Assalamualaikum semua .Sehari dua isu pengadilan sedang hangat diperkatakan di media-media danjuga di kedai kopi lebih-lebih lagi yang terbaru sekarang mengenai perlawanan antara Terengganu VS Kelantan yang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Terengganu 3-1 dan ditambahkan dengan 5 kad merah dalam perlawanan tersebut.
Ramai yang cakap pengadil itu emosi, pengadil itu tidak matang dalam membuat keputusan, pengadil bodoh dan sebagainya. Diperhangatkan lagi dengan akhbar-akhbar tempatan yang mengahangatkan lagi isu ini dengan tajuk-tajuk yang kurang enak didengar misalnya
Sumber : Sinar Harian Kelantan
Sumber: KOSMO
Sumber: Utusan Malaysia
Sumber: New Straits Times
Adakah ini adil bagi seorang pengadil yang hanya menjalankan tugasnya mengikut undang-undang yang telah ditetapkan dalam permainan bola sepak (Law Of The Game)? Perlukah anda melontarkan kata-kata yang menyamakan beliau dengan binatang seperti satu gambar ini.
Perlukah anda membuat sedemikian, bagimana jika anda diberi tugas untuk memikul tugas ini ??? Pengadil pun manusia biasa, tidak ada pengadil didunia ini mampu membuat keputusan yang tepat 100% sedangkan bekas pengadil FIFA terbaik dunia 5 tahun berturut-turut iaitu Pierlugi Collina juga juga pernah membuat kesilapan semasa mengadili perlawanan. Bagi pendapat peribadi saya pengadil tersebut telah menjalankan tugas beliau dengan baik.
Bagi peminat-peminat sukan bola Malaysia diluar sana saya ingin mengutarakan sedikit persoalan dimana:
- Adakah anda tahu kesemua undang-undang permainan bola sepak walaupun anda memang bermain bola ?
- Anda rasa kesemua pemain bola sepak tahu undang-undang permainan bola sepak walaupun pernah mewakili berbagai club tanah air termasuk mewakili Malaysia?
- Pernah anda menjadi seorang pengadil bagi sesebuah perlawanan ?
- Anda rasa Jurulatih dan pengurus sesebuah pasukan arif tentang undang-undang pengadil?
Disini saya merasakan kita tidak sepatutunya menyalahkan sesebuah pihak sahaja sedangkan kita perlu menilai dahulu mungkin ada sebab pengadil membuat keputusan kerana pengadil tahu apa tindakannya dan beliau lebih dekat dengan tempat berlaku kesalahan. Saya tertarik dengan komen oleh cikgu Amir Sharifuddin Wong Referees Assessor FAM
" Terengganu dan Kelantan bila bermain dengan mempamerkan skill masing amat menarik dan saya suka menjadi pengadilnya. Tapi bila mereka mengikut kehendak penonton atau penyokong, perlawanan mereka jadi buruk. Saya ingat beberapa tahun dahulu semasa Rajagopal jadi coach Kelantan, semua perlawanan di luar menang tapi bila bermain di depan penyokongnya, seri atau tewas. Boys, you are professionals, you should know better for your self, your state and your country." By : Amir Sharifuddin Wong 2011
Oleh itu renung-renungkanlah tidak ada manusia yang tidak melakukan kesilapan. Pendapat dan kritikan serta luahan terhadap mutu pengadilan daripada anda semua amat dialu-alukan.
P/S : dah baca tolong click like di bawah.
2 comments:
susah nak perkatakan isu ni..nk slhkn pgadil 100% xblh jg..dia bertindak sbb gelagat pemain jg..bkn sj2 ..lgpun musuh jiran nmpk ketat n kemuncak piala malaysia smkin hmpir..
pengadil ni mcm polis trafik juga, kalau salah dia boleh saman.....
tapi kalau salah sikit-sikit ...
maafkanlah saja.
bila kite buang ramai pemain .... kite telah menghilang mutu permainan bola sepak
Post a Comment