Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah aku panjatkan rasa syukur atas berita baik penempatan aku sebagai seorang guru. Ditakdir aku posting di Selangor. Akhirnya penantian selama 5 tahun setengah berakhir dengan berita ini Alhamdulilllah... Sekarang aku bakal bermula kerjaya di sana pada 16 hb Januari dengan harapan baik-baik saja nanti walaupun sekolah yang bakal menjadi tempat aku berbakti masih belom diketahui.
Walaupun hajatku untuk ke Sabah tidak kesampaian namun aku bersyukur dengan takdir allah ini. Amin.
Aku bersimpati juga kawan2 yang dapat Sabah & Sarawak yang belum berkahwin tak apa, tapi yang baru khawin hujung tau lepas. Tapi nak buat macam mana dah tugas anda disana terpaksalah menerimanya. =)
Aku doakan buat sahabat2 di sana sentiasa sihat dan selamat di negeri orang sebaiknya. Jadilah seperti garam kerana tanpa garam makanan tidak akan sedap. InsyaAllah, yakin pada ketentuan-NYA, bersangka baik atas takdir ada hikmah setaip sesuatu yang berlaku.
3 comments:
all the best Cikgu !
tq my friends....
slmt bertugas ditempat baru.....
Post a Comment