SUKAN Asia 2010 Guangzhou, China telah pun dirasmikan . Maka detik buruan pingat Sukan Asia Guangzhou 2010 bermula, hari ini dengan kontinjen Malaysia cuba mengintai tiga pingat, termasuk sebutir emas sama ada dalam acara wushu, berbasikal trek dan menembak buat mencari cengkaman awal menepati sasaran sembilan emas bagi edisi kali ini.
Selain acara akhir nanquan wanita wushu yang diwakili pemenang gangsa Doha 2006, Diana Bong, pelumba basikal trek negara, Fatehah Mustapa juga berpeluang berada di podium dalam acara akhir 500 meter ujian masa individu. Acara bola sepak telah pun bermula isnin lepas, manakala pasukan kita perlu menang atau seri dengan pasukan tuan rumah untuk mara ke peringkat seterusnya.
Selain dua peluang pingat itu, penembak wanita negara turut membidik sasaran pingat menerusi acara berpasukan dan individu 10 meter air rifel menerusi Nur Suryani Taibi, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Shaheera Rahim, selain trio lelaki Muhamad Shahril Ishak, Mohd Nurrahimin Abdul Halim dan Hisyam Adzha dalam acara yang sama.
Permulaan baik dalam kedua-dua acara itu, pasti meletakkan Malaysia pada landasan tepat menggapai cita-cita menepati sasaran awal pada temasya edisi ke-16, untuk mengatasi pencapaian lapan emas di Doha 2006.
Sebagai rekod, sejak menyertai edisi pertama di New Delhi 1951, Malaysia sudah mengumpul 198 pingat keseluruhan, termasuk 42 pingat emas.
Dengan kekuatan keseluruhan lebih 300 atlit termasuk yang bertanding menerusi Kategori B, sasaran sembilan emas itu diyakini Chef de Mission yang juga Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong sebagai mampu digapai berdasarkan prestasi semasa dan ranking atlit negara.
Sasaran emas sudah pasti diletak menerusi acara badminton, bowling, skuasy dan berbasikal tetapi Malaysia juga mampu membuat kejutan dalam acara wushu, ekuestrian dan karate.
Sepak takraw juga, katanya, berpeluang mencipta sesuatu selepas memanggil semula beberapa pemain berpengalaman seperti Normanizam Ahmad, Zulkarnain Arif dan Mohd Futra Abdul Ghani.
Inilah masa terbaik untuk kita menutup kalendar sukan tahun 2010 ini dengan jayanya, kata Zolkples.
Lebih penting, kejayaan pada temasya Guangzhou 2010 ini juga akan menjadi indeks petunjuk prestasi terakhir Program 2010 bernilai RM144 juta, yang dilancarkan sebaik berakhir Doha 2006.

Tahun ini kontigen negara meletakkan 9 pingat emas sebagai sasaran MAMPUKAH ATLET KITA MELAKUKANNYA SAMA-SAMA KITA MENDOAKANYA.
ok lah kalau korang nak lihat maklumat terkini tentang sukan asia 2010 ni, boleh lah layari LAMAN WEB SUKAN ASIA GUANGZHOU 2010...(SILA CLICK HEHEHEH)
2 comments:
Terima kasih kerana datang ke blog Sya. untuk tambah page home, about me, contact, pergi ke dashboard > posting > edit page. Di sini cikgu boleh create apa2 sahaja page yang cikgu mahukan. Selamat mencuba!.
terima kasih....isya....atas maklumat yang diberikan...
Post a Comment