.....

  1. DOWNLOAD RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN & MODUL PJ, PK , MATEMATIK KSSR TAHUN 4 2015 MELALUI SCRIBD
  2. RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PJ & PK & MATEMATIK DAN MODUL DI SLIDE SHARE TAHUN 2015
  3. RPT KSSR PJ Tahun 4 2014
  4. RPT KSSR PJ/PK tahun 1, 2 , 3, 4 |2014| - ON SCRIBD
  5. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 3 2014
  6. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 3 2014
  7. RPT KSSR MATEMATIK TAHUN 2 2014
  8. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 1 2014
  9. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 1 2014
  10. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 2 2014
  11. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 2 2014
  12. LANGIT TAK SELALU CERAH
  13. PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) 2013
  14. VIDEO METEORIT TERHEMPAS DI RUSSIA
  15. Siapakah CHEGU FATIN ni ?
  16. KEBAKARAN DI TAMAN PERUMAHAN AWAM TANAH MERAH,JITRA
  17. Maharaja Lawak Mega 2012
  18. GAMBAR & VIDEO | PALESTIN DISERANG ISRAEL
  19. KONFLIK PALESTINE DAN ISRAEL
  20. Gambar & Video Taufan Sandy : New York Hampir Tenggelam (peringgatan Allah)
  21. HARI ANUGERAH CEMERLANG SKBBSB 2012 - Permata Gemilang
  22. APABILA FAHAMAN SYIAH MENGUASAI DIRI !!!
  23. From Liyana Adnan: Saya Minta Maaf |untung laa sape jadi cikgu.. |
  24. Semangat Merdeka dari murid-muridku
  25. Seni Rambut || water balloon hair
  26. Maklum balas || Khas untuk Liyana Adnan : " Untung laa sape jadi cikgu " |
  27. Bapak Segala Meriam ONLY in Kuala Kangsar
  28. "Kerja aku gosok gigi badak "
  29. TIPS DIET IKUT DARAH
  30. Angkasawan Neil Armstrong meninggal dunia
  31. Nasyid Dangdut
  32. Aku Rindu PadaMU Ya Rasulullah
  33. VIDEO||Mr Bean (Rowan Atkinson) Opening Ceremony - London 2012
  34. Bangladesh can't help Rohingya: PM Sheikh Hasina
  35. Promo Twilight Raya 2012
  36. BONUS HARI RAYA
  37. wordless:tepi kain
  38. Happy Born Day MY Fren
  39. Salam Ya Ramadhan
  40. Kenali Hackers
  41. Mata Pelajaran PJ dipinggirkan
  42. KEDUDUKAN SEMASA EURO 2012
  43. Roti Meriam Sempena EURO 2012
  44. Jadual Perlawanan EURO 2012"
  45. Tsunami Lagi Dekat Penang !!!"
  46. Penyokong B.E.R.S.I.H kena sound wei !!!"
  47. 6 Gempa Bumi DIcatatkan Hari ini"
  48. KERJAYA GURU : Lisa Surihani akui kerjaya guru lebih mencabar"
  49. Gelaran Doktor pada DR. Rozmey di Tarik Balik"
  50. Pertembungan 2 Alam"
  51. SAFEE SALI MENUNAIKAN IMPIAN "BUDAK BADAN BESAR"
  52. MY Convocation DAY
  53. Hari Terakhirku - Original BY AlangKhoma
  54. Gambar : Kem Kepimpinan Pengawas SK Bandar Baru Sungai Buloh (Sebelum)
  55. Roadblock Malaysia Vs Roadblock Luar Negara
  56. Pekerja KFC Bergaduh Dengan Pelanggan
  57. Chipita sudah sampai Kedah
  58. WORDLESS 19:"HARI"
  59. Sayangnya binatang ini kepada tuannya...
  60. Bahagian 1 : Siapakah nak uruskan Jenazah Ibu Bapa Kita wahai anak-anak ?
  61. Video : Kesian tapi lucu ! Marah sampai tercabut gigi
  62. Jutawan Bola Sepak Pertama Malaysia - Safee Sali
  63. Dulu Kelantan Sekarang Selangor
  64. Jadual Ceramah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan 2
  65. Video ceramah di Masjid Shah Alam
  66. Renungan Bersama : Soal jwb Ustaz Azhar Idrus malam ni: 26 soalan kesemuanya.29.01.2012
  67. Renungan Bersama : Realiti Seorang Guru Di mata Masyarakat sekarang
  68. Ustaz Azhar Idrus datang Shah Alam
  69. Gaji Kakitangan Awam Februari 2012 Ikut Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)
  70. Kenapa kita tak pandang meninggalkan SOLAT sebagai satu jenayah ???
  71. Perkhidmatan pemasangan UNIFI
  72. Benda pelik ???
  73. Anwar Vs Najib berdebat
  74. Simbah kakak dengan air panas
  75. Bayi mati tercampak
  76. Malaysia Layak ke final
  77. Adakah pengadil perlu dipersalahkan ???
  78. Lelaki peluk manyat teman wanita
  79. TIPS : MENGENAI ASPEK PENGADILAN DARI BEKAS PENGADIL FIFA KITA..-SUBKHIDDIN MOHD SALLEH-
  80. Makan FB,tido FB
  81. Rintihan Sayu Fifi
  82. Kepala berkecai kena mercun
  83. Polis Siasat Pelajar IPT jual Baucar
  84. Aku Perlukan Boyfriend
  85. Gempa kuat landa selatan Pulau Fiji
  86. 15 nelayan Filipina maut ditembak
  87. Baucer Buku RM200 1Malaysia. Wajarkah Dijual Semula Sesuka Hati?
  88. Keadaan rumah pemilik FERRARI
  89. Eskelator penduduk setinggan !!!
  90. Video:Maradona vs pele
  91. Video:Lelaki Kena Belasah Sebab Tak Mahu Berasmara
  92. Baucer Buku Di Jual di MUDAH.my
  93. Adik pemain badmiton negara ditikam
  94. Tonton Tv Online
  95. Penempatan PTD Dalam Sistem Pengurusan di Kementerian Pelajaran? Apa Pendapat Guru-guru?
  96. Gelombang Ombak Rindu
  97. Pasukan Senior Swit.- Nurul A’in Wahida Abu Bakar | EX-IPG KKB
  98. wordless # 18 - Alhamdulillah
  99. Atlet pecut Perancis yang bakal menggegar dunia Olahraga - CHRISTOPHE LEMAITRE
  100. |video| wanita kena tikam 70 kali tak mati x18sg
  101. Video kematian Izwan Pilus di hospital
  102. Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Dalam Paru Paru
  103. Hari Pertama Aku Di SK BANDAR BARU SUNGAI BULOH
  104. KISAH MALAM PERTAMA !
  105. Gambar Isteri Di Ranjang Bersama Lelaki Lain Punca Penceraian Hattan?
  106. Lagi Kes Dekat China, Perempuan kena Tikam Depan Orang Ramai
  107. Persediaan perkara-perkara penting sebelum posting/lapor diri
  108. Info Kesihatan : Hilangkan Tekanan Dengan Sperma untuk Wanita?
  109. Apabila Kanggaroo Masuk Pekan |Video|
  110. Baru 4 Tahun Dah Berasmara di Tempat Terbuka ... Dunia ! Dunia
  111. Gambar Ustaz Azhar Disamakan Dengan Yahudi!
  112. Video:Perempuan kena belasah dalam bilik
  113. "KEMALUAN" lelaki putus

Monday, November 1, 2010

5
Komen
VACATION & SATISFACTION 20-28 OCTOBER !!! YEAH!!!!!

Tarikh 20-28 OCTOBER 2010 tarikh yang paling  menggembirakan dalam hidupku…hampa semua mesti dah taukan yang aku p sabah untuk X.P.D.C KINABALU kan. aku rasa program kali ni yang paling best dalam memori percutian aku la bukan apa tujuan sebenaq nak p daki gunung bayangkan 4 hari free berjalan saja x buat pa makan, main poker, tidoq...fuhh!!! sapa x mau toi dak. Pastu baru tolak p kaki gunung...sini aku nak creta sikit la seminggu lebih aku kat sana degan gambaq2..yang agak2 best jugak la...hihi...


1 ST DAY (20 OCTOBER 2010)
Bertolak IPG KOTA BHARU -->KLIA LCCT


 G1: BEFORE BERTOLAK KE LCCT

2 nd DAY ( 21 OCTOBER )
KLIA LCCT-->K.KINABALU
  
Sampai kat KLIA LCCT lebih kurang jam 4.30 a.m,flight semua x sama ada peringkat2 kos nk jimat kos belanja. paling awal6 .45 pagi..tiket aku koi 7.45am yang paling lewat yang aku tau pukul 5.30 x silap aku la…. ok. sampai ja time aku nk naik kapal terbang aku bersyukur sebb ini kali kedua aku naik kapal terbang selepas 15 tahun yang lalu aku naik pesawat buat pertama kali dlm hidupku. Lebih kurang 2jam setengah sampai pon kali pertama sampai di bumi Sabah. Aku ngan kawan2 menginap di AAA(Api-Api Apartment). AAA bukan jenama bateri tau....klu hampa nk tau mai la turun Sabah sekali baru hampa kenai langit tinggi rendah.

 G2: KLIA LCCT



 G3: Dekat pintu masuk KLIA LCCT




 G4:  Tunggu nk timbang beg


 G5: Berlepas ke K.Kinabalu ( Air Asia )


G6 : Tiba di L.Terbang K.Kinabalu

G7: Bertolak ke tempt Penginapan AAA



3 nd DAY ( 22 OCTOBER )
IPG KENT & UMS


Hari ni buat lawatan ke IPG KENT & UMS . semua dak-dak pakai bju biru  da mcm boria pon ada tp dah memang baju PJ wana tu hihihi. Sampai IPG KENT kami disambut meriah juga la, maktab Kent ni x la besaq mana tp best sebab suasana dia nyaman dan indah dikelilingi dengan pokok hijau. Pas tu dah abis lawatan kat IPG Kent kami p UMS plak best juga sana mcm2 ada.

 G8: READY NK G IP KENT & UMS

  G9: IP KENT


G10: IP KENT

G11: UMS
G12:ON THE WAY BALIK DARI UMS

4&5 DAY ( 23-24 OCTOBER )
"HARI PALING RELEX"

Ok!!! untuk dua hari ni kami x dak apa aktiviti wajib so, apa lagi enjoy la hahahaha....mcm2 tempat kami JALAN-2/MAKAN-makan/ BLi CENDERAHATI. JOM!!!! layan gambaq aku upload nie...hihihih...


G14: CENTRE POINT K.K

 











 G ALL 15: JALAN-JALAN K.K
6 nd DAY ( 25 OCTOBER 2010 )
Bertolak ROSE CABIN ( Kaki Gunung K.K )


Start dari AAA smpai ROSE CABIN aku tidoq ja sebb cuaca yang agak sejuk kerana mungin kawasan hujan dan kebetulan plak hari ni hujan. Sini ada creta best aku nk bg tau kat hampa semua. Time On the way nak p Rose Cabin kan tengah-tengah perjalanan ni dah la keadaan jalan raya time tu tengah mendaki boleh plak bus jahanam hahahahah.... padan la dengan nama bus pon Bus HENTI-HENTI bukan stakat benti teruih mampoih ada la hahaha...Dugaan..Dugaan..nasib baik Rose Cabin ada sedia pengangkutan untuk kami so krew-krew depa la datang ambik kami ulang-alik.  Kami sampai di Rose Cabin dekat Magrib gak la dah la hujan time tu time nk mandi kan semua pakat menjerit...hahaha bukan apa sebab ayaq sejuk sangat mcm mandi ngan ayaq ais. Apa2 pun jom layan gambaq aku lu.


G16: SEBELUM KE ROSE CABIN







 G17: TIME BUS ROSAK


G18: TEMPAT PENGINAPAN KAMI


7 nd DAY ( 26 OCTOBER 2010 )
Mula mendaki di TIMPOHON GATE KE LABAN RATA
Hari yang aku duk tunggu-tunggu dah sampai...pg-pg lagi semua dah bagun awai semangat nk naik gunung katakan. Awai tu semua buat senamrobik dulu pastu nek bus g Timpohon Gate. nak tau lebih lanjut tgk la gambaq ni no...

 G19: PUNCAK YANG AKAN DITAWAN

 G20: DI SEBALIK GUNUNG

 G21: WITH EN. ZAMRI

 G22: KINABALU COMPLEX

G23: TIMPOHON GATE

 G24: SKUAD PJ KKB

 G25: KEADAAN LALUAN WAKTU HUJAN

 G26: En Din yang letih mendaki dalam hujan.

 G27: Laluan yang indah untuk ke Laban Rata

 G28: En Zamri yg berjaya sampai ke Laban Rata dan terus ke ke tempat penginapan
Gunting Lagadan.

 G29: Di ketinggian 11.oooft tempat penginapan
GUNTING LAGADAN




8 nd DAY ( 27 OCTOBER 2010 )

TIME UNTUK MENAWAN PUNCAK TERTINGGI ASIA TENGGARA
Jam menunjukkan pukul 2a.m menandakan bahawa semua dak-dak PJ akan bertolak untuk mendaki terus menawan puncak. Biaq aku creta sikit keadaan time tu mcm mana, time tu semua orang ngatuk dengan letih x reda lagi bagun bersih diri. Aku sempat basuh muka & gosok gg ja bukan apa air time tu sjuk sgt bleh krem klu mandi...hihihi so aku basuh muka je la... sebelom bertolak tu ada guide bg taklimat sikit baca doa pa semua baru mula pendakian. Time tengah duk daki tu macm2 bau ada..hihi bau paling famous bau "KENTUT" hihihi(maklum la madam cakap macho pon kentut juga). Yang buat aku risau la ni, sebab guide bg tau kita akn bergantung 90% dekat tali masa mendaki pa lagi cuak jugak. Tp sebb time daki tu gelap gelemat x nampak apa, so kurang la sikit takot cerun la apa la bukan nampak pon. dekat dua jam lebih jugak la sampai dekat puncak. " Pada pukul 5.40a.m .Saya MUAHAMAD ABBAS B MOHD AMIN , No Id A026 (013)telah berjaya sampai ke puncak TERTINGGI ASIA TENGGARA Alhamdulillah!!! 
" Teriakan itu menandakan bahawa aku telah berjaya MENAWANNYA!!! syabas chegu!!! Aku x sangka yang aku leh mencapai apa yang aku idamkan selama ini. ulangkali aku mengucap syukur kepada ALLAH S.W.T memberi kekuatan kepada aku untuk memperolehi kejayaan yang paling bermakna bagi aku. Pastu pas semua tanggkap gambaq pas time nak turun SUBHANALLAH!!! baru aku tau mcm na laluan mendaki tadi kalau nk tau lebih lanjut tegok la gambaq ni ok...

 G30: Suhu 4 C'


G32: Tklimat sebelum mendaki.
 G33: Keadaan ketika daki waktu malam.

G34: Cerun yang perlu didaki.

 G35: Benti rehat.

 G36: CHECK POINT SAYAT-SAYAT

 G37: 5.40 a.m sampai puncak.

V1: sedikit ucapan ketika sampai di Puncak.
G38: Chegu tawan gunung Tertinggi Asia Tenggara 


 G39: Detik Kegembiraan

 G40: MALAYSIA BOLEH!!!

 G41: CHEGU BOLEH!!! ANDA BILA LAGI???


G42: ANAK MALAYSIA!!!


G43: PERMUKAAN PUNCAK K.K 



28 oktober-
29 oktober-









VACATION & SATISFACTION 20-28 OCTOBER !!! YEAH!!!!! -

Friday, October 8, 2010

2
Komen
Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia







Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.


Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku
minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ' Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.'

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata, 'Silakan!'.

Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'

'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun, Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!'

'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'

'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?'

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. *
Setelah membaca 'Bismillah.. .' dia berkata,*
*-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..*
*-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).'* * (Al-Isra': 12). *



*-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh. *
*-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an. *
*- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.*



*-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk. *
*-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.' (Al-Mulk: 3). *
*-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di
atas (kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17). *

*-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.**
*-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.' (Al-An'am: 160).*
* -Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .* 

*-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.' (Al-Baqarah: 60). *
*-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.*
*-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ' (At-Takwir: 18). *
*-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.*
*-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98) *
*-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.' (Luqman: 19). *
*-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim. *
*-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.' (Al-Anbiya': 69). *
*-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).*
*-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).*
*-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam *

 *hari dan Dua di siang hari.*

*Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi. *
*Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci surga itu?'*
*Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. *
*Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun
anda tidak mampu menjawabnya! '*
*Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.' *
*Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '*
*Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.*

*Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa ......

KEBENARAN CERITA DIATAS,,,,,



SEKIAN....RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI KRISTIAN....
Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia -

Thursday, September 30, 2010

4
Komen
lirik lagu : All Assignment's REJECTED-HATI (EP)

 All Assignment's REJECTED-HATI


Intro : G  D  Em  Am  Em D

Verse 1


( lelaki)
G-------D
Inginku....
 ------------ Em
Untuk meluahkan
               Am      Em             D 
Segala hasrat yang selama ini terpendam
       G         F#               Em
Oh tuhan berikan aku kekuatan
           C                          D
Untuk bertemu dengan dirinya


(perempuan)
G      D
Izinkan...
          Em
Aku bertanya
     Am               Em            D
Segala persoalan yang bermain dihati
   G             F#                     Em
Oh tuhan haruskah aku memilihnya
            C                                   D
Untuk bersama mengharungi hidup dengan diriku



Verse 2

(lelaki)
C              D                           G      F#    Em
Ku akan mencoba untuk buktikan padamu
       C
Selagi ada nafasku
        D
Selagi ada hayatku


(perempuan)
C       D                        G      F#    Em
Tak usah hanya menabur janji palsu
           C
Ku tak ingin disakiti
           D
Ku tak ingin di lukai

Chorus :

( lelaki & perempuan )

G        D                   Em
Kita harus saling percaya
C            D                G
Kita xmudah untuk bersangka
C              D
Satu yang ku pinta
    G          F#     Em
Kejujuran bersama
         C
Agar kita sentiasa
         D
Bahagia selamanya


GITAR SOLO : MAIN CHORD CHORUS

Ulang : verse 2
             Chorus( 2x )

lirik lagu : All Assignment's REJECTED-HATI (EP) -