Assalamualaikum. Awal bulan 12 akan diadakan satu Temuduga SPP bagi guru IPG di seluruh IPG di Malaysia. Beberapa tips temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan ingin dikongsikan bersama bagi memudahkan para guru yang bakal dilantik dalam pengesahan jawatan di dalam Perkhidmatan Awam menghadiri temuduga dengan penuh keyakinan.
- Cara penyampaian calon : calon perlulah berhujah secara matang dan mampu menjawab soalan yang dikemukakan secara berpengetahuan.
- Penampilan diri, sikap dan sahsiah calon : penampilan diri kemas sebagai seorang guru. Bertali leher bagi lelaki, kasut dan seluar formal, kasut bertutup dengan tumit seinci bagi wanita. Fesyen rasmi dan bersopan. Jangan lupa memakai name-tag
- Pengetahuan ikhtisas yang mantap : berdasarkan latihan di IPG, apakah yang kita dapat?
- Pengetahuan am dan isu semasa yang relevan dengan pendidikan : walaupun akan ditanya sedikit mengenai isu politikal dan parlimen misalnya, jawapan bagi soalan penemuduga perlulah relevan dengan tugas seorang guru.
- Apakah sekolah bestari?
- Apakah yang dimaksudkan dengan sekolah wawasan?
- Pelaninduk pendidikan.
- Pedagogi dan strategi serta kaedah PNP.
- Taksonomi Bloom
- Bagaimana untuk menyelesakan masalah dan isu KBSR, KLSR dan KBSM
- Sistem pemerintahan
- Pilihanraya
- Parlimen
- Sejarah pendidikan negara
- Isu ICT
- NKRA
- Satu Malaysia
- Sukan
- Rukunegara
- Wawasan 2020
- Misi dan visi pendidikan di Malaysia
- 9 cabaran guru arus globalisasi
- Dasar pembangunan negara dan Dasar ekonomi baru.
- Sikap dan personaliti guru : pembawaan diri
- Kekurangan nilai profesionalisme : terlalu emosional
- Kekurangan ilmu penetahuan dan kefahaman
- Kurangnya kemahiran di dalam bidang tugas.
4 comments:
Skdr menambah (ble ye tuan tanah)..
1. Cari sdikit makluman mngenai nama penemuduga.. Lebih manis jika kita memanggil penemuduga dgn gelaran yg sepatutnya - prof, dc, datuk, datin, tuan, puan etc..
2. jangkakn soalan dan cb praktis mnjawab..
3. Jot down kita pny kekuatan..
4. Penemuduga tidaklah terlalu teruk sebenarnya, perkara pokok yg dia mahu lihat ialah - adakah org didepan aku ini layak utk bergelar GURU.. jadi pakai-jalan-cakap-keyakinan-lagak- pastikan seperti guru..
@TANJUNG RHINOS RCboleh sangat,,,,,nak sangat....tahu..
hello~ emm, sy pun, guru platih ipg gak . err, senior2 sy kata, nnt nk interview katanya perlu surat tawaran degree pismp tu, tp sy xdpt pun surat tu, ada jg yg dpt , ada yg xdpt . cmne tu ???
BTW, nice entri utk interview ni :) ilmu utk saya pulak 1hri nanti
goodluck senior ! ;D
@T.Taniayup memang perlu sangat,,.kalau tak kena halau x pe nanti ipg bagi penya time last sem baru ipg kalut2 nk bg...
Post a Comment