Assalamualaikum bertemu kita sekali lagi untuk menegetahui keputusan terkini bagi hari ke-12 Sukan Asia Guang Zhou 2010. untuk hari ini merupakan hari yang cemerlang bagi kontigen Malaysia kerana terlah berjaya menambah 2 pingat emas dan juga pingat gangsa.
Ku Jin Keat mempamerkan pingat emas yang dimenanginya selepas menewaskan Itaru Oki
Untuk pinggat emas ketujuh negara disumbangkan oleh Ku Jin Keat Atlit kelahiran Pulau Pinang yang bertanding dalam acara individu kata itu menewaskan Itaru Oki dari Jepun dengan keputusan 3-2.
R. Puvaneswaran, 35, meraih pingat emas kelapan buat Malaysia pada Sukan Asia ke-16 di Gimnasium Guangdong.
Atlit karate negara dalam acara Kumite bawah 55kg lelaki itu cemerlang untuk menundukkan Mohamamed Almaki dari Arab Saudi mengubati kekecewaannya di Doha.
Pada kejohanan yang sama empat tahun lalu, dia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
Atlit karate negara dalam acara Kumite bawah 55kg lelaki itu cemerlang untuk menundukkan Mohamamed Almaki dari Arab Saudi mengubati kekecewaannya di Doha.
Pada kejohanan yang sama empat tahun lalu, dia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
ATLET karate, Ku Jin Keat (kanan) membuat kejutan menyumbang pingat emas ketujuh negara pada Sukan Asia, hari ini. Lebih manis lagi, isterinya, Lim Lee Lee meraih gangsa bagi kategori wanita. Pasangan itu adalah atlet karate untuk Kategori Kata
Ini dibanggakan lagi, isteri kepada pemenang pingat emas lelaki kategori kata, Lim Lee Lee meraih gangsa bagi kategori wanita. menambahkan jumlah pingat dari sukan karate.
Jun Hoong Cheong bersama pingat gangsa yang dimenangi dalam acara 1m papan anjal wanita
Kem akuatik pula menambah bilangan pingat buat negara apabila memenangi gangsa menerusi acara 1m papan anjal wanita. Jun Hoong Cheong mengumpul 271.60 mata untuk meraih gangsa.
Selain itu juga,YEOH Ken Nee juga telah menumbangkan pingat gangsa dalam acara dengan kutipan mata 391.10
Berikut adalah keputusan terkini bagi hari ke-12, Malaysia meningkat 2 anak tangga
0 comments:
Post a Comment