Barang seiapa dijauhkan dari neraka dan diamasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenagan yang memperdayakan'
surah Ali Imran ayat 185
Salam Ukhuwah, posting untuk kali ini ialah mengenai Perginya Seorang Ayah, Suami, Guru, Pendakwah, Sahabat,kisah ini mengenai perginya bapa saudaraku mengadap maha penciptanya.
Dipertengahan tahun 2008, bapa saudaraku telah didiagnos dengan penyakit kanser usus. Penyakit tersebut dengan begitu cepat melemahkan beliau. Lagi membuatnya lemah apabila diberitahu oleh doktor mengenai jangka hayatnya hanya mampu bertahan selama 6 bulan dari tarikh yang disahkan mengidap barah usus. Oleh yang demkian pelbagai cara dan kaedah perubatan telah dilakukan bagi melambatkan pergerakan virus yang terdapat pada barah tersebut.
Hari demi hari menanti saat yang bagaimana yang telah doktor jangka telah tiba, tetapi dengan izin ALLAH S.W.T bapa saudarku berjaya melepasinya. Bapa saudaraku, masih mampu melakukan perkara yang sering dilakukannya tetapi pergerakan terbatas. apa yang dapat aku perhatikan keadaan bapa saudaraku ini di mana susuk tubuh badan semakin kurus, pucat disebabkan barah yang terdapat dalam perutnya. kadang itu aku menitis air mata melihat kedaannya. SAkit!!! Aduh !!! Sikit Saja NI !!! itu la perkataan yang sering kudengar dari mulut bapa saudarku.
Kadang itu, aku melihat bapa saudaraku ini termenung seorang diri, fikiranku terbayang adakah beliau memikirkan apa yang doktor katakan? bagaimana keluargaku bila aku tiada ? cukupkah bekalanku? Bapa saudaraku amat bertuah kerana dikurniakan keluarga yang penyayang dan anak-anak yang pintar kebetulan pula isteri pula lulus diploma perguruan yang telah lama diimpikan oleh isterinya. keluarganya sentiasa meberi kata-kata perangsang dan nasihat "BANYAK SEMBAYANG ABANG, INGAT ALLAH ABANG" , " AbaH Meh adik suap ubat kat Abah" " Takpa nanti adik besaq adik jadi Doktor adik ubat penyakit Abah ni " itu adalah semua dari anak-anak bapa saudaraku. Kaum keluarga yang datang juga memberikan nasihat yang sama.
Mungkin disebabkan itulah, apa yang disebutkan adalah doa. bapa saudaraku telah bertahan selama 2 tahun setengah jauh daripada apa yang dijangkakan oleh doktor mengenai jangka hayatnya. Mungkin dalam jangka masa 2 tahun setengah itu pelbagai rintangan dan iktibar dilalui. Di akhir-akhir hayat sebelum bapa saudaraku mengadap Sang Penciptanya., kelihatan bapa saudaraku sihat seperti tiada apa yang berlaku keatas dirinya. biasalah sakit-sakit. Muka beliau juga berseri-seri dan aku merasakan mungkin beliau telah redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T . Aku masih ingat lagi ayatnya. " yang hidup tu semua akan mati juga, dah pakteh nak p dah nak buat macm na pakteh redha lah, pakteh kena banyak berdoa kepada Allah la supaya keluarga pakteh dilindungi dan anak-anak pakteh boleh berdoa untuk pakteh la bila pakteh x dak nanti " sayu aku dengar perkataan itu.
Pada tarikh 4 disember 2010, hari itu merupakan hari terakhir Chegu & family pergi melawat beliau ketika itu beliau dalam keadaan terlatar, kami diberitahu bahaya beliau tidak dapat membuang air kecil secara normal dan telah ditebuk dikawasan perut untuk mengatasi masalah itu.
Pada tarikh 10 Disember 201 , Jumaat. Allah lebih menyayangi beliau, 1.23 P.M bapa saudaruku telah mengadap yang maha pencipta. Chegu sekeluarga bergegas ke sana. Arwah akan dikebumikan selepas insyak, ini kerana untuk menunggu ahli keluaga untuk melihatnya buat kali terakhir sebelum terpisah untuk buat selama-lamanya.
Selepas semua telah dilakukan dan perkara terakhir sebelum jenazah diletakkan didalam keranda iaitu mencium jenazah untuk kali terakhir. Saat inilah yang paling menyentuh perasaan Chegu dimana chegu tidak dapat menahan air mata dan berderai basah di pipi chegu dimana chegu melihat anak-anak beliau yang masih kecil menicum muka bapanya keadaan ketika itu sungguh sayu. Aku memikrkan bagaimanakah keadaan anak-anaknya selepas ini, tiada tempat bermanja. Perginya Seorang Ayah, Suami, Guru, Pendakwah, Sahabat sedih sedih x terkira. .
Al-fatihah buat Paktehku alias.
perginya seorang Seorang Ayah,
Suami, Guru, Pendakwah, Sahabat
yang disayangi..
semoga ketenangan abadi nan hakiki menanti..
sama-sama kita sedekahi.. AL-FATIHAH..
8 comments:
takziah utuk cikgu sekeluarga , moga tabah menghadapinya ..
terima kasih ...miss Ali's Grandson.....hiihi
Sudah menjadi ketetapan
Tidak sedetik terawal
tidak sedetik terlewat
Perginya tak kembali lagi
AL FATIHAH.....Moga Rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh Amin......
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Ya Allah...Sesungguhnya hidup dan mati kami hanya untuk Mu.Dari Mu kami datang dan kepadaMu kami kembali. Wallahualam.
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
Salam Ziarah buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
adoiiii sorry banyak tertinggal entry ko ni.... bussy sejak-sejak ni....
terima kasih wahai sahabat bloggimgku....semua yang datang ni dari allah pulang pon kepada allah jugak....semua ini lumrah dunia tetapi...atas seseorang itu bagaimana menerima pemergian yang kita sayangi ....tq Afzainizam
sudah menjadi ketetapan ilahi.
jodoh,rezeki,hidup dan mati manusia itu,atas kehendak-NYA.
takziah buat keluarga.
sayu sekali saya membaca cerita ni.
teringt kembali ketika arwah atuk meninggal,ketika arwah moyang (yg ketika tu masih hidup) menangis dan berselawat dari dapur hingga ke bilik sebelum mencium mayat arwah atuk.
padahal arwah moyangku dulu,seorang yg nyanyuk.
semOga tabah menghadapi ujian.. banyakkan sedekahkan al fatihah..
kisah pakteh sama dengan arwah ibu sy, tp ibu hanya mampu bertahan setahun...alfatihah untuk arwah ibuku, 15 oktober ni genap setahun ibu pergi..
Post a Comment