cup, World Junior dan World Grand Prix Finals. Perlawanan badminton mula dipertandingkan di Sukan Komenwell pada tahun 1966 di Kingston Jamaica. Selepas menjadi acara demonstrasi di Sukan Olimpik Munich tahun 1972, acara badminton secara rasminya di pertandingkan sebagai salah satu acara sukan di Sukan Olimpik Barcelona 1992.

Permainan badminton dahulunya dikenali sebagai bulu tangkis merupakan satu permainan gelanggang yang menggunakan raket dan amat popular di Malaysia. Di Indonesia istilah bulu tangkis masih digunakan. Ia boleh dimainkan secara individu mahupun beregu.


Gelanggang

Photobucket

Gelanggang badminton mempunyai panjang 13.40 meter dan lebar 6.10 meter. Setiap gelanggang digarisi dengan garisan servis panjang, garisan luar ganda, garisan tengah, garisan servis pendek dan net yang berukuran 1.55 meter tinggi.

Gelanggang badminton untuk permainan individu berbeza dengan permainan beregu. Untuk permainan individu garisan luar tidak dikira jika shuttlecock jatuh diluar garisan kedua dalam maka ia dianggap keluar. Dalam permainan beregu pula garisan luar dikira jika servis shuttlecock jatuh di luar garisan servis panjang dikira keluar atau long.

Peraturan Permainan
Peraturan dan undang-undang permainan badminton ditetapkan oleh IBF.

Sistem Pemarkahan
I   Tiga pusingan untuk satu permainan dengan  
    kiraan 21 mata.
II  Setiap kali serve, pemain akan dapat mata.
III Pada kedudukan mata 20 sama, tambahan dua 
    mata (deuce) akan  diberikan kepada pemain.
IV  Pemain yang dapat menambah dua mata 
    tambahan akan menang .
V   Manakala apabila kedua pemain terikat pada 
    29 sama, pemain yang dapat menambah mata 
    menjadikan kedudukan 30 akan  memenangi 
    permainan tersebut.
VI Permain yang menang pada set pertama akan 
   memulakan permainan pada set kedua.

Jarak masa antara permainan dan menamatkan permainan
I  Apabila pemain mendahului pihak lawan dengan 
   11 mata, pemain mempunyai 60 saat jarak masa 
   antara perlawanan.
II Jarak masa 2 minit di antara setiap 
   perlawanan dibenarkan.
III Dalam set ketiga, pemain diberi peluang 
    untuk menamatkan perlawanan apabila 
    mendahului dengan 11 mata.

Sistem Kedudukan Pemain Badminton                 Dunia

Sistem pengiraan mata pemain badminton bagi kedudukan dunia dibahagi kepada lima displin iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.

Status kedudukan pemain diperakui oleh Badminton of World Federation (BWF). Berikut adalah sistem pengiraan mata bagi pemain perseorangan dan beregu :

1. Berjaya mengutip mata bagi kedudukan dunia 
   dalam kejohanan yang disertai
2. Kutipan mata bagi kedudukan dunia untuk 
   setiap pemain akan bertambah apabila mereka 
   menyertai dua atau lebih kejohanan dalam 
   masa 12 bulan setahun
3. Menyertai setiap kejohanan dan menang dalam 
   kejohanan yang disertai
4. Menyertai kejohanan dunia akan mendapat 
   banyak mata sekiranya menang
5. Pemain pilihan dilihat melalui kedudukan 
   dunia
6. Kelayakan untuk Sukan Olimpik dan kejohanan 
   dunia juga dikira berpandukan kedudukan 
   dunia

Kemahiran Asas Badminton
Photobucket

Terdapat dua cara memegang raket iaitu pegangan hadapan dan pegangan kilas

Pukulan Servis

Terdapat tiga jenis pukulan servis iaitu :

I ) Servis Rendah
Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan
Ayun raket ke belakang
Siku bengkok hampir ke badan
Tangan kiri pegang bulu tangkis
Lepaskan bulu tangkis
Ayun raket pantas ke hadapan
Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri
Pandang ke sasaran

II ) Servis Flik

Flik bulu tangkis dengan pergelangan tangan di hadapan kaki kiri
Pukulan bulu tangkis tinggi melepasi pihak lawan

III ) Servis Tinggi

Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan
Ayun raket tinggi ke belakang
Pegang bulu tangkis tinggi di paras hadapan muka
Lepaskan bulu tangkis
Ayun raket ke hadapan dengan lengan diluruskan
Pandang bulu tangkis

IV ) Pukulan Hadapan

Pandang bulu tangkis
Ayun raket ke belakang
Sebelah tangan lagi diluruskan
Ayun raket dengan tangan lurus
Pukul bulu tangkis pada jangkauan yang tinggi

V) Pukulan Kilas

Pandang bulu tangkis
Kaki kanan menyilang ke kiri
Kilas raket separa bahu
Pukul bulu tangkis

VI) Pukulan Lob

Kemahiran pukulan hadapan boleh digunakan untuk melakukan pukulan lob. Pukulan ini digunakan untuk memaksa pihak lawan bergerak jauh ke belakang gelanggang.

VII) Pukulan Smesy

Pukulan smesy boleh digunakan ketika bulu tangkis berada tunggi di udara. Ia digunakan untuk menamatkan rally. Sasaranyan ialah ke ruang kosong gelanggang lawan.

Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan
Ayun raket ke belakang dengan siku bengkok
Sebelah tangan lagi lurus ke atas
Pukul bulu tangkis dengan pantas

Kejohanan Badminton

Piala Thomas

Kejohanan Piala Thomas adalah kejohanan utama badminton peringkat                  antarabangsa bagi berpasukan lelaki. Kejohanan ini diadakan dua tahun sekali. Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas bersempena dengan nama Presiden IBF Sir George Alan Thomas yang menderma piala ini pada tahun 1939. pertandingan pertama berlangsung pada tahun 1948-1949. kejohanan pertama diadakan di Queen’s Hall, Preston, England. Malaysia pada ketika itu dikenali sebagai Malaya telah memenangi kejohanan pertama ini dengan menumpaskan Denmark 8-1 pada perlawanan akhir. Sejak itu Piala Thomas sentiasa dimenangi oleh pasukan-pasukan dari Asia.
Indonesia memenangi Piala Thomas sebanyak 13 kali diikuti China sebanyak enam kali dan Malaysia lima kali. Manakala Denmark yang berjaya mara ke perlawanan akhir sebanyak lapan kali namun belum                 pernah sekali pun memenangi kejohanan ini.
Bagi 12 siri pertama kejohanan ini sehingga tahun 1982, kejohanan ini berlangsung selang tiga tahun sekali. Namun mulai tahun 1984 kejohanan ini telah diadakan setiap dua tahun dan diadakan bersama-sama dengan Piala Uber di lokasi dan masa yang sama.
Pusingan kalah mati yang akan menentukan juara dalam lima perlawanan iaitu tiga perseorangan dan 2 beregu pada setiap satu               
peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi tiga perlawanan pertama akan mara ke pusingan berikutnya.

Piala Uber
Piala Uber ialah sebuah trofi yang dianugerahkan kepada pasukan badminton wanita terbaik dunia. Piala ini didermakan oleh H.S. Uber, seorang pemain badminton wanita dari England pada tahun 1956-1957. Piala Uber adalah kejohanan badminton bagi berpasukan                 wanita.

Pertandingan Piala Uber yang pertama diadakan di Lytham St. Annes di Lancashire, Britain pada tahun 1957. hal ini timbul kerana desakan supaya dianjurkan satu kejohanan antarabangsa untuk wanita seperti Piala Thomas. Pasukan dari Amerika Syarikat telah memenangi kejohanan pertama selepas menewaskan Denmark 6-1 pada perlawanan akhir. Hanya empat negara sahaja yang berjaya memenangi Piala Uber iaitu Amereka Syarikat, Jepun, China dan Indonesia.

Piala Sudirman

Piala Sudirman ialah kejohanan badminton campuran dunia yang diadakan setiap dua tahun. Terdapat lima perlawanan bagi setiap pusingan iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita dan beregu campuran. Piala ini dinamakan sempena nama Dick Sudirman iaitu bekas pemain Indonesia. Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Bulu Tangkis Indonesia ( PBSI). Kejohanan pertama diadakan di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia                 pada 24-29 Mei 1989.

Tiada hadiah berupa wang dalam kejohanan ini buat pemain. Mereka bermain bagi menaikkan nama negara yang diwakili untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam ranking IBF.

Indonesia merupakan negara pertama yang mencadangkan penubuhan kejohanan ini pada tahun 1986. Sepanjang kejohanan ini berlangsung Cuma lima negara yang berjaya mara ke perlawanan separuh akhir iaitu China, Indonesia, Korea Selatan, Denmark dan England.

Pasukan China paling banyak memenangi piala ini pada tahun 1995, 1997, 1999, 2001, 2005 dan 2007. Korea Selatan memenangi piala ini sebanyak tiga kali pada tahun 1991, 1993 dan 2003. Indonesia pula hanya menang pada tahun 1989. Piala ini tidak pernah dimenangi oleh negara lain selain dari Asia.

Format Piala Sudirman

Piala Sudirman merupakan kejohanan antarabangsa yang tidak memerlukan pusingan kelayakan. Pertandingan ini dibahagi kepada tujuh kumpulan. Hanya pasukan dari kumpulan pertama sahaja yang berpeluang untuk membawa pulang Piala Sudirman sementara pasukan dari kumpulan yang lain hanya bermain dalam kejohanan ini untuk tujuan promosi sahaja. Mana-mana pasukan yang mengutip mata terendah untuk setiap kumpulan akan disingkirkan.

ade lagi........nanti edisi kedua....