Salam...
"Cinta sampai Mati" Itulah ayat yang sesuai diberikan kepada seorang lelaki yang memeluk teman wanitanya sudah mati akibat terjatuh dari tingkat 17. Untuk keterangan lanjut baca bawah ini.
GEORGETOWN: Polis mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk seorang lelaki melepaskan mayat teman wanitanya daripada pelukannya, yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 17, Flat Taman Utara, Batu Uban, awal pagi ini.
Jurucakap polis berkata, kira-kira jam 1.15 pagi, polis menerima laporan daripada orang awam bahawa terdapat dua mayat yang dipercayai terjatuh dari bangunan flat berkenaan.
"Namun bila polis tiba di sana, hanya ada satu mayat wanita yang sedang dipeluk erat seorang lelaki berusia 20-an sambil terbaring di sebelah mayat itu dan dia dipercayai teman lelaki si mati," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Katanya, polis terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk lelaki itu melepaskan mayat teman wanitanya itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Baktiar Kassim ketika dihubungi berkata, mayat wanita berumur 22 tahun itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes itu setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - BERNAMA
P/s: Jagalah teman wanita sebaik mungkin kerana wanita kalu dah sayang macam-macam boleh jadi tau.
4 comments:
tu br awek.. kalau bini entah mcm mana
setia nya... takut nanti nk ikut sampai masuk dlm kubur pulak....
haru haru...
@THE LEKAT LEKIT STORY
hurmmm....kesian....
@remyhazza
lepas cakap tepn...tau bunuh diri
Post a Comment