Sekiranya anda teringin menyaksikan jutaan orang dalam satu-satu masa bertelanjang bulat, datanglah ke perayaan Kumbh Mela di India. Kumbh Mela adalah sebuah ritual ziarah yang dilaksanakan oleh umat Hindu di India setiap 12 tahun sekali. Perayaan berikutnya pula akan hanya disambut pada tahun 2022.
Tradisi ziarah ini meliputi 4 lokasi: Allahabad (Prayag), Haridwar, Ujjain dan Nashik di India. Ziarah 12 tahun sekali ini dinamakan juga Maha Kumbh Mela (Kumbh Mela Besar) yang dilaksanakan di Prayag, yang dihadiri sehingga 60 juta orang. Hingga saat ini, inilah satu-satunya tradisi yang berjaya mengumpulkan pengunjung paling banyak di dunia dalam satu waktu sekaligus.
Sama sekali tidak ada rasa segan ketika jutaan orang berjalan dalam keadaan bogel melintasi sungai Gangga yang merupakan sungai suci bagi masyarakat India. Kumbh Mela adalah ziarah utama di mana orang-orang, terutama orang-orang suci (Sadhu), melakukan perjalanan jauh dan bertahan dengan ketidak-selesaan fizikal mereka. Dengan ritual ini, mereka berkesempatan untuk menyucikan dosa-dosa mereka.
Penganut Hindu yang taat sangat percaya bahawa Sungai Gangga memegang kekuasaan untuk menghilangkan dosa-dosa masa lalu. Sungai itu juga dianggap mampu membebaskan individu dari kitaran hidup dan mati (moksha) dan membawa mereka lebih dekat dengan yang maha tinggi (Braham).
Anil Sharma, seorang pengacara yang menghadiri perayaan ‘mandi bogel’ mengatakan, “Kerana sesuai dengan jalannya bintang, maka selama Kumbh, semua perkara baik yang anda lakukan akan berlipat ganda dan dihapuskan dosa-dosa.” Sebab menurut astrologi Hindu, Mela Kumbh terjadi setiap kali planet Jupiter memasuki Aquarius dan Matahari memasuki Aries.
Sementara itu, ada mitologi yang agak berbeza disebalik perayaan Kumbh Mela ini. Sastra Hindu kuno mengatakan bahawa telah terjadi perang antara dewa-dewa dan roh-roh jahat dengan menggunakan nektar (madu) yang diperlukan untuk mencapai keabadian. Selama konflik ini, empat titisan madu tumpah ke Bumi dan mendarat di empat kota yang disebutkan di atas.
Namun, tidak semua orang yang menghadiri perayaan tersebut bertelanjang. Beberapa orang diantaranya masih memakai pakaian, sementara yang lain hanya mengoleskan tubuh mereka dengan abu.
Perlukah kita berbogel untuk menyucikan dosa kita??? Anda pula bagaimana?
P/s: Tidak ada isu perkauman disini.
20 comments:
berbogel tambah dosa ada la kih3... :)
mmmm..lelaki je kot.. perempuan tak..
ini tradisi agama mereka. saya rasa kalau nak tanya pendapat saya, bagi saya, sebagai seorang yang beragama Islam, kita ikutlah ajaran agama Islam, apa yang terkandung di dalam al-Qur'an dan As-Sunnah, apa yang diajar Rasulullah SAW dan segala perintah ALLAH.. mudah sebenarnya.. kita akan tau jawapannya.. :)
OMG..!! jantan belaka. hahaa.. sib baik xde pompuan kan.. apa2 pun, kita harus hormati budaya bangsa2 lain kan..
Kepercayaan manusia pelbagai...
Bagi akak ALLAH ITU ESA
ish2 ... x malu ke mrk?
nk wat camna kan...dh depa percaya mcm tu
ini tradisi agama mereka...tapi..err..x malu kee?
adoii nak tergelak pic yang rambut terbang tuh..hahaha ingat dia model ke..kikiki..kepercayaan mereka ni memang kelakar..takut euiii semua dok berbogel..dengan perut buncit.hahaha..dah la sungai tuh de mayat2 kembung..adoiyai
@Ku Azharsungguhh tapi entah le hihih
@tina.miraye ke tak hihihi
@kakaklalin agama lain anutan dia betol x kak??hihihi
@wan_cikgumuzikyeah betol sangat...
@kak zmahkepercayaan ya ....
@kak Mahallah yang satu
@Hana Kimiliamemg x malu....
@khairulhihihihiih
@Fithrah Neelamenth tradisi ape th...biarkn mereka...
@MaYa MustWanyentah la mike ni...
Post a Comment