D
etik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan. (jiwa jugak ayat aku ni hahahaha.....x salah kalau sekali sekala nk berbahasa mcm ni kan.....)
ni gambaq aku ngan mak aku masa kecik....
hihihi...kat sini ada sikit cerita-ceita pendek yang saku karang hihiihi.....bacala no....kalau senang-senang....
Ketika berusia setahun, bila mak suap makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kad mak kita dengan menangis sepanjang malam.
sampai umuq 2 tahun, ibu ajaq kita main. Kita pulak balaih ucapan terima kasih dengan lari sambil ketawa apabila dipanggil.
Menjelang umuq 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang.Kita ucapkan terima kasih dengan sepahkan makanan penuh kat lantai.
Ketika umuq 4 tahun, ibu beli warna. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.
Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru. Kita ucapkan terima kasih dengan terjun dalam lumpoq
Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit; Tak Mau la mak malu! Tak Mau la mak malu!
Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan sepak abih pecahkan kena cermin tingkap rumah orang.
Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim. Kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.
Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan ponteng kelas kacau anak orang.
Berusia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemani kita kemana sahaja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak tegur langsung dengan mak.
Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.
Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat. Kita ucapkan terima kasih dengan menyatakan pakaian itu ketinggalan zaman.
Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut membayar wang asrama, kita ucapkan terima kasih dengan tidak x tlepon mesej langsung.
Berusia 15 tahun, ibu pulang dari kerja dan rindu pelukan terima kasih dengan duk dalam bilik main game .
Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira bila kita diterima masuk IPTA.Kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria dengan kawan-kawan.
Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah bayar yuran pengajian, hantar ke kampus dan heret beg ke asrama. Kita ucap selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.
Berusia 20 tahun, ibu tanya kita ada teman istimewa, kita kata, “itu bukan urusan ibu.”
Setelah berusia 21 tahun,ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata, “cik x mau jadi macm mak.”
apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita, kita kata, pilihan ibu tak cantik, tak berkenan di hati kita.
Menjelang usia 24, ibu bertemu bakal menantu dan bertanya mengenai rancangan masa depan. Kita menjeling dan merungut, “ibu, tolonglah...!”
Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkahwinan kita. Kita ucapkan terima kasih dengan berpindah jauh.
Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita megah berkata, itu dulu sekarang zaman moden.
Ketika berusia 40 tahun, ibu mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung, kita kata sibuk, tak ada masa nak datang.
Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan minta kita menjaganya, kita bercerita tentang kesibukan dan kisah ibu bapa yang menjadi beban.
Dan kemudian, kita mendapat berita kematian ibu. Khabar itu bagai petir. Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.tu la cerita aku wei...ok x.....sedih gak aku buat cerita ni sob...sob
sini ada satu hadis nak aku kongsing ngan hampa semua.....
Sabda Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
(HR: Al-Hakim)Subhan-ALLAH! Ibu adalah ibarat ladang tempat kita menanam benih kebaikan hingga mampu mendatangkan Redha ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala. Ibu adalah sebahagian dari nafas dalam hidup kita. Apakah kita bisa mengukur setiap kasih dan sayang diberikan olehnya? Apakah kita bisa berkata dengan takabbur bahawasanya kita mampu memberikan beliau apa sahaja yang ada di dunia hanya untuk membalas jasanya dan lalu meninggalkan beliau pergi begitu sahaja?Insya-ALLAH akan ada sambungannya… Mata dah ngantuk sangat… (-_-)
(=
nah wei....layan sikit video ni pas tu ambik ikhtibar darinya ok......tgk jngan x tgk....
0 comments:
Post a Comment