Permohonan dan syarat kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 pada Tahun 2012. Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2011 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2012.
Sila rujuk syarat-syarat Kelayakan permohonan
i : Semenanjung Malaysia >>
ii: Sabah dan Serawak >>
iii: Sistem Permohonan MRSM (SPMRSM) >>
Sila rujuk syarat-syarat Kelayakan permohonan
i : Semenanjung Malaysia >>
ii: Sabah dan Serawak >>
iii: Sistem Permohonan MRSM (SPMRSM) >>
Permohonan
Mohon Nombor Pin / Kata Laluan
- Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Wilayah Persekutuan Kuala QLumpur / Negeri atau Daerah atau MRSM yang berdekatan untuk mendapatkan kata laluan secara percuma bermula pada hari keputusan UPSR 2011 diumumkan secara rasmi iaitu 17 November 2011.
- Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2011 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.
Isi Borang Online
- Permohonan perlu dibuat secara online di PermohonanKemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2012. (Sila gunaInternet Explorer)
- Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
- Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
Permohonan ke Tingkatan Satu,
Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19,
Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
- Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
- Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.
Tarikh Tutup
- Permohonan secara online kemasukan ke MRSM ini akan ditutup pada 30 November 2011.
- Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah pada 5 Disember 2011.
- Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2012, permohonan anda dianggap tidak berjaya
0 comments:
Post a Comment