.....

  1. DOWNLOAD RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN & MODUL PJ, PK , MATEMATIK KSSR TAHUN 4 2015 MELALUI SCRIBD
  2. RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PJ & PK & MATEMATIK DAN MODUL DI SLIDE SHARE TAHUN 2015
  3. RPT KSSR PJ Tahun 4 2014
  4. RPT KSSR PJ/PK tahun 1, 2 , 3, 4 |2014| - ON SCRIBD
  5. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 3 2014
  6. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 3 2014
  7. RPT KSSR MATEMATIK TAHUN 2 2014
  8. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 1 2014
  9. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 1 2014
  10. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 2 2014
  11. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 2 2014
  12. LANGIT TAK SELALU CERAH
  13. PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) 2013
  14. VIDEO METEORIT TERHEMPAS DI RUSSIA
  15. Siapakah CHEGU FATIN ni ?
  16. KEBAKARAN DI TAMAN PERUMAHAN AWAM TANAH MERAH,JITRA
  17. Maharaja Lawak Mega 2012
  18. GAMBAR & VIDEO | PALESTIN DISERANG ISRAEL
  19. KONFLIK PALESTINE DAN ISRAEL
  20. Gambar & Video Taufan Sandy : New York Hampir Tenggelam (peringgatan Allah)
  21. HARI ANUGERAH CEMERLANG SKBBSB 2012 - Permata Gemilang
  22. APABILA FAHAMAN SYIAH MENGUASAI DIRI !!!
  23. From Liyana Adnan: Saya Minta Maaf |untung laa sape jadi cikgu.. |
  24. Semangat Merdeka dari murid-muridku
  25. Seni Rambut || water balloon hair
  26. Maklum balas || Khas untuk Liyana Adnan : " Untung laa sape jadi cikgu " |
  27. Bapak Segala Meriam ONLY in Kuala Kangsar
  28. "Kerja aku gosok gigi badak "
  29. TIPS DIET IKUT DARAH
  30. Angkasawan Neil Armstrong meninggal dunia
  31. Nasyid Dangdut
  32. Aku Rindu PadaMU Ya Rasulullah
  33. VIDEO||Mr Bean (Rowan Atkinson) Opening Ceremony - London 2012
  34. Bangladesh can't help Rohingya: PM Sheikh Hasina
  35. Promo Twilight Raya 2012
  36. BONUS HARI RAYA
  37. wordless:tepi kain
  38. Happy Born Day MY Fren
  39. Salam Ya Ramadhan
  40. Kenali Hackers
  41. Mata Pelajaran PJ dipinggirkan
  42. KEDUDUKAN SEMASA EURO 2012
  43. Roti Meriam Sempena EURO 2012
  44. Jadual Perlawanan EURO 2012"
  45. Tsunami Lagi Dekat Penang !!!"
  46. Penyokong B.E.R.S.I.H kena sound wei !!!"
  47. 6 Gempa Bumi DIcatatkan Hari ini"
  48. KERJAYA GURU : Lisa Surihani akui kerjaya guru lebih mencabar"
  49. Gelaran Doktor pada DR. Rozmey di Tarik Balik"
  50. Pertembungan 2 Alam"
  51. SAFEE SALI MENUNAIKAN IMPIAN "BUDAK BADAN BESAR"
  52. MY Convocation DAY
  53. Hari Terakhirku - Original BY AlangKhoma
  54. Gambar : Kem Kepimpinan Pengawas SK Bandar Baru Sungai Buloh (Sebelum)
  55. Roadblock Malaysia Vs Roadblock Luar Negara
  56. Pekerja KFC Bergaduh Dengan Pelanggan
  57. Chipita sudah sampai Kedah
  58. WORDLESS 19:"HARI"
  59. Sayangnya binatang ini kepada tuannya...
  60. Bahagian 1 : Siapakah nak uruskan Jenazah Ibu Bapa Kita wahai anak-anak ?
  61. Video : Kesian tapi lucu ! Marah sampai tercabut gigi
  62. Jutawan Bola Sepak Pertama Malaysia - Safee Sali
  63. Dulu Kelantan Sekarang Selangor
  64. Jadual Ceramah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan 2
  65. Video ceramah di Masjid Shah Alam
  66. Renungan Bersama : Soal jwb Ustaz Azhar Idrus malam ni: 26 soalan kesemuanya.29.01.2012
  67. Renungan Bersama : Realiti Seorang Guru Di mata Masyarakat sekarang
  68. Ustaz Azhar Idrus datang Shah Alam
  69. Gaji Kakitangan Awam Februari 2012 Ikut Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)
  70. Kenapa kita tak pandang meninggalkan SOLAT sebagai satu jenayah ???
  71. Perkhidmatan pemasangan UNIFI
  72. Benda pelik ???
  73. Anwar Vs Najib berdebat
  74. Simbah kakak dengan air panas
  75. Bayi mati tercampak
  76. Malaysia Layak ke final
  77. Adakah pengadil perlu dipersalahkan ???
  78. Lelaki peluk manyat teman wanita
  79. TIPS : MENGENAI ASPEK PENGADILAN DARI BEKAS PENGADIL FIFA KITA..-SUBKHIDDIN MOHD SALLEH-
  80. Makan FB,tido FB
  81. Rintihan Sayu Fifi
  82. Kepala berkecai kena mercun
  83. Polis Siasat Pelajar IPT jual Baucar
  84. Aku Perlukan Boyfriend
  85. Gempa kuat landa selatan Pulau Fiji
  86. 15 nelayan Filipina maut ditembak
  87. Baucer Buku RM200 1Malaysia. Wajarkah Dijual Semula Sesuka Hati?
  88. Keadaan rumah pemilik FERRARI
  89. Eskelator penduduk setinggan !!!
  90. Video:Maradona vs pele
  91. Video:Lelaki Kena Belasah Sebab Tak Mahu Berasmara
  92. Baucer Buku Di Jual di MUDAH.my
  93. Adik pemain badmiton negara ditikam
  94. Tonton Tv Online
  95. Penempatan PTD Dalam Sistem Pengurusan di Kementerian Pelajaran? Apa Pendapat Guru-guru?
  96. Gelombang Ombak Rindu
  97. Pasukan Senior Swit.- Nurul A’in Wahida Abu Bakar | EX-IPG KKB
  98. wordless # 18 - Alhamdulillah
  99. Atlet pecut Perancis yang bakal menggegar dunia Olahraga - CHRISTOPHE LEMAITRE
  100. |video| wanita kena tikam 70 kali tak mati x18sg
  101. Video kematian Izwan Pilus di hospital
  102. Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Dalam Paru Paru
  103. Hari Pertama Aku Di SK BANDAR BARU SUNGAI BULOH
  104. KISAH MALAM PERTAMA !
  105. Gambar Isteri Di Ranjang Bersama Lelaki Lain Punca Penceraian Hattan?
  106. Lagi Kes Dekat China, Perempuan kena Tikam Depan Orang Ramai
  107. Persediaan perkara-perkara penting sebelum posting/lapor diri
  108. Info Kesihatan : Hilangkan Tekanan Dengan Sperma untuk Wanita?
  109. Apabila Kanggaroo Masuk Pekan |Video|
  110. Baru 4 Tahun Dah Berasmara di Tempat Terbuka ... Dunia ! Dunia
  111. Gambar Ustaz Azhar Disamakan Dengan Yahudi!
  112. Video:Perempuan kena belasah dalam bilik
  113. "KEMALUAN" lelaki putus
Showing posts with label POLITIK. Show all posts
Showing posts with label POLITIK. Show all posts

Sunday, April 29, 2012

2
Komen
Penyokong B.E.R.S.I.H kena sound wei !!!

Assalamualaikum...


Semalam negara kita berlangsung satu perhimpunan yang tidak asing lagi iaitu perhimpuna BERSIH 3.0. Untuk pengetahuan semua saya tidak berpihak mana-mana pihak, cuma disini saya nak menekankan bahawa petingnya bahasa kerana BAHASA MELAMBANGKAN BUDAYA KITA. nak tau lebih lanjut lagi saksikan video ni.




P/S: Bahasa Melayu mudah untuk dikuasai !!! Bantah bantah la jugak no...kalau x mau bantah mcm gambaq dekat atas  ni.
Penyokong B.E.R.S.I.H kena sound wei !!! -

Wednesday, January 25, 2012

7
Komen
Anwar vs Najib. Merdeka Center Kata Profesional Melayu Mahu 2 Pemimpin Malaysia Ini Berdebat!






“Najib dan Anwar tak perlu debat sebab budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini ” – kata Ahmad Maslan



Debat adalah salah satu budaya barat? Betulkah selama tiada diwujudkan budaya debat di Malaysia? Seingat kami, sejak daripada peringkat sekolah dahulu sudah diadakan debat ini. Kenapa apabila sebut debat sahaja, perlu dikaitkan dengan isu perkauman. Di mana rasionalnya Datuk?

Kemudian diperingkat ujian PTD contohnya, kalau sesiapa yang nak jadi PTD juga salah satu ujian dan cabarannya adalah berdebat ala parlimen. Bagus atau tidak?

Merdeka Review telah mencadangkan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan antara satu sama lain dalam satu platform debat berkenaan dasar dan pendekataan kerajaan mengurus negara. Hasil kajian Merdekaa Center :
  • Kalangan profesional-profesional Melayu berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan
  • Kalangan pembaca Berita Semasa pula?
Debat Anwar VS Najib : Pro Dan Kontranya?
  • Adakah ekonomi Malaysia akan runtuh jikalau kedua-dua pemimpin menghadiri debat tersebut yang hanya memakan masa sekitar 2-3 jam sahaja?
  • Adakah dengan hanya meluangkan masa 2-3 masa untuk berdebat Malaysia bakal muflis?

Debat bukannya bukan platform untuk dedah-mendedah antara satu sama lain, jatuh-menjatuhkan ataupun serangan peribadi. Debat diadakan bertujuan untuk bahas sesuatu isu dan dasar, dan akhirnya biarlah rakyat menilai jikalau ada titik persamaan dan penyelesaian.


Demokrasi hendaklah dijalankan secara adil untuk semua pihak, khususnya kerajaan dan barisan pembangkang disediakan platform yang sama rata untuk majukan polisi masing-masing.

Berdasar rekod, ini merupakan kali ketiga, berita debat Anwar VS Najib dilaporkan di Berita Semasa :
  1. Debat Najib Razak VS Anwar Ibrahim
  2. Anwar Ibrahim VS Najib Razak. Debat Pilihanraya Umum Ke 13. Apa Pendapat Anda?
Tetapi entah apa “silapnya” dan “masalahnya” debat Anwar VS Najib masih belum boleh menjadi realiti.

Ya…benar kami akui debat tidak boleh selesaikan semua masalah secara serta-merta. Tetapi….tetapi sekurang-kurangnya kita boleh tahu setakat mana seseorang pemimpin itu tahu apa yang dibuatnya, dan mampu melaksanakan dengan sebaiknya. Dalam pada masa yang sama mmbentangkan polisi yang baik untuk negara.

Debat Anwar VS Najib : Pembentangan “Blue Ocean Strategy” VS “Buku Jingga”

Dan inilah masa yang terbaik semasa debat Anwar VS Najib nanti, masing-masing mempunyai peluang berhadapan antara satu sama lain yang mana :
  • Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri) membentangkan “Blue Ocean Strategy”
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) membentangkan Buku Jingga
Kedua-dua pihak berpeluang sampaikan polisi masing-masing kepada rakyat secara terus dan meluas. Berikanlah peluang dan ruang pula untuk mengajakotak rakyat Malaysia sekali-sekala berfikir dan biar rakyat yang mengadilinya serta membuat keputusan.
  • Seorang mengatakan di media arus perdana yang si dia ini seorang peliwat negara
  • Seorang lagi mengatakan di siri ceramahnya yang si dia ini terlibat dalam rasuah & pembunuhan gadis asing
Nah, cadangan telah diberikan untuk kalangan kedua-dua pemimpin ini. Berhadapan antara satu sama lain di hadapan rakyat secara langsung dan berdebatlah mengenai isu-isu dasar dan kepentingan kepada negara.

P/S :  Apa pendangan anda pula dengan cadangan diadakan debat Anwar Vs Najib sebelum pilihanraya umum ke 13 yang akan diadakan bila-bila masa daripada sekarang?

Setuju Diadakan debat Anwar VS Najib?


Tolong click share untuk pengetahuan ramai, sokongan anda amat dihargai
Anwar vs Najib. Merdeka Center Kata Profesional Melayu Mahu 2 Pemimpin Malaysia Ini Berdebat! -

Monday, January 9, 2012

3
Komen
Akhirnya terjawab " Anwar Tidak Bersalah"

Assalamualaikum semua. Mungkin hari ini adalah hari yang dinanti-natikan oleh semua rakyat Malaysia mengenai keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful yang dibacakan oleh hakim Mahkamah Tinggi pada hari ini. 


Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim (9 Januari 2012) : Info Ringkas

  • Datuk Seri Anwar Ibrahim (defenden)
  • Mohd Saiful Bukhari (plaintif)
  • Tuduhan : Anwar Ibrahim, 64, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, meliwat Mohd Saiful, 26, di unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
  • Hakim Mahkamah Tinggi : Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah (akan membacakan keputusan kes liwat Anwar Ibrahim pada pagi ini selepas meneliti dan mempertimbangkan hujah kedua-dua belah pihak di akhir pembelaan sama ada akan membebaskan Anwar atau mensabitkan Ketua Pembangkang itu bersalah
  • Jika Sabit Kesalahan : Hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan
  • Rayuan boleh dilakukan : Membuat rayuan di Mahkamah Rayuan
  • Nota : Ini pertuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar. Pada tahun 2000, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar
  • Barisan Pembelaan : Diketuai Karpal Singh
  • Barisan Pendakwaan : Diketuai Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden


Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim 

Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan kes liwat Anwar Ibrahim memutuskan Anwar Ibrahim tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.




Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim : Reaksi Anwar & Saiful





PERSOALAN ???

P/S : Apakah pendapat & reaksi anda dengan keputusan kes liwat Anwar Ibrahim sebentar tadi? 
Akhirnya terjawab " Anwar Tidak Bersalah" -

Saturday, December 10, 2011

2
Komen
KENAPA ISRAEL DI LINDUNGI BARAT?



Israel – Satu negara yang dipertikaikan taraf kewujudannya.
Israel – Satu negara yang tidak pernah berhenti mengancam dan terancam.
Israel – Suatu negara yang tidak pernah menghormati pandangan & pendapat dunia
Israel – Satu negara yang menjadi punca kepada banyak pertikaian dan persengketaan yang  
           telah dan sedang berlaku di dunia ini.

Namun seluruh dunia bersetuju bahawa Israel adalah satu-satunya negara yang paling bertuah di dunia ini. Ia berterusan menjadi kesayangan dan sentiasa dilindungi oleh Barat terutama Britain pada satu masa dahulu dan Amerika buat masa ini. Walau apa yang dilakukan olehnya, sokongan yang diberi tidak pernah luntur. Walau bagaimana kejam pun tindakannya terhadap penduduk pribumi Palestin, perlindungan yang dinikmatinya semakin dikukuhkan.

Tidak ada mana-mana negara lain didunia ini yang boleh menandingi kedudukan istimewa Israel ini di mata Barat. Banyak dari faedah dan keistimewaan yang diberi ini melebihi dari faedah dan keistimewaan yang dinikmati oleh rakyat negara penyumbang itu sendiri. Semua keistimewaan ini telah berlanjutan dari hari penubuhannya pada bulan Mei 1948 dan berterusan hingga ke hari ini.

Walau dikutuk dunia terutama dari dunia Islam kerana kekejamannya terutama terhadap rakyat Palestin, suatu yang pasti, Israel telah dan akan kekal bermaharajalela di pentas dunia kerana perlindungan yang terus menerus di beri oleh negara-negara pelindungnya.Israel terus menikmati begitu banyak faedah dan keistimewaan-keistimewaan lain. Mari kita lihat sebahagian darinya:


Penubuhannya


Penubuhan negara ini telah dirintis apabila parlimen Britain mengeluarkan Peristiharan Balfour pada tahun 1917. Melalui peristiharan ini, parlimen British telah membenarkan orang Yahudi dari mana-mana pelusuk dunia untuk masuk dan menetap di Palestin. Maka masuklah mereka secara berbondong-bondong ke Palestin yang pada masa itu berada dibawah mandat (penjajahan) British tanpa sekatan, seolah-olah Palestin itu suatu negara tanpa pemilik.

Melalui percaturan pihak Barat, PBB kemudianya telah menubuhkan UNSCOP (United Nation Special Committee on Palestine) yang kemudianya mengusulkan supaya negara Palestin di pecah dua – 45% untuk penduduk asal manakala 55% pula untuk pendatang Yahudi melalui Resolusi 181. Resolusi PBB ini telah diterima dan akhirnya Israel telah diistiharkan penubuhannya secara rasmi pada 14hb Mei 1948 oleh Perdana Menteri pertamanya David Ben Gurion.

Bantuan Kewangan



Polisi Amerika Syarikat semenjak 1948 menggariskan bahawa jumlah bantuan ekonomi kepada Israel mesti menyamai atau melebihi jumlah bayaran balik hutang Israel kepadanya. Berbanding negara-negara lain yang menerima bantuan secara ansuran, bantuan kepada Israel sejak 1982 adalah secara penuh pada setiap permulaan tahun kewangan yang menyebabkan kerajaan AS perlu meminjam dari pendapatan masa depannya.

Semenjak 1949, bantuan AS kepada Israel telah berjumlah US$83.205 billion. Jumlah bayaran faedah yang terpaksa ditanggung oleh pembayar-pembayar cukai di AS bagi pihak Israel pula adalah berjumlah US$49.937 billion. Ini menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang diberi kepada Israel sejak 1949 berjumlah US$133.132 billionIni juga bermakna kerajaan AS telah memberi bantuan tahunan kepada rakyat Israel melebihi jumlah bantuan kepada rakyat negaranya sendiri.

Dua Taraf Kerakyatan



Hanya rakyat Amerika Syarikat dari keturunan Yahudi yang dibenarkan memiliki dua taraf kerakyatan yakni kerakyatan Amerika dan kerakyatan Israel. Disamping itu, mereka juga dibenarkan untuk memegang jawatan penting kerajaan di Israel dan juga di Amerika Syarikat. Tiada satu pun negara lain yang memiliki keistimewaan ini!


Perlindungan dari Resolusi PBB


Dari 1967 hingga 1989, Majlis Keselamatan PBB telah meluluskan 131 resolusi yang berkait terus dengan konflik Arab-Israel. Dari 131 resolusi ini, 43 resolusi boleh dianggap sebagai berkecuali manakala baki 88resolusi adalah mengutuk dan menentang tindakan Israel atau yang boleh dianggap sebagai bertentangan dengan kepentingannya.

Dalam masa yang sama pula, dalam Perhimpunan Agung PBB, 429resolusi terhadap Israel telah diluluskan dan Israel telah dikutuk sebanyak 321 kali. Amerika Syarikat pula telah menggunakan kuasa vetonya bagi menghalang resolusi berkaitan Israel ini dari sampai kepada Majlis Keselamatan PBB sebanyak 42 kali sejak 1970. Mana-mana resulusi yang diluluskan pun tidak pernah mempunyai sebarang mekanisma penguatkuasaan oleh PBB dan biasanya dianggap tidak mempunyai nilai untuk diambil tindakan di bawah undang- undang antarabangsa.


Membangunkan Kuasa Nuklear



Isreal sehingga kini dilaporkan telah memiliki sehingga 200 buah peledak nuklear. Bagaimana sebuah negara yang baru muncul dan hidup atas ehsan negara lain mampu melakukannya. Sudah pasti ia tidak akan dapat membangunkan program senjata nuklear ini bersendirian tanpa bantuan negara lain. Kini, ianya bukan rahsia lagi. Selepas Krisis Suez pada tahun 1956, Perancis dilaporkan telah bersetuju untuk membantu Israel membangunkan reaktor nuklearnya.


Walau bagaimana pun, bantuan terbesar datangnya dari Britain. Dari dokumenn-dokumen rahsia yang terbongkar, Britain dilaporkan telah membuat beratus-ratus penghantaran barangan terlarang melalui laut dari tahun 1950an hingga 1960an. Walau pun dinafikan oleh Menteri Luarnya Kim Howells, Britain pada bulan Mac 2006 akhirnya mengaku bahawa barangan-barangan terlarang tersebut memang dihantar ke Israel dengan menggunakan khidmat syarikat milik Norway. Itu hanyalah sebahagian dari perlindungan dan keistimewaan yang diberikan oleh Barat kepada Israel sejak sekian lama.


Persoalannya, kenapakah Israel:


  1. Begitu istimewa dimata Barat sehingga mereka menutup mata atas segala kekejamannya?
  2. Terus diberi bantuan kewangan yang besar walau pun membangkitkan rasa tidak puas hati di dalam negara kerana ianya melebihi bantuan terhadap rakyat negara penyumbang itu sendiri?
  3. Terus-menerus disokong walau pun akhirnya negara penyokong dibenci dan dimusuhi oleh negara atau kumpulan penentang Israel ?
  4. Terus dilindungi walau pun menyusahkan dan membahayakan negara pelindung itu sendiri?

Namun Israel terus menerus dibantu dan dilindungi. Pastinya ada sesuatu sebab besar yang telah memungkinkan semua ini berlaku!

Bersatu Menzalimi Umat Islam

Mari bersama kita renungi kembali peringatan yang jelas dari Allah SWT melalui ayat 120, Surah Al-Baqarah,

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu)".

Melalui maksud ayat ini, kita dapat kaitkan secara langsung dengan apa yang sedang berlaku di Palestin. Ianya menjadi contoh nyata bagaimana golongan Yahudi (Israel) telah bersekongkol dengan golongan Nasrani (Amerika dan Barat) bagi menindas dan menzalimi golongan Islam (Palestin).


Agak menghairankan, bagaimanakah golongan Nasrani (Kristian) dan Yahudi ini boleh bersatu sedangkan mereka saling bermusuhan dan salah menyalahi antara satu sama lain? Sebahagian golongan Kristian marah dan memusuhi Yahudi kerana dikatakan menjadi dalang sehingga “tertangkap” dan “tersalibnya” Nabi Isa AS (Jesus Christ) oleh pemerintah Rom. Sementara itu, permusuhan antara golongan Yahudi dan Kristian telah bermula dari saat penolakkan Yahudi terhadap Jesus Christ. Disamping itu Yahudi juga tidak akan lupa 2000 tahun sejarah penindasan dan kezaliman golongan Kristian terhadap mereka termasuk kemuncaknya dengan Peristiwa Holocaust oleh Hitler.

Namun mereka terus bersatu menindas umat Islam Palestin. Pastinya ada sesuatu sebab besar yang telah dapat menyatukan mereka!

Zionis Kristian


Untuk memahami kenapa Israel begitu istimewa dimata Barat dan bagaimana kerjasama besar antara Kristian dan Yahudi ini boleh terjalin, kita perlu melihat kepada satu golongan atau kumpulan yang jarang diperkatakan tetapi wujud dan mempunyai peranan yang sangat besar dalam memastikan keselamatan dan kelangsungan negara haram Israel terus dipertahankan walau berapa tinggi harganya. Kumpulan yang dinamakan Zionis Kristian.

Gerakan atau fahaman Zionis biasanya dikaitkan dengan Yahudi. Namun dikalangan penganut Kristian, ujud satu fahaman yang sebenarnya bertitik-tolak dari ajaran Bible yang menyokong gerakan untuk orang Yahudi kembali ke ’tanah yang telah dijanjikan” (the Promised Land) yakni Palestin. Kumpulan yang menganut fahaman inilah yang dinamakan sebagai Zionis Kristian.

Sokongan Zionis Kristian terhadap Yahudi ini bukan atas dasar kasih sayang atau simpati mereka, tetapi berdasarkan agenda dan kepentingan diri yang lebih besar. Sokongan kepada usaha golongan Yahudi untuk masuk dan menguasai Palestin serta terus kekal disana adalah sebagai syarat wajib untuk kumpulan ini masuk syurga!


( Tarikh pon boleh berubah .. bodoh)

Zionis Kristian adalah gerakan yang berpusat di Amerika yang mempercayai bahawa negara Israel adalah pemangkin untuk berlakunya apa yang mereka tunggu dan harap-harapkan - kedatangan semula Jesus. Apabila ini berlaku, semua penganut Kristian yang setia, akan diangkat ke langit bersama Jesus untuk bertemu Tuhan dan kemudian memasuki syurga tanpa perlu mati terlebih dahulu (Rapture).

Menurut kepercayaan kumpulan ini, dimasa itu juga akan berlaku pertempuran terakhir antara kebaikan dan kejahatan (Armageddon). Menurut perkiraaan mereka, antara yang perlu dikorbankan adalah seluruh kaum Yahudi melainkan seramai 144,000 yang bertukar ke agama Kristian! Walau bagaimana pun, sebelum ini berlaku, beberapa syarat perlu dipenuhi terlebih dahulu: Yahudi mesti pulang dan menguasai Palestin seluruhnya, menawan dan menyatukan Jurusalem sebagai pusat pentadbirannya serta membina semula kuil (Temple of Solomon) di atas tapak Masjid Al-Aqsa.


Kerjasama Erat Walau Berlainan Matlamat

Sudah jelas kepada kita kenapa Israel perlu dilindungi dan pertahankan dengan apa cara dan dengan berapa harga sekalipun oleh Barat. Jika Israel dihapuskan dari dunia, sebelum berlakunya peristiwa Rapture, maka musnahlah harapan golongan Kristian ini untuk masuk syurga tanpa melalui pintu kematian. Oleh itu Amerika mesti berterusan membantu negara Israel untuk memastikan kaum Yahudi terus hidup sehingga berlakunya Rapture.

Tetapi bagaimanakah pula Israel berasa sangat selesa serta mengalu-alukan semua bantuan yang dihulurkan walau pun mereka maklum bahawa tujuan mereka dibantu dan dikumpulkan di Palestin adalah untuk kemudiannya disembeleh oleh golongan Kristian ini? Mengapa mereka sanggup bekerjasama kearah kemusnahan mereka sendiri?

Bagi Israel, sebenarnya kerjasama ini adalah satu gagasan yang sangat bijak. Oleh kerana sebahagian besar Yahudi tidak pernah percaya bahaya Jesus akan kembali, mereka merasakan bahawa kerjasama ini tiada kekurangannya. Mereka mendapatkan sokongan untuk Israel dan mereka tidak akan disembeleh akhirnya kerana mereka tidak pernah hirau atau percaya kepada ramalan itu.


Penutup

Golongan Zionis Kristian mendapat semangat baru apabila salah satu keperluan dalam membuktikan kepercayaan mereka muncul apabila terbentuknya negara haram Israel pada tahun 1948. Sehingga kini dianggarkan lebih 20 juta rakyat Amerika menganut fahaman ini.


Apa yang menjadikan fahaman ini merbahaya kepada seluruh dunia adalah kerana selain dari orang awam, ia turut dianuti oleh kalangan pentadbiran di Rumah Putih. Maka apa sahaja kekejaman yang telah, sedang dan yang akan diperlakukan oleh Israel adalah sah kerana ia dianggap menurut perancangan tuhan untuk membawa mereka semua ke syurga nanti. Paul Wolfowidtz, Dick Cheney serta Condolisa Rice adalah antara penganutnya.

Maka bolehkah umat Islam terus mengharapkan pembebasan Palestin dan Masjid Al-Aqsa melalui meja perundingan yang diatur dan dicatur oleh kalangan Kristian Zionist dengan kerjasama talibarut-talibarutnya?

P/s:
  1. Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang LIKE di bawah ini. Apabila anda sebarkan kandungan ini anda dianggap sebagai pendakwah. Sesungguhnya seorang pendakwah itu akan mendapat ganjaran dari Ilahi...
  2. Setiap "perkataan" yang bewarna mempunyai penerangan. 





KENAPA ISRAEL DI LINDUNGI BARAT? -

Tuesday, December 6, 2011

2
Komen
Iraq’s Economy in 2011 and Beyond




Selepas penyingkiran Saddam Hussein pada tahun 2003 menyaksikan perubahan yang berdaya maju yang dijalankan oleh kerajaan baru Iraq yang menjurus ke arah pemulihan ekonomi dan politik yang penuh. Selepas ditindas dan mendapat serangan oleh pengganas, keganasan, dan ketidakadilan Iraq kini di ambang muncul semula sebagai pemain utama di Timur Tengah yang kaya dengan minyak. Disebabkan reformasi dasar utama dan usaha-usaha tegas untuk membangunkan semula rizab semula jadi secara besar-besaran di negara ini telah membuka jalan kepada peningkatan berterusan taraf hidup penduduk Iraq.

Peningkatan ekonomi Iraq semakin meningkat dan semakin kukuh dengan penubuhan-penubuhan agensi-agensi perniagaan di Iraq. Tahun lepas sahaja, negara ini telah menandatangani perjanjian dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia bagi program-program bantuan bersyarat yang akan meningkatkan institusi ekonomi yang baru. Ini disokong kuat oleh kelulusan dan enakmen undang-undang yang dilaksanakan dan kelebihan kepada kerajaan Iraq dan rakyatnya secara umum.

Dalam laporan baru-baru ini, Speaker Parlimen Iraq  telah mendedahkan  bajet negara ini  bagi tahun 2011 di mana  telah mencapai 96 trilion dinar Iraq atau kira-kira 85,7 Billion dolar Amerika. Dasar semasa adalah tertumpu pada pengurangan kos pentauliahan, peningkatan dalam peruntukan pelaburan dan sokongan kewangan untuk "Kad Catuan" kerajaan yang akan diagihkan sepenuhnya pada semua rakyat Iraq. Satu perubahan yang luar biasa dalam Peruntukan pembatalan semua faedah sosial untuk bahagian atas kerajaan tiga jawatan iaitu: Presiden, Perdana Menteri dan Speaker Parlimen.

Dalam usaha untuk terus menarik pelaburan asing, kerajaan juga telah meminda  undang-undang pelaburan negara, memberi kelonggaran yang cukup untuk mempertimbangkan  pelabur yang berpotensi .  Kini usaha sama dalam caucuses perdagangan dan pelaburan antarabangsa serius  dalam usaha bersama dengan perusahaan milik kerajaan dan bukan kerajaan. Pada peringkat tempatan, majlis daerah telah diperuntukkan bajet untuk promosi pelaburan di negara ini.

Undang-undang yang dilihat dan diluluskan termasuk satu peraturan yang menetapkan rangka kerja undang-undang untuk pemain-terbesar-sektor ekonomi yang minyak yang kondusif bagi zaman moden dan permintaan moden. Ekonomi Iraq dikuasai oleh sektor petroleum, yang secara tradisinya diberikan 95% daripada pendapatan tukaran asing. Kontrak yang berterusan di negara ini dengan syarikat-syarikat minyak utama mempunyai potensi untuk berkembang hasil minyak sebahagian besarnya. Sudah tentu, ini memerlukan naik taraf infrastruktur, saluran maklumat, dan pemprosesan minyak bagi membolehkan tawaran ini untuk menjadi kenyataan dalam potensi penuh.

Pada dasarnya, Iraq terapung di laut minyak semula jadi dan dianggap mempunyai rizab yang ketiga terbesar di planet ini. Melalui beberapa siri pusingan, Kementerian Minyak Iraq berkata bahawa Iraq sedang meneroka lebih banyak telaga minyak di mana ia boleh memperhebatkan operasi penggerudian minyak. Dengan ini, kerajaan bertujuan untuk membangunkan infrastruktur negara, kader kereta api, dan membentuk jawatankuasa penerokaan. Syarikat-syarikat minyak utama telah menandatangani perjanjian untuk mengeluarkan simpanan minyak yang mendorong rangsangan dalam kapasiti pengeluaran kepada kira-kira 12 juta tong untuk enam tahun akan datang.

Selain agenda pada pengeluaran minyak dan pembangunan, Iraq kini meningkatkan usaha pada sektor pertanian. Satu program pengairan lapan tahun, yang berjumlah  700 Juta USD, sudah dijana dan akan bermula pada suku terakhir 2011. Langkah ini dijangka meningkatkan pengeluaran gandum oleh lebih daripada 60% atau 3 juta tan menjelang tahun 2019. Apa yang mencetuskan program ini adalah kemarahan cerapan, rintihan atau rungutan orang awam, unrests dan kenaikan harga bahan makanan di kawasan-kawasan jiran seperti Mesir, Libya dan Tunisia.

Rakyat Iraq setiap tahun mengambil sekurang-kurangnya 4.5 tan gandum, dengan sebahagian besar gandum yang diimport dan beras yang akan pencatuan makanan awam besar-besaran. Program lapan tahun bertujuan untuk mengurangkan kebimbangan terhadap bekalan makanan di mana 1,86 juta tan gandum dihasilkan tahun lepas. Projek ini juga ditumpukan ke arah meningkatkan sistem pengairan air negara.

Timbalan Menteri Pertanian baru-baru ini dinyatakan bahawa kerajaan telah ketepikan 34 juta USD untuk membeli 3000 perenjis untuk projek dan baru-baru ini meluluskan tender untuk mendapatkan kira-kira 500 sistem pengairan dari firma-firma Barat. Pelaburan dalam infrastruktur pertanian seperti pam air adalah penting dalam kedua-dua sektor pertanian dan minyak dan industri.

Di samping itu, untuk menarik pelabur dalam sektor pertanian kerajaan Iraq telah menubuhkan suatu kumpulan wang tahunan 500 juta USD daripada bajet kerajaan persekutuan yang akan disediakan sebagai pinjaman mudah kepada petani dan pelabur, tiada faedah. Inisiatif ini adalah tertumpu kepada semua tanaman. Walau bagaimanapun, kerajaan menekankan pengeluaran tanaman strategik - gandum dan beras. 85 Bilion Iraq juga telah diperuntukkan untuk menyediakan lain-lain pinjaman mudah tanpa faedah kepada penternak dan pelabur.

Ia adalah diperhatikan bahawa pertanian merupakan penjana pekerjaan yang terbesar Iraq. Walau bagaimanapun, ia melabuhkan cara belakang sektor minyak dari segi hasil. Dengan inisiatif pertanian, kerajaan Iraq berharap kepada denda lagu sektor pertanian dan meningkatkan pengeluaran atau output.

Andai kata Amerika tidak melakukan kegagansan sebelum ini terhadap sudah lama rasanya Iraq kaya raya. 






Iraq’s Economy in 2011 and Beyond -