ARRAYAH.INFO, Mesir,- Seorang muslimah di Mesir yang memakai abaya (baju labuh) hitam dilucuti pakaiannya hingga terbuka aurat di dalamnya oleh tentera rejim Mesir, pada hari Sabtu (17/12/2011), ketika sedang berjuang di Kaherah.
Tudung dan rambutnya ditarik dan diseret, dia juga dipukul, ditendang secara ganas oleh tentera biadab itu.
Sadisnya, kemudian dia ditinggalkan begitu sahaja di jalanan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Dia adalah salah seorang penunjuk perasaan yang ikut turun ke jalan untuk melakukan demonstrasi anti-tentera hari kedua di Kaherah, ia tak bersenjata, ia hanya seorang muslimah yang mahukan negaranya bersih dari para tentera rejim.
Ia salah satu korban dari beratus-ratus korban akibat kebiadaban tentera rejim Mesir.
Tentera dan polis Mesir menuduh para penunjuk perasaan melakukan kekerasan, sehingga mereka menyerang para penunjuk perasaan secara ganas.
Padahal, merekalah yang melakukan keganasan terhadap para penunjuk perasaan hingga jatuh korban tewas dan terluka.
Tentera-tentera biadab itu bukan hanya menyerang dengan kejam, tetapi juga menodai kehormatan muslimah Mesir.
Ini tak boleh dibiarkan! Astaghfirullah, segeralah bertaubat. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah (Tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah). Bangkitlah hai umat, selamatkan umat dengan Syariah dan Negara Islam Global.
Ini adalah kekejaman yang mereka lakukan.
Adakah ini tanda dunia akan kiamat???
3 comments:
kung ajar betul
memang krang hajaq sangat
Apa tajuk lagu dari video ini...??
Post a Comment