Pages

Saturday, January 8, 2011

BADMINTON EDISI KEDUA


BADMINTON II

SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

Permainan badminton berasal dari India dan diperkenalkan di England oleh askar-askar Inggeris yang bertugas di India. Melalui merekalah, permainan badminton diperkenalkan di Malaysia. Persekutuan Badminton Antarabangsa atau IBF yang bertanggungjawab menguruskan pertandingan badminton di peringkat antarabangsa pula telah ditubuhkan pada tahun 1934. 

Selaku Presiden IBF yang pertama, Sir George Thomas telah menghadiahkan sebuah piala sempena namanya untuk dijadikan Piala Pusingan. Piala Thomas ini telah dipertandingkan selama 3 tahun sekali dan Kejohanan Badminton Piala Thomas dikenali sebagai satu pertandingan badminton yang paling unggul di dunia, menyamai keunggulan Kejohanan Tenis Wimbledon.


Negara kita Malaysia, telah menjuarai Piala Thomas ini beberapa kali. Kali pertama pasukan badminton negara memenangi Piala Thomas ialah pada 1949. Kejayaan ini kemudian disusuli dengan beberapa lagi kejayaan iaitu pada tahun 1952, 1955 dan 1967. Pada tahun 1992 pula, pasukan badminton negara yang ditunjangi oleh Keluarga Sidek, sekali lagi berjaya menjulang Piala Thomas. Antara pemain badminton negara yang terkenal suatu ketika dahulu ialah Punch Gunalan, Ng Boon Bee, Tan Aik Mong, Tan Aik Hwang, Silvia Ng, Misbun Sidek, Razif Sidek, Jailani Sidek dan lain-lain.


 Persatuan Badminton Malaysia atau BAM telah ditubuhkan pada tahun 1912, iaitu di antara persatuan yang terawal ditubuhkan di dunia. Sekarang ini, pasukan negara masih dianggap sebagai pasukan yang disegani sebaris dengan pasukan ternama dunia iaitu Indonesia, China, Korea Selatan dan Denmark.

KEPERLUAN DAN PERALATAN


BAGAIMANA BADMINTON DIMAINKAN


Permainan badminton dibahagikan kepada dua jenis iaitu permainan perseorangan dan beregu. Permainan perseorangan dibahagikan kepada dua kategori iaitu perseorangan lelaki dan perseorangan wanita. Permainan beregu pula mempunyai tiga kategori iaitu beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.

Permainan badminton dimainkan dengan cara memukul bulu tangkis supaya sentiasa berada di udara. Para pemain akan berbalas-balas pukulan dan berusaha untuk mengelakkan bulu tangkis jatuh di dalam kawasan gelanggang masing-masing. Matlamat utama permainan ialah untuk mematikan bulu tangkis atau menjatuhkan bulu tangkis di gelanggang lawan. Jika pemain berjaya melakukan demikian, mata akan diperoleh dan servis kembali berjaya dirampas. Begitulah seterusnya permainan berlangsung sehingga mata penamat dicapai.


Skor
Sistem pengiraan mata atau skor bagi permainan badminton adalah seperti berikut.



TEKNIK ASAS MEMEGANG RAKET UNTUK PELBAGAI PUKULAN



TEKNIK MEMULAKAN SERVIS
1. Teknik Memula Servis Depan (Forehand Servis)



2. Teknik Memula Servis Kilas


PERGERAKAN TEKNIK SERVIS

1. Pergerakan Secara Turutan Pukulan Servis Depan (Forehand Servis)



2. Pergerakan Secara Turutan Kemahiran Servis Tinggi (Baseline Servis)



3. Pergerakan Secara Turutan Teknik Servis Kilas


PELBAGAI CARA MEMBALAS PUKULAN
1. Pergerakan secara turutan bersedia membalas hantaran tinggi



2. Pergerakan secara turutan bersedia membalas hantaran servis



3. Pergerakan secara turutan membalas hantaran rendah



4. Membalas pukulan dengan hantaran rendah dari hadapan (forehand return)



5. Bersedia untuk membalas servis hantaran lawan



6. Bersedia untuk membalas hantaran lawan – bola rendah



7. Pergerakan Kaki Secara Turutan Kedudukan 
   Semasa Membuat Hantaran Tinggi Bila Bola 
   Berada di Hadapan.
8. Pergerakan Secara Turutan – Bersedia 
   Membalas Pukulan Tinggi
9. Pergerakan Secara Turutan – Bersedia 
   Membalas Hantaran Jaring atau Hantaran 
   Rendah


P/S: chegu harap nota ini dapat membantu kamu semua k....

2 comments:

  1. This piece of writing is really a good one it helps new net viewers,
    who are wishing in favor of blogging.

    Here is my website :: warriorforum.com
    my web site > social Bookmarking service

    ReplyDelete
  2. AnonymousJune 02, 2013

    Great blog you have here but I was curious if you knew of any discussion boards
    that cover the same topics discussed here? I'd really like to be a part of group where I can get advice from other experienced people that share the same interest. If you have any suggestions, please let me know. Thank you!

    my homepage - Pirater Un compte facebook

    ReplyDelete