Salam pagi Jumaat dari chegu hihihi... tak tido agy ni. Terlebih dahulu Chegu nak ucapa syabas kepada semua blogger dimana Blog-blog baru terus wujud setiap hari seumpama cendawan yang tumbuh selepas hujan..Sebenarnya,perkembangan ini sangat memberangsangkan disamping menunjukkan penerimaan blog dikalangan masyarakat semakin baik.
Bukan apa dah lama tak Blogwalking so tengah-tengah duk BW tadi terjumpa satu blog tu best jugak blog ni nama blog ni PKE. Baca punya baca samapi satu entry tu lagi untuk blogger best gak layan lagu tu. Mungkin para senior-senior blogger tegar mungkin dah dengar lagu ni. Kepada sesiapa yang ingin mendengar lagu ini,dipersilakan.Lagu ini merupakan lagu parodi yang ditukarkan liriknya.Lagu yang asli sebenarnya dinyanyikan oleh 50cent dengan tajuk P.I.M.P manakala liriknya pula merupakan karya asal Mat Jan.
Mat Jan - B-L-O-G by rjuna
Kita tulis sesuka hati
Kita bukan dibayar gaji
Kita tulis sekadar hobi
Kita penulis B.L.O.G.
(2x)
Minah ni, di pejabat, dia bukan buat kerja
Si Bukunota, Basri, dan Sultanmuzaffa
Mengadap monitor PC sampai berpinar mata
Dan tinggal sikit komen untuk entry mereka
Lepas empat jam, pergi kantin makan pula
Selepas makan katanya main internet juga
Aku dengar boss dia pernah nak buang dia kerja
Dia suka surf, dia suka chat, dia suka baca blog
Semenjak pagi surfing sambil dengar lagu rock
Kat rumah tak pasang internet nak jimat duit
Kat ofis dia lenjan sampai kepala boss sakit
Satu hari dia tanya dalam Jongkang Jongket
"Apa nak tulis dekat blog, cuba ajar sikit?"
Look baby tulis blog senang sekali
Kau tak puas hati, kau tulis kat B.L.O.G.
Kita tulis sesuka hati
Kita bukan dibayar gaji
Kita tulis sekadar hobi
Kita penulis B.L.O.G.
(2x)
Mendengar lagu Siti, menonton drama TV
Kalau tak puas hati, tulis B.L.O.G.
Ayat bodoh Menteri, rasa sakit hati
Kalau hendak kongsi, tulis B.L.O.G.
Rasa jatuh hati, angau macam nak mati
Tunggu apa lagi, tulis B.L.O.G.
Pi kedai makan mee, rasa macam basi
Tauke kena maki dalam B.L.O.G.
Oit ada yang komplen, bila naik harga tol
Yang minat bola komen, pasal jaringan gol
Ada bukan main, orang salah dia betul
Tapi kat luar lain, mengalahkan setan gondol
Hipokrasi cyberland macam dunia nyata y'all
Yang bertudung beromen, yang berkopiah merogol
Tak guna satu sen, yang hipokrit habis
Pi blah, pi mampos, pi jahanam, cis!
Kita tulis sesuka hati
Kita bukan dibayar gaji
Kita tulis sekadar hobi
Kita penulis B.L.O.G.
(2x)
Minah tu buka blog, tulis jiwang-jiwang
Asyik cinta, rindu, dan sayang
Belum confirm lagi mamat tu jadi laki
Dia puji-puji, sampai setengah mati
Pabila patah hati, hari-hari dia maki
Ali beruk, Ali setan, Ali iblis dan babi
Oit jantan tu lari, semua orang ketahui
Ada yang simpati, ada ketawa kikiki
Banyak benda lagi, boleh tulis kat blog ni
Bukannya semesti dedah kisah peribadi
Letak gambar diri, peluk kanan peluk kiri
Bukan main lagi, pegang tangan laga pipi
Macamlah dunia ni, kau je ada buah hati
Jikalau tak jadi, kau yang malu sendiri
Tulislah entry yang berfaedah
Ulasan, komentar, jenaka, hah!
Kita tulis sesuka hati
Kita bukan dibayar gaji
Kita tulis sekadar hobi
Kita penulis B.L.O.G.
(2x)
Yeah,
Blog ikut suka hati,
Tapi kalau blog benda yang terlalu peribadi,
Nanti kau yang malu sendiri,
Haha!
M-J. A-Y-I-E. B-L-O-G.
2 comments:
hahahaa... memang best lah :)
hihiihihiihihihihi...bestttt...kan...
Post a Comment