.....

  1. DOWNLOAD RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN & MODUL PJ, PK , MATEMATIK KSSR TAHUN 4 2015 MELALUI SCRIBD
  2. RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PJ & PK & MATEMATIK DAN MODUL DI SLIDE SHARE TAHUN 2015
  3. RPT KSSR PJ Tahun 4 2014
  4. RPT KSSR PJ/PK tahun 1, 2 , 3, 4 |2014| - ON SCRIBD
  5. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 3 2014
  6. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 3 2014
  7. RPT KSSR MATEMATIK TAHUN 2 2014
  8. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 1 2014
  9. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 1 2014
  10. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 2 2014
  11. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 2 2014
  12. LANGIT TAK SELALU CERAH
  13. PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) 2013
  14. VIDEO METEORIT TERHEMPAS DI RUSSIA
  15. Siapakah CHEGU FATIN ni ?
  16. KEBAKARAN DI TAMAN PERUMAHAN AWAM TANAH MERAH,JITRA
  17. Maharaja Lawak Mega 2012
  18. GAMBAR & VIDEO | PALESTIN DISERANG ISRAEL
  19. KONFLIK PALESTINE DAN ISRAEL
  20. Gambar & Video Taufan Sandy : New York Hampir Tenggelam (peringgatan Allah)
  21. HARI ANUGERAH CEMERLANG SKBBSB 2012 - Permata Gemilang
  22. APABILA FAHAMAN SYIAH MENGUASAI DIRI !!!
  23. From Liyana Adnan: Saya Minta Maaf |untung laa sape jadi cikgu.. |
  24. Semangat Merdeka dari murid-muridku
  25. Seni Rambut || water balloon hair
  26. Maklum balas || Khas untuk Liyana Adnan : " Untung laa sape jadi cikgu " |
  27. Bapak Segala Meriam ONLY in Kuala Kangsar
  28. "Kerja aku gosok gigi badak "
  29. TIPS DIET IKUT DARAH
  30. Angkasawan Neil Armstrong meninggal dunia
  31. Nasyid Dangdut
  32. Aku Rindu PadaMU Ya Rasulullah
  33. VIDEO||Mr Bean (Rowan Atkinson) Opening Ceremony - London 2012
  34. Bangladesh can't help Rohingya: PM Sheikh Hasina
  35. Promo Twilight Raya 2012
  36. BONUS HARI RAYA
  37. wordless:tepi kain
  38. Happy Born Day MY Fren
  39. Salam Ya Ramadhan
  40. Kenali Hackers
  41. Mata Pelajaran PJ dipinggirkan
  42. KEDUDUKAN SEMASA EURO 2012
  43. Roti Meriam Sempena EURO 2012
  44. Jadual Perlawanan EURO 2012"
  45. Tsunami Lagi Dekat Penang !!!"
  46. Penyokong B.E.R.S.I.H kena sound wei !!!"
  47. 6 Gempa Bumi DIcatatkan Hari ini"
  48. KERJAYA GURU : Lisa Surihani akui kerjaya guru lebih mencabar"
  49. Gelaran Doktor pada DR. Rozmey di Tarik Balik"
  50. Pertembungan 2 Alam"
  51. SAFEE SALI MENUNAIKAN IMPIAN "BUDAK BADAN BESAR"
  52. MY Convocation DAY
  53. Hari Terakhirku - Original BY AlangKhoma
  54. Gambar : Kem Kepimpinan Pengawas SK Bandar Baru Sungai Buloh (Sebelum)
  55. Roadblock Malaysia Vs Roadblock Luar Negara
  56. Pekerja KFC Bergaduh Dengan Pelanggan
  57. Chipita sudah sampai Kedah
  58. WORDLESS 19:"HARI"
  59. Sayangnya binatang ini kepada tuannya...
  60. Bahagian 1 : Siapakah nak uruskan Jenazah Ibu Bapa Kita wahai anak-anak ?
  61. Video : Kesian tapi lucu ! Marah sampai tercabut gigi
  62. Jutawan Bola Sepak Pertama Malaysia - Safee Sali
  63. Dulu Kelantan Sekarang Selangor
  64. Jadual Ceramah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan 2
  65. Video ceramah di Masjid Shah Alam
  66. Renungan Bersama : Soal jwb Ustaz Azhar Idrus malam ni: 26 soalan kesemuanya.29.01.2012
  67. Renungan Bersama : Realiti Seorang Guru Di mata Masyarakat sekarang
  68. Ustaz Azhar Idrus datang Shah Alam
  69. Gaji Kakitangan Awam Februari 2012 Ikut Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)
  70. Kenapa kita tak pandang meninggalkan SOLAT sebagai satu jenayah ???
  71. Perkhidmatan pemasangan UNIFI
  72. Benda pelik ???
  73. Anwar Vs Najib berdebat
  74. Simbah kakak dengan air panas
  75. Bayi mati tercampak
  76. Malaysia Layak ke final
  77. Adakah pengadil perlu dipersalahkan ???
  78. Lelaki peluk manyat teman wanita
  79. TIPS : MENGENAI ASPEK PENGADILAN DARI BEKAS PENGADIL FIFA KITA..-SUBKHIDDIN MOHD SALLEH-
  80. Makan FB,tido FB
  81. Rintihan Sayu Fifi
  82. Kepala berkecai kena mercun
  83. Polis Siasat Pelajar IPT jual Baucar
  84. Aku Perlukan Boyfriend
  85. Gempa kuat landa selatan Pulau Fiji
  86. 15 nelayan Filipina maut ditembak
  87. Baucer Buku RM200 1Malaysia. Wajarkah Dijual Semula Sesuka Hati?
  88. Keadaan rumah pemilik FERRARI
  89. Eskelator penduduk setinggan !!!
  90. Video:Maradona vs pele
  91. Video:Lelaki Kena Belasah Sebab Tak Mahu Berasmara
  92. Baucer Buku Di Jual di MUDAH.my
  93. Adik pemain badmiton negara ditikam
  94. Tonton Tv Online
  95. Penempatan PTD Dalam Sistem Pengurusan di Kementerian Pelajaran? Apa Pendapat Guru-guru?
  96. Gelombang Ombak Rindu
  97. Pasukan Senior Swit.- Nurul A’in Wahida Abu Bakar | EX-IPG KKB
  98. wordless # 18 - Alhamdulillah
  99. Atlet pecut Perancis yang bakal menggegar dunia Olahraga - CHRISTOPHE LEMAITRE
  100. |video| wanita kena tikam 70 kali tak mati x18sg
  101. Video kematian Izwan Pilus di hospital
  102. Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Dalam Paru Paru
  103. Hari Pertama Aku Di SK BANDAR BARU SUNGAI BULOH
  104. KISAH MALAM PERTAMA !
  105. Gambar Isteri Di Ranjang Bersama Lelaki Lain Punca Penceraian Hattan?
  106. Lagi Kes Dekat China, Perempuan kena Tikam Depan Orang Ramai
  107. Persediaan perkara-perkara penting sebelum posting/lapor diri
  108. Info Kesihatan : Hilangkan Tekanan Dengan Sperma untuk Wanita?
  109. Apabila Kanggaroo Masuk Pekan |Video|
  110. Baru 4 Tahun Dah Berasmara di Tempat Terbuka ... Dunia ! Dunia
  111. Gambar Ustaz Azhar Disamakan Dengan Yahudi!
  112. Video:Perempuan kena belasah dalam bilik
  113. "KEMALUAN" lelaki putus

Friday, December 24, 2010

4
Komen
Facebook Prank



Sapa yang x dak FB bagitau chegu. Sapa tahu FB PRANK. ha ni yang telah berlaku dekat chegu hamba allah mana yang membaik "BAEK SANGAT " telah menggunakan benda ini untuk menjatuhkan chegu. sebelum tu chegu nk mintak maaf bagi sesapa yang menCLICK dekat shotout chegu yang namanya " Anti chegu" . Chegu pon x tathu sapakah dia dan chat terus kutuk dan maki hamun chegu mana pergi nya nilai dan sasiah manusia bukan x pegi sekolah. pegi sekolah pon jumpa sapa chegu jugak. betolkan. NAk marah pon x dak guna pon. Chegu x rugi sekupang pon tp ingt yang atas sentiasa memerhati KAMU

Jangan ingt chegu x reti buat semua tu???
Copy link ni http://facebook.com/profile.php?=73322363 . . . pastu paste ja kat status anda . Contoh - "Inilah manusia paling buruk kat muka bumi nihttp://facebook.com/profile.php?=73322363 ". . .link ni berfungsi macam icon profile kat atas page anda.So,sesiapa yang tekan link ni (konon2 nak tgk sapa manusia buruk tu) akan balik ke page dia sendiri.
Aishh.x caya ka?klik la kat link ni (pastikan anda mmg log in akaun fb anda).Apa akan jadi kalau anda tekan ctrl  w pada masa yang sama lepas anda baca artikel ni ? Pikir dulu sebelum buat k... komen la no...
Facebook Prank -

Wednesday, December 15, 2010

6
Komen
Blog Pilihan Malaysia ? ? ?


Hai kawan-kawan... hufff....hari ni apa ek nk post. k...hari ni chegu nak kongsi sikit pasal chegu telepas peluang nak sertai BPM 2010. Tahu tak apa itu BPM 2010. Mai sini Chegu nk creta sikit pasal BPM2010 ni. BPM ialah satu kategori untuk blog-blog yang baru dibuat pada tahun ini , diwujudkan sebagai satu platform kepada blog baru ini supaya dikenali oleh ramai orang 
click , dah la sapa yang menang dapat top 5 bleh duit oh... RM50 - RM850 sebulan bayak oh... chegu tau benda ni pon dari salah sorang member blogging gak dia post link dekat ShoutMix Chat chegu ingat link apa kot ndi baby sapa lawa ka...hihihi buka-buka hahnah mek... baru tau ada pertandingan macam ni. Rasa rugi gak x join mana nak tau kalau da peluang hihihi...ni kalau member2 semua nk tgk senarai calon-calon pilihan ka nak tegok blogger-blogger pilihan boleh la click 

P/S chegu : 
1. Lepas ni boleh la celop2 design meke ni kan 
   hiihi... x kena royalty haih ...
2. ^___^ selamat membaca semua.



Blog Pilihan Malaysia ? ? ? -

Tuesday, December 14, 2010

8
Komen
SIAPA TAHU BUAT

Assalamuaalaikum semua untuk entry kali ini Chegu ingin bertanya kepada kawan2 blogger bagaimana nak buat bagi blog lebih menarik mcm gambar yang chegu tunjuk ni... kalau sesiapa yang tahu boleh berkongsi ilmu ngan Chegu skit hihihi....boleh kan...tolong ye....


SIAPA TAHU BUAT -

Friday, December 10, 2010

8
Komen
Perginya Seorang Ayah, Suami, Guru, Pendakwah, Sahabat

Barang seiapa dijauhkan dari neraka dan diamasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenagan yang memperdayakan' 

surah Ali Imran ayat 185


Salam Ukhuwah, posting untuk kali ini ialah mengenai  Perginya Seorang Ayah, Suami, Guru, Pendakwah, Sahabat,kisah ini mengenai perginya bapa saudaraku mengadap maha penciptanya.

Dipertengahan tahun 2008, bapa saudaraku telah didiagnos dengan penyakit kanser usus. Penyakit tersebut dengan begitu cepat melemahkan beliau. Lagi membuatnya lemah apabila diberitahu oleh doktor mengenai jangka hayatnya hanya mampu bertahan selama 6 bulan dari tarikh yang disahkan mengidap barah usus. Oleh yang demkian pelbagai cara dan kaedah perubatan telah dilakukan bagi melambatkan pergerakan virus yang terdapat pada barah tersebut. 

Hari demi hari menanti saat yang bagaimana yang telah doktor jangka telah tiba, tetapi dengan izin ALLAH S.W.T  bapa  saudarku berjaya melepasinya. Bapa saudaraku, masih mampu melakukan perkara yang sering dilakukannya tetapi pergerakan terbatas. apa yang dapat aku perhatikan keadaan bapa saudaraku ini di mana susuk tubuh badan semakin kurus, pucat disebabkan barah yang terdapat dalam perutnya. kadang itu aku menitis air mata melihat kedaannya. SAkit!!! Aduh !!! Sikit Saja NI !!! itu la perkataan yang sering kudengar dari mulut bapa saudarku. 

Kadang itu, aku melihat bapa saudaraku ini termenung seorang diri, fikiranku terbayang adakah beliau memikirkan apa yang doktor katakan? bagaimana keluargaku bila aku tiada ? cukupkah bekalanku? Bapa saudaraku amat bertuah kerana dikurniakan keluarga yang penyayang dan anak-anak yang pintar kebetulan pula isteri pula lulus diploma perguruan yang telah lama diimpikan oleh isterinya.  keluarganya sentiasa meberi kata-kata perangsang dan nasihat "BANYAK SEMBAYANG ABANG, INGAT ALLAH ABANG" , " AbaH Meh adik suap ubat kat Abah"  " Takpa nanti adik besaq adik jadi Doktor adik ubat penyakit Abah ni " itu adalah semua dari anak-anak bapa saudaraku. Kaum keluarga yang datang juga memberikan nasihat yang sama. 

Mungkin disebabkan itulah, apa yang disebutkan adalah doa. bapa saudaraku telah bertahan selama 2 tahun setengah jauh daripada apa yang dijangkakan oleh doktor mengenai jangka hayatnya. Mungkin dalam jangka masa 2 tahun setengah itu pelbagai rintangan dan iktibar dilalui. Di akhir-akhir hayat sebelum bapa saudaraku mengadap Sang Penciptanya., kelihatan bapa saudaraku sihat seperti tiada apa yang berlaku keatas dirinya. biasalah sakit-sakit. Muka beliau juga berseri-seri dan aku merasakan mungkin beliau telah redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T . Aku masih ingat lagi ayatnya.  " yang hidup tu semua akan mati juga, dah pakteh nak p dah nak buat macm na pakteh redha lah, pakteh kena banyak berdoa kepada Allah la supaya keluarga pakteh dilindungi dan anak-anak pakteh boleh berdoa untuk pakteh la bila pakteh x dak nanti " sayu aku dengar perkataan itu.

Pada tarikh 4 disember 2010, hari itu merupakan hari terakhir Chegu & family pergi melawat beliau ketika itu beliau dalam keadaan terlatar, kami diberitahu bahaya beliau tidak dapat membuang air kecil secara normal dan telah ditebuk dikawasan perut untuk mengatasi masalah itu. 

Pada tarikh 10 Disember 201 , Jumaat. Allah lebih menyayangi beliau, 1.23 P.M bapa saudaruku telah mengadap yang maha pencipta. Chegu sekeluarga bergegas ke sana. Arwah akan dikebumikan selepas insyak, ini kerana untuk menunggu ahli keluaga untuk melihatnya buat kali terakhir sebelum terpisah untuk buat selama-lamanya. 

Selepas semua telah dilakukan dan perkara terakhir sebelum jenazah diletakkan didalam keranda iaitu mencium jenazah untuk kali terakhir. Saat inilah yang paling menyentuh perasaan Chegu dimana chegu tidak dapat menahan air mata dan berderai basah di pipi chegu dimana chegu melihat anak-anak beliau yang masih kecil menicum muka bapanya keadaan ketika itu sungguh sayu. Aku memikrkan bagaimanakah keadaan anak-anaknya selepas ini, tiada tempat bermanja. Perginya Seorang Ayah, Suami, Guru, Pendakwah, Sahabat sedih sedih x terkira. .


Al-fatihah buat Paktehku alias.

perginya seorang Seorang Ayah, 
Suami, Guru, Pendakwah, Sahabat
 yang disayangi..
semoga ketenangan abadi nan hakiki menanti..
sama-sama kita sedekahi.. AL-FATIHAH..







Perginya Seorang Ayah, Suami, Guru, Pendakwah, Sahabat -

Thursday, December 9, 2010

2
Komen
Bintang Hati Saya ! ! !


~Salam ukhuwah sekalian~
agak lama saya tidak membuat entry baru..
ada masalah tenikal sedikit..
tapi tak mengapa...

Chegu tau semua orang pun ada pasangan hidup masing-masing. so ary ni chegu nak jadi jiwang sikit. Untuk Entry hari ni cikgu nk kongsi sikit la orang yang chegu sayangi n kasihi dan setiasa menemani chegu dikala chegu sausah dan senang. Nk tahu siapakah insan itu.

Ha ni Dia...KEKASIH HATI chegu



Kekasih hati chegu ni junior chegu di IPG. Pertemuan kami berdua ni x dirancang just suka-suka, biasa la senior kacau junior last-last timbul plak rasa sayang kad Cik Fatin ni. 

Sebelum kami disatukan menjadi pasangan kekasih banyak sangt rintangan  & halangan Chegu ngan Cik Fatin lalui. halangan persekitaran, rakan-rakan macm-mcm la... nk dipendekkan cerita dan ketentuan Allah S.W.T  Akhirnya Chegu bercinta dengan Cik Fatin hihihi malu haih


hargai kehadiran dia sangat.




dear Tina, i love u..thanks always b with me.. 3 MARCH 2010. 3.03 a.m. tarikh n masa kte mula setuju utk bercinta... (sebenarnya mcm dah lama bercinta...bru nak setuju.. hehe).



Chegu sayang Cik Fatin ni sebab dia sorang jujur n x penah berahsia dengan Chegu tu yang Chegu rasa senang time bersama dengan Cik fatin. x dak rasa tekanan ka apa ka bebas nak buat pa sja. Cik fatin ni selalu memberi dorongan dan sentiasa menyokong apa yang chegu buat walaupun benda tu Cik fatin x minat bukan pa Chegu ni orang PJ dia plak orang Music so minat memang la lain-lain. tp belasah ja hihihi.

ni ada la gamba-gamba bestla time chegu ngan cik Fatin p jalan-jalan makan, lepak bahagia ja rasa.


Pusing-pusing kota bersama Si dia


Dengan anak penyerang Bola Sepak Kelatan Nor Farhan Muhamad
 my love fATIN aMIRAH iSMAIL



 Lepaking

  Suka sangat dia bergamba

 Ni Cik fatin Buatkan...TQ sayang...



 sI DIA BESAMA aNAK sEDARA
 sIA diA tEMAN cHEGU lEPAK sESAMA BAND LATER ALL




sambut hari jadi Si dia Dengan Band LATER ALL
LAstly Chegu Bedoa agar Allah S.W.T mengekalkan kebahagiaan kami hingga ke jinjang pelamin amin... dan kekal bahagian hingga ke akhir hayat.

Nh KHas Untuk MU sayang.
 


d^____^b
--
_____






Bintang Hati Saya ! ! ! -

Sunday, November 28, 2010

6
Komen
Jom Nyanyi: Later ALL

Semua orang suka muzik termasuk la chegu sendiri. Chegu suka layan band-band uderground ni hihihi...lagu dieorang best-best dan x bleh didengar di corong-corong radio. Tau tak  LATER ALL tu apa? bukan semua kemudian.  

OK, LATER ALL, ni ialah sebuah band yang asalnya dari Sabah dan diperkembangkan lagi di Kelantan.
Band ni terdiri daripada 4 orang












Untuk pengetahuan semua band semua ahli band LATER ALL ni merupakan member baik kepada band Chegu sendiri All Assignments REJECTED set-set ni memang baik lah. 
( puji sikit hihihi...).

LATER ALL dah wak kuar 3 buah lagu semua best-best SyringeInfluence Inspiration dan lagu terbaru Kawanku ( for GirlBESTfriends )
macam ne nak ckap ek,,,memang best la lagu dieorang nih....rugi kalau x dengar.
klu nk tau lebih lanjut pasal band ni clik sini

Lagu yang paling chegu suka yang terbaru ni Kawanku ( for GirlBESTfriends )
mari kita dengar sama-sama jom...



P/s: saya peminat no  1 LATER ALL..bagi r cd korang so aku bley sing along nanti..i like..:)Keep it up buddy! ^___^


Jom Nyanyi: Later ALL -

2
Komen
Wajah-wajah Emas Malaysia di Sukan Asia Guangzhou 2010

Berakhir sudah cabaran-cabaran atlet negara di Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China.Tahniah kepada pasukan Malaysia yang membawa pulang 9 pingat emas.Berikut adalah wajah-wajah yag berjaya menuai Pingat Emas di Guang Zhou


1. Chai Fong Ying - Wushu Taijiquan



2. Mohd Azizulhasni Awang - Berbasikal Keirin


3. Andrian Ang & Alex Liew - Bowling Berpasukan



4. Datuk Nicol Ann David - Skuasy Perseorangan Wanita



5.  Mohd Azlan Iskandar - Skuasy Perseorangan Lelaki



6. Alex Liew - Bowling Lelaki All Events


7. R. Puvaneswaran - Karate Kumite Bawah 55kg Lelaki



 8. Ku Jin Keat - Karate Kata Individu Lelaki



9. Skuasy Berpasukan Wanita

credit to
kerana telah memberikan idea kepada chegu

MALAYSIA BOLEH ! ! !  MEREKA BOLEH ! ! !  KITA BAGAIMANA ! ! !

Wajah-wajah Emas Malaysia di Sukan Asia Guangzhou 2010 -

Saturday, November 27, 2010

0
Komen
Mengubati Hati yang Luka


الَّذِينَ آَمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
”Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS Ar-Ra’du ayat 28)

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. 

Bagi chegu kan, chegu rasa ada tips2 yang chegu rasa baik untuk ubati hati yang terluka,terasa ka apa saja la yang buat hati kita sakit. tegok tips2 yang chegu bagi ni.

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Tp kalau nk bg tips pertama ni berjaya satu ja Chegu pesan kena disiplin tu ja cHegu pesan.

2. Belajar Rajin Bersyukur.


Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.



3. Belajar Menjadi Pemaaf.


Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda. Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

4.Ketawa, ketawa dan terus ketawa.


Banyak-banyak tip, tip ni la yang paling berkesan "KETAWA" Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Kalau nk sedih sampai bila???

5.Hati Mesti 'Keras'.


Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.pegang ayat ni "BIAR ORANG BUAT KITA , KITA JANGAN BUAT ORANG" orang yang teraniaya ni akan selalu dibantu oleh ALLAH S.W.T.


Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

CUBA AMALKANNYA OK....SELAMAT BERAMAL....^___^
Mengubati Hati yang Luka -

Thursday, November 25, 2010

0
Komen
Sukan Asia Guangzhou 2010 - Pungutan Pingat & Berita Terkini Hari ke-13

Assalamualaikum...ok untuk pungutan pingat hari beberapa pingat telah disumbagkan oleh para atlet kita iaitu melalui acara squasy, karate, hoki,terjun.

SQUASY
NICOL David (dari kiri), Low Wee Wern , Sharon Wee dan Delia Arnold meraikan kemenangan selepas menewaskan pasukan Hong Kong sekaligus merangkul pingat emas kesembilan buat negara dalam Sukan Asia di Guangzhou, China.

Skuasy wanita membawa kontinjen Malaysia memahat pencapaian terbaik dalam sejarah Sukan Asia, apabila memenangi emas kesembilan di Guangzhou, sekali gus mencapai sasaran selepas menundukkan Hong Kong 2-0 pada final berpasukan wanita, semalam.

Kemenangan Datuk Nicol David dan rakan-rakan, membolehkan Malaysia mengatasi pencapaian terbaik pada Sukan Asia sebelum ini, iaitu lapan emas di Doha 2006.

Pasukan Skuasy lelaki tumpas 0-2 kepada Pakistan pada saingan akhir berpasukan lelaki dan hanya mampu membawa pulang pingat perakuntuk negara. 



Ong Beng Hee kalah kepada Mehboob Farhan dengan keputusan 3:0, 
manakala Mohamad Azlan Iskandar kalah kepada Khan Amir Atlas 3:0.


KARATE

Jamalliah melakukan serangan ke atas lawannya dari Macau, Carion Pereira sebelum mara ke final acara karate 68kg Sukan Asia di Guangzhou, semalam.

Karate terlepas peluang untuk menambah satu lagi pingat emas, selepas atlet wanitanya Jamalliah Jamaludin yang tewas dalam pertarungan akhir 68 kilogram, semalam.


Jamalliah, yang turun dalam aksi pertamanya pada Sukan Asia tewas dengan kiraan 2-5 kepada lawannya dari Jordan, Manar Shath untuk membawa pulang pingat perak dalam pertarungan yang didakwa oleh atlet Malaysia itu berat sebelah.cuba lagi ye.


TERJUN





Dalam acara terjun pula menambah 2 pingat gangsa memlalui Yeoh Ken Nee dan Pandalela Renong. Masing-masing menanmbah koleksi pingat untuk temasya kali ini.


HOKI


Penyerang Pakistan, Shakeel Abbasi (kanan) cuba mengekang Muhammad Sukri Abdul Mutalib (kiri) dari Malaysia dalam perlawanan akhir hoki lelaki 

PENJAGA gol Pakistan, Salman Akbar, menyelamatkan percubaan pemain Malaysia, Hafifihafiz Hanafi, pada perlawanan akhir hoki Sukan Asia di Padang Hoki Aoti Guangzhou, China. Pakistan meraih pingat emas selepas menang 2-0.



Hajat pasukan Hoki negara untuk memperolehi pingat emas yang pertama dalam sejarah Sukan Asia yang pernah disertai berkecai apabila disekat oleh pasukan Pakistan dengan Jaringan 2-0. 


Malaysia tenggelam dengan corak permainan Pakistan yang memperolehi gol menerusi Sohail Abbas pada minit ke-26 dan dan Rehan Butt mengukuhkan cengkaman lawan tiga minit selepas separuh masa kedua bersambung. 

Malaysia turut berputih mata kerana terlepas tiket automatik ke Sukan Olimpik London. 


Walaupun mampu memberi tentangan, namun anak-anak buah Stephen van Huizen gagal mengulangi corak serangan pantas ketika menewaskan India di peringkat separuh akhir. 

Bagaimanapun, kejayaan mara ke babak final buat julung kalinya selepas acara hoki diperkenalkan di Sukan Asia sejak 1958 seharusnya dipuji sebagai isyarat bahawa hoki negara masih mempunyai potensi besar di peringkat antarabangsa.


Sukan Asia Guangzhou 2010 - Pungutan Pingat & Berita Terkini Hari ke-13 -