.....

  1. DOWNLOAD RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN & MODUL PJ, PK , MATEMATIK KSSR TAHUN 4 2015 MELALUI SCRIBD
  2. RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PJ & PK & MATEMATIK DAN MODUL DI SLIDE SHARE TAHUN 2015
  3. RPT KSSR PJ Tahun 4 2014
  4. RPT KSSR PJ/PK tahun 1, 2 , 3, 4 |2014| - ON SCRIBD
  5. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 3 2014
  6. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 3 2014
  7. RPT KSSR MATEMATIK TAHUN 2 2014
  8. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 1 2014
  9. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 1 2014
  10. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 2 2014
  11. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 2 2014
  12. LANGIT TAK SELALU CERAH
  13. PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) 2013
  14. VIDEO METEORIT TERHEMPAS DI RUSSIA
  15. Siapakah CHEGU FATIN ni ?
  16. KEBAKARAN DI TAMAN PERUMAHAN AWAM TANAH MERAH,JITRA
  17. Maharaja Lawak Mega 2012
  18. GAMBAR & VIDEO | PALESTIN DISERANG ISRAEL
  19. KONFLIK PALESTINE DAN ISRAEL
  20. Gambar & Video Taufan Sandy : New York Hampir Tenggelam (peringgatan Allah)
  21. HARI ANUGERAH CEMERLANG SKBBSB 2012 - Permata Gemilang
  22. APABILA FAHAMAN SYIAH MENGUASAI DIRI !!!
  23. From Liyana Adnan: Saya Minta Maaf |untung laa sape jadi cikgu.. |
  24. Semangat Merdeka dari murid-muridku
  25. Seni Rambut || water balloon hair
  26. Maklum balas || Khas untuk Liyana Adnan : " Untung laa sape jadi cikgu " |
  27. Bapak Segala Meriam ONLY in Kuala Kangsar
  28. "Kerja aku gosok gigi badak "
  29. TIPS DIET IKUT DARAH
  30. Angkasawan Neil Armstrong meninggal dunia
  31. Nasyid Dangdut
  32. Aku Rindu PadaMU Ya Rasulullah
  33. VIDEO||Mr Bean (Rowan Atkinson) Opening Ceremony - London 2012
  34. Bangladesh can't help Rohingya: PM Sheikh Hasina
  35. Promo Twilight Raya 2012
  36. BONUS HARI RAYA
  37. wordless:tepi kain
  38. Happy Born Day MY Fren
  39. Salam Ya Ramadhan
  40. Kenali Hackers
  41. Mata Pelajaran PJ dipinggirkan
  42. KEDUDUKAN SEMASA EURO 2012
  43. Roti Meriam Sempena EURO 2012
  44. Jadual Perlawanan EURO 2012"
  45. Tsunami Lagi Dekat Penang !!!"
  46. Penyokong B.E.R.S.I.H kena sound wei !!!"
  47. 6 Gempa Bumi DIcatatkan Hari ini"
  48. KERJAYA GURU : Lisa Surihani akui kerjaya guru lebih mencabar"
  49. Gelaran Doktor pada DR. Rozmey di Tarik Balik"
  50. Pertembungan 2 Alam"
  51. SAFEE SALI MENUNAIKAN IMPIAN "BUDAK BADAN BESAR"
  52. MY Convocation DAY
  53. Hari Terakhirku - Original BY AlangKhoma
  54. Gambar : Kem Kepimpinan Pengawas SK Bandar Baru Sungai Buloh (Sebelum)
  55. Roadblock Malaysia Vs Roadblock Luar Negara
  56. Pekerja KFC Bergaduh Dengan Pelanggan
  57. Chipita sudah sampai Kedah
  58. WORDLESS 19:"HARI"
  59. Sayangnya binatang ini kepada tuannya...
  60. Bahagian 1 : Siapakah nak uruskan Jenazah Ibu Bapa Kita wahai anak-anak ?
  61. Video : Kesian tapi lucu ! Marah sampai tercabut gigi
  62. Jutawan Bola Sepak Pertama Malaysia - Safee Sali
  63. Dulu Kelantan Sekarang Selangor
  64. Jadual Ceramah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan 2
  65. Video ceramah di Masjid Shah Alam
  66. Renungan Bersama : Soal jwb Ustaz Azhar Idrus malam ni: 26 soalan kesemuanya.29.01.2012
  67. Renungan Bersama : Realiti Seorang Guru Di mata Masyarakat sekarang
  68. Ustaz Azhar Idrus datang Shah Alam
  69. Gaji Kakitangan Awam Februari 2012 Ikut Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)
  70. Kenapa kita tak pandang meninggalkan SOLAT sebagai satu jenayah ???
  71. Perkhidmatan pemasangan UNIFI
  72. Benda pelik ???
  73. Anwar Vs Najib berdebat
  74. Simbah kakak dengan air panas
  75. Bayi mati tercampak
  76. Malaysia Layak ke final
  77. Adakah pengadil perlu dipersalahkan ???
  78. Lelaki peluk manyat teman wanita
  79. TIPS : MENGENAI ASPEK PENGADILAN DARI BEKAS PENGADIL FIFA KITA..-SUBKHIDDIN MOHD SALLEH-
  80. Makan FB,tido FB
  81. Rintihan Sayu Fifi
  82. Kepala berkecai kena mercun
  83. Polis Siasat Pelajar IPT jual Baucar
  84. Aku Perlukan Boyfriend
  85. Gempa kuat landa selatan Pulau Fiji
  86. 15 nelayan Filipina maut ditembak
  87. Baucer Buku RM200 1Malaysia. Wajarkah Dijual Semula Sesuka Hati?
  88. Keadaan rumah pemilik FERRARI
  89. Eskelator penduduk setinggan !!!
  90. Video:Maradona vs pele
  91. Video:Lelaki Kena Belasah Sebab Tak Mahu Berasmara
  92. Baucer Buku Di Jual di MUDAH.my
  93. Adik pemain badmiton negara ditikam
  94. Tonton Tv Online
  95. Penempatan PTD Dalam Sistem Pengurusan di Kementerian Pelajaran? Apa Pendapat Guru-guru?
  96. Gelombang Ombak Rindu
  97. Pasukan Senior Swit.- Nurul A’in Wahida Abu Bakar | EX-IPG KKB
  98. wordless # 18 - Alhamdulillah
  99. Atlet pecut Perancis yang bakal menggegar dunia Olahraga - CHRISTOPHE LEMAITRE
  100. |video| wanita kena tikam 70 kali tak mati x18sg
  101. Video kematian Izwan Pilus di hospital
  102. Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Dalam Paru Paru
  103. Hari Pertama Aku Di SK BANDAR BARU SUNGAI BULOH
  104. KISAH MALAM PERTAMA !
  105. Gambar Isteri Di Ranjang Bersama Lelaki Lain Punca Penceraian Hattan?
  106. Lagi Kes Dekat China, Perempuan kena Tikam Depan Orang Ramai
  107. Persediaan perkara-perkara penting sebelum posting/lapor diri
  108. Info Kesihatan : Hilangkan Tekanan Dengan Sperma untuk Wanita?
  109. Apabila Kanggaroo Masuk Pekan |Video|
  110. Baru 4 Tahun Dah Berasmara di Tempat Terbuka ... Dunia ! Dunia
  111. Gambar Ustaz Azhar Disamakan Dengan Yahudi!
  112. Video:Perempuan kena belasah dalam bilik
  113. "KEMALUAN" lelaki putus

Wednesday, November 16, 2011

Home » , » Sebuah Kisah - Terkenang Kisah Silam Home » , » Sebuah Kisah - Terkenang Kisah Silam

6
Komen
Sebuah Kisah - Terkenang Kisah Silam

Gambar hiasan

Assalamualaikum. Kehadapan ustaz yg saya hormati. Saya tidak tahu di mana ingin saya mulakan bicara ini, tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa. Saya selama ini, ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun. Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan. Harap ustaz tidak bosan mendengarnya. Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia. Namun ustaz, saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya, kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata. 

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai, dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya seorang yang tidak pandai bergaya, tetapi kuat pegangan agamanya,  bertudung labuh, bersopan santun, baik budi bahasanya. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini  segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.  Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain, cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat. Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu, jiwa saya menjadi kacau dan keliru, saya amat marah kepada isteri saya kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu. 

Ustaz sepanjang kehidupan kami, saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya. Namun rupanya ustaz, isteri saya ini adalah wanita yang penyabar pernah saya tidak balik ke rumah dengan tujuan isteri saya akan membenci saya, tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah. Dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?Ustaz pernah suatu hari saya menampar mukanya apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?.....Paannggg..!! satu tamparan kuat saya berikan di pipinya perasaan geram..marah dan rasa terhina bercampur ego yg menggila. Bengkak pipinya dia menangis terisak-isak saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya, tetapi rupa-rupanya dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya. 

Ustaz pernah suatu hari dia ingin bermanja dengan saya membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya. Pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone, ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya. Dengan linangan air mata, dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai. Ustaz saya bertambah lupa daratan saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar. Pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah. Ustaz pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya, tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong. Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya untuk bangun hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya. Ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli dialah yang memandikan saya menggosok badan saya dan memakaikan pakaian untuk saya. Bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun. Dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur, tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi risaukan saya mengerang kesakitan lagi. 

Gambar hiasan

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya.  Bila saya kenangkan kembali sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun. Dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya. 

Ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan. Ustaz, saya kasar, kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya. Besarnya dosa saya amat menyesal rasanya. Ustaz, ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih dan isteri saya jatuh sakit badannya menjadi kurus kering tiada selera makan terbaring tak bermaya kata doktor yang merawatnya. Isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati. Hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya. Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk mukanya makin pucat tetapi dia tetap senyum saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya. Dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abangsaya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal. 


Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya. Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu. 

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan. Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita, jiwa saya terseksa mungkin ini hukuman yang patut saya terima. 

Gambar Hiasan


Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapakan dari saya. Di dalam nota itu dia menulis Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...sayasenantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau danbermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkintidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya". Ustaz, saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz, kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat untuk tenangkan abang. Ustaz saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami sayangilah isteri anda selama mana anda berpeluang untuk berbuat begitu janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan pasti anda akan menyesal tak sudah.

Terima kasih ustaz doakan saya. Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright....tajuknya now and forever... by Richard Mar.

6 comments:

EmpayarUtama said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Panjang ceritanya tapi banyak sekali pengajaran. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya...

AZMI KHAN said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pengajaran yg sgt byk tersirat disebalik cerita ini.....
moga ia menjadi pengajaran yg beharga buat semua....

ali imran said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedih terok... huhuhu

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hmm,sdih cte nye.. bnyk pngjrn yg b'hrge..

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ciannya..(T_T)

cik kiwi's said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedihhhhhhhhhh


Arkib Chegu