Pekeliling penangguhan skim gaji kakitangan awam SBPA telah pun diedarkan baru-baru ini. Kalau ikutkan pembayaran gaji SBPA kakitangan awam bermula 31 Januari 2012 yang berkuatkuasa sejak 1 Januari 2012 tetapi apakan daya, ada banyak lagi yang perlu diperbaiki.
Walaubagaimanapun, kalau dapat yang backdated, orang kata “selepuk” juga kalau memakan tempoh sepenuhnya sehingga 4 – 5 bulan untuk semakan semula dilakukan
Gaji Kakitangan Awam (SBPA) 2012 (Pengumuman & Berita Terbaru) :
- Pembayaran gaji kakitangan awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)
- Kepada kalangan kakitangan awam yang memilih menyertai sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), pembayaran gaji SBPA kakitangan awam hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.
- Perbezaan gaji bagi kakitangan awam yang sudah memilih SBPA tidak akan dibayar pada penghubung bulan Januari 2012 ini
Surat penangguhan SBPA
5 Tuntutan Utama Semakan Semua Gaji SBPA Kakitangan Awam (Edisi Cuepacs) :
- mengkaji semula pindahan gaji bagi gred 54 dan ke bawah
- mengekalkan kedudukan kekananan yang ada dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA
- mengkaji semula kedudukan gaji kakitangan awam yang sudah lama mencapai tahap gaji maksimum
- mengkaji semula kenaikan gaji kakitangan awam antara tujuh dan 13 peratus
- semak kembali penstrukturan semula di semua peringkat gred
Selepas pelbagai topik SBPA yang dipaparkan oleh Berita Semasa diperbincangan secara hangat oleh kalangan pembaca setia di sini, anda boleh semak semula semua topik tersebut menggunakan ruang carian yang disediakan di laman ini ataupun boleh perhatikan senarai berita yang berkaitan di bahagian bawah ruang berita ini.
Dan, kami merasakan, ramai kakitangan awam yang sudah boleh menerima sedikit demi sedikit perkhabaran berita penangguhan pembayaran gaji SBPA kepada kalangan kakitangan awam, jikalau itulah pilihan yang ada dengan cara berlapang dada. Cuma…
Cuma yang pastinya harapan kalangan kakitangan awam yang memilih skim SBPA mahu melihat hasil penambahbaikan yang bakal akan dilakukan kelak selepas kajian semakan semula skim SBPA 2012 ini.
Dan sudah tentu juga penambahbaikan itu sepatutnya memberikan impak yang besar kerana ia telah menyebabkan gaji kakitangan awam yang memilih sbpa dan skim baru ini secara keseluruhannya ditangguhkan. Apa respon anda pula berita terbaru mengenai SBPA ini?
1 comments:
untung keje gomen.... gaji boleh direview.....semula
Post a Comment