Pages

Wednesday, November 23, 2011

Al-fatihah - Korban Banjir


SAYU...Buliami  (kanan)  tidak dapat menahan kesedihan selepas dua anak saudaranya 
lemas di sebuah tali air, semalam.

Berikutan dengan keadaan banjir di Kelantan pada peringkat permula, namun telah mengakibatkan tiga oranga menjadi mangsa banjir. 2 daripada mangsa tersebut merupakan mangsa bajir tersebut merupakan anak saudara sahabat aku Mohd Buliami B Dollah seangkatan dengan aku di kelas. Semalam merupakan hari terakhir berada IPGKKB dan baru menyambut kegembiran bersama semperna tamat pengajian 5 tahun setengah namun disulami pula kejadian yang amat menyedihkan ini. semoga sahabatku Ben tabah menghadapi dugaan. Wahai sahabat blogger dan siapa-siapa yang terbaca artikel/entry sedekahlah Al-fatihah kepada arwah dan catakan sedikit ucapan takziah kepada sahabat saya ini... amin.

Berita penuh: Hmetro

BACHOK: Banjir di negeri ini meragut nyawa dua beradik berusia 10 dan 14 tahun semalam, manakala seorang pelajar tingkatan tiga dikhuatiri menjadi korban ketiga dalam dua kejadian lemas berasingan.
Dalam kejadian di Kampung Tualang Salak, Jelawat, dekat sini, jam 2 petang, Ahmad Fathi Asyraf Roslan, 14, dan adiknya, Mohd Arif Hukmi, 10, lemas ketika mandi dalam tali air.
Sebelum kejadian jam 2 petang itu, dua beradik berkenaan dikatakan keluar dari rumah menuju kawasan tali air untuk bermain banjir bersama sepupu mereka, Azhar Fakri, 13, yang terselamat.
Bapa mangsa, Roslan Abd Ghani, 46, berkata, dia tidak tahu anaknya itu keluar rumah dan mandi di tali air berkenaan.
Katanya, dia terkejut apabila dimaklumkan kejadian itu oleh penduduk kampung sebelum bergegas ke tempat kejadian.“Seingat saya, selepas solat Zuhur, dua anak saya itu sudah tiada di rumah sehingga saya diberitahu mereka lemas,” katanya sebak.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Nordin Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.30 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian. Menurutnya, operasi mencari mangsa dilakukan dengan kekuatan 10 anggota termasuk lima anggota Unit Skuba.
“Hasil usaha mencari, kami menemui mayat mangsa pertama, Ahmad Fathi pada jam 4.32 petang diikuti mayat adiknya, lima minit kemudian. “Mereka ditemui pada kedalaman dua meter dari permukaan air,” katanya
 Menurutnya, kedua-dua mayat mangsa ditemui 90 meter dari tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk dibedah siasat.
Sementara itu dalam kejadian berasingan, Raihan Haslan, 15, dihanyutkan air ketika mandi tali air di Lemal, di Pasir Mas kira-kira jam 6 petang semalam dan masih belum ditemui sehingga jam 8 malam tadi. Sebelum kejadian, mangsa dikatakan menyelamatkan Mohd Ali Zulkarnain Mohd Shafri, 14, sebelum tenggelam dan dihanyutkan arus.
Ibu saudara Raihan, Haslina Hassan, 42, berkata, dia pasrah mengenangkan tragedi menimpa anak saudaranya itu dan berdoa semoga jasadnya segera ditemui.
“Kali terakhir menemuinya di rumah ketika Aidiladha lalu. Tiada sebarang perubahan pada dirinya kerana dia hanya bersikap seperti biasa. Tak sangka pula berlaku tragedi ini,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.30 petang sebelum terpaksa menghentikan operasi mencari dan menyelamat jam 7 malam berikutan keadaan gelap.

Keadaan air sungai di kelantan sehingga pukul 3.00 petang hari ini

Tambatan Diraja (24.11.2011)


6 comments:

  1. Takziah diucapkan untuk keluarga sahabat cikgu..hrmm, semoga mereka tabah menghadapi ujian Allah..

    ReplyDelete
  2. semoga beliau membacanya....amin...

    ReplyDelete
  3. takziah kpd keluarga yg terlibat...al fatihah.

    kpd ibubapa awasi anak2 mereka jgn biarkan anak2 mereka bermain2 air di musim banjir kerana kemalangan tidak terduga.

    ReplyDelete
  4. @Ayie Abasyang lagi sedih ibu bapa anak2 mereka ini bercerai....

    ReplyDelete