.....

  1. DOWNLOAD RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN & MODUL PJ, PK , MATEMATIK KSSR TAHUN 4 2015 MELALUI SCRIBD
  2. RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PJ & PK & MATEMATIK DAN MODUL DI SLIDE SHARE TAHUN 2015
  3. RPT KSSR PJ Tahun 4 2014
  4. RPT KSSR PJ/PK tahun 1, 2 , 3, 4 |2014| - ON SCRIBD
  5. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 3 2014
  6. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 3 2014
  7. RPT KSSR MATEMATIK TAHUN 2 2014
  8. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 1 2014
  9. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 1 2014
  10. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 2 2014
  11. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 2 2014
  12. LANGIT TAK SELALU CERAH
  13. PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) 2013
  14. VIDEO METEORIT TERHEMPAS DI RUSSIA
  15. Siapakah CHEGU FATIN ni ?
  16. KEBAKARAN DI TAMAN PERUMAHAN AWAM TANAH MERAH,JITRA
  17. Maharaja Lawak Mega 2012
  18. GAMBAR & VIDEO | PALESTIN DISERANG ISRAEL
  19. KONFLIK PALESTINE DAN ISRAEL
  20. Gambar & Video Taufan Sandy : New York Hampir Tenggelam (peringgatan Allah)
  21. HARI ANUGERAH CEMERLANG SKBBSB 2012 - Permata Gemilang
  22. APABILA FAHAMAN SYIAH MENGUASAI DIRI !!!
  23. From Liyana Adnan: Saya Minta Maaf |untung laa sape jadi cikgu.. |
  24. Semangat Merdeka dari murid-muridku
  25. Seni Rambut || water balloon hair
  26. Maklum balas || Khas untuk Liyana Adnan : " Untung laa sape jadi cikgu " |
  27. Bapak Segala Meriam ONLY in Kuala Kangsar
  28. "Kerja aku gosok gigi badak "
  29. TIPS DIET IKUT DARAH
  30. Angkasawan Neil Armstrong meninggal dunia
  31. Nasyid Dangdut
  32. Aku Rindu PadaMU Ya Rasulullah
  33. VIDEO||Mr Bean (Rowan Atkinson) Opening Ceremony - London 2012
  34. Bangladesh can't help Rohingya: PM Sheikh Hasina
  35. Promo Twilight Raya 2012
  36. BONUS HARI RAYA
  37. wordless:tepi kain
  38. Happy Born Day MY Fren
  39. Salam Ya Ramadhan
  40. Kenali Hackers
  41. Mata Pelajaran PJ dipinggirkan
  42. KEDUDUKAN SEMASA EURO 2012
  43. Roti Meriam Sempena EURO 2012
  44. Jadual Perlawanan EURO 2012"
  45. Tsunami Lagi Dekat Penang !!!"
  46. Penyokong B.E.R.S.I.H kena sound wei !!!"
  47. 6 Gempa Bumi DIcatatkan Hari ini"
  48. KERJAYA GURU : Lisa Surihani akui kerjaya guru lebih mencabar"
  49. Gelaran Doktor pada DR. Rozmey di Tarik Balik"
  50. Pertembungan 2 Alam"
  51. SAFEE SALI MENUNAIKAN IMPIAN "BUDAK BADAN BESAR"
  52. MY Convocation DAY
  53. Hari Terakhirku - Original BY AlangKhoma
  54. Gambar : Kem Kepimpinan Pengawas SK Bandar Baru Sungai Buloh (Sebelum)
  55. Roadblock Malaysia Vs Roadblock Luar Negara
  56. Pekerja KFC Bergaduh Dengan Pelanggan
  57. Chipita sudah sampai Kedah
  58. WORDLESS 19:"HARI"
  59. Sayangnya binatang ini kepada tuannya...
  60. Bahagian 1 : Siapakah nak uruskan Jenazah Ibu Bapa Kita wahai anak-anak ?
  61. Video : Kesian tapi lucu ! Marah sampai tercabut gigi
  62. Jutawan Bola Sepak Pertama Malaysia - Safee Sali
  63. Dulu Kelantan Sekarang Selangor
  64. Jadual Ceramah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan 2
  65. Video ceramah di Masjid Shah Alam
  66. Renungan Bersama : Soal jwb Ustaz Azhar Idrus malam ni: 26 soalan kesemuanya.29.01.2012
  67. Renungan Bersama : Realiti Seorang Guru Di mata Masyarakat sekarang
  68. Ustaz Azhar Idrus datang Shah Alam
  69. Gaji Kakitangan Awam Februari 2012 Ikut Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)
  70. Kenapa kita tak pandang meninggalkan SOLAT sebagai satu jenayah ???
  71. Perkhidmatan pemasangan UNIFI
  72. Benda pelik ???
  73. Anwar Vs Najib berdebat
  74. Simbah kakak dengan air panas
  75. Bayi mati tercampak
  76. Malaysia Layak ke final
  77. Adakah pengadil perlu dipersalahkan ???
  78. Lelaki peluk manyat teman wanita
  79. TIPS : MENGENAI ASPEK PENGADILAN DARI BEKAS PENGADIL FIFA KITA..-SUBKHIDDIN MOHD SALLEH-
  80. Makan FB,tido FB
  81. Rintihan Sayu Fifi
  82. Kepala berkecai kena mercun
  83. Polis Siasat Pelajar IPT jual Baucar
  84. Aku Perlukan Boyfriend
  85. Gempa kuat landa selatan Pulau Fiji
  86. 15 nelayan Filipina maut ditembak
  87. Baucer Buku RM200 1Malaysia. Wajarkah Dijual Semula Sesuka Hati?
  88. Keadaan rumah pemilik FERRARI
  89. Eskelator penduduk setinggan !!!
  90. Video:Maradona vs pele
  91. Video:Lelaki Kena Belasah Sebab Tak Mahu Berasmara
  92. Baucer Buku Di Jual di MUDAH.my
  93. Adik pemain badmiton negara ditikam
  94. Tonton Tv Online
  95. Penempatan PTD Dalam Sistem Pengurusan di Kementerian Pelajaran? Apa Pendapat Guru-guru?
  96. Gelombang Ombak Rindu
  97. Pasukan Senior Swit.- Nurul A’in Wahida Abu Bakar | EX-IPG KKB
  98. wordless # 18 - Alhamdulillah
  99. Atlet pecut Perancis yang bakal menggegar dunia Olahraga - CHRISTOPHE LEMAITRE
  100. |video| wanita kena tikam 70 kali tak mati x18sg
  101. Video kematian Izwan Pilus di hospital
  102. Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Dalam Paru Paru
  103. Hari Pertama Aku Di SK BANDAR BARU SUNGAI BULOH
  104. KISAH MALAM PERTAMA !
  105. Gambar Isteri Di Ranjang Bersama Lelaki Lain Punca Penceraian Hattan?
  106. Lagi Kes Dekat China, Perempuan kena Tikam Depan Orang Ramai
  107. Persediaan perkara-perkara penting sebelum posting/lapor diri
  108. Info Kesihatan : Hilangkan Tekanan Dengan Sperma untuk Wanita?
  109. Apabila Kanggaroo Masuk Pekan |Video|
  110. Baru 4 Tahun Dah Berasmara di Tempat Terbuka ... Dunia ! Dunia
  111. Gambar Ustaz Azhar Disamakan Dengan Yahudi!
  112. Video:Perempuan kena belasah dalam bilik
  113. "KEMALUAN" lelaki putus
Showing posts with label kesihatan diri. Show all posts
Showing posts with label kesihatan diri. Show all posts

Tuesday, August 28, 2012

1
Komen
"Kerja aku gosok gigi badak "


Ada macam-macam pekerjaan di muka bumi kita ini, antaranya pelik-pelik dan jarang kita dengar. Di bawah disertakan beberapa keping foto seorang petugas Zoo Shanghai di China. Kerjanya dengar macam mudah, tapi sangat mencabar. Apa taknya, kerja makcik ini ialah gosok gigi badak sumbu!



p/s : Bersyukur dengan apa yang ada... Moralnya jagalah kesihatan gigi ada hahahaha.. Adik2 jangan lupa gosok gigi
"Kerja aku gosok gigi badak " -

Monday, August 27, 2012

0
Komen
TIPS DIET IKUT DARAH


Lumrah bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan.
Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet.
Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran.
Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini.
Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu.
Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri.
Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda.
Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi?
Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda.
Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan.
Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang.
Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.
Dalam bukunya, "Eat Right For Your Type" yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.
Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.
Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.
Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.
Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A, B, AB, dan O.
Diet Untuk Golongan Darah 'A'
Dr. Peter J.D'Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.
Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah 'B'
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
  • Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
  • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah 'AB'
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.
Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.
Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
  • Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi
Diet Untuk Golongan Darah 'O'
Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D'Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.
Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.
Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D 'Adamo ataupun tidak.


SELAMAT BERAMAL....
TIPS DIET IKUT DARAH -

Thursday, July 26, 2012

2
Komen
Wordless: Pilihan anda ???


Salam...
Ringkas je entry kali ni. pendapat korang antara perbezaan gambar dibawah. Sila berikan komen yang dapat membuka minda dan juga dapat saya jadikan senarai-senarai pilihan komen terbaek nanti insyallah...


Wordless: Pilihan anda ??? -

Thursday, July 5, 2012

6
Komen
Mata Pelajaran PJ terpinggir

Salam...

Ini realiti bukan lagi dogeng subjek pendidikan Jasmani sememangnya dianak tirikan dimana-mana saja di sekolah di Malaysia ini. Saya malas nak panjang-panjang cerita. Cuma anda bayangkan 30 minit untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani. Sempat ke??? Mai nak kira, 5 minit untuk murid tukar baju beratur ke padang, 20 minit cukup ke untu aktiviti ?? 5 minit lagi bawak balik budak ke kelas. Pikir-pikirlah sesiapa yang membaca entry ini k...kalau orang jabatan baca pon bagus kalau ada orang kementerian baca lagi bagus... Kalau sekolah baca hurmmm tak mau kata apa.... Ok dah jadi macam dekat bawah ni baru nak kelang kabut....


Mata Pelajaran PJ terpinggir -

Monday, April 9, 2012

22
Komen
Gelaran Doktor pada DR. Rozmey di Tarik Balik

Siapa tidak kenal dengan DR. Rozmey? Rasanya pasti ramai diantara kita yang kenal dengan nama itu atau paling tidak pernah mendengar nama DR. Rozmey itu.  Terkenal dengan JUS MATE 5 nya iaitu produk untuk menguruskan badan, nampaknya sekarang telah timbul isu terbaru iaitu Gelaran Doktor pada DR. Rozmey di Tarik Balik.


Gelaran doktor pada doktor rozmey telah pun ditarikbalik berkuatkuasa untuk tempoh 2 tahun kerana melanggar etika "dalam bidang perubatan". Alasan lebih spesifik tercatat di bawah neh. Rupanya selama neh dia menipu tentang diri dia yang konon nya pakar dalam menguruskan pesakit obesiti "penyelidikan".  Kenapa lah nak menipu.

SEBAB DITARIK BALIK GELARAN :


Seorang doktor yang rupanya belajar perubatan bertahun2 lamanya, akhirnya gunakan ilmu yang dia ada untuk tipu orang agar segera jadi kayarayawan yerk? Sebenarnya nak meniaga tak salah. Tapi gunalah etika yang betul. Tak perlu lah nak menipu semua tue. Bila dah kantoi kan dah malu. Macam mana Doktor Romzey?

Sumber Gelaran Doktor pada DR. Rozmey di Tarik Balik : sozcyili
Gelaran Doktor pada DR. Rozmey di Tarik Balik -

Tuesday, January 24, 2012

0
Komen
Rintihan sayu Fifi



Salam...

Kelmarin kita dikejutkan dengan iksiden malang dimana kanak-kanak berusia 10 tahun, Fifi Ramadhani Safruddin, yang dijadikan tawanan selama enam jam oleh seorang lelaki di rumahnya di Kampung Baru.  Mangsa tebusan, Fifi Ramadhani Syafruddin hanya mampu merintih dan merayu kepada seorang lelaki bogel dan bersenjatakan pisau agar tidak membunuhnya sepanjang enam jam dia dijadikan tawanan di rumah sendiri kelmarin.

Apa yang lebih memilukan seorang ayah kepada mangsa tebusan yang putus kaki kanan tidak mampu untuk berbuat apa-apa dan hanya mampu mendengar rintihan rayuan anak beliau. Anak saya kerap mengatakan jangan bunuh, jangan mengapa-apakan dia dan minta dilepaskan sambil tidak henti-henti menangis. Saya yang tidak mampu melawan kerana kudung kaki sebelah kanan juga merayu perkara yang sama."



Berikutan kejadian telah mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk kawasan tersebut. Penduduk di Kampung baru mula mengambil langkah keselamatan. Mengikut tinjauan yang dilakukan oleh Sinar harian mendapati keseluruhan pintu rumah penduduk kampung Baru tertutup rapat ekoran iksiden tersebut.

P/s: Dari saya BLOG CIKGU ABBAS
  1. Saya harapkan agar penduduk sendiri perlu berhati-hati.
  2. Jangan biarkan anak-anak anda berkeliaran/bermain diluar rumah tanpa kawalan ibu bapa.
  3. Rukun tetangga Kampung Baru perlu diperkukuhkan.
Rintihan sayu Fifi -

Tuesday, January 10, 2012

0
Komen
Info Kesihatan : Hilangkan Tekanan Dengan Sperma untuk Wanita?


Tekanan adalah keadaan mental yang boleh mengganggu dan menurunkan kualiti hidup. Berbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi tekanan. Sebuah kajian mendapat air mani lelaki juga boleh dijadikan ubat anti tekanan.

Air mani membuatkan wanita bahagia’. Itulah kesimpulan yang luar biasa dari sebuah penelitian yang membandingkan perasaan wanita yang menggunakan kondom saat berhubungan seks dengan yang tidak menggunakan.

“Saya ingin menjelaskan bahawa kami tidak menyarankan anda menjauhkan diri dari penggunaan kondom,” ujar Gordon Gallup, psikologist di University of New York, yang mengetuai kajian seperti diberitakan dari Newscientist.

Menurutnya, ternyata kehamilan yang tidak diingini atau penyakit seksual yang menular akan lebih besar kesannyanya daripada mengimbangi kesan psikologi yang menguntungkan dari air mani. Dalam penelitian ini, pasukannya membahagi 293 wanita dalam beberapa kategori.

Kajian menjurus kepada berapa kerap pasangan mereka memakai kondom dan tahap kebahagiaan dinilai dengan menggunakan alat Beck DepressionInventory. Peserta dengan skor rendah adalah yang paling bahagia dan skor lebih dari 17 dianggap cukup tertekan.

Hasilnya, wanita dengan pasangan yang tidak pernah menggunakan kondom mendapat keputusan rata-rata 8, wanita dengan pasangan yang kadang-kadang menggunakan kondom mendapat keputusan 10.5, yang selalu menggunakan kondom 11.5 dan wanita yang tidak pernah membuat perhubungan seks mendapat keputusan 13.5. Dan menurut hasil penelitian yang telah diterbitkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior ini, gejala kemurungan dan usaha bunuh diri sering terjadi pada wanita yang menggunakan kondom secara teratur dibandingkan dengan yang tidak.

Hasil penelitian yang akan menimbulkan kontroversi ini menunjukkan bahawa wanita yang secara langsung terkena air mani akan lebih jarang merasa tertekan atau kemurungan. Pengkaji merasakan hal ini kerana adanya perubahan perasaan wanita akibat hormon dalam air mani yang diserap melalui vagina. Hal ini tidak terlalu mengejutkan, kerana air mani mengandungi beberapa hormon yang mengubah perasaan seperti testosteron, estrogen, hormon perangsang folikel, hormon luteinizing, prolaktin dan beberapa prostaglandin yang berbeza.

P/s: KAlau tak percaya tanya pada orang yang dah khawin....
Info Kesihatan : Hilangkan Tekanan Dengan Sperma untuk Wanita? -

Tuesday, January 3, 2012

6
Komen
Amalina Che Bakri Berubah Akibat Kejutan Budaya


Assalamuaalaikum pembuka bicara untuk entry kali ini. Tidak semua yang bagus semestinya bagus selamanya.    Banyak student melayu yang dulunya memperolehi keputusan cemerlang dan pernah mencatat sejarah dunia pendidikan di Malaysia. 




Pelajar cemerlang SPM tahun 2004, Nur Amalina Che Bakri yang berasal dari Johor dahulunya yang pernah dianugerahkan pelajar cemerlang SPM bagi tahun 2004 yang juga memperolehi keputusan 17A1 dikatakan telah berubah dek kerana ‘kejutan budaya’ . Amalina dikatakan ‘berubah’ setelah menjalani kehidupan baru sebagai penuntut tajaan kerajaan di United Kingdom. Kehidupannya yang hangat diperkatakan ketika ini di laman jaringan sosial setelah tersebarnya gambar-gambar ‘posing maut’ nya di laman sosial facebook dan twitter.





Apa masalah sebenar yang terjadi kepada beliau, kita pon tidak tahu. Oleh itu, marilah sama-sama kita betulkan tidak kira lah dia tu sapa NGO ke Kerajaan ke Pembangkang ke apa-apa saja lah. Ingat ilmu agama amat penting dalam diri tidak kiralah kita seorang yang berpelajaran tinggi, perlulah juga seimbang Ilmu Agama dalam diri kita sebagai seorang Muslim. Ini adalah pesan untuk anda semua dan juga diri saya sendiri. 

P/s: Entry ini andalah untuk memberi kesedaran kepasa semua pihak tentang bertapa seriusnya masalah ini. Apapun yang berlaku mesti ada hikmahnya, jika betul semua diatas ini adalah Amalina pelajar cemerlang Malaysia dulu. Maka harap-haraplah diberikan hikmah dan hidayah kepadanya untuk kembali ke asal. 

" Sharelah untuk pengetahuan ramai"

Click sini : 


Betul ke 1 Malaysia nak tebus EROPAH ???
Antara kereta Kia dengan Volkswagen mana terbaek! 
Perlukah Merokok ???
Microsoft office MAlaysia terbaek ??? Betul ke ???



Amalina Che Bakri Berubah Akibat Kejutan Budaya -

Friday, December 30, 2011

0
Komen
Jom Berus Gigi. |video|



Asslamualaikum semua selamat pagi....pagi-pagi korang mesti gosok gigi betul. mesti best lagi kalau gosok gigi sambil layan video ni.




Jom Berus Gigi. |video| -

Saturday, December 24, 2011

2
Komen
Pesakit mati selepas alat kelamin putus digigit tikus


Seorang pesakit radang paru-paru atau pneumonia dipercayai mengalami pendarahan teruk sehingga maut akibat alat kelamin lelakinya putus digigit tikus di sebuah hospital kerajaan di Kolkata, di India, demikian menurut laporan sebuah media tempatan.
   
Kejadian menakutkan itu berlaku di Hospital SSKM semalam ke atas Arun Sandhukh, 53, semasa dia menerima rawatan kerana penyakitnya itu, kata akhbar Asian Age.
   
Pihak berkuasa hospital berkenaan mengakui banyak tikus berkeliaran dalam wad namun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.
   
"Tidak seorangpun jururawat berada bersama pesakit yang mengerang kesakitan. Alat kemaluan lelakinya putus digigit tikus," kata seorang saudara kepada lelaki malang itu yang hanya dikenali sebagai Bishwanath kepada pemberita.
   
Ahli keluarga mangsa yang datang melawat menemui Arun mati berlumuran darah, kata laporan itu.
   
Kejadian malang di hospital yang tidak cukup kelengkapan dan sesak dengan pesakit di Kolkata, ibu negeri Bengala Barat itu telah menarik tumpuan media beberapa minggu kebelakangan ini.
   
Sabtu lalu, seorang pekerja pembersih hospital yang pemabuk di Kolej Perubatan Calcutta dilaporkan telah mencabut topeng oksigen seorang bayi yang berusia tiga minggu mengakibatkan kematiannya.
    
Dalam satu lagi tragedi malang di sebuah hospital swasta juga di Kolkata, pada 9 Disember lepas, lebih 90 orang mati lemas terhidu asap dalam satu kebakaran di bangunan hospital tersebut.


Pesakit mati selepas alat kelamin putus digigit tikus -

Sunday, December 18, 2011

0
Komen
Tips Pengadil : Speed and Edurance Training ( Kelajuan/Ketahanan)




Kelajuan dan ketahanan adalah dua elemen dalam semua sukan terutamanya dalam bidang kepengadilan. Gabungan kelajuan dan ketahanan boleh memberi manfaat kepada pengadil apabila mengurus / menjaga sesuatu perlawanan apabila melibatkan pasukan yang mempunyai kelajuan dan etahan yang tinggi. Kebanyakkan pengadil  hanya menumpukan  kepada ketahanan kepada jalan jarak jauh, tempoh berjoging atau berjalan. Tahap latihan kelajuan ditambah di dalam jadual latihan dapat memberikan manfaat kepada seseorang  dalam meningkatkan prestasi seseorang  itu. Sebelum memulakan latihan kelajuan, seseorang pengadil itu harus mempunyai tahap kesihatan yang baik untuk melakukan latihan berjalan secara berterusan selama 20 - 30 minit pada tahap kelajuan yang sesuai. Malah, kebanyakan  latihan yang disyorkan oleh FIFA dalam program  latihan kecergasan yang menekankan aspek kelajuan dan ketahanan dalam latihan.

Latihan Kelajuan dan latihan ketahanan sama seperti  dalam latihan jeda yang boleh dilakukan  tidak kurang dua 2 kali seminggu dan diselangi dengan rehat ,   rehat aktif dengan senaman ringan. Latihan boleh digabungkan dengan menggabungkan latihan intensiti rendah dan intensiti tinggi, dan menggunakan fasa pemulihan yang perlahan dan latihan ini perlu dilakukan mengikut fasa dan perlulah berulang-ulang.  Latihan Jeda juga boleh digunakan dalam meningkatkan kelajuan dan ketahan dan latihan ini memberikan kelebihan kepada seseorang itu meningkat atau mengurangkan kadar sesuatu latihan itu.

Latihan Jeda akan meningkatkan tahap keupayaan anaerobik dan aerobik seseorang atlet. Semasa melakukan latihan berintensiti tinggi mampu meningkatkan sistem anaerobik tubuh badan, dan masa pemulihan dapat dikurangkan secara tidak langsung juga dapat meningkatkan sistem aerobik badan. Semasa latihan berintensiti tinggi dilakukan, asid laktik badan akan dirembeskan dan akan digunakan dalam fasa latihan pemulihan. Dalam fasa pemulihan, paru-paru dan jantung akan  bekerja bersama-sama untuk "membayar balik" hutang oksigen dan memecahkan asid laktik yang masih belum digunakan. Dalam fasa ini sistem aerobik akan menggunakan oksigen untuk menukar karbohidrat yang disimpan kepada tenaga.

Latihan Jeda berpandu kepada prinsip senaman. Latihan Jeda akan memberi perubahan terhadap  fisiologi termasuk juga peningkatan kecekapan kardiovaskular (keupayaan untuk menyampaikan oksigen ke otot) serta peningkatan pembentukan asid laktik. Perubahan-perubahan ini menyebabkan prestasi kelajuan dan ketahan seseorang itu meningkat ketahap yang lebih tinggi. Dengan ini,  keupayaan seseorang pengadil mampu untuk menghadapi sesebuah perlawanan tanpa dibelengui oleh masalah kelesuan di atas padang.

Latihan Jeda  juga mampu  membantu mengelakkan berlaku  kecederaan yang berulang-ulang yang biasa dialami. Kecederaan yang  biasa berlaku ialah over-strain, plantar fasciitis, shin splint, heel spurs and Achilles tendonitis. Latihan Jeda  juga membolehkan seseorang atlet untuk meningkatkan intensiti latihan tanpa membuang masa. 

Antara bentuk program latihan Jeda yang boleh dilakukan :
Run 8 x 60 m (8.0 s) x 3 set. Rest 1: 3. Ini berti berlari 8 kali 60 meter pada kelajuan 8.o saat sebanyak 3 set. Rehat adalah tiga kali ganda masa kerja (24 saat). Rehat di antara set juga 3 kali ganda masa kerja.

Bilangan ulangan setiap Jeda
Pengulangan 8 hingga 10 biasanya dijalankan untuk  jarak dari 50 meter - 400 meter,manakala latihan jarak jauh seperti 800 meter - 1500 meter dan akan melibatkan bilangan ulangan yang sikit.


info: Cikgu Amir Sharifuddin Wong


Click sini : Perlukah Merokok ???
               Microsoft office MAlaysia terbaek ??? Betul ke ???





Tips Pengadil : Speed and Edurance Training ( Kelajuan/Ketahanan) -

Monday, November 28, 2011

12
Komen
Kuiz 1 : Benda "baik" Yang Tersembunyi





Assalamualaikum. Untuk entry kali ini saya nak uji mata para sahabat blogger sekalian. Kalau betul-betul penglihatan mata anda ni memang tajam cuba cari benda "baik" yang tersembunyi dalam gambar ini. hihihihi. Klu dia Haiwan Peliharaan. 

Gambar 1



Gambar 2



Gambar 3



Ha apa lagi cari lah Benda "baik" Yang Tersembunyi itu... sapa dapat cari memang terbaeklah mata dia..



Kuiz 1 : Benda "baik" Yang Tersembunyi -

Friday, October 7, 2011

12
Komen
BAsuh dulu Sebelum Pakai Kalau Tak Ini Padahnya ! ! !

Assalamualaikum semua... YA ALLAH...menjijikkan...Ewwww....gelinya..itu yang keluar dari mulut chegu selepas tengok gambar dan video ni. Sebelum itu saya nak tanya, anda semua basuh tak baju yang baru dibeli sebelum dipakai?? Angkat tangan chegu nak kira...hihihi. Basuh tak?? Anda wajib basuh, terutama sekali kepada golongan wanita sebabnya kalau anda tidak basuh anda mungkin akan mengidap penyakit seperti ini. 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Penyakit ini berlaku kepada seorang ahli Antropologis yang baru pulang dari ekspedisi America Selatan, iaitu Susan McKinley. Penyakit ini bermula, dimana beliau meyedari terdapat ruam yang aneh di payudara sebelah kirinya. Ketika itu beliau tidak mengesyaki akan berlaku perkara yang teruk kepada dirinya dan hanya berfikir bahaya ruam tersebut akan hilang. Setelah pulang ketanah air, beliau berasa sakit yang amat sangat dan berjumpa dengan doktor untuk mengetahui penyakit yang dialaminya, namun doktor tidak dapat mengenal pasti penyakit yang dialami oleh Susan dan hanya memberi ubat antibiotik dan krim khusus.

Setelah sekian lama, sakit yang ditanggung masih belum lega dan payudara beliau semakin panas dan mulai mengeluarkan darah. Namun beliau hanya menggunakan kain untuk membalutkan darah tersebut. Tidakan yang beliau lakukan itu tidak mendatangkan kelegaan dan hanya sengsara yang dialaminya. Oleh itu, beliau pon bertemu dengan doktor yang pernah merawat beliau dahulu namu doktor tersebut tidak dapat mengenalpasti penyakit yang dialami oleh beliau dan menyruh Susan untuk merujuk kepada pakar dermatologi.

Selama 2 minggu Susan menunggu dengan balutan di payudara yang tidak dibuka-buka dan akhirnya bertemu dengan doktor tersebut. Susan terkejut apabila beliau membuka balutan tersebut. Ini kerana beliau mendapati payudara beliau DIPENUHI OLEH LARVA DALAM LUKA TERSEBUT. LARVA TERSBUT JUGA BERADA DI DALAM PORI-PORINYA...Gelinya.......



from on Vimeo.


















BAsuh dulu Sebelum Pakai Kalau Tak Ini Padahnya ! ! ! -