Setelah dibuli kaw2 oleh negara lain.Malaysia akan mejadi
tuan rumah bagi kejohanan Bola Sepak terbesar Asia Tenggara pada tahun ini...Sebagai rakyat Malaysia Kita mempunyai mesej untuk negara luar ..'dont be rude, bcoz this is malaysia'
.. Maksudnya kita ni negara yg aman,budi bahasa..atau pun..ini MALAYSIA...kita
lagi dasyat kalau ada yang buat perangai ..jadi moh ler...bgcik,pakngah taib,makcik
gayah dan segala bagai... Kita meriahkan stadium dengan baju ni..
Bagi sesiapa yang berminat... See the gambar di atas ye,...
Antara respon bagi orag kurang tidak berpuas hati:
Cikgu kerja mudah, balik awal, pastu gaji banyak pula.
Dahlah cuti banyak gaji jalan penuh pula tu.
Ok sat sebelum tu mai kita tengok apa tugas sebenar sebagai seorang guru yang dikatakan gaji tidak berbaloi dengan kerja yang digambarkan oleh golongan yang kurang matang ini.
Time pertandingan bola.. cikgu jadi REFEREE
Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jadi JURULATIH
Time aktiviti KH.. cikgu jadi PETANI
Time kutip yuran.. cikgu jadi AKAUNTAN
Time RMT.. cikgu jadi PELAYAN
Time budak sakit.. cikgu jadi DOKTOR
Time ceramah.. cikgu jadi MOTIVATOR
Time hias kelas.. cikgu jadi PELUKIS SENI
Time persembahan hari guru.. cikgu jadi KOMPOSER
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jadi TUKANG KAYU
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jadi TUKANG CUCI
Time budak mencuri.. cikgu jadi DETEKTIF
Time budak wat persembahan... cikgu jadi PHOTOGRAPHER
Time perkhemahan.. cikgu jadi TENTERA
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM
Time hari Guru... cikgu jadi PENYANYI
Time gotong royong sekolah... cikgu jadi TUKANG KEBUN
Time masuk waktu solat.. cikgu jadi TOK IMAM
Time mak bapak amek lambat... cikgu jadi BABY SITTER
Time budak bergaduh.. cikgu jadi HAKIM MAHKAMAH
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jadi PEMANDU AMBULANS
Time merentas desa.. cikgu jadi POLIS TRAFIK
Time budak sedih.. cikgu jadi PELAWAK
Ha tudia... bersusun kerja cikgu. Tak penah kenal erti lelah sebagi seorang pendidik anak bangsa. Tanpa dedikasi guru-guru siapalah anda sekarang dan juga saya sekarang. So kalau anda rasa apa yang saya katakan diatas ini tidak betul cuba anda bayangkan balik zaman anda sekolah dulu.
Kalau murid dapat 5A, jarang kita tengok cikgu kena interview rahsia kejayaannya mendidik anak murid. Jarang kita tengok Cikgu diberikan hadiah, atau pengiktirafan kerana melahirkan seorang cendikiawan, apapun ingat guru-guru Allah Majikan tertinggi kita.InsyaAllah dia akan berikan kita ganjaran yang baik di dunia dan di akhirat... Amin
Perghhhh... layak pon Malaysia ke final. Layak apa weh, nak tahu apa yang layak jom baca bawah ni.
PENJAGA gol, Tim Heaton muncul wira apabila ketangkasannya membantu 'Malaysia' mencatat sejarah buat julung kali layak ke final Piala Liga selepas menewaskan Crystal Palace 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti awal pagi semalam untuk bertemu Manchester City atau Liverpool di Stadium Wembley pada 26 Februari ini.
Perkataan ‘Malaysia’ itu merujuk kepada kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Cardiff City yang dimiliki rakyat negara ini, Datuk Chan Tien Ghee bangkit daripada kekalahan 1-0 di gelanggang lawan dalam separuh akhir pertama di laman sendiri.
Nama Malaysia selaku penaja jelas tertera pada dada jersi pemain Cardiff dan kejayaan itu harus mencipta bangga buat kita apabila jenama berkenaan bakal disaksikan secara kerap jutaan penonton pada hari perlawanan nanti.
Heaton yang dipersalahkan selepas membenarkan jaringan dalam perlawanan separuh akhir pertama bagaimanapun muncul wira apabila menyelamatkan dua sepakan awal Palace diambil Jermaine Easter dan Sean Scannell sekali gus memastikan kemenangan Cardiff.
“Ini malam cukup hebat buat Cardiff. Bagi kebanyakan perlawanan saya lebih sebagai penonton tetapi adalah cukup bermakna apabila menjadi sebahagian individu yang membawa Cardiff ke Wembley kali ini,” kata Heaton.
Mungkin satu hari nanti Skuad Malaysia yang original akan mencapai cita-cita untuk menyaingi negara-negara Eropah yang lain. Sama-sama kita doa kan
Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Tunku Badlishah, diisytharkan sebagai Yang Di Pertuan Agong ke 14, berkuat kuasa 13 Disember 2011. Sultan Abdul Halim, 83 tahun adalah Sultan pertama yang dilantik 2 kali sebagai DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.
Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), D.K. (Brunei), D.P. (Sarawak), D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S., D.G.M.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adiprana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John.
(21 September 1970 – 20 September 1975)
Kali pertama Baginda dilantik sebagai DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 5 pada 21 September 1970 hingga 20 September 1975.
Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 bagi menggantikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Pesanan kami sebagai rakyat kepada Tuanku agar Tuanku dipanjangkan umur dan dapat memerintah dengan seadil-adilnya terhadap rakyat jelata.
Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !
Daulat Tuanku !
P/s: Kalau suka klik like button ye. Nak best lagi share lah.