Assalamualaikum semua...
Sebelum tu chegu nak ucap takziah kepada penduduk Jepun yang ditimpa malapetaka yang berganda, semoga Allah dapat memberi pertolongan kepada mereka. Selepas kejadian gempa dan Tsunami, timbul pula satu masalah yang boleh mendatangkan masalah yang serius bagi negara matahari terbit ini, iaitu Letupan Loji Nuklear, dimana kesan letupan Loji nuklear ni telah menyebarkan gas uranium ke uadara yang mendatang bahaya kepada kesihatan yang akan membawa kematian serta mungkin akan terus ke generasi ke generasi. Adakah tragedi CHERNOBYL 1986 akan berulang di Negara MATAHARI TERBIT ini.???
Di sini ada satu petikan yang mengatakan
Pihak berkuasa Jepun berusaha mencegah satu lagi ancaman radiasi di dua buah reaktor nuklear di Fukushima hari ini, selepas sistem penyejuknya gagal berfungsi sekali gus boleh mengakibatkan bencana nuklear terburuk di dunia dalam tempoh 25 tahun.
Syarikat pengendali Tokyo Electric Power Co (TEPCO) terpaksa menggunakan air laut dan asid borik bagi menyejukkan reaktor No. 1 selepas satu letupan memusnahkan bumbung dan dinding bangunan konkrit itu semasa mereka cuba melepaskan tekanan semalam.
Struktur tangki reaktor nuklear itu bagaimanapun tidak terjejas.
Selain itu, pengendali reaktor tersebut turut membebaskan udara daripada tangki simpanan reaktor No. 3 bagi mengurangkan tekanan dan mengelak kerosakan.
“Kami belum tahu status sebenar bahan api di bahagian teras reaktor itu. Kami perlu mengenal pasti keadaan teras itu sama ada ia tertutup, rosak atau bahan api kini sedang cair,” kata pakar nuklear, Mark Hibbs daripada Pembiayaan Keamanan Antarabangsa Carnegie.
"Ancaman yang dihadapi Jepun itu dibimbangi boleh mengulangi bencana nuklear di loji nuklear Chernobyl, Ukraine pada 26 April 1986, selepas bahan radioaktifnya dilepaskan ke udara dalam satu letupan kuat".
Sekurang-kurangnya 32 maut akibat kesan secara langsung letupan dan 8,000 yang lain mengalami kesan pencemaran radioaktif.
Lebih 120,000 yang lain terpaksa dipindahkan, sementara tahap pencemaran radiasi turut diukur sejauh barat Eropah.
Semalam, beribu-ribu penduduk di bandar sama dipindahkan berikutan letupan dan kebocoran yang berlaku di pusat reaktor No.1 di Fukushima, kira-kira 240 kilometer di utara Tokyo.
P/S : Chegu harap agar kerajaan Jepun dapat menaganinya secepat mungkin agar masalah ini tidak menjadi lebih teruk.
4 comments:
sama2 lah kita berdoa agar rakyat jepun selamat dari bencana nuklear itu
insyallah...semoga itu hendaknya..amin
amin...
mudah-mudahan...
Post a Comment