Assalamualaikum...ok untuk pungutan pingat hari beberapa pingat telah disumbagkan oleh para atlet kita iaitu melalui acara squasy, karate, hoki,terjun.
SQUASY
NICOL David (dari kiri), Low Wee Wern , Sharon Wee dan Delia Arnold meraikan kemenangan selepas menewaskan pasukan Hong Kong sekaligus merangkul pingat emas kesembilan buat negara dalam Sukan Asia di Guangzhou, China.
Skuasy wanita membawa kontinjen Malaysia memahat pencapaian terbaik dalam sejarah Sukan Asia, apabila memenangi emas kesembilan di Guangzhou, sekali gus mencapai sasaran selepas menundukkan Hong Kong 2-0 pada final berpasukan wanita, semalam.
Kemenangan Datuk Nicol David dan rakan-rakan, membolehkan Malaysia mengatasi pencapaian terbaik pada Sukan Asia sebelum ini, iaitu lapan emas di Doha 2006.
Pasukan Skuasy lelaki tumpas 0-2 kepada Pakistan pada saingan akhir berpasukan lelaki dan hanya mampu membawa pulang pingat perakuntuk negara.
Ong Beng Hee kalah kepada Mehboob Farhan dengan keputusan 3:0,
manakala Mohamad Azlan Iskandar kalah kepada Khan Amir Atlas 3:0.
KARATE
Jamalliah melakukan serangan ke atas lawannya dari Macau, Carion Pereira sebelum mara ke final acara karate 68kg Sukan Asia di Guangzhou, semalam.
Karate terlepas peluang untuk menambah satu lagi pingat emas, selepas atlet wanitanya Jamalliah Jamaludin yang tewas dalam pertarungan akhir 68 kilogram, semalam.
Jamalliah, yang turun dalam aksi pertamanya pada Sukan Asia tewas dengan kiraan 2-5 kepada lawannya dari Jordan, Manar Shath untuk membawa pulang pingat perak dalam pertarungan yang didakwa oleh atlet Malaysia itu berat sebelah.cuba lagi ye.
TERJUN
Dalam acara terjun pula menambah 2 pingat gangsa memlalui Yeoh Ken Nee dan Pandalela Renong. Masing-masing menanmbah koleksi pingat untuk temasya kali ini.
HOKI
Penyerang Pakistan, Shakeel Abbasi (kanan) cuba mengekang Muhammad Sukri Abdul Mutalib (kiri) dari Malaysia dalam perlawanan akhir hoki lelaki
PENJAGA gol Pakistan, Salman Akbar, menyelamatkan percubaan pemain Malaysia, Hafifihafiz Hanafi, pada perlawanan akhir hoki Sukan Asia di Padang Hoki Aoti Guangzhou, China. Pakistan meraih pingat emas selepas menang 2-0.
Hajat pasukan Hoki negara untuk memperolehi pingat emas yang pertama dalam sejarah Sukan Asia yang pernah disertai berkecai apabila disekat oleh pasukan Pakistan dengan Jaringan 2-0.
Malaysia tenggelam dengan corak permainan Pakistan yang memperolehi gol menerusi Sohail Abbas pada minit ke-26 dan dan Rehan Butt mengukuhkan cengkaman lawan tiga minit selepas separuh masa kedua bersambung.
Malaysia turut berputih mata kerana terlepas tiket automatik ke Sukan Olimpik London.
Walaupun mampu memberi tentangan, namun anak-anak buah Stephen van Huizen gagal mengulangi corak serangan pantas ketika menewaskan India di peringkat separuh akhir.
Bagaimanapun, kejayaan mara ke babak final buat julung kalinya selepas acara hoki diperkenalkan di Sukan Asia sejak 1958 seharusnya dipuji sebagai isyarat bahawa hoki negara masih mempunyai potensi besar di peringkat antarabangsa.
0 comments:
Post a Comment