3 Jun 2011- Dua set-piece menarik pada perlawanan kedua acara sukan bola sepak SIPMA membawa kemenangan mutlak kepada pasukan Majlis Sukan Institusi Pendidikan Swasta (MASISWA) menentang pasukan Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM) di Padang Politeknik Merlimau. MASISWA bermula garang dan menguasai permainan pada separuh masa pertama. Pemain pasukan MASISWA, Rafi bin Katin membuat kejutan melalui jaringan set-piecepertama seawal minit ke 6 wisel permulaan dibunyikan. MASISWA memperkemas dan menghasilkan gerakan menarik melalui pemain-pemain bahagian.
Meskipun MASKOM bangkit dan menguasai permainan pada babak kedua , benteng pertahanan MASISWA yang ditunjangi oleh dua pemain import gagal ditembusi pemain lawan. MASISWA bakal menyumbat gol lebih besar sekiranya beberapa percubaan bahaya tidak terkena palang gol lawan. Setelah mengasak berkali-kali, akhirnya MASISWA menyumbat gol kemenangan pada lima minit terakhir permainan melalui Mohd Azharuddin Ghazali. Dua set-piece keramat daripada kedua-dua penjaring ini menjadi aksi paling diingati meskipun perlawanan dicemari dengan layangan 3 kad kuning.
hari kedua Kejohanan
Sementara itu, di Stadium Hang Tuah, MASUM sekadar seri 1-1 menentang MSSM. MSSM memanaskan padang dengan gol pertama pada minit ke 23 menerusi Shahwan bin Shaharudin. MASUM yang tersentak dengan kehebatan dan kelincahan pemain-pemain muda terus bangkit mempertahankan kubu pasukan. Permainan separuh masa kedua lebih seimbang dan memberi peluang kepada MASUM memperkemas serangan ke gawang lawan. Mohd Saifullah Ismail menghadiahkan gol penyamaan pada minit ke 81 dan melenyapkan harapan MSSM untuk bergelar juara.
sumber dari : http://www.sipma2011.my/berita.jsp
0 comments:
Post a Comment