Hujung bulan ini bakal dibuka jualan unit melibatkan SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) , skim yang terbaru yang dilancarkan oleh Perdana Menteri semalam. Kalau dapat 100,000 pelabur pukul rata masing-masing membuat pelaburan RM5,000, kerajaan Malaysia sudah dapat tabungan sebanyak RM500,000,000 (RM500 juta).
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah, akan dibuka untuk permohonan mulai 30 Jan. Najib berkata skim khusus untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah itu mempunyai ciri-ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini.
Katanya ia merupakan satu produk pelaburan unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman bagi menghasilkan satu produk hibrid yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan yang konsisten. ”Hadnya ialah RM5,000, dan mereka boleh membelinya melalui simpanan atau memohon pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan terpilih.
“Daripada pelaburan itu, kita jamin mereka akan menikmati pendapatan RM134 sebulan, manakala yang membuat pinjaman, mereka hanya perlu membuat pembayaran balik sebanyak RM84 sebulan dan meraih untung RM50 sebulan,” katanya ketika melancarkan skim tersebut di sini. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman serta menteri-menteri kabinet.
Pada Belanjawan 2012, Najib mengumumkan SARA 1Malaysia bertujuan menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur serta membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.
SARA 1Malaysia yang dikendalikan PNB dengan kerjasama institusi kewangan terpilih seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) itu dijangka memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah. Pelabur SARA 1Malaysia boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
Najib berkata pelabur dijangka mendapat pulangan bersih yang menarik di akhir tempoh lima tahun tersebut dengan memperoleh pendapatan kira-kira RM13,000 bagi yang melabur melalui simpanan sendiri dan RM5,000 bagi yang membuat pinjaman. Najib berkata kerajaan telah melancarkan pelbagai produk di bawah slogan 1Malaysia yang bertujuan memberi manfaat kepada rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Program Perumahan 1Malaysia.
Beliau menarik perhatian bahawa pelancaran SARA 1Malaysia pula diterjemahkan sebagai produk yang membantu golongan rakyat berpendapatan rendah. ”Ini adalah usaha kerajaan untuk membela rakyat. Banyak produk yang telah kita lancarkan dalam tempoh kurang daripada tiga tahun, cuba bayangkan dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.
Tuan-tuan & puan-puan dah habis membacanya? Panjang bukan? Okey kami bagi dalam bentuk mudah dan ringkas untuk difahami.
Video Ucapan Pelancaran Skim Sara 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia)
Apa Yang Terkandung dalam SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) Ini?
- Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.
- Syarikat tujuan khas tersebut akan menjamin pelabur SARA 1Malaysia, skim khas untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.
- Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman mengatakan jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah.
Ada 2 pilihan di sini iaitu samada melalui pinjaman ataupun pelaburan tunai daripada simpanan anda sendiri untuk membuat pelaburan dalam skim Sara 1Malaysia ini:
- Gaji bawah RM3,000 – buah pinjaman RM5,000
- Bulan-bulan dapat RM134 (pulangan tetap) daripada pelaburan RM5,000 pelaburan yang anda buat pinjaman
- Bayaran bulanan untuk pinjaman sebanyak RM5,000 yang dilakukan terhadap mana-mana institusi kewangan adalah sebanyak RM84
- Pendapatan bersih setiap bulan adalah sebanyak RM50 (RM134-RM84)
atau….
- Bayaran tunai RM5,000 kepada kerajaan sebagai pelaburan
- Pendapatan bulanan bersih adalah sebanyak RM134 (pulangan tetap) selama 5 tahun
- Bermakna pelabur boleh untung, sehingga 2.68% sebulan
Bagaimana berminat dengan tawaran skim Sara 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia)? Walaubagaimanapun sebelum itu, di sini kami ada beberapa persoalan yang mana diharapkan kerajaan dapat menjawabnya kelak, mungkin baru lagi jadi sesetengahnya masih lagi samar-samar dikalangan ramai. Antaranya ialah :
- Kerajaan ada atau tidak penasihat syariah dalam skim Sara 1Malaysia ini? Patuhi shariah compliance atau tidak?
- Sebelum ini kecoh dikatakan pulangan tetap dalam saham internet/MLM adalah haram, ini adalah maklumat yang berkaitan pengharaman. Seperti apa yang berlaku dalam Swisscash contohnya, duduk diam dapat duit.
- Kata Ibn Munzir: Dan telah sepakat (ijmak) bahawa terbatal qiradh yang disyaratkan keuntungan untuk salah seorang atau kedua-duanya dengan keuntungan dirham (nilai) tertentu.
Minta maaf jika ada yang tidak bersetuju, kerana bagi kami mana-mana pelaburan sekalipun hanya sesuai untuk individu yang mempunyai lebihan tunai bukan dengan cara buat pinjaman.
Harapan kami cuma satu, supaya kita semua jelas dengan skim Sara 1Malaysia. Pro dan kontranya. Jadi apa pandangan anda dengan skim Sara 1 Malaysia ini secara keseluruhannya?
P/s: Perkara baik perlu dikongsi. Jangan malu sengan untk Klik Share...=)
5 comments:
ni benda baek ni..hehehe
tak larat nak baca..nak tgk vid plak laptop plak sdg silent mode :P
nampak macam menarik... nak try apply lah....
Tulisan warna kuning tak dapat dibaca la . tq
Adakah anda sedang mencari pinjaman untuk memulakan perniagaan atau projek keinginan hati anda? Di KARINA ROLAND LOAN COMPANY, kami menawarkan semua jenis bantuan kewangan kepada semua individu yang memerlukan pinjaman seperti "pinjaman peribadi, pinjaman pelaburan, pinjaman pinjaman rumah dan syarikat pinjaman di seluruh dunia, kadar faedah kami adalah 2% setahun. Jika anda mempunyai projek yang baik atau ingin memulakan perniagaan dan memerlukan pinjaman untuk membiayainya dengan segera, kami boleh membincangkannya, menandatangani kontrak dan kemudian membiayai projek atau perniagaan anda untuk bersama dengan Bank Dunia dan Bank Industri.
Hubungi KARINA ROLAND LOAN COMPANY hari ini untuk sebarang mata wang yang anda mahukan.
Kategori Perniagaan
Perniagaan Merchandising.
Perniagaan pembuatan
Perniagaan Hibrid.
Pemilikan tunggal
Perkongsian.
Syarikat.
Syarikat liabiliti terhad.
pinjaman peribadi.
pinjaman pelaburan.
Pinjaman Hutang.
Pinjaman Rumah.
Pinjaman gadai janji
Laon Auto.
Pinjaman pelajar.
Pinjaman habis bulan.
Pinjaman Islam.
Pinjaman pertanian.
Pinjaman gereja.
KARINA ELENA ROLAND LOAN COMPANY
E-mel: karinaloancompany@gmail.com
WhatsApp hanya +1 (585) 708-3478.
Nama Facebook: karina elena roland
Post a Comment