Salam...
Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.
Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.
Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu. Adakah ibu bapa mengabaikan tanggungjawab ini kepada anak-anak?
Saya ingin bertanya kepada anda semua perlukan orang lain tahu aib keluarga kita terutama sekali ibu bapa kita? Apa perasaan anda jika orang lain yang mandikan jenazah ahli keluarga kita? Bagimana pula anda yang memandikan jenazah ibu bapa anda? bagimana boleh anda bayangkan. Sebab itulah kita sebagai anak perlu ambil tahu bagaimana hendak mengurus jenazah ibu bapa kita nanti dikala mereka mengahadap yang Maha ESA.
Disini saya inghin berkongsi sedikit mengenai cara pengurusan jenazah untuk panduan anda dan juga saya.
Apabila sah matinya
- Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan : Hendaklah kita ucapkan :
- Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.
- Rapatkan kedua belah matanya.
- Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.
- Rapatkan mulutnya.
- Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.
- Luruskan kakinya.
- Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
- Letakkan di tempat yang tinggi.
- Hadapkan ke Qiblat.
Mengurus Jenazah
Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.
Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.
Akan besambung...Untuk bahagian ke 2
Jom hayati video ini.
Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :
- Memandikannya.
- Mengkafankan jenazah.
- Solat ke atas jenazah.
- Mengebumikannya.
Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.
- Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian.
- Urusan di Balai Polis bagi melaporkan kematian.
Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor. - Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.
- Menentukan bilal untuk memandikan mayat. (lebih afdal dari kalangan keluarga terutamanya anak simati)
- Urusan menggali kubur.
- Menentukan Imam untuk sembahyang mayat. (lebih afdal dari kalangan keluarga terutamanya anak simati)
- Menguruskan kenderaan untuk jenazah.
- Ucapan takziah.
Jangan lupa share.
4 comments:
terima kasih kerana berkongsi ilmu nie.....
panduan utk semua pembaca....
anak2 termasuk sy patut ambil pengajaran dr sini
ayah sy pergi seawal usia sy 13 tahun... alangkah jahilnya ketika itu... hanya mampu sayu melihat ayah sambil melinang air mata... tp kalau wktu mampu diulang kembali... akan ku sapu ubun2 ayah dgn cermat sambil mendoakan .. " ayah..pergi lah engkau tenang...tggu ak di alam sana.. " akan pastinya ayah akan tersenyum menuju ke alam abadi...
ak berdoa pemuda n pemudi hr ini mmpu utk berusaha ke arah Islam yg lebih baik.... Allahualam....
bahagian ke 2?
Post a Comment