.....

  1. DOWNLOAD RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN & MODUL PJ, PK , MATEMATIK KSSR TAHUN 4 2015 MELALUI SCRIBD
  2. RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PJ & PK & MATEMATIK DAN MODUL DI SLIDE SHARE TAHUN 2015
  3. RPT KSSR PJ Tahun 4 2014
  4. RPT KSSR PJ/PK tahun 1, 2 , 3, 4 |2014| - ON SCRIBD
  5. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 3 2014
  6. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 3 2014
  7. RPT KSSR MATEMATIK TAHUN 2 2014
  8. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 1 2014
  9. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 1 2014
  10. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 2 2014
  11. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 2 2014
  12. LANGIT TAK SELALU CERAH
  13. PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) 2013
  14. VIDEO METEORIT TERHEMPAS DI RUSSIA
  15. Siapakah CHEGU FATIN ni ?
  16. KEBAKARAN DI TAMAN PERUMAHAN AWAM TANAH MERAH,JITRA
  17. Maharaja Lawak Mega 2012
  18. GAMBAR & VIDEO | PALESTIN DISERANG ISRAEL
  19. KONFLIK PALESTINE DAN ISRAEL
  20. Gambar & Video Taufan Sandy : New York Hampir Tenggelam (peringgatan Allah)
  21. HARI ANUGERAH CEMERLANG SKBBSB 2012 - Permata Gemilang
  22. APABILA FAHAMAN SYIAH MENGUASAI DIRI !!!
  23. From Liyana Adnan: Saya Minta Maaf |untung laa sape jadi cikgu.. |
  24. Semangat Merdeka dari murid-muridku
  25. Seni Rambut || water balloon hair
  26. Maklum balas || Khas untuk Liyana Adnan : " Untung laa sape jadi cikgu " |
  27. Bapak Segala Meriam ONLY in Kuala Kangsar
  28. "Kerja aku gosok gigi badak "
  29. TIPS DIET IKUT DARAH
  30. Angkasawan Neil Armstrong meninggal dunia
  31. Nasyid Dangdut
  32. Aku Rindu PadaMU Ya Rasulullah
  33. VIDEO||Mr Bean (Rowan Atkinson) Opening Ceremony - London 2012
  34. Bangladesh can't help Rohingya: PM Sheikh Hasina
  35. Promo Twilight Raya 2012
  36. BONUS HARI RAYA
  37. wordless:tepi kain
  38. Happy Born Day MY Fren
  39. Salam Ya Ramadhan
  40. Kenali Hackers
  41. Mata Pelajaran PJ dipinggirkan
  42. KEDUDUKAN SEMASA EURO 2012
  43. Roti Meriam Sempena EURO 2012
  44. Jadual Perlawanan EURO 2012"
  45. Tsunami Lagi Dekat Penang !!!"
  46. Penyokong B.E.R.S.I.H kena sound wei !!!"
  47. 6 Gempa Bumi DIcatatkan Hari ini"
  48. KERJAYA GURU : Lisa Surihani akui kerjaya guru lebih mencabar"
  49. Gelaran Doktor pada DR. Rozmey di Tarik Balik"
  50. Pertembungan 2 Alam"
  51. SAFEE SALI MENUNAIKAN IMPIAN "BUDAK BADAN BESAR"
  52. MY Convocation DAY
  53. Hari Terakhirku - Original BY AlangKhoma
  54. Gambar : Kem Kepimpinan Pengawas SK Bandar Baru Sungai Buloh (Sebelum)
  55. Roadblock Malaysia Vs Roadblock Luar Negara
  56. Pekerja KFC Bergaduh Dengan Pelanggan
  57. Chipita sudah sampai Kedah
  58. WORDLESS 19:"HARI"
  59. Sayangnya binatang ini kepada tuannya...
  60. Bahagian 1 : Siapakah nak uruskan Jenazah Ibu Bapa Kita wahai anak-anak ?
  61. Video : Kesian tapi lucu ! Marah sampai tercabut gigi
  62. Jutawan Bola Sepak Pertama Malaysia - Safee Sali
  63. Dulu Kelantan Sekarang Selangor
  64. Jadual Ceramah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan 2
  65. Video ceramah di Masjid Shah Alam
  66. Renungan Bersama : Soal jwb Ustaz Azhar Idrus malam ni: 26 soalan kesemuanya.29.01.2012
  67. Renungan Bersama : Realiti Seorang Guru Di mata Masyarakat sekarang
  68. Ustaz Azhar Idrus datang Shah Alam
  69. Gaji Kakitangan Awam Februari 2012 Ikut Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)
  70. Kenapa kita tak pandang meninggalkan SOLAT sebagai satu jenayah ???
  71. Perkhidmatan pemasangan UNIFI
  72. Benda pelik ???
  73. Anwar Vs Najib berdebat
  74. Simbah kakak dengan air panas
  75. Bayi mati tercampak
  76. Malaysia Layak ke final
  77. Adakah pengadil perlu dipersalahkan ???
  78. Lelaki peluk manyat teman wanita
  79. TIPS : MENGENAI ASPEK PENGADILAN DARI BEKAS PENGADIL FIFA KITA..-SUBKHIDDIN MOHD SALLEH-
  80. Makan FB,tido FB
  81. Rintihan Sayu Fifi
  82. Kepala berkecai kena mercun
  83. Polis Siasat Pelajar IPT jual Baucar
  84. Aku Perlukan Boyfriend
  85. Gempa kuat landa selatan Pulau Fiji
  86. 15 nelayan Filipina maut ditembak
  87. Baucer Buku RM200 1Malaysia. Wajarkah Dijual Semula Sesuka Hati?
  88. Keadaan rumah pemilik FERRARI
  89. Eskelator penduduk setinggan !!!
  90. Video:Maradona vs pele
  91. Video:Lelaki Kena Belasah Sebab Tak Mahu Berasmara
  92. Baucer Buku Di Jual di MUDAH.my
  93. Adik pemain badmiton negara ditikam
  94. Tonton Tv Online
  95. Penempatan PTD Dalam Sistem Pengurusan di Kementerian Pelajaran? Apa Pendapat Guru-guru?
  96. Gelombang Ombak Rindu
  97. Pasukan Senior Swit.- Nurul A’in Wahida Abu Bakar | EX-IPG KKB
  98. wordless # 18 - Alhamdulillah
  99. Atlet pecut Perancis yang bakal menggegar dunia Olahraga - CHRISTOPHE LEMAITRE
  100. |video| wanita kena tikam 70 kali tak mati x18sg
  101. Video kematian Izwan Pilus di hospital
  102. Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Dalam Paru Paru
  103. Hari Pertama Aku Di SK BANDAR BARU SUNGAI BULOH
  104. KISAH MALAM PERTAMA !
  105. Gambar Isteri Di Ranjang Bersama Lelaki Lain Punca Penceraian Hattan?
  106. Lagi Kes Dekat China, Perempuan kena Tikam Depan Orang Ramai
  107. Persediaan perkara-perkara penting sebelum posting/lapor diri
  108. Info Kesihatan : Hilangkan Tekanan Dengan Sperma untuk Wanita?
  109. Apabila Kanggaroo Masuk Pekan |Video|
  110. Baru 4 Tahun Dah Berasmara di Tempat Terbuka ... Dunia ! Dunia
  111. Gambar Ustaz Azhar Disamakan Dengan Yahudi!
  112. Video:Perempuan kena belasah dalam bilik
  113. "KEMALUAN" lelaki putus

Saturday, January 8, 2011

1
Komen
SUKAN BADMINTON


 SUKAN BADMINTON




Sejarah

Photobucket

Permainan badminton sudah lama wujud sekitar dua ribu tahun lalu.Permainan ini dikenali sebagai Battledore dan Shuttlecock yang mula dimainkan pada zaman Yunani kuno, India dan China. Pada tahun 1600 Battledore dan Shuttlecock dimainkan oleh masyarakat kelas pertengahan di England dan beberapa negara Eropah untuk mengisi masa lapang. Permainan badminton juga dikenali sebagai ”Poon” di India pada tahun 1800. Badminton diberi nama ”Badminton House” di Gloucestershire iaitu kampung halaman ”Duke of Beaufort”. Duke adalah nama gelaran bagi bangsawan eropah pada zaman dulu.

Kejohanan pertama All England diadakan pada bulan Mac 1898 di Guilford. International Badminton Federation (IBF) ditubuhkan pada tahun 1934 dan dianggotai 9 negara iaitu England, Wales, Ireland, Scotland, Denmark, Belanda, Kanada, New Zeland dan Perancis. Dua tahun kemudian India turut menjadi keluarga IBF.

Piala Thomas merupakan kejohanan pertama yang dianjurkan oleh IBF pada tahun 1948. Piala Thomas adalah kejohanan dunia yang melibatkan pemain lelaki. Selepas Piala Thomas diperkenalkan tahun 1948 beberapa kejohanan dunia lain turut dipertandingkan seperti Piala Uber, Sudirman Cup, World Junior dan World Grand Prix Finals. Perlawanan badminton mula dipertandingkan di Sukan Komenwell pada tahun 1966 di Kingston Jamaica. Selepas menjadi acara demonstrasi di Sukan Olimpik Munich tahun 1972, acara badminton secara rasminya di pertandingkan sebagai salah satu acara sukan di Sukan Olimpik Barcelona 1992.

Permainan badminton dahulunya dikenali sebagai bulu tangkis merupakan satu permainan gelanggang yang menggunakan raket dan amat popular di Malaysia. Di Indonesia istilah bulu tangkis masih digunakan. Ia boleh dimainkan secara individu mahupun beregu.


Gelanggang

Photobucket

Gelanggang badminton mempunyai panjang 13.40 meter dan lebar 6.10 meter. Setiap gelanggang digarisi dengan garisan servis panjang, garisan luar ganda, garisan tengah, garisan servis pendek dan net yang berukuran 1.55 meter tinggi.

Gelanggang badminton untuk permainan individu berbeza dengan permainan beregu. Untuk permainan individu garisan luar tidak dikira jika shuttlecock jatuh diluar garisan kedua dalam maka ia dianggap keluar. Dalam permainan beregu pula garisan luar dikira jika servis shuttlecock jatuh di luar garisan servis panjang dikira keluar atau long.

Peraturan Permainan
Peraturan dan undang-undang permainan badminton ditetapkan oleh IBF.

Sistem Pemarkahan
I   Tiga pusingan untuk satu permainan dengan  
    kiraan 21 mata.
II  Setiap kali serve, pemain akan dapat mata.
III Pada kedudukan mata 20 sama, tambahan dua 
    mata (deuce) akan  diberikan kepada pemain.
IV  Pemain yang dapat menambah dua mata 
    tambahan akan menang .
V   Manakala apabila kedua pemain terikat pada 
    29 sama, pemain yang dapat menambah mata 
    menjadikan kedudukan 30 akan  memenangi 
    permainan tersebut.
VI Permain yang menang pada set pertama akan 
   memulakan permainan pada set kedua.

Jarak masa antara permainan dan menamatkan permainan
I  Apabila pemain mendahului pihak lawan dengan 
   11 mata, pemain mempunyai 60 saat jarak masa 
   antara perlawanan.
II Jarak masa 2 minit di antara setiap 
   perlawanan dibenarkan.
III Dalam set ketiga, pemain diberi peluang 
    untuk menamatkan perlawanan apabila 
    mendahului dengan 11 mata.

Sistem Kedudukan Pemain Badminton                 Dunia

Sistem pengiraan mata pemain badminton bagi kedudukan dunia dibahagi kepada lima displin iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.

Status kedudukan pemain diperakui oleh Badminton of World Federation (BWF). Berikut adalah sistem pengiraan mata bagi pemain perseorangan dan beregu :

1. Berjaya mengutip mata bagi kedudukan dunia 
   dalam kejohanan yang disertai
2. Kutipan mata bagi kedudukan dunia untuk 
   setiap pemain akan bertambah apabila mereka 
   menyertai dua atau lebih kejohanan dalam 
   masa 12 bulan setahun
3. Menyertai setiap kejohanan dan menang dalam 
   kejohanan yang disertai
4. Menyertai kejohanan dunia akan mendapat 
   banyak mata sekiranya menang
5. Pemain pilihan dilihat melalui kedudukan 
   dunia
6. Kelayakan untuk Sukan Olimpik dan kejohanan 
   dunia juga dikira berpandukan kedudukan 
   dunia

Kemahiran Asas Badminton
Photobucket

Terdapat dua cara memegang raket iaitu pegangan hadapan dan pegangan kilas

Pukulan Servis

Terdapat tiga jenis pukulan servis iaitu :

I ) Servis Rendah
Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan
Ayun raket ke belakang
Siku bengkok hampir ke badan
Tangan kiri pegang bulu tangkis
Lepaskan bulu tangkis
Ayun raket pantas ke hadapan
Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri
Pandang ke sasaran

II ) Servis Flik

Flik bulu tangkis dengan pergelangan tangan di hadapan kaki kiri
Pukulan bulu tangkis tinggi melepasi pihak lawan

III ) Servis Tinggi

Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan
Ayun raket tinggi ke belakang
Pegang bulu tangkis tinggi di paras hadapan muka
Lepaskan bulu tangkis
Ayun raket ke hadapan dengan lengan diluruskan
Pandang bulu tangkis

IV ) Pukulan Hadapan

Pandang bulu tangkis
Ayun raket ke belakang
Sebelah tangan lagi diluruskan
Ayun raket dengan tangan lurus
Pukul bulu tangkis pada jangkauan yang tinggi

V) Pukulan Kilas

Pandang bulu tangkis
Kaki kanan menyilang ke kiri
Kilas raket separa bahu
Pukul bulu tangkis

VI) Pukulan Lob

Kemahiran pukulan hadapan boleh digunakan untuk melakukan pukulan lob. Pukulan ini digunakan untuk memaksa pihak lawan bergerak jauh ke belakang gelanggang.

VII) Pukulan Smesy

Pukulan smesy boleh digunakan ketika bulu tangkis berada tunggi di udara. Ia digunakan untuk menamatkan rally. Sasaranyan ialah ke ruang kosong gelanggang lawan.

Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan
Ayun raket ke belakang dengan siku bengkok
Sebelah tangan lagi lurus ke atas
Pukul bulu tangkis dengan pantas

Kejohanan Badminton

Piala Thomas

Kejohanan Piala Thomas adalah kejohanan utama badminton peringkat                  antarabangsa bagi berpasukan lelaki. Kejohanan ini diadakan dua tahun sekali. Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas bersempena dengan nama Presiden IBF Sir George Alan Thomas yang menderma piala ini pada tahun 1939. pertandingan pertama berlangsung pada tahun 1948-1949. kejohanan pertama diadakan di Queen’s Hall, Preston, England. Malaysia pada ketika itu dikenali sebagai Malaya telah memenangi kejohanan pertama ini dengan menumpaskan Denmark 8-1 pada perlawanan akhir. Sejak itu Piala Thomas sentiasa dimenangi oleh pasukan-pasukan dari Asia.
Indonesia memenangi Piala Thomas sebanyak 13 kali diikuti China sebanyak enam kali dan Malaysia lima kali. Manakala Denmark yang berjaya mara ke perlawanan akhir sebanyak lapan kali namun belum                 pernah sekali pun memenangi kejohanan ini.
Bagi 12 siri pertama kejohanan ini sehingga tahun 1982, kejohanan ini berlangsung selang tiga tahun sekali. Namun mulai tahun 1984 kejohanan ini telah diadakan setiap dua tahun dan diadakan bersama-sama dengan Piala Uber di lokasi dan masa yang sama.
Pusingan kalah mati yang akan menentukan juara dalam lima perlawanan iaitu tiga perseorangan dan 2 beregu pada setiap satu               
peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi tiga perlawanan pertama akan mara ke pusingan berikutnya.

Piala Uber
Piala Uber ialah sebuah trofi yang dianugerahkan kepada pasukan badminton wanita terbaik dunia. Piala ini didermakan oleh H.S. Uber, seorang pemain badminton wanita dari England pada tahun 1956-1957. Piala Uber adalah kejohanan badminton bagi berpasukan                 wanita.

Pertandingan Piala Uber yang pertama diadakan di Lytham St. Annes di Lancashire, Britain pada tahun 1957. hal ini timbul kerana desakan supaya dianjurkan satu kejohanan antarabangsa untuk wanita seperti Piala Thomas. Pasukan dari Amerika Syarikat telah memenangi kejohanan pertama selepas menewaskan Denmark 6-1 pada perlawanan akhir. Hanya empat negara sahaja yang berjaya memenangi Piala Uber iaitu Amereka Syarikat, Jepun, China dan Indonesia.

Piala Sudirman

Piala Sudirman ialah kejohanan badminton campuran dunia yang diadakan setiap dua tahun. Terdapat lima perlawanan bagi setiap pusingan iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita dan beregu campuran. Piala ini dinamakan sempena nama Dick Sudirman iaitu bekas pemain Indonesia. Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Bulu Tangkis Indonesia ( PBSI). Kejohanan pertama diadakan di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia                 pada 24-29 Mei 1989.

Tiada hadiah berupa wang dalam kejohanan ini buat pemain. Mereka bermain bagi menaikkan nama negara yang diwakili untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam ranking IBF.

Indonesia merupakan negara pertama yang mencadangkan penubuhan kejohanan ini pada tahun 1986. Sepanjang kejohanan ini berlangsung Cuma lima negara yang berjaya mara ke perlawanan separuh akhir iaitu China, Indonesia, Korea Selatan, Denmark dan England.

Pasukan China paling banyak memenangi piala ini pada tahun 1995, 1997, 1999, 2001, 2005 dan 2007. Korea Selatan memenangi piala ini sebanyak tiga kali pada tahun 1991, 1993 dan 2003. Indonesia pula hanya menang pada tahun 1989. Piala ini tidak pernah dimenangi oleh negara lain selain dari Asia.

Format Piala Sudirman

Piala Sudirman merupakan kejohanan antarabangsa yang tidak memerlukan pusingan kelayakan. Pertandingan ini dibahagi kepada tujuh kumpulan. Hanya pasukan dari kumpulan pertama sahaja yang berpeluang untuk membawa pulang Piala Sudirman sementara pasukan dari kumpulan yang lain hanya bermain dalam kejohanan ini untuk tujuan promosi sahaja. Mana-mana pasukan yang mengutip mata terendah untuk setiap kumpulan akan disingkirkan.

ade lagi........nanti edisi kedua....


SUKAN BADMINTON -

1
Komen
PERGERAKAN ASAS




1.0 Pengenalan
Pergerakan Asas merupakan salah satu daripada sukatan mata pelajaran yang terkandung dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan bagi Semester 2 Ambilan Januarai 2008. Secara amnya, pergerakan asas terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan. Semua pelajar bagi program ini diwajibkan untuk menyiapkan satu tugasan taksiran Kerja Kursus Pendek berkaitan dengan Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor dengan Alatan. Secara terperincinya, kami perlu menyediakan dan melaksanakan satu perancangan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan alatan. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara individu. Perancangan yang dilakukan haruslah meliputi tiga pergerakan utama iaitu:

i. Lokomotor
ii. Bukan lokomotor
iii. Manipulatif alatan.

2.0 MatlamatTerdapat pelbagai tujuan tugasan ini dilaksanakan. Antara tujuannya adalah untuk memberi pendedahan, peluang, dan pengalaman berkaitan pergerakan asas kepada individu khususnya guru pelatih. Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas adalah bagi membolehkan bakal guru menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang terdapat dalam pergerakan asas ini. Pergerakan asas merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan tiga pergerakan utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan di samping menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain itu, melalui aktiviti seperti ini juga mampu memupuk semangat toleransi dan kerjasama di samping dapat membentuk kepimpinan serta sahsiah yang baik sebagai seorang bakal guru.

3.0 Objektif
i. Memberi kesedaran kepada guru pelatih tentang potensi tubuh badan mereka dalam melakukan pelbagai pergerakan.
ii. Menbantu guru pelatih menguasai semua kemahiran pergerakan asas dengan berkesan..
iii.Memperkembangkan kebolehan dalam diri setiap guru pelatih bagi membentuk pergerakan yang kreatif.
iv. Memahami dan meningkatkan kemahiran kepimpinan bakal guru dalam membuat perancangan dan strategi.
v. Mampu membentuk keperibadian, sikap, akhlak, dan disiplin sebagai seorang bakal guru.

4.0 Tarikh
7 Ogos 2008

5.0 Masa11.30 pagi

6.0 TempatPadang bola jaring Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia

7.0 Senarai mengikut susunan perancangan

Jenis Pergerakan Aktiviti

lokomotor
1. Guling ke hadapan
2. Guling ke belakang
3. Skip ke hadapan
4. Berjalan pendek
5. Teng-teng

bukan lokomotor1. Berdiri bentuk Y
2. Tekan tubi
3. Lari setempat
4. Hayun tangan
5. Lompat setempat
6. Lompat bintang

manipulasi alatan
1. Melanton bola sambil berjalan
2. Berjalan sambil mengimbang bola di kaki
3. Melantun bola sambil mengimbang badan
4. Menggelecek bola sambil berlari
5. Melambung bola ke udara
6. Skkipping sambil berlari
7. Memusingkan gelung dengan tangan
8. Berlari mengundur sambil menggerakkan reben
9. Menggerakkan reben sambil mengimbangkan 
   badan

8.0 Senarai alatan
Photobucket

9.0 Panduan Pelaksanaan Demonstrasi

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket


10.0 Pelan Kedudukan Ujian Amali
Photobucket
Photobucket
11.0 Pelan Pergerakan Ujian Amali

12.0 Rumusan
Secara keseluruhannya, pergerakan asas terdiri daripada tiga komponen utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan. Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pergerakan lokomotor melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan bukan lokomotor pula berlaku dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan ini lebih menekankan kepada keseimbangan pergerakan badan. Manipulatif alatan menekankan kepada cara untuk menggayakan atau menggunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk sesuatu gerakan.

13.0 Refleksi
akan bersambung.......
PERGERAKAN ASAS -

9
Komen
BOLA TAMPAR





(i)   Hantaran
(ii)  Servis
(iii) Merejam
(iv)  Mengadang

Photobucket


KEMAHIRAN ASAS
Hantaran bola

Photobucket


Hantaran boleh dilakukan sama ada melalui atas kepala (overhead) atau bawah tangan (underarm). Posisi pemain, posisi bola dan kelajuannya akan menentukan jenis hantaran yang akan dibuat.

Hantaran atas kepala (overhead)
Kemahiran ini digunakan untuk menhantar bola (in passing), mengumpan (insetting) dan menghantar bola yang tinggi dan jauh (plying long high balls) ke belakang gelaggang lawan. Kadangkala ia juga digunakan untuk menjatuhkan bola secara ringan melintasi jaring. Hantaran atas kepala menggunakan dua belah tangan untuk memastikan bola dalam posisinya supaya dapat mengumpan untuk serangan, atau menghantar bola melintasi jaring.


Cara-cara hantaran atas kepala

1) Posisi bersedia
a. Kaki dijarakkan, satu kaki ke hadapan, luasnya adalah lebih luas sedikit pada bahu.
b. Bengkokkan sedikit lutut dan condong sedikit di hadapan.
c. Trisep hendaklah sejajar dengan lantai.
d. Tangan dihulurkan ke atas di hadapan bahagian dahi.
e. Tapak tangan menghadap keluar dengan jari-jari terbuka luas dan ibu jari terbuka ke dalam.
f. Siku bengkok ke luar.
g. Ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan masing-masing berjarak dua inci dan empat inci untuk 
    menbentuk satu segi tiga kecil.
h. Pergelangan tangan ditegakkan ke belakang.


2) Pergerakkan
a. Bergerak di bawah bola.
b. Mengambil posisi bersedia sebelum menyentuh bola.
c. Daripada posisi mendekam bagi menpercepatkan bola untuk menbuat kontak.
d. Menyelaraskan kelajuan ansur maju semua bahagian sendi.
e. Permindahan berat semasa kelajuan harus ke atas bola menuju ke sasaran.
f. Kaki, lutut dan punggung menghadap ke sasaran.
g. Bergerak dengan menyeret kaki atau secara bersilang dan berputar untuk sampai ke bola.

3) Kontak

a. Kontak dilakukan di atas dahi.
b.Semua jari hendaklah menyentuh bola.
c. Ibu jari dan jari telunjuk menberi kuasa.
d. Jari telunjuk adalah penunjuk arah.
e. Bola dilihat melalui jari-jari telunjuk dan ibu-ibu jari.


Hantaran bawah tangan (dig atau menyangga)
Photobucket


Hantaran ini adalah hantaran bawah tangan yang menggunakan kedua belah tangan (a two handed underhand pass). Ia digunakan terutamanya untuk menerima servis dan serangan-serangan daripada pihak lawan. Kemahiran ini juga digunakan apabila bola terlalu dekat lantai dan permain tidak sempat mengambil posisi yang baik. Kemhiran ini juga digunakan sebagai teknik menahan bagi menyelamatkan hantaran dan juga mengawal bola.


Cara-cara hantaran bawah tangan

1) Posisi bersedia
a) Kaki hendaklah dijarakkan seluas bahu.
b) Satu kaki di hadapan dan satu kaki di belakang.
c) Lutut dibengkokkan dan tubuh hendaklah sedikit tegak.
d) Lengan diluruskan.
e) Siku-siku diputarkan ke arah satu sama lain dan dikuncikan.
f) Letakkan tangan di atas tapak tangan sebelah tangan yang lain serta ibu jari ke bawah dengan rata.
g) Pergelangan tangan terkunci ke bawah.
h) Lengan-lengan sejajar kepada paha.
i) Meletakkan berat badan di bebola kaki tetapi dalam posisi seimbang.

2) Pergerakkan
a) Bergerak ke arah bola.
b) Melangkah ke arah bola dengan lengan dihulurkan ke hadapan.
c) Melangkah dengan kaki yang terdekat dengan sasaran.
d) Melangkah ke sasaran dan menghulurkan lengan-lengan untuk bola yang lambat.
e) Menarik sedikit atau mengendur lengan-lengan untuk bola yang laju.
f) Melangkah ke sasaran dengan lutut. Punggung dan bahu menuju ke arah bola yang hendak dihantarkan.


3) Kontak

a. Kontak bola di hadapan badan dan di antara lutut-lutut.
b. Kontak bola dengan bahagian tangan yang berisi iaitu dua hingga enam inci ke atas dari pergelangan 
    tangan.
c. Mata sentiasa memandang bola semasa penghantaran dibuat.

Kemahiran menyangga dari atas juga merupakan kemahiran mengumpan. Istilah ’mengumpan’ (setting) digunakan apabila hantaran dibuat supaya suatu smesy atau rejaman dapat dilakukan oleh seorang pemain yang lain.

(ii) Servis
Adalah satu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan bola dari kawasan servis oleh seorang pemain iaitu peservis.


Servis bawah tangan (underhand)

Photobucket


Servis yang senang dilakukan dan adalah tepat, konsisten dan memerlukan hanya sedikit keupayaan fizikal.

Cara-cara melakukan servis ini

1) Posisi bermula
a. Berdiri dengan kaki kangkang, jaraknya lebih kurang luas bahu.
b. Kaki kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan tangan kanan (right handed server).
c. Kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan.
d. Bengkokkan sedikit lutut.
e. badan menghadap ke hadapan.
f. Letak bola di tangan kiri untuk peservis tangan kanan di depan dan sebelah kanan badan.
g. Berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki daripada garisan belakang.

2) Lambungan

a. Lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang sedikit.
b. Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke atas di hadapan tangan sekaligus tangan akan memukul 
    bola tersebut (striking hand).

3) Aksi tangan / kontak
a. Semasa bola dilambungkan tangan yang menbuat servis ditarik ke  belakang mengikut pergerakan buah 
    bandul jam.
b. Apabila bola yang dilambungkan telah  mencapai puncaknya, berat badan akan dipindahkan dan hayunan 
    tangan ke hadapan dimulakan.
c. Kontak bola dimulakan tangan memukul (sama ada dengan bahagian bawah tangan, tapak tangan atau 
    buku lima).
d. Bola dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan yang lurus.
e. Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan.
f. Pergerakan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola.
g. Memastikan mata sentiasa mengikut laluan bola.


Servis atas kepala (overhead)
Photobucket


Servis ini adalah senang untuk dikuasai dan ia lebih kuat (harder) serta berat(heavier) berbanding dengan servis bawah tangan.

Cara-cara membuat servis atas kepala

1) Posisi bermula
a. Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu.
b. Kaki kiri di hadapan bagi peservis yang menggunakan tangan kanan.
c. Pegang bola dalam tangan lambungan(tossing hand) lebih kurang satu kaki ke sebelah kanan muka peservis 
    yang menggunakan tangan kanan.
d. Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand).

2) Lambungan / pemindahan beratana. 
a. Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan bahu lengan yang membuat 
   servis.
b. Memindah berat badan dari belakang ke hadapan.

3) Aksi tangan kontak
a. Menghayun lengan yang menbuat servis seperti seperti aksi membaling bola.
b. Memukul bola dengan tapak tangan dan jari di keliling bola.
c. Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan putar depan.
d. Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan.
e. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.

Servis gelombang (floata)

Servis ini dilakukan selepas memukul bola di tengahnya dengan tapak tangan yang terbuka, tangan berhenti dengan serta-merta tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola terapung atau meluncur tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola terapung atau meluncur tanpa putaran langsung. Gelombang ini bergerak dengan laju melintasi jaring dan tiba-tiba pecah atau mati (breaks or dies) jadi penerima mungkin terganggu sementara imbangannya.

Cara-cara menbuat servis gelombang

1) Posisi bermula
a. Berdiri menghadap jaring, kaki berjarak seluas bahu.
b. Kaki kiri di hadapan untuk peservis yang menggunakan tangan kanan.
c. Kaki depan harus menuju dengan tepat ke  tempat di mana bola yang diarahkan.
d. Lutut dibengkokkan sedikit.
e. Berdiri di antara 2 hingga 10 kaki jauh daripada garisan belakang.

2) Lambungan dan pemindahan berat badan
a. Berat badan tertumpu di kaki belakang semasa dalam posisi bersedia.
b. Lengan lambungan dengan bola diletakkan di tapak tangan harus direntang ke hadapan.
c. Meletak tangan servis di atas bola menghadap ke bawah (untuk menolong kawalan bola).
d. Bengkokkan lutut sedikit ke belakang, pada masa yang sama naikkan lengan lambungan.
e. Tangan servis masih berkontak dengan bola selama yang boleh.
f. Lambungan diteruskan dengan lengan tangan bergerak ke atas secara berlanjutan dan lutut diluruskan.
g. Tidak ada pergerakan di pergelangan tangan yang membuat lambungan. Melambungkan bola terus ke atas, 
    di hadapan bahu tangan servis tidak lebih daripada 18 inci tingginya.
i. Berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki depan apabila lambungan telah
   mencapai kemuncaknya.

3) Aksi tangan dan kontak
a. Menghayun lengan memukul dengan mengunakan aksi membaling seperti dalam perrmainan
   besbol.
b. Memulakan hayunan lengan ke hadapan apabila berat badan dipindahkan dari kaki belakang
   ke kaki hadapan.
c. Memukul bola dengan bahagian bawah tapak tangan (heel of the hand).
d. Memastikan pergelangan tangan adalah tegar.
e. Kontak bola dengan meletakkan tangan di tengah atau sedikit di bawah bahagian tengah bola dengan 
    lengan yang cukup lurus.
f. Mata memandang bola semasa servis dilakukan.


(iii) Merejam (Smesy)
Kemahiran ini digunakan untuk mendapat skor. Merejam adalah bola yang dihantar dengan menbuat smesy ke bawah dalam gelanggang lawan. Perejam berdiri dekat dengan jaring, menghadap arah daripada mana bola akan datang. Semasa bola mula menurun, perejam melompat tinggi ke udara dan menghayunkan tangan kanan atau kiri ke atas untuk memukul bola ke bawah ke dalam gelanggang pihak lawan.


Rejam berdiri
Photobucket




a. Tidak ada run-up
b. Melonjak dengan kedua-dua kaki bertolak dari setempat.
c. Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan tangan dihayunkan ke belakang dan ke atas.
d. Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di belakang bahu untuk merejam bola.
e. Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak tangan terbuka atau menadahkan tangan.
f. Pukulan boleh dibuat dengan buku lima tangan, tapak tangan terbuka atau menadahkan tangan.
g. Pergerakan pergelangan tangan penting untuk membawa bola turun.


Rejam sambil berlari (running spike)
Photobucket



a) Perejam berdiri dua hingga tiga meter dari jaring.
i.   Berlari (run up) tiga langkah.Langkah pertama adalah bermasa(a timing pace).
ii.  Langkah kedua akan menbawa perejam di bawah bola dan kedua-dua belah kaki akan hampir bersama.
iii. Memukul bola dengan buku lima, tapak tangan terbuka atau menadah tangan.

Cara-cara merejam.
1) Posisi bersedia
a) Berat badan diagihkan dengan seimbang.
b) Dalam posisi untuk melihat dengan apa yang berlaku.
c) Bengkokkan lutut.
d) Bahagian tubuh badan mengendur.
e) Bahu ke hadapan.
f) Jarak dari jaring di antara dua hingga tiga meter.

2) Pergerakkan
a) Bergerak ke arah bola.
b) Melangkah dengan kaki kiri untuk pemain yang menggunakan tangan kanan.
c) Bergerak sambil melihat kelajuan bola.
d) Lengan-lengan mula digerakkan ke belakang.
e) Turunkan badan secara beransur-ansur dalam persediaan untuk melakukan lompatan.
f) Lengan-lengan ke belakang dan ke hadapan dengan seberapa yang boleh.
g) Melangkah dengan kaki kanan yang mengambil kebanyakan berat badan.
h) Menghayunkan lengan-lengan ke bawah di sisi badan.

3) Kontak
a) Kontak mestilah dilakukan diatas bahagian bola.
b) Kontak bola dengan hujung tangan.
c) Pergelangan tangan bengkok dengan serta-merta ke depan dengan tapak tangan dan jari-jari melindungi 
    bola.
e) Mendepakan jari seluas-luas yang boleh untuk mengawal spike atau menadah tangan untuk mendapatkan 
    kuasa.
f) Hayunan lengan megikut lajak sehingga ke pertengahan badan.

4) Daratan.
a) Mendarat di atas jari
b) Lutut dibengkok sedikit untuk menyerap tekanan.
c) Mendarat di tempat yang sama semasa tempat membuat lonjakan.


(iv) Mengadang

Photobucket


Lazimnya tindakan mengadang diamalkan untuk menentang smesy oleh pihak lawan. Hadangan (blocking) yang berkesan akan menyebabkan bola mati dalam gelanggang pihak yang smesy. Menyentuh jaring semasa hadangan adalah satu kesalahan.

(a) Melonjak kedua-dua belah kaki, tangan dihulurkan lurus ke atas.
(b) Bahagian lengan dan tapak tangan condong ke sebelah pihak lawan.


p/s : chegu harap nota ni dapat menolong anak-anak murid semua k...
BOLA TAMPAR -

0
Komen
LEE CHONG WEI layak ke FINAL



PEMAIN nombor satu negara, Lee Chong Wei (kanan) bersalaman dengan bintang perseorangan Thailand, Boonsak Ponsana selepas berjaya menewaskan pemain dari Thailand itu 21-17, 21-18 pada saingan separuh akhir perseorangan Kejohanan Super Series BWF 2010 di Stadium Hsinchuang, New Taipei, hari ini. 

P/S:Semoga Lee Chong Wei mampu mempertahankan kejuaraanya ini.

LEE CHONG WEI layak ke FINAL -

9
Komen
Gadget Radio Chegu

Asslamualaikum semua ! ! !

Hari chegu rasa seronok tah sebab apa pon x tau...hihihi tetiba ja.... Bukan apa cuba tegok gadget baru chegu .hihihi...SinarFM. meriah lagi la blog chegu pas ni.. hihihi...
Tadi chegu try-try buat tegok buat buat jadi fuuuhhh....apa lagi seronok gila lah,,,hihihi
jom la ramai2 layan SinarFm online terus dari Blog Chegu. sapa nak chegu boleh ajarkan....


Ni la Gadget chegu yang terbaru layan terus dari blog chegu perrgghhhh.....


Gadget Radio Chegu -

Thursday, January 6, 2011

5
Komen
KEMELUT BAM

TIDAK SEHALUAN


PERSELISIHAN pendapat antara Misbun Sidek dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menjadi punca utama ketua jurulatih perseorangan itu mengambil keputusan mengejut meletakkan jawatannya Isnin lalu.

Perkara itu dinyatakan sendiri Misbun kepada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika pertemuan tertutup dengan Menteri Belia dan Sukan itu di ibu negara, malam kelmarin.
Ketika mengesahkan perkara itu, Ahmad Shabery berkata dalam pertemuan itu, yang tidak membabitkan BAM, Misbun meluahkan beberapa perkara serta menjelaskan punca sebenar perletakan jawatannya daripada badan induk badminton kebangsaan itu.

INI ADALAH KATA-KATA MISBUN KEPADA AHMAD SHABERY

“ lebih baik baginya untuk tidak lagi bersama BAM jika perbezaan pendapat itu masih belum dapat diselesaikan,"

Apakah pendapat anda tentang kata-kata di atas ini ??? Mari sama-sama kita bincang bersama-sama dan berharap agar kemelut ini dapat diselesaikan bagi kepentingan bersama dab terutama sekali untuk NEGARA MALAYSIA  yang tercinta.
KEMELUT BAM -