.....

  1. DOWNLOAD RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN & MODUL PJ, PK , MATEMATIK KSSR TAHUN 4 2015 MELALUI SCRIBD
  2. RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PJ & PK & MATEMATIK DAN MODUL DI SLIDE SHARE TAHUN 2015
  3. RPT KSSR PJ Tahun 4 2014
  4. RPT KSSR PJ/PK tahun 1, 2 , 3, 4 |2014| - ON SCRIBD
  5. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 3 2014
  6. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 3 2014
  7. RPT KSSR MATEMATIK TAHUN 2 2014
  8. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 1 2014
  9. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 1 2014
  10. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 2 2014
  11. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 2 2014
  12. LANGIT TAK SELALU CERAH
  13. PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) 2013
  14. VIDEO METEORIT TERHEMPAS DI RUSSIA
  15. Siapakah CHEGU FATIN ni ?
  16. KEBAKARAN DI TAMAN PERUMAHAN AWAM TANAH MERAH,JITRA
  17. Maharaja Lawak Mega 2012
  18. GAMBAR & VIDEO | PALESTIN DISERANG ISRAEL
  19. KONFLIK PALESTINE DAN ISRAEL
  20. Gambar & Video Taufan Sandy : New York Hampir Tenggelam (peringgatan Allah)
  21. HARI ANUGERAH CEMERLANG SKBBSB 2012 - Permata Gemilang
  22. APABILA FAHAMAN SYIAH MENGUASAI DIRI !!!
  23. From Liyana Adnan: Saya Minta Maaf |untung laa sape jadi cikgu.. |
  24. Semangat Merdeka dari murid-muridku
  25. Seni Rambut || water balloon hair
  26. Maklum balas || Khas untuk Liyana Adnan : " Untung laa sape jadi cikgu " |
  27. Bapak Segala Meriam ONLY in Kuala Kangsar
  28. "Kerja aku gosok gigi badak "
  29. TIPS DIET IKUT DARAH
  30. Angkasawan Neil Armstrong meninggal dunia
  31. Nasyid Dangdut
  32. Aku Rindu PadaMU Ya Rasulullah
  33. VIDEO||Mr Bean (Rowan Atkinson) Opening Ceremony - London 2012
  34. Bangladesh can't help Rohingya: PM Sheikh Hasina
  35. Promo Twilight Raya 2012
  36. BONUS HARI RAYA
  37. wordless:tepi kain
  38. Happy Born Day MY Fren
  39. Salam Ya Ramadhan
  40. Kenali Hackers
  41. Mata Pelajaran PJ dipinggirkan
  42. KEDUDUKAN SEMASA EURO 2012
  43. Roti Meriam Sempena EURO 2012
  44. Jadual Perlawanan EURO 2012"
  45. Tsunami Lagi Dekat Penang !!!"
  46. Penyokong B.E.R.S.I.H kena sound wei !!!"
  47. 6 Gempa Bumi DIcatatkan Hari ini"
  48. KERJAYA GURU : Lisa Surihani akui kerjaya guru lebih mencabar"
  49. Gelaran Doktor pada DR. Rozmey di Tarik Balik"
  50. Pertembungan 2 Alam"
  51. SAFEE SALI MENUNAIKAN IMPIAN "BUDAK BADAN BESAR"
  52. MY Convocation DAY
  53. Hari Terakhirku - Original BY AlangKhoma
  54. Gambar : Kem Kepimpinan Pengawas SK Bandar Baru Sungai Buloh (Sebelum)
  55. Roadblock Malaysia Vs Roadblock Luar Negara
  56. Pekerja KFC Bergaduh Dengan Pelanggan
  57. Chipita sudah sampai Kedah
  58. WORDLESS 19:"HARI"
  59. Sayangnya binatang ini kepada tuannya...
  60. Bahagian 1 : Siapakah nak uruskan Jenazah Ibu Bapa Kita wahai anak-anak ?
  61. Video : Kesian tapi lucu ! Marah sampai tercabut gigi
  62. Jutawan Bola Sepak Pertama Malaysia - Safee Sali
  63. Dulu Kelantan Sekarang Selangor
  64. Jadual Ceramah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan 2
  65. Video ceramah di Masjid Shah Alam
  66. Renungan Bersama : Soal jwb Ustaz Azhar Idrus malam ni: 26 soalan kesemuanya.29.01.2012
  67. Renungan Bersama : Realiti Seorang Guru Di mata Masyarakat sekarang
  68. Ustaz Azhar Idrus datang Shah Alam
  69. Gaji Kakitangan Awam Februari 2012 Ikut Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)
  70. Kenapa kita tak pandang meninggalkan SOLAT sebagai satu jenayah ???
  71. Perkhidmatan pemasangan UNIFI
  72. Benda pelik ???
  73. Anwar Vs Najib berdebat
  74. Simbah kakak dengan air panas
  75. Bayi mati tercampak
  76. Malaysia Layak ke final
  77. Adakah pengadil perlu dipersalahkan ???
  78. Lelaki peluk manyat teman wanita
  79. TIPS : MENGENAI ASPEK PENGADILAN DARI BEKAS PENGADIL FIFA KITA..-SUBKHIDDIN MOHD SALLEH-
  80. Makan FB,tido FB
  81. Rintihan Sayu Fifi
  82. Kepala berkecai kena mercun
  83. Polis Siasat Pelajar IPT jual Baucar
  84. Aku Perlukan Boyfriend
  85. Gempa kuat landa selatan Pulau Fiji
  86. 15 nelayan Filipina maut ditembak
  87. Baucer Buku RM200 1Malaysia. Wajarkah Dijual Semula Sesuka Hati?
  88. Keadaan rumah pemilik FERRARI
  89. Eskelator penduduk setinggan !!!
  90. Video:Maradona vs pele
  91. Video:Lelaki Kena Belasah Sebab Tak Mahu Berasmara
  92. Baucer Buku Di Jual di MUDAH.my
  93. Adik pemain badmiton negara ditikam
  94. Tonton Tv Online
  95. Penempatan PTD Dalam Sistem Pengurusan di Kementerian Pelajaran? Apa Pendapat Guru-guru?
  96. Gelombang Ombak Rindu
  97. Pasukan Senior Swit.- Nurul A’in Wahida Abu Bakar | EX-IPG KKB
  98. wordless # 18 - Alhamdulillah
  99. Atlet pecut Perancis yang bakal menggegar dunia Olahraga - CHRISTOPHE LEMAITRE
  100. |video| wanita kena tikam 70 kali tak mati x18sg
  101. Video kematian Izwan Pilus di hospital
  102. Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Dalam Paru Paru
  103. Hari Pertama Aku Di SK BANDAR BARU SUNGAI BULOH
  104. KISAH MALAM PERTAMA !
  105. Gambar Isteri Di Ranjang Bersama Lelaki Lain Punca Penceraian Hattan?
  106. Lagi Kes Dekat China, Perempuan kena Tikam Depan Orang Ramai
  107. Persediaan perkara-perkara penting sebelum posting/lapor diri
  108. Info Kesihatan : Hilangkan Tekanan Dengan Sperma untuk Wanita?
  109. Apabila Kanggaroo Masuk Pekan |Video|
  110. Baru 4 Tahun Dah Berasmara di Tempat Terbuka ... Dunia ! Dunia
  111. Gambar Ustaz Azhar Disamakan Dengan Yahudi!
  112. Video:Perempuan kena belasah dalam bilik
  113. "KEMALUAN" lelaki putus
Showing posts with label GURU. Show all posts
Showing posts with label GURU. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

7
Komen
From Liyana Adnan: Saya Minta Maaf |untung laa sape jadi cikgu.. |

Salam...
Alhamdulillah syukur kepada tuhan diberikan rahmatnya aku bernyawa lagi untuk menulis blog yang tidak seberapa ini. Sebelum itu saya ingin memohon maaf kepada rakan-rakan yang ingin maklumat mengenai pengadil dan nota sukan, sebabnya saya tidak sempat untuk menguploadnya kerada keadaan internet yang kurang memuaskan.

Bebalik kepada cerita asal. Ingat x pasal entry yang Cik Liyana Adnan yang entry pasal Untung Siapa Jadi Cikgu . Yang belom baca lagi boleh click link tu tetapi entry tu maklum balas saya kepada beliau. 

Disebabkan kekesalan dan kekilafan dari Cik Liyana Adnan, beliau telah membuat entry Memohon kepada semua guru di Malaysia agar memaafkan beliau 



Wednesday, September 5, 2012

Liyana Adnan: Saya Minta Maaf

Assalamualaikum


Saya, Liyana binti Adnan disini ingin menyatakan bahawa saya amatlah menyesal dengan apa yang telah saya tuliskan di dalam entry – untung laa sape jadi cikgu.. dan saya ingin memohon maaf dengan apa yang berlaku.



Saya memohon maaf di atas keterlanjuran saya menulis.



Ikhlas dari hati saya,



Saya memohon agar saya dimaafkan.



Terima kasih di atas segala entry dan komen yang  menyedarkan saya.



assalamualaikum


Tq... Tak mau kata apa dah... shhhhuuuusssss.....

p/s: Pepatah lama dah tak berguna ciptalah pepatah baru... Sapa cipta paling kreatif ada habuan dia.... hihihih



From Liyana Adnan: Saya Minta Maaf |untung laa sape jadi cikgu.. | -

Monday, September 3, 2012

2
Komen
Semangat Merdeka dari murid-muridku

Asalamualaikum...
Walaupun sambutan hari kemerdekaan yang ke -55 peringkat Kebangsaan telah disambut pada 31 Ogos 2012 bau-baru ini, namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk menyambutnya bagi kami warga pendidik SKBBSB sebagai tanda sayang dan cinta kami kepada Negara. Walaupun baru ini kita digemparkan dengan perististiwa dimana terdapat segolongan yang membuat provokasi untuk menukar bendera Malaysia. Namun itu bukan cerita saya untuk entry kali ini.

Entry kali ini adalah untuk menunjukkan pertapa bangganya saya pendidik di Malaysia selepas semangat kemerdekaan yang ditunjukkan oleh Anak-anak muridku.

Anda masih ingat lagi makanan yang dimakan oleh nenek moyang kita sewaktu tentera Nipon menjajah suatu ketika dulu ini dia yang mana sekolah saya buat bagi memperingati orang-orang terdahulu.


Hidangan untuk anak-anak muridku...







Semoga semangat ini dapat diteruskan untuk generasi yang akan datang.

Semangat Merdeka dari murid-muridku -

Saturday, September 1, 2012

111
Komen
Maklum balas || Khas untuk Liyana Adnan : " Untung laa sape jadi cikgu "

Salam...

Entry ini bukan untuk memarahi atau untuk menyinggungkan perasaan sesiapa tetapi untuk membuka minda seseorang yang tidak berfikiran jauh atau hanya berfikir dalam kotak sahaja walhal mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dalam pelajaran. Sedih kalau ada yang berfikiran seperli insan yang bernama Liyana Adnan. Mungkin anda semua tidak mengenali siapa insan yang saya sedang perkatakan ini.

Sebelum anda meneruskan bacaan anda, saya ingin bertanya kepada anda siapakah yang memberikan rezeki kepada kita? Mestinya anda tahu. ALLAH swt yang memberikan. Adakah rezeki itu datang sendiri? Semestinya kita perlu mencarinya, tidak kisahlah bagaimana cara sekali pun yang penting ia halal dan tidak datang dari sumber yang haram. Islam menggalakkan umatnya berniaga kerana perniagaan itu tidak kiralah kecil ataupun besar mampu mengubahkan hidup seseorang dari kehidupan biasa-biasa kepada khidupan "luar biasa". 

Berbalik kepada topik asal, saya ambik sedikit petikan dari saudari Liyana Adnan" gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikut la kot, tak masuk elaun-elaun tambahan lagi. Seriously untung kerja masuk pukul7.30 pagi balik pukul 4.30 petang(tu pun paling lambat) selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik takde keje nak buat. Kalau nak dibandingkan dengan operator kilang yang kerja 8 jam or 12jam, 7 pagi masuk, 7 malam baru balik... gaji? basic 7 ratus++ overtime dapat la dalam 1.6k, untunglaa sapa jadi cikgu..oh, aku banding dengan operator ok bukan dengan engineer mahupun manager... yang pergi gelap balik pun bergelap jugak."  Liyana Adnan 28 ogos 2012  . Untuk pengetahuan saudari, adakah kamu terfikir adakah bagaimana guru berfikir untuk membentuk seorang kanak-kanak kepada  manusia yang mampu membaca, mengira? Kamu ingat guru balik kerumah tidak perlu membuat kerja apabila pulang kerumah?Walaupun awak cakap kami pulang awal kami punya masa kerja pendek. Adakah kamu fikir tanggungjawab guru untuk hari esok? Seorang guru tidak akan berhenti berfikir dan menyediakan keperluan pembelajaran murid  kerana muridnya mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza dan perlu membuat anak-anak muridnya faham apa itu NO 1,2,3 apa tu car, building, school, apa itu larian 100meter, lompat jauh? Boleh awak buat semua ini? Kenapa awak perlu bandingkan  kami dengan operator? Siapakah client Operator dan siapakah Client kami sila jawab.

Ok, untuk yang kedua pasal cuti banyak and kerja half day, ok untuk pengetahuan saudari, kamu ingat cuti kami duduk relex goyang kaki, setiap sekolah di Malaysia ini mempunyai pengurusan dan perancangan tahunannya sendiri. Terdapat guru-guru yang sanggup korban masa dan cuti bersama family datang sekolah semua kerana murid contohnya untuk merealisasikan Kecemerlangan keputusan UPSR khas untuk guru-guru yang mengajar matapelajaran teras. Bagi guru sukan pula spentkan masa sepanjang 7 bulan pertama untuk murid tidak kira cuti pagi petang datang ke sekolah untuk untuk murid? Adakah kami ini tidak menjalankan tugas?? Cadangan  Datuk Wee Ka Siong guru kerja 9jam sehari. Tak payah la benda tu dah lama kami buat ada kami mintak suruh bayar overtime??? tapi ini yang awak kata kepada kami "aip, ceyana, keihlasan seorang guru tak boleh dipertikaikan, kang cikgu tak halalkan semua ilmu yang dia bagi baru tahu!"-aku nak bidas, kalau tak nak halalkan..nampak sangat dah mengajar tu tak ihlas." liyana adnan 28 Ogos 2012. Awak nk tau ini lah realitik kerja sebagai seorang guru click sini la wei realiti seorang guru.

"cikgu cikgi ni siap mengupdate blog, jual barang online, bukak bisnes sana sini, bukak butik and macam-macam lagi..and yang paling tak boleh blaaahhhhhhhhhhhhh...cikgu-cikgu bukak pusat tuisyen sendiri. ok, yang ini paling tak best bagi aku. ye la..kalau kat sekolah, kenapa tak nak bagi all out?" Liyana Adnan 28 ogos 2012. Ok macam ni la saudari Liyana yang bijaksana. Nak tanya kami guru ni mesin, robot? Kami ni tidak ada hobby? kami ni tidak ada minat ke? Kenapa kalau kami kerja guru tidak boleh mewawasankan diri? Kenapa kami tak boleh update blog ke? Fikir dulu saudari sebelum anda memhemburkan kata-kata macam tu kepada kami. Biarlah kami nak buat semua itu asalkan kami tidak lari daripada kerja hakiki kami. Kami menjalankan tugas yang diberikan oleh kementerian dan disampaikan kepada client kami. Anda tahu apa itu perkeliling? kalau awak tak tahu awak jangan sembang pasal kerjaya sebagai seorang guru. 

Why must u said  kepada guru-guru sekalian, please la..stop baca blog, stop main facebook, stop buat tuition kalau niat nak cari wang tambahan dan bukannya nak memajukan anak bangsa, stop la jual shawl, jual supplement bagai.Liyana Adnan 28 ogos 2012.. Insyallah kalau anda dah berkahwin anda akan tahu bagaimana lelaki anda mencari nafkah kepada anda nanti ayat ini akan bermain dalam fikiran anda nanti " bang kita kena cari duit tepi la bang gaji kita tak cukup la kalau nk hidup lagi senang " percaya la cakap aku ni. So, bagi seseorang yang berfikiran waras tidak berfikirkah anda untuk hidup lebih senang dari kehidupan sekarang. 

Nak lagi best tengok sini My pren punya agak cili sikit lah berbanding saya.

Setakat ini dulu lah nanti kita sambung lagi... Melayan orang jahil tentang sesuatu adalah perkara yang membuang masa je....sebab dia ni dilahirkan keluar dari perut mak dia dah sedia pandai,tak kenal sapa tu cikgu,orang lain lahir menangis,dia lahir terus pandai baca buku,untung lah mak bapak dia yang tak perlu habiskan duit nak sekolahkan anak...daripada layan orang mcm tu,lebih baik layan detective conan....tak menyakitkan hati orang lain...

P/s: Bukan marah tetapi peringatan, maaf tak pandai berbahasa.


Maklum balas || Khas untuk Liyana Adnan : " Untung laa sape jadi cikgu " -

Friday, July 27, 2012

1
Komen
PM Umum Bonus Raya Setengan Bulan Gaji Dan RM 500 Kepada Pesara!


Salam, Berita gembira buat penjawat awam seluruh Malaysia, Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib pada hari ini telahpun mengumumkan pemberianBonus Raya 2012 sebanyak setengah bulan gaji dan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM 500 kepada pesara kerajaan.
25 JULAI, Kuala Lumpur — Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak hari ini telah mengumumkan semua penjawat awam dan pesara kerajaan akan diberikan Bonus Aidilfitri.
Bonus tersebut berjumlah setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Perdana Menteri turut mengumumkan bayaran khas berjumlah RM500 utk pesara kerajaan.
Bayaran bonus ini akan diberikan kepada penerima pada 9 0gos 2012. Bonus ini adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Diharapkan pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri
Bonus ini melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Kami pasti, berita ini adalah berita yang paling dinanti-nanti oleh semua penjawat awam tahun ini. Setelah menerima kenaikan gaji pada tahun ini, ditambah pula dengan pengumuman bonus raya, sedikit sebanyak ianya dapat mengurangkan beban dan juga masalah kewangan kakitangan awam.
Apa-apapun, kita perlu bersyukur dengan segala nikmat dan pemberian Allah S.W.T kepada kita.Diharap, pengumuman bonus raya untuk tahun 2012 ini memberikan senyuman kepada anda semua. Selamat berpuasa.
info:berita semasa



PM Umum Bonus Raya Setengan Bulan Gaji Dan RM 500 Kepada Pesara! -

Thursday, July 5, 2012

6
Komen
Mata Pelajaran PJ terpinggir

Salam...

Ini realiti bukan lagi dogeng subjek pendidikan Jasmani sememangnya dianak tirikan dimana-mana saja di sekolah di Malaysia ini. Saya malas nak panjang-panjang cerita. Cuma anda bayangkan 30 minit untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani. Sempat ke??? Mai nak kira, 5 minit untuk murid tukar baju beratur ke padang, 20 minit cukup ke untu aktiviti ?? 5 minit lagi bawak balik budak ke kelas. Pikir-pikirlah sesiapa yang membaca entry ini k...kalau orang jabatan baca pon bagus kalau ada orang kementerian baca lagi bagus... Kalau sekolah baca hurmmm tak mau kata apa.... Ok dah jadi macam dekat bawah ni baru nak kelang kabut....


Mata Pelajaran PJ terpinggir -

3
Komen
Sukan Tahunan SK Bandar Baru Sungai Buloh

Salam...

Tugasku bukan yang ini tetapi ingin membantu sahabat-sahabatku yang ku sayangi di sekolah harap2 diluluskan.... yang kali ke berapa tu bedai ja...hahahah


Sukan tahunan Sekolah aku hihihi... Ok dak banner ni???

Sukan Tahunan SK Bandar Baru Sungai Buloh -

Monday, April 16, 2012

2
Komen
KERJAYA GURU : Lisa Surihani akui kerjaya guru lebih mencabar



PELABUHAN KLANG - Pelakon Lisa Surihani mengakui bahawa kerjaya sebagai guru pada masa kini berdepan dengan cabaran berganda jika dibandingkan dengan pengalamannya yang pernah menjadi seorang guru sandaran, sembilan tahun lepas.

Beliau dan suaminya, penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim merupakan antara selebriti yang dipilih untuk menjayakan program 'Teach For Malaysia (TFM) Week' di mana mereka memainkan peranan sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendamaran Jaya di sini hari ini.

Lisa berkata pengalamannya mengajar di sekolah itu membuatkan beliau lebih menghormati profesion guru.

"Pengalaman saya hari ini memang jelas membuktikan bahawa bukan senang untuk jadi seorang guru. Cabarannya bertambah mengikut peredaran masa terutamanya dari aspek menarik perhatian dan tumpuan pelajar.

"Saya mengalu-alukan rakyat Malaysia menyokong dan mengambil bahagian dalam program TFM ini," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
   
Lisa dan Yusry masing-masing meluangkan masa selama sejam mengajar di dua buah kelas tingkatan satu di mana Lisa mengajar subjek Geografi manakala Yusry mengajar subjek Bahasa Inggeris.

Selain kedua-dua artis itu, mereka yang mengambil bahagian dalam program anjuran TFM yang bermula hari ini sehingga 20 April ini mewakili sektor perniagaan, kewangan, perkhidmatan awam, pendidikan dan hiburan.

Mereka dijadualkan mengajar di sekolah kawasan Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor, Petaling Perdana dan Hulu Langat di Selangor; Sentul dan Keramat di Kuala Lumpur; dan Tampin, Jelebu serta Kuala Pilah di Negeri Sembilan.

TFM adalah sebuah badan bebas bukan mencari keuntungan yang menyenaraikan bakal pemimpin masa depan Malaysia paling menyerlah dalam misinya untuk menghapuskan keadaan tidak saksama dalam bidang pendidikan.

Sejak Januari 2012, kohort pertamanya yang terdiri daripada 50 felo, menjadi pengajar di sekolah berkeperluan tinggi di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

TFM sedang mencari 70 lagi felo untuk kohort barunya bagi 2013.

sumber : Sinar harian
KERJAYA GURU : Lisa Surihani akui kerjaya guru lebih mencabar -

Sunday, April 15, 2012

1
Komen
Tugasku direcord secara langsung di LIVE STREAMING








Assalamualaikum...
Alhamdulillah semakin hari semakin jauh aku mengorak langkah, walaupun aku masih baru di bumi Selangor ini tetapi hari ini telah berkembang ke Kuala Lumpur. Tugas sebagai seorang pengadil hari ini telah berlangsung secara live petang tadi di internet ( http://www.livestream.com/krubf ) kepunyaan seorang Datuk. 

Jom saksikan perlawanan antara  Liga EPL Juara Juara SKSM - QPR vs T. Hotspurs dan M. City Vs Cardiff city




QPR vs T. Hotspurs



 M. City Vs Cardiff city


ALhamdulillah... Selesai sudah

Tugasku direcord secara langsung di LIVE STREAMING -

Tuesday, April 3, 2012

1
Komen
NEW PRODUCTS || SCHOOL ANSWERING MACHINE !!!

Assalamualaikum semua...

Perhatian kepada guru-guru di Malaysia hihihihi... Produk terbaru akan dikeluarkan untuk mengatasi masalah masalah murid-murid di sekolah dan tekanan daripada ibu bapa.


P/s: Realiti guru sekarang !!!

NEW PRODUCTS || SCHOOL ANSWERING MACHINE !!! -

Monday, March 26, 2012

1
Komen
KerjaKU Esok



Asaalamualaikum...

Alhamdulillah berjumpa lagi kita hari ni setelah sekian lama menghilang hihihi. Untuk kerja aku seterusnya esok di SK RAWANG bertindak selaku pengadil kejohanan. Apa-apa doakan supaya selamat sampai dan pulang.

P/S: doakan saya !!!
KerjaKU Esok -

Tuesday, March 13, 2012

3
Komen
MY Convocation DAY


Assalamualaikum...

Setelah sekian lama tidak mengupdate blog kesayangku ini... hari ini aku mampu untuk melakukannya sebab baru balik kampung setelah 3 bulan tak balik kampung. Yang bileh update hari ini, sebab nak berkongsi sikit lah tentang hari gembira aku. 13 MAC 2012 merupakan MY Convocation DAY di PICC, Putrajaya. Yang best sekali bergambar sampai demam, apa boleh buat sekali seumur hidup.

Berikut gambar-gambar yang sempat di tangkap....hihihi....ada banyak lgi nanti lah upload 


p/S: 
kEPADA ADIK-ADIK TEMPAHLAH PHOTOGRAPHER KALAU TAK MENYESAL NANTI NHIHIHI !!!


MY Convocation DAY -

Saturday, February 18, 2012

1
Komen
Guru Tidak Akan Naik Pangat Secara Automatik



GEORGETOWN – Kenaikan pangkat guru-guru tidak akan berlaku secara automatik sebaliknya mereka harus melalui proses temuduga dan sebagainya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kaedah kenaikan pangkat guru terbabit akan diputuskan setelah perbincangan antara Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan kerajaan selesai kelak.

“Berkaitan soal kebajikan guru kita sudah ambil kira. Tetapi apapun, keputusan muktamad belum tercapai kerana urusan ini telah kita bawakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam disamping perbincangan di peringkat wakil-wakil kesatuan dan CUEPACS, katanya pada pemberita selepas menghadiri majlis kenduri rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat, dekat sini, Sabtu.

Katanya, isu kenaikan pangkat itu bagaimanapun dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar yang memetik sebanyak 15,000 guru lepasan ijazah yang belum menerima kenaikan gred akan menikmatinya sebaik semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diselesaikan April ini. – BERNAMA
Guru Tidak Akan Naik Pangat Secara Automatik -

Monday, February 13, 2012

1
Komen
Gambar : Kem Kepimpinan Pengawas SK Bandar Baru Sungai Buloh (Sebelum)

Salam...

Pada hari jumaat yang lalu sekolah saya telah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas di Hulu Langat Selangor, dimana Kem tersebut diadakan di tempat pengambaran Cerita JUVANA di IMPAIN Country resort. Saya telah ditugaskan untuk menjadi AJK Photographer sekolah so inilah hasilnya. Gambar diawah ni semuanya adalah untuk Aktiviti SEBELUM















Bersambung : Part2 bahagian |Semasa|

Gambar : Kem Kepimpinan Pengawas SK Bandar Baru Sungai Buloh (Sebelum) -

Saturday, January 28, 2012

13
Komen
Renungan Bersama : Realiti Seorang Guru Di mata Masyarakat sekarang

Salam...
Sepertimana yang kita ketahui, gaji untuk semua pekerjaan sektor awam dinaikkan dalam pembentangan badjet 2012. Akan tetapi, ia menjadi masalah selepas berlakunya propaganda yang x sedap didengari. Dan yang terbaru SBPA sah ditangguh  dan Gaji kakitangan awam Febuari 2012 ikut sistem saraan Malaysia (SSM).




Antara respon bagi orag kurang tidak berpuas hati:
  1. Cikgu kerja mudah, balik awal, pastu gaji banyak pula.
  2. Dahlah cuti banyak gaji jalan penuh pula tu.
Ok sat sebelum tu mai kita tengok apa tugas sebenar sebagai seorang guru yang dikatakan gaji tidak berbaloi dengan kerja yang digambarkan oleh golongan yang kurang matang ini.


  1. Time pertandingan bola.. cikgu jadi REFEREE 
  2. Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jadi JURULATIH
  3. Time aktiviti KH.. cikgu  jadi  PETANI
  4. Time kutip yuran.. cikgu  jadi  AKAUNTAN
  5. Time RMT.. cikgu  jadi  PELAYAN
  6. Time budak sakit.. cikgu  jadi  DOKTOR
  7. Time ceramah.. cikgu jadi MOTIVATOR
  8. Time hias kelas.. cikgu  jadi  PELUKIS SENI
  9. Time persembahan hari guru.. cikgu  jadi  KOMPOSER
  10. Time baiki kerusi rosak.. cikgu  jadi TUKANG KAYU
  11. Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu  jadi  TUKANG CUCI
  12. Time budak mencuri.. cikgu  jadi DETEKTIF
  13. Time budak wat persembahan... cikgu  jadi  PHOTOGRAPHER
  14. Time perkhemahan.. cikgu  jadi TENTERA
  15. Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM
  16. Time hari Guru... cikgu jadi PENYANYI
  17. Time gotong royong sekolah... cikgu  jadi TUKANG KEBUN
  18. Time masuk waktu solat.. cikgu  jadi  TOK IMAM
  19. Time mak bapak amek lambat... cikgu  jadi  BABY SITTER
  20. Time budak bergaduh.. cikgu  jadi HAKIM MAHKAMAH
  21. Time budak sakit kecemasan.. cikgu  jadi  PEMANDU AMBULANS
  22. Time merentas desa.. cikgu  jadi POLIS TRAFIK
  23. Time budak sedih.. cikgu  jadi PELAWAK

Ha tudia... bersusun kerja cikgu. Tak penah kenal erti lelah sebagi seorang pendidik anak bangsa. Tanpa dedikasi guru-guru siapalah anda sekarang dan juga saya sekarang. So kalau anda rasa apa yang saya katakan diatas ini tidak betul cuba anda bayangkan balik zaman anda sekolah dulu. 


Kalau murid dapat 5A, jarang kita tengok cikgu kena interview rahsia kejayaannya mendidik anak murid. Jarang kita tengok Cikgu diberikan hadiah, atau pengiktirafan kerana melahirkan seorang cendikiawan, apapun ingat guru-guru Allah Majikan tertinggi kita.InsyaAllah dia akan berikan kita ganjaran yang baik di dunia dan di akhirat... Amin


Kalau anda suka Share lah ye...

Renungan Bersama : Realiti Seorang Guru Di mata Masyarakat sekarang -

1
Komen
Gaji Kakitangan Awam Februari 2012 Ikut Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)


Pekeliling penangguhan skim gaji kakitangan awam SBPA telah pun diedarkan baru-baru ini. Kalau ikutkan pembayaran gaji SBPA kakitangan awam bermula 31 Januari 2012 yang berkuatkuasa sejak  1 Januari 2012 tetapi apakan daya, ada banyak lagi yang perlu diperbaiki.

Walaubagaimanapun, kalau dapat yang backdated, orang kata “selepuk” juga kalau memakan tempoh sepenuhnya sehingga 4 – 5 bulan untuk semakan semula dilakukan

Gaji Kakitangan Awam (SBPA) 2012 (Pengumuman & Berita Terbaru) :
  • Pembayaran gaji kakitangan awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)
  • Kepada kalangan kakitangan awam yang memilih menyertai sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), pembayaran  gaji SBPA kakitangan awam hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.
  • Perbezaan gaji bagi kakitangan awam yang sudah memilih SBPA tidak akan dibayar pada penghubung bulan Januari 2012 ini
Surat penangguhan SBPA

 Tangga gaji SBPA kakitangan awam akan dikaji semula. Kakitangan awam yang memilih SBPA tidak akan dapat kurang daripada yang ditawarkan sebelum ini malahan lebih lagi apabila kami rujuk semula kenyaan KPPA, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Tetapi mungkin pecahan pengagihannya lebih sekata berbanding skim SBPA ada yang ada sebelum ini.


5 Tuntutan Utama Semakan Semua Gaji SBPA Kakitangan Awam (Edisi Cuepacs) :
  1. mengkaji semula pindahan gaji bagi gred 54 dan ke bawah
  2. mengekalkan kedudukan kekananan yang ada dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA
  3. mengkaji semula kedudukan gaji kakitangan awam yang sudah lama mencapai tahap gaji maksimum
  4. mengkaji semula kenaikan gaji kakitangan awam antara tujuh dan 13 peratus
  5. semak kembali penstrukturan semula di semua peringkat gred
Selepas pelbagai topik SBPA yang dipaparkan oleh Berita Semasa diperbincangan secara hangat oleh kalangan pembaca setia di sini, anda boleh semak semula semua topik tersebut menggunakan ruang carian yang disediakan di laman ini ataupun boleh perhatikan senarai berita yang berkaitan di bahagian bawah ruang berita ini.

Dan, kami merasakan, ramai kakitangan awam yang sudah boleh menerima sedikit demi sedikit perkhabaran berita penangguhan pembayaran gaji SBPA kepada kalangan kakitangan awam, jikalau itulah pilihan yang ada dengan cara berlapang dada. Cuma…

Cuma yang pastinya harapan kalangan kakitangan awam yang memilih skim SBPA mahu melihat hasil penambahbaikan yang bakal akan dilakukan kelak selepas kajian semakan semula skim SBPA 2012 ini.

Dan sudah tentu juga penambahbaikan itu sepatutnya memberikan impak yang besar kerana ia telah menyebabkan gaji kakitangan awam yang memilih sbpa dan skim baru ini secara keseluruhannya ditangguhkan. Apa respon anda pula berita terbaru mengenai SBPA ini?
Gaji Kakitangan Awam Februari 2012 Ikut Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) -

Sunday, January 22, 2012

2
Komen
Penempatan PTD Dalam Sistem Pengurusan di Kementerian Pelajaran? Apa Pendapat Guru-guru?



Baru-baru ini JPA bercadang untuk menempatkan kalangan Pegawai tadbir Diplomatik (PTD) di dalam sistem pengurusan di Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaubagaimanapun, cadangan penempatan PTD tersebut telah dibantah keras oleh kalangan guru-guru di Malaysia.

Cadangan Penempatan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) Dalam Sistem Pengurusan KPM Bertujuan :
  • mengurangkan bebanan guru
  • seterusnya guru-guru dapat memberi tumpuan khusus kepada pengajaran dan pembelajaran
Setakat ini, Berita Harian melaporkan setakat ini sejumlah 27 kesatuan dan persatuan guru yang mewakili 430,000 guru di seluruh negara  menolak cadangan penempatan PTD dalam sistem pengurusan dan pentadbiran di kementerian itu serta agensi di bawahnya kerana :
  • hanya guru sahaja yang berupaya melaksanakan tugasan pengurusan dan pentadbiran dengan berkesan dalam bidang pendidikan
Isu Penempatan PTD di KPM : Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Perlu Adakan Pertemuan Dengan Persatuan Guru

 BATU PAHAT: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu mengadakan pertemuan dengan persatuan guru bagi menyelesaikan isu menempatkan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) dalam sistem pengurusan di Kementerian Pelajaran. 
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata JPA perlu mendengar sendiri suara hati guru dalam isu berkenaan supaya kebimbangan serta keresahan mereka dapat diselesaikan. 
“Pertemuan segera perlu diadakan supaya tiada pihak rasa teraniaya serta tidak puas hati terhadap cadangan berkenaan. Saya yakin JPA tiada masalah mendengar pandangan guru mengenai isu ini dan apa jua keputusan yang dicapai nanti, paling penting pembelaan guru harus sentiasa diutamakan,” katanya.
Sekarang ini terdapat sekitar 10,000 post jawatan dalam KPM, manakala guru-guru pula ada seramai 400,000. Melihatkan senario ini :
  • PTD kata General Order singkatan GO mahu kakitangan kerja 9 jam
  • PTD mahu ubah budaya kerja guru.
  • PTD mahu masuk Kementerian Pelajaran, JPN, PPD dan sekolah secara ‘en masses’.  Kerana?
  • Kerana……hakikatnya PTD sudah penuh tempat dalam semua kementerian, jabatan, agensi baik Putrajaya atau negeri sekarang ini
Kalau sebelum ini ketika kerajaan bercadang menukarkan sistem guru kerja 9 jam, telah dibantah keras sebahagian besar guru-guru di sini. Sekitar 81% tidak bersetuju melalui ruang undian yang disediakan, yang mana akhirnya dasar tersebut telah ditarik semula oleh kerajaan

P/S : Apa pandangan & pendirian kalangan guru-guru di sini dengan cadangan terbaru ini dengan cadangan penempatan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) “masuk” dalam sistem pengurusan KPM?

info: berita semasa

Penempatan PTD Dalam Sistem Pengurusan di Kementerian Pelajaran? Apa Pendapat Guru-guru? -

Monday, January 16, 2012

11
Komen
Hari Pertama Aku Di SK BANDAR BARU SUNGAI BULOH


Assalamualaikum...

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Hari ini merupakan hari pertamaku berada di SK Bandar Baru Sungai Buloh.

Pertama kali aku sampai dekat sekolah tersebut agak sengan-sengan yakni kekok dengan suasana dekat seolah baru aku ni.Sampai-sampai dekat kaunter pejabat tu. " Ye encik boleh saya bantu" tanya kerani sekolah. Aku pun wak keluar surat lapor diri yang PPD bagi dan tunjuk dekat dia. Peghhhh nak tau apa jadi pastu. riuh rendah satu pejabat tu sampai aku naik pening. 

Kemudian aku masuk bilik GB, siap buka kasut lagu tau. Mengadap dia dengan penuh sopan hahahaha, almaklumlah hari pertama, GB aku ni perempuan so banyak la pertanyaan dia tanya. Soalan yang selalu ditanya, " dari mana", "IPG mana", "Kos apa", "asal mana" dan yang last sekali yang membuat aku kagum sekali datang dengan siapa dan tinggal dimana sekarang". Time aku jawab datang dari Kedah, tak tempat tinggal tengah mencari rumah sewa. Todia kelam-kabut pulakdah bilik GB panggil guru itu dan ini. Member kepada Fauzul Azmi pun ada juga dekat disitu menjadi member pertamaku aku dekat sekolah ni nama dia 

Bukan apa rasa tanggungjawabnya mereka terhadap aku yang hanya seorang guru baru pergggghhhh buat aku rasa terharu. Layanan mereka bagi aku amat mesra sekali untuk hari pertama aku di sekolah SK Bandar Baru Sungai Buloh. Bersyukur dengan apa yang diberikan kepda aku untuk hari pertama aku disini.


Kemudian aku terima tugas, aku kena sesi pagi sebab sekolah ni ada dua sesi. Masa PK 1 bagi tau tadi , " awak saya bagi PJ tahun 4, PSV, bi mungkin tengok esok pastu kalau Kajian Tempatan boleh kot no" hihihih....ikut awok lah hihihih.... Esok kita tengok macam mana pulak. Yang peting 12.55 balik dah. datang sekolah 7.20 pagi kena ada sana dah kelas start 7.35 pagi. yang peting Thumb print kehadiran kena awal kalau tak bunyi maksudnya awak lambat. Hahahaha cabaran aku esok bangun awal.

Ok setakat ni untuk perkongsian hari pertama aku di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh. 
 
p/s: 
  • Jangan malu jangan sengan nak tinggal komen k... sapa-sapa saja pon boleh komen... hihihihi.
  • Nak tinggal jejak pon boleh bagi yang x dak blog tu. Tinggal je link dekat ruangan komen dibawah.

Hari Pertama Aku Di SK BANDAR BARU SUNGAI BULOH -

Saturday, January 14, 2012

4
Komen
Bakal Sekolah Aku Ngajar

Alhamdulillah... Akhir aku bergelar guru rasmi. Hari ini aku dah tahu mana sekolah yang bakal menjadi tempat aku mengajar nanti. Sekolah yang bertuah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh. Ada yang duduk area sana? Ini adalah pertama kali aku menjejaki kaki kesana. Apakah perasaan aku nanti? Macam mana situasi disana nanti. Apa-apapun perjalan sebagai guru baru bermula. So. nak tak nak pandai-pandailah nak hidup ye.


Jom tengok sekolah tersebut dahulu.

Lencana Sekolah

Peta Sekolah Sk Bandar Baru Sungai Buloh


Sekolahnya nanti akan diupdate yer....hihihihi...

P/s: Doakanlah kejayaan aku di sekolah baru.
Bakal Sekolah Aku Ngajar -