Assalamuaalaikum... bertemu kita untuk keputusan terkini bagi sukan Asia Guang Zhou 2010 untuk hari ke-11. Untuk hari ke 11 ini penambahan pingat telah berjaya diraih melalui acara terjun dengan meraih pingat perak.
Leong Mun Yee (kiri) dan Pandalela Rinong beraksi dalam acara final berpasangan 10m platform di Sukan Asia 2010 Guangzhou, China.
Penerjun negara, Leong Mun Yee memenangi pingat perak kedua Sukan Asia 2010 selepas berganding dengan Pandalela Rinong dalam acara berpasangan 10m platform.
Mun Yee dan Pandalela mencatatkan skor 311.94 mata untuk meraih perak sementara atlit China, Chen Roulin dan Wang Hao memenangi pingat emas dengan skor 360.06 mata. Pingat gangsa dimenangi oleh penerjun Korea Utara, Choe Kum Hui dan Kim Un Hyang.
Mun Yee memenangi emas pertama pada Isnin lalu sewaktu berpasangan dengan Ng Yen Yee dalam acara 3m springboard.
Pasukan Malaysia meraikan kejayaan mereka dalam aksi separuh akhir bertemu India di Sukan Asia ke-16 pada 23 Nov 2010.
Skuad hoki negara mencipta sejarah tersendiri dengan melayakkan diri ke final perlawanan hoki dengan bertemu Pakistan untuk merebut pingat emas. Penentuan akan dilakuan pada hari Khamis ini.
Anak didik Stephen Van Huizen mencipta sejarah apabila layak ke perlawanan akhir dengan menundukkan India 4-3 dalam satu perlawanan yang mendebarkan di Pusat Hoki Aoti.
Amin Rahim muncul wira Negara apabila menjaringkan gol emas pada minit ke-75 menerusi pukulan sudut penalti.
Amin Rahim muncul wira Negara apabila menjaringkan gol emas pada minit ke-75 menerusi pukulan sudut penalti.
PASUKAN SKUASY NEGARA
Bagi acara Skuasy lelaki, wanita tepati ramalan untuk mara ke pusingan separuh akhir selepas menundukkan lawan masing-masing.
Dalam saingan Kumpulan A, trio negara, Nafiiizwan Adnan, Ong Beng Hee dan Ivan Yuen mudah untuk mengetepikan lawan masing-masing untuk mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Jepun.
Skuasy berpasukan wanita yang bersaing dalam Kumpulan B pula meraih kemenangan 3-0 ke atas Korea Selatan hasil aksi mantap Delia Arnold, Low Wee Wern, Sharon Wee.
Dengan kemenangan ini, mereka akan menghadapi tentangan daripada India yang muncul naib juara Kumpulan A di belakang Hong Kong pada aksi separuh aksi.
Skuasy berpasukan wanita yang bersaing dalam Kumpulan B pula meraih kemenangan 3-0 ke atas Korea Selatan hasil aksi mantap Delia Arnold, Low Wee Wern, Sharon Wee.
Dengan kemenangan ini, mereka akan menghadapi tentangan daripada India yang muncul naib juara Kumpulan A di belakang Hong Kong pada aksi separuh aksi.
Aksi Lee Hup Wei ketika menyertai acara akhir lompat tinggi lelaki Sukan Asia XVI di Guangzhou semalam di mana dia menamatkan saingan di luar kedudukan pingat.
Untuk acara trek dan padang Sukan Asia Guangzhou Lee Hup Wei gagal melepasi ketinggian 2.23 meter di Stadium Utama Aoti, semalam. Tambah mengecewakannya, lompatan pemenang pingat emas, Barshim Mutaz Essa dari Qatar dengan ketinggian 2.27 meter itu menyamai rekod peribadi Hup Wei.
berikut adalah keputusan terkini pungutan pingat negara.
semoga hari ke-12 dapat mencapai keputusan yang memberangsangkan MALAYSIA BOLEH ! ! !
0 comments:
Post a Comment