Asslamualaikum semua selamat pagi.
"tidak bersyukur dengan apa yang diberi" ayat itu sesuai diberikan kepada student yang menjual Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dalam laman sesawang Mudah.my. Baucar yang diberikan adalah untuk tujuan membeli buku untuk belajar bukan untuk enjoy sana sini. Entah la lihat sendiri lah.
PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi amaran akan merampas Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) daripada pelajar yang cuba menyalahgunakan baucar berkenaan termasuk menjualnya dengan potongan harga tertentu.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya ada menerima aduan mengenai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tidak memanfaatkan BB1M bernilai RM200 untuk membeli buku ilmiah, sebaliknya menjualnya kepada pihak ketiga.
"Namun, agak sukar kita memantau kes seumpama ini kerana bilangan yang melakukan kesalahan terbabit adalah kecil berbanding 1.3 juta yang layak menerima insentif berkenaan. Bagaimanapun, jika dapat kesan mereka, kita akan rampas baucar kerana tidak dimanfaatkan untuk tujuan yang dimaksudkan." katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, baucar berkenaan dilengkapi ciri keselamatan seperti nombor siri, reka bentuk Guilloche cetakan terbalik serta menggunakan kertas keselamatan bagi mengelakkan disalah guna pihak tidak bertanggungjawab.
Ditanya sama ada sebarang langkah pencegahan seperti mencetak nama pelajar pada baucar dapat mengekang perbuatan itu, beliau berkata ia sudah terlewat kerana baucar BB1M sudah diagihkan.
Pemberian baucar BB1M kepada semua penuntut warga negara di Tingkatan Enam, Matrikulasi, Asasi, Politeknik, IPTA dan IPTS, diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012. Tempoh sah laku bermula 1 Januari sehingga 31 Mac 2012 dan pelajar perlu membuat perancangan rapi bagi pembelian bahan rujukan seperti buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran yang penting mengikut keutamaan.
KPT dalam satu kenyataan sebelum ini, mengesyorkan pelajar yang layak menerima BB1M supaya berbincang dengan rakan lain untuk menyenaraikan bahan akademik diperlukan bagi mengelakkan pembelian bahan sama, sekali gus membolehkan pembelian lebih banyak bahan rujukan untuk dimanfaatkan bersama bagi tujuan pembelajaran.
Tenaga pengajar pula diminta memberi cadangan mengenai kesesuaian sesuatu bahan rujukan bagi memastikan bahan yang dibeli memberikan maklumat maksimum kepada pelajar.
Sementara itu, penerbit atau kedai buku yang terpilih di bawah skim BB1M disaran memberikan potongan harga bagi merancakkan pembelian, selain menarik minat pelajar menambah kuantiti dan mempelbagaikan jenis bahan rujukan yang boleh dibeli.
Kebijaksanaan pelajar memilih bahan rujukan akademik pada harga RM200 adalah penting bagi mengelakkan pembelian yang kurang menepati kehendak kursus atau pengajian yang mereka ikuti.
P/s : Manfaatkanlah pemberian orang kerana ramai lagi yang memerlukan.
"Tapi mungkin si student yang jual dengan mudah tu ada sebab-sebab tertentu kot".
Jangan lupa click share. Sokongan anda amat saya hargai.
6 comments:
bongek gila diorg yang jual voucher nih...
bersyukurlah....
dah kasi elok2...pi jual pulak....
kalau dh nak kaya sangat.... tak payah ambik baucher tu... byk lagi yg memerlukan...
@man yusoef
tau xpa...memang bongok...bobegk...
@remyhazza
budak2...tara tu dah...ehhhhmmmm
Assalam, mungkin dia ada sebab2 tersendiri. Nak gunakan cash. Sbb experience sy sbgi pelajar dlu 1 buku teks utk HR anggaran 80-200 1 buah buku.. Itu baru 1. Nak beli mmg tidak la. 1,2 mungkin bole. Tp kalau smua mate pelajaran? Buku cerita cinta pon skrg dah 20+ ini kan pula buku2 pelajar U ni. Bkn murah. So kami student photostat je dr library. Drp membuang duit 200 tu beli buku yg dpt nye sebiji atau 2 dimane kte ade option lain utk photostat yg bermodalkan 20-30 je. baik kte guna kan cash utk beli brg lain. sy percaya dia ade reason tersendri. harap die tak slh guna. stakat 200 ape sgt la dia nk slh guna. doa dan pndg yg baik2 utk kte smua..
wallahualam
Tak baik menipu dengan menjual baucer buku [Klik di sini]. Kerajaan nak mencerdikkan lagi pelajar.
Post a Comment