Debat adalah salah satu budaya barat? Betulkah selama tiada diwujudkan budaya debat di Malaysia? Seingat kami, sejak daripada peringkat sekolah dahulu sudah diadakan debat ini. Kenapa apabila sebut debat sahaja, perlu dikaitkan dengan isu perkauman. Di mana rasionalnya Datuk?
Kemudian diperingkat ujian PTD contohnya, kalau sesiapa yang nak jadi PTD juga salah satu ujian dan cabarannya adalah berdebat ala parlimen. Bagus atau tidak?
Merdeka Review telah mencadangkan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan antara satu sama lain dalam satu platform debat berkenaan dasar dan pendekataan kerajaan mengurus negara. Hasil kajian Merdekaa Center :
- Kalangan profesional-profesional Melayu berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan
- Kalangan pembaca Berita Semasa pula?
Debat Anwar VS Najib : Pro Dan Kontranya?
- Adakah ekonomi Malaysia akan runtuh jikalau kedua-dua pemimpin menghadiri debat tersebut yang hanya memakan masa sekitar 2-3 jam sahaja?
- Adakah dengan hanya meluangkan masa 2-3 masa untuk berdebat Malaysia bakal muflis?
Debat bukannya bukan platform untuk dedah-mendedah antara satu sama lain, jatuh-menjatuhkan ataupun serangan peribadi. Debat diadakan bertujuan untuk bahas sesuatu isu dan dasar, dan akhirnya biarlah rakyat menilai jikalau ada titik persamaan dan penyelesaian.
Demokrasi hendaklah dijalankan secara adil untuk semua pihak, khususnya kerajaan dan barisan pembangkang disediakan platform yang sama rata untuk majukan polisi masing-masing.
Berdasar rekod, ini merupakan kali ketiga, berita debat Anwar VS Najib dilaporkan di Berita Semasa :
- Debat Najib Razak VS Anwar Ibrahim
- Anwar Ibrahim VS Najib Razak. Debat Pilihanraya Umum Ke 13. Apa Pendapat Anda?
Tetapi entah apa “silapnya” dan “masalahnya” debat Anwar VS Najib masih belum boleh menjadi realiti.
Ya…benar kami akui debat tidak boleh selesaikan semua masalah secara serta-merta. Tetapi….tetapi sekurang-kurangnya kita boleh tahu setakat mana seseorang pemimpin itu tahu apa yang dibuatnya, dan mampu melaksanakan dengan sebaiknya. Dalam pada masa yang sama mmbentangkan polisi yang baik untuk negara.
Debat Anwar VS Najib : Pembentangan “Blue Ocean Strategy” VS “Buku Jingga”
Dan inilah masa yang terbaik semasa debat Anwar VS Najib nanti, masing-masing mempunyai peluang berhadapan antara satu sama lain yang mana :
- Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri) membentangkan “Blue Ocean Strategy”
- Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) membentangkan Buku Jingga
Kedua-dua pihak berpeluang sampaikan polisi masing-masing kepada rakyat secara terus dan meluas. Berikanlah peluang dan ruang pula untuk mengajak“otak rakyat Malaysia” sekali-sekala berfikir dan biar rakyat yang mengadilinya serta membuat keputusan.
- Seorang mengatakan di media arus perdana yang si dia ini seorang peliwat negara
- Seorang lagi mengatakan di siri ceramahnya yang si dia ini terlibat dalam rasuah & pembunuhan gadis asing
Nah, cadangan telah diberikan untuk kalangan kedua-dua pemimpin ini. Berhadapan antara satu sama lain di hadapan rakyat secara langsung dan berdebatlah mengenai isu-isu dasar dan kepentingan kepada negara.
P/S : Apa pendangan anda pula dengan cadangan diadakan debat Anwar Vs Najib sebelum pilihanraya umum ke 13 yang akan diadakan bila-bila masa daripada sekarang?
7 comments:
DRC salah sornag pendebat kat kampus.. ta salah pun nak berdebat.. bukan nak beradu kekuatan tapi berkongsi ilmu...
kalau Anwar VS Najib tak boleh, kenapa ada pertandingan debat kt sekolah2..??kannn...???
so, should najib take it as chance to win hati rakyat.. sangatt! <3
best gak klu tgk depa berdebat..nk tgk apa yg terketaq nk menjawab
debat utk perancangan masa depan rakyat dan malaysia ok ler....
tapi kalau berdebat utk membuka pekung dan maruah diri....
rasanyer tak sesuai.....
nanti org melayu jugak yg malu sendiri.....
@DRceria
itulah pasai...hurm tah lah politik sekarang
@khairul
leh tengok la...mana yang pandai berhujah...
@remyhazza
setuju,.....
Great reaading
Post a Comment