.....

  1. DOWNLOAD RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN & MODUL PJ, PK , MATEMATIK KSSR TAHUN 4 2015 MELALUI SCRIBD
  2. RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PJ & PK & MATEMATIK DAN MODUL DI SLIDE SHARE TAHUN 2015
  3. RPT KSSR PJ Tahun 4 2014
  4. RPT KSSR PJ/PK tahun 1, 2 , 3, 4 |2014| - ON SCRIBD
  5. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 3 2014
  6. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 3 2014
  7. RPT KSSR MATEMATIK TAHUN 2 2014
  8. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 1 2014
  9. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 1 2014
  10. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 2 2014
  11. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 2 2014
  12. LANGIT TAK SELALU CERAH
  13. PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) 2013
  14. VIDEO METEORIT TERHEMPAS DI RUSSIA
  15. Siapakah CHEGU FATIN ni ?
  16. KEBAKARAN DI TAMAN PERUMAHAN AWAM TANAH MERAH,JITRA
  17. Maharaja Lawak Mega 2012
  18. GAMBAR & VIDEO | PALESTIN DISERANG ISRAEL
  19. KONFLIK PALESTINE DAN ISRAEL
  20. Gambar & Video Taufan Sandy : New York Hampir Tenggelam (peringgatan Allah)
  21. HARI ANUGERAH CEMERLANG SKBBSB 2012 - Permata Gemilang
  22. APABILA FAHAMAN SYIAH MENGUASAI DIRI !!!
  23. From Liyana Adnan: Saya Minta Maaf |untung laa sape jadi cikgu.. |
  24. Semangat Merdeka dari murid-muridku
  25. Seni Rambut || water balloon hair
  26. Maklum balas || Khas untuk Liyana Adnan : " Untung laa sape jadi cikgu " |
  27. Bapak Segala Meriam ONLY in Kuala Kangsar
  28. "Kerja aku gosok gigi badak "
  29. TIPS DIET IKUT DARAH
  30. Angkasawan Neil Armstrong meninggal dunia
  31. Nasyid Dangdut
  32. Aku Rindu PadaMU Ya Rasulullah
  33. VIDEO||Mr Bean (Rowan Atkinson) Opening Ceremony - London 2012
  34. Bangladesh can't help Rohingya: PM Sheikh Hasina
  35. Promo Twilight Raya 2012
  36. BONUS HARI RAYA
  37. wordless:tepi kain
  38. Happy Born Day MY Fren
  39. Salam Ya Ramadhan
  40. Kenali Hackers
  41. Mata Pelajaran PJ dipinggirkan
  42. KEDUDUKAN SEMASA EURO 2012
  43. Roti Meriam Sempena EURO 2012
  44. Jadual Perlawanan EURO 2012"
  45. Tsunami Lagi Dekat Penang !!!"
  46. Penyokong B.E.R.S.I.H kena sound wei !!!"
  47. 6 Gempa Bumi DIcatatkan Hari ini"
  48. KERJAYA GURU : Lisa Surihani akui kerjaya guru lebih mencabar"
  49. Gelaran Doktor pada DR. Rozmey di Tarik Balik"
  50. Pertembungan 2 Alam"
  51. SAFEE SALI MENUNAIKAN IMPIAN "BUDAK BADAN BESAR"
  52. MY Convocation DAY
  53. Hari Terakhirku - Original BY AlangKhoma
  54. Gambar : Kem Kepimpinan Pengawas SK Bandar Baru Sungai Buloh (Sebelum)
  55. Roadblock Malaysia Vs Roadblock Luar Negara
  56. Pekerja KFC Bergaduh Dengan Pelanggan
  57. Chipita sudah sampai Kedah
  58. WORDLESS 19:"HARI"
  59. Sayangnya binatang ini kepada tuannya...
  60. Bahagian 1 : Siapakah nak uruskan Jenazah Ibu Bapa Kita wahai anak-anak ?
  61. Video : Kesian tapi lucu ! Marah sampai tercabut gigi
  62. Jutawan Bola Sepak Pertama Malaysia - Safee Sali
  63. Dulu Kelantan Sekarang Selangor
  64. Jadual Ceramah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan 2
  65. Video ceramah di Masjid Shah Alam
  66. Renungan Bersama : Soal jwb Ustaz Azhar Idrus malam ni: 26 soalan kesemuanya.29.01.2012
  67. Renungan Bersama : Realiti Seorang Guru Di mata Masyarakat sekarang
  68. Ustaz Azhar Idrus datang Shah Alam
  69. Gaji Kakitangan Awam Februari 2012 Ikut Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)
  70. Kenapa kita tak pandang meninggalkan SOLAT sebagai satu jenayah ???
  71. Perkhidmatan pemasangan UNIFI
  72. Benda pelik ???
  73. Anwar Vs Najib berdebat
  74. Simbah kakak dengan air panas
  75. Bayi mati tercampak
  76. Malaysia Layak ke final
  77. Adakah pengadil perlu dipersalahkan ???
  78. Lelaki peluk manyat teman wanita
  79. TIPS : MENGENAI ASPEK PENGADILAN DARI BEKAS PENGADIL FIFA KITA..-SUBKHIDDIN MOHD SALLEH-
  80. Makan FB,tido FB
  81. Rintihan Sayu Fifi
  82. Kepala berkecai kena mercun
  83. Polis Siasat Pelajar IPT jual Baucar
  84. Aku Perlukan Boyfriend
  85. Gempa kuat landa selatan Pulau Fiji
  86. 15 nelayan Filipina maut ditembak
  87. Baucer Buku RM200 1Malaysia. Wajarkah Dijual Semula Sesuka Hati?
  88. Keadaan rumah pemilik FERRARI
  89. Eskelator penduduk setinggan !!!
  90. Video:Maradona vs pele
  91. Video:Lelaki Kena Belasah Sebab Tak Mahu Berasmara
  92. Baucer Buku Di Jual di MUDAH.my
  93. Adik pemain badmiton negara ditikam
  94. Tonton Tv Online
  95. Penempatan PTD Dalam Sistem Pengurusan di Kementerian Pelajaran? Apa Pendapat Guru-guru?
  96. Gelombang Ombak Rindu
  97. Pasukan Senior Swit.- Nurul A’in Wahida Abu Bakar | EX-IPG KKB
  98. wordless # 18 - Alhamdulillah
  99. Atlet pecut Perancis yang bakal menggegar dunia Olahraga - CHRISTOPHE LEMAITRE
  100. |video| wanita kena tikam 70 kali tak mati x18sg
  101. Video kematian Izwan Pilus di hospital
  102. Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Dalam Paru Paru
  103. Hari Pertama Aku Di SK BANDAR BARU SUNGAI BULOH
  104. KISAH MALAM PERTAMA !
  105. Gambar Isteri Di Ranjang Bersama Lelaki Lain Punca Penceraian Hattan?
  106. Lagi Kes Dekat China, Perempuan kena Tikam Depan Orang Ramai
  107. Persediaan perkara-perkara penting sebelum posting/lapor diri
  108. Info Kesihatan : Hilangkan Tekanan Dengan Sperma untuk Wanita?
  109. Apabila Kanggaroo Masuk Pekan |Video|
  110. Baru 4 Tahun Dah Berasmara di Tempat Terbuka ... Dunia ! Dunia
  111. Gambar Ustaz Azhar Disamakan Dengan Yahudi!
  112. Video:Perempuan kena belasah dalam bilik
  113. "KEMALUAN" lelaki putus

Saturday, October 1, 2011

Home » , » Benarkah guru biasa diabaikan? Home » , » Benarkah guru biasa diabaikan?

4
Komen
Benarkah guru biasa diabaikan?

Lintasan angin timur laut benar-benar menyebabkan 350,000 orang guru biasa terkilan apabila nasib mereka dikatakan tidak mendapat pembelaan sewajarnya dalam pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri melalui rakaman video pada ulangtahun sambutan Hari Guru 16 Mei lalu di Borneo Convention Center.
Sebagai penjawat awam, saya turut memikirkan bahawa terlalu banyak kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi memartabatkan profesion perguruan menjadi satu kerjaya yang menarik dan bukan lagi pilihan kedua atau ketiga. Saban tahun, bilangan mereka yang memohon adalah berlipat ganda dari jumlah ambilan sebenar. Ini membuktikan tawaran lumayan dalam perkhidmatan tersebut menarik perhatian lepasan SPM kerana mereka terus dilatih oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) hingga ke tahap ijazah.
Selepas tamat latihan, mereka akan terus ditawarkan sebagai guru terlatih dengan skim gaji DG 41 di mana tangga gaji permulaannya adalah lebih besar berbanding dengan sesetengah jawatan dalam perkhidmatan awam. Pengumuman terbaru Perdana Menteri, dalam tempoh perkhidmatan selama 25 tahun sudah ada jaminan akan mendapat jawatan sehingga DG 54, dan ini tidak diberikan jaminan oleh lain-lain perkhidmatan awam, maka ada sesetengah jawatan dalam perkhidmatan awam merupakan jawatan mati, tiada kenaikan pangkat sehingga pencen kerana jawatan yang lebih tinggi tidak ada.
Saya nampak, lebih ramai guru tidak memahami semangat kerajaan untuk membantu memartabatkan kerjaya guru di mana mereka mempunyai laluan khusus bagi mereka yang menunjukkan prestasi cemerlang (guru cemerlang, guru besar cemerlang, pengetua cemerlang dan kini diperluaskan lagi kepada guru wibawa dan guru pendita) dan tentunya mereka yang kecewa ini adalah mereka yang tidak sanggup berubah untuk menjadi lebih cemerlang. Mereka adalah guru dalam tahap pencapaian purata.
Banyak juga kemudahan melanjutkan pendidikan tinggi telah diberikan kepada para guru dengan memperuntukkan sejumlah wang berbanding dengan lain-lain penjawat awam yang terpaksa bersaing dalam kelompok yang pelbagai. Guru mempunyai struktur pendidikan tinggi yang tersusun, cuma ada segelintir guru yang tidak sanggup untuk berubah, maka di situlah para guru banyak membuat perkiraan untung rugi.
Sebahagian besar guru amat liat untuk ditukarkan dengan alasan “telah membina rumah sendiri”, “mempunyai keluarga besar” dan “menjaga ibu yang sudah tua” meskipun tenaga mereka amat diperlukan di lokasi tertentu. Sebagaimana turut dibayangkan oleh Ketua Menteri Sarawak dalam Majlis Berambih, ada guru yang ditempatkan di kawasan pedalaman menangis apabila menerima tawaran tersebut, ada juga yang sudah jatuh cinta dengan kawasan tersebut sehingga tidak mahu berpindah, maka di situlah para guru mula membentuk zon selesa mereka.
Apabila Kementerian Pelajaran memulakan pelaksanaan dasar “redeployment” berasaskan mata pelajaran opsyen, maka ramai guru menggunakan pelbagai kaedah untuk tidak mahu berubah. Mereka terus mahu kekal dalam “zon selesa” dengan membuat alasan akan menambahkan beban kewangan sedangkan situasi yang sama tidak berlaku dalam lain-lain penjawat awam, walaupun pertukaran tersebut adalah dengan gaji yang setara (maksudnya, bukan kenaikan pangkat).
Pengumuman Perdana Menteri turut mengakibatkan guru biasa yang mendakwa merekalah sebenarnya yang menyumbang kepada kecemerlangan sekolah dan pelajar terkilan kerana tidak menampakkan ada berita baik buat mereka. Pengumuman tersebut menjurus kepada kenaikan pangkat kepada guru besar, pengetua dan guru-guru yang terlibat dengan pengurusan pelajar (hal ehwal murid dan hal ehwal kurikulum). Guru-guru biasa tetap berada dalam takuk lama, maka di situlah mereka harus memahami bahawa, mereka tetap memperolehi kedudukan yang baik jika turut menyumbang kepada kecemerlangan.
Perdana Menteri turut mengumumkan proses kenaikan pangkat yang tidak tertakluk kepada kekosongan jawatan yang lebih tinggi, termasuk meningkat kepada guru wibawa dan pendita sehingga tidak perlu melibatkan diri dalam bidang pengurusan. Sebelum ini mereka boleh dilantik sebagai guru pakar dan diberikan kedudukan melebihi tahap yang diterima secara hakiki oleh pengetua.
Malangnya, apabila kedudukan pangkat lebih tinggi mereka mula memperlekehkan guru yang terbabit dalam bidang pengurusan yang mempunyai kedudukan yang lebih rendah. Mereka tidak memahami konsep khas kepada penyandang, maka itulah yang selalunya dipersoalkan apabila ada guru berijazah ditempatkan di sekolah rendah dengan gred DG 41, sedangkan jawatan guru besar bukan dalam kategori guru berijazah.
Saya juga ikut kesal apabila Setiausaha Agong Kesatuan Perguruan Malaysia (NUTP) tidak cuba memberikan penjelasan yang sebenar mengenai pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri itu. Meskipun, atas alasan memperjuangkan kebajikan para guru, NUTP tidaklah seharusnya melihat dalam perspektif untung-rugi dari aspek kewangan. NUTP harus melihat secara perbandingan apakah kemudahan-kemudahan yang sama turut diberikan kepada lain-lain penjawat awam.
Sejak akhir-akhir ini penjawat awam sudah membentuk persepsi tersendiri mengenai profesion keguruan kerana terlalu banyak rungutan yang mereka keluarkan melalui pelbagai media, sama ada menerusi media konvensional ataupun baru. Ramai yang beranggapan, sesetengah isu yang dikemukakan adalah isu yang remeh-temeh sehingga menjejaskan kerjaya perguruan sendiri, hubungan antara guru dengan guru besar dan pengetua yang tidak harmoni, konflik kepentingan antara tanggungjawab di sekolah dengan kelas-kelas tiusyen, percampuran guru-guru dengan masyarakat sekeliling dan yang lebih menyedihkan ialah terbawa-bawa budaya kononnya diri lebih pandai daripada orang lain, sukar menerima pandangan dan kurang kreatif dalam menyelesaikan masalah.
Masyarakat kadangkala menempelak apa yang berlaku dalam budaya guru di mana percampuran hanya terhad kepada keperluan tertentu. Guru menjarakkan dirinya dengan masyarakat atas alasan mempunyai tugas yang banyak dan kurang mempunyai masa berkualiti dengan keluarga. Guru-guru harus faham bahawa dunia sekarang bukanlah seperti sebelumnya, sudah banyak berubah dan memerlukan penyelesaian yang cepat. Ingatlah, business not as usual, hubungan komunikasi mestilah terjalin dalam setiap masa tanpa terhalang oleh sempadan waktu dan fizikal, kita berada dalam duniaconnected.
Penjawat awam lain juga mempunyai kesibukan keranan kerjaya mereka juga tidak menentu. Keluar ketika fajar mula menyinsing dan pulang tatkala matahari sudah lama tenggelam, tidaklah banyak membuat keluhan “dibebankan dengan bukan bidang tugas hakiki.’ Guru hanya dipertanggungjawab untuk menentukan pengurusan murid, tetapi tetap dilihat sebagai sesuatu beban dan terkeluar dari proses pengajaran dan pembelajaran. Seolah-olah guru hanya perlu mengehadkan dirinya kepada kelas, dan di luar kelas bukan tanggungjawabnya.
Guru juga menjadi pemupuk nilai murni, maka dalam melaksanakan tanggungjawab ini perlu menunjukkan sikap yang professional dan bukan emosional. Saya pernah berhadapan dengan guru yang hanya tahu membuat serkap jarang, tanpa usul periksa melaporkan bahawa ada pelajar terlibat dalam perancangan pergaduhan. Setelah saya meminta bukti, maka guru terbabit mengomel kerana saya tidak bersetuju dengan maklumat yang ada padanya.
Akhirnya, guru terbabit tidak lagi bertegur sapa walaupun sesekali saya bertembung di pasar minggu. Bagi saya, sikap tersebut bukan membawa keuntungan kerana mungkin suatu ketika saya boleh menghulurkan bantuan dan sumbangan, tetapi kerana sikapnya sedemikian, membuatkan saya terus bungkam. Akhirnya, saya melihat ramai ibu bapa tidak berpuas hati dengan guru tersebut yang dirumuskan tidak mempunyai “hubungan awam” yang mesra. Lebih banyak menimbulkan ketidaksenangan daripada membina hubungan baik dengan bersyukur dengan apa yang telah dan sedang dipertimbangkan oleh kerajaan bagi mengangkat kerjaya tersebut.
Jangan terlalu memikirkan keuntungan segera, pandanglah masa depan dengan lapang dada dan penuh keinginan untuk menjadikan semua pelajar cemerlang kerana seseorang guru yang berwibawa ialah mereka yang boleh menjadikan muridnya lebih pandai daripada guru. Jika muridnya tidak memperoleh kedudukan tersebut, maka tentunya ada sesuatu yang tidak kena dengan guru tersebut, sama ada tidak pandai mengajar atau tidak mengajar dengan baik. Jika guru lebih pandai daripada murid pada akhirnya, ada sesuatu yang menunjukkan masalah dalam sistem pendidikan dan kaedah mengajar yang diamalkan oleh seseorang guru.
Bersyukurlah, kerana guru-guru di Malaysia lebih mewah dan mempunyai kedudukan yang lebih baik berbanding lain-lain negara. Jangan hanya membuat perbandingan dengan negara maju, kerana mereka sudah lama melepasi tahap transisi, tetapi kita haruslah meniru tahap profesionalisme mereka. Mereka kreatif dan mampu melakukan proses menjejaki proses pembelajaran murid-muridnya dengan berkesan, mereka mengambil langkah mengatasi kekurangan itu menjadi sesuatu yang cemerlang pada akhir tempoh persekolahan. Itulah sikap sebenar seorang guru, jika mengharapkan imbuhan yang lebih besar sehingga menyamai pendapatan seorang pengurus kilang, lebih baik tidak memilih kerjaya perguruan.
Menjadi pendidik yang baik adalah atas dasar minat dan jiwa yang ingin berbakti. Tetapi, jika memilih kerjaya guru sebagai suatu peluang pekerjaan maka itulah menyebabkan tiada keikhlasan dan kecintaan sebenar dalam pengembangan ilmu. Kita mungkin boleh mencontohi bagaimana pengorbanan ulamak besar Islam, mereka sanggup berkelana mencari ilmu bagi melengkapkan dirinya. Mereka sanggup mengembangkan ilmunya tanpa mengharapkan diberikan kedudukan yang tinggi. Keberkesanannya mendidik dan mengajar itulah sebenarnya nikmat yang tidak boleh dinilai setara dengan wang ringgit bagi seorang guru yang berjiwa pendidik.
Guru biasa tidak perlu khuatir, bila tiba masanya dan membuktikan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran, hasilnya akan terbalas juga. Kerajaan bukanlah menghukum mereka, tentunya sukar untuk memenuhi setiap tuntutan kerana guru sendiripun tidak pernah membuktikan muafakat yang jitu. Dalam profession keguruan, amat banyak kesatuan yang mewakilinya sehingga kadangkala antaranya tidak pernah ada kesatuan pendapat dan perjuangan.
Guru perlu meletakkan semangat, kejayaan sebenar mereka ialah membentuk murid bukan sahaja menjadi pandai, tetapi bijaksana. Dan, jalan menuju kebijaksanaan itulah yang perlu dirintis secara bijaksana oleh guru sendiri, maka ia akan benar-benar menjana transformasi pendidikan negara. Jangan terlalu terkongkong dengan imbuhan dan kedudukan, kerana itu hanyalah salah satu unsur motivasi yang boleh dilihat secara fizikal, yang lebih besar ialah motivasi dalam diri untuk berubah dan melengkapkan keupayaan mencipta persekitaran pendidikan yang menarik minat murid. Ingatlah, murid akan lebih menyanjungi guru yang boleh merubah sikap seseorang sehingga muncul sebagai manusia yang bijaksana. Itulah hakikat pendidikan yang dikupas oleh al-Ghazali, Ibnu Khaldun, Said Nursi dan ramai lagi ulamak besar Islam.

4 comments:

aimie amalina said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya nak jadi cikgu
x penah dpt
dr spm apply smp dh abis u
msh x dpt nak jadi cikgu
huuu
tapi skrg ni
begitu byk pengajr
tapi kurgnye pendidik..hurmmm

chegu abbas said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@aimie amalinasekarang dah keje blom??? memang betol kata saudari tu...pengajar sekarang tak macam pendidik dulu faham x maksud chegu....

zaher said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

assalamualaikum,
saya sangat kagum dengan pandangan dari cg abbas tentang profesion keguruan, inilah ciri2 seorang guru yang profesional.

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@aimie amalina

Salam... tenguk la Kementerian, tulis Kementerian Pelajaran... so, kena jadi pengajar le, bukan pendidik... huhu..

Arkib Chegu