Assalamualaikum semua. "I am
Terlebih dahulu saya pun mengaku ilmu agama saya tidaklah sehebat mana tetapi sebagai hamba Allah, saya juga seperti insan biasa yang ingin cuba untuk memenuhi ruang-ruang "kosong" dengan ilmu-ilmu yang dituntut dalam Islam.
Sejak kebelakangan ini, ramai yang mengatakan dan berbincang mengenai Hukum hudud dan banyak juga pandangan dan persoalan yang dikeluarkan. Bagi yang sangsi tentang hukum agama ini macam-macam tohmahan dan kritikan mereka keluarkan. Oleh itu, saya inign beri penjelasan sedikit tentangnya. ( kalau saya salah tolong tegur)
Hudud adalah hukuman atau pembalasan ke atas penjenayah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di dalam Al-Quranil Karim. Justeru sebagai manusia yang beriman kepada Allah swt dan kitabNya, kita tidak mempunyai pilihan melainkan dengar dan taat terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
maksudnya :
"dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu."
Hanya beberapa jenis JENAYAH sahaja yang perlu dijalankan hukuman Hudud iaitu jenayah yang sukar diubati dan ditangani dan hudud perlu dilaksanakan pada khalayak ramai
Sebenarnya bukan semua negara Islam mampu melaksanakan Hukum Hudud ini oleh kerana ditakuti mencetus kontoversi apatah lagi pada rakyat yang bukan Muslim. Pada zaman Rasulullah S.A.W. Hukum Hudud dilaksanakan sebagai sebahagian kecil dalam syariah. Kecil disini bukan dimaksudkan dengan diambil ringan mahupun hanya sebagai alternatif terakhir. Yang ingin disampaikan adalah kecil yang bermaksud hadirnya hukum itu adalah pada keadaan yang memaksa disebabkan kesalahan disisi syariat yang jelas telah dilakukan.
- Namun Hukuman hudud ini hanya melibatkan Umat Islam sahaja ,orang yang bukan Islam tidak terlibat sama sekali kecuali jika mereka mamilih untuk terlibat
- Hanya orang dewasa yang berfikiran waras sahaja yang dihukum hudud,bagi kakanak-kanak dan pesakit mental mereka tidak terlibat
Dah nampak belom kalau kurang jelas lagi mari saksikan video ini.
Saya berpegang kepada ini. JOM sama-sama saya
"I am Not a Politician, But I am a Muslim"
|kalau salah tolong betulkan|
P/s: Bagaimana komen dari anda ???
Sila tekan button LIKE jika anda bersetuju dengan saya atau sama-samalah share untuk info orang ramai.
4 comments:
i am not A politican
As Salam,
Saya pun bkn org politik tp sy juga tidak setuju bila bab agama dicampur aduk kan dgn politik.
Hukum Allah jgn dibuat main2..didunia anda lepas dgn melakasanakan hukum manusia. tp tidak diakhirat.
Video oley tu mmg terbaik, cukup jelas dan nyata tp kalo masih ada pihak cuba memutarkan belit lagi hukum Allah ni tatau la nk ckp kan apa dia tidak takut pada Allah ke?
Nauzubillah...
hati2 dgn hukum Allah taala...jgn smpai mase kite menyesal...
saya pun tak minat dengan politaik,eh.. politik.. marilah kita sama2 dekatkan diri dgn Allah.. dunia dh akhir zaman.. dh banyak tanda,hukum Allah pun depa berani main2 dh...saya takut wooo..tak berani
Post a Comment