Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum pendidikan formal dalam sistem pendidikan di Malaysia. Walaupun matapelajaran pendidikan jasmani tidak diuji dalam peperiksaan awam di Malaysia, subjek ini nyata signifikan kerana merupakan 3 satu-satunya bidang pendidikan yang menekankan taksonomi jasmani yang tidak disentuh oleh matapelajaran-matapelajaran lain dalam hal berkaitan dengan empat taksonomi penting pendidikan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Tambahan lagi, selain daripada merupakan bidang ilmu itu sendiri, subjek ini menyumbang kepada kecergasan semasa seseorang murid dan mampu menerapkan amalan bersenam untuk kesihatan di luar waktu sekolah malah untuk sepanjang hayat.
Aktiviti jasmani suaian untuk golongan khas kurang diberikan perhatian pada masakini. Di Malaysia tidak banyak tempat-tempat yang disediakan sesuai untuk memberi peluang kepada golongan khas untuk beriadah terutamanya di luar kawasan sekolah khas. Golongan normal mudah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, kemudahan dan peralatan sesuatu jenis aktiviti riadah tetapi golongan khas pula sukar mendapat peluang untuk turut serta aktiviti yang dijalankan. Begitu juga dengan aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah, aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan kepada pelajar berkeperluan khas kurang diberikan perhatian dan mereka mengikuti aktiviti yang kurang sesuai bersama-sama dengan pelajar-pelajar biasa (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1999).
Itu merupakan kajian ilmiah yang dilakukan oleh pengkaji dari Malaysia. Kesiankan bagi golongan yang kurang berupaya. Namun jika anda melihat gambar dibawah ini, mesti anda merasakan bahawa golongan seperti mereka ini perlu diberi peluang dan berhak untuk melakukan perkara yang dilakukan oleh golongan normal. Alangkah bagusnya kalau kerajaan MALAYSIA mampu mengajurkan perlawanan seperti ini.
_
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kudung tidak mematahkan semangat mereka untuk menjadi seperti orang normal
0 comments:
Post a Comment