Salam...
Kelmarin kita dikejutkan dengan iksiden malang dimana kanak-kanak berusia 10 tahun, Fifi Ramadhani Safruddin, yang dijadikan tawanan selama enam jam oleh seorang lelaki di rumahnya di Kampung Baru. Mangsa tebusan, Fifi Ramadhani Syafruddin hanya mampu merintih dan merayu kepada seorang lelaki bogel dan bersenjatakan pisau agar tidak membunuhnya sepanjang enam jam dia dijadikan tawanan di rumah sendiri kelmarin.
Apa yang lebih memilukan seorang ayah kepada mangsa tebusan yang putus kaki kanan tidak mampu untuk berbuat apa-apa dan hanya mampu mendengar rintihan rayuan anak beliau. “Anak saya kerap mengatakan jangan bunuh, jangan mengapa-apakan dia dan minta dilepaskan sambil tidak henti-henti menangis. Saya yang tidak mampu melawan kerana kudung kaki sebelah kanan juga merayu perkara yang sama."
Berikutan kejadian telah mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk kawasan tersebut. Penduduk di Kampung baru mula mengambil langkah keselamatan. Mengikut tinjauan yang dilakukan oleh Sinar harian mendapati keseluruhan pintu rumah penduduk kampung Baru tertutup rapat ekoran iksiden tersebut.
P/s: Dari saya BLOG CIKGU ABBAS
- Saya harapkan agar penduduk sendiri perlu berhati-hati.
- Jangan biarkan anak-anak anda berkeliaran/bermain diluar rumah tanpa kawalan ibu bapa.
- Rukun tetangga Kampung Baru perlu diperkukuhkan.
0 comments:
Post a Comment