Pages

Monday, November 22, 2010

Sukan Asia Guangzhou 2010 - Pungutan Pingat & Berita Terkini Hari Ke Sembilan




Malaysia berjaya menambah 2 pingat emas dari acara squasy menerusi Datuk Nicol Ann David mencatat kemenangan 11-8, 8-11, 11-6, 11-7 dalam masa 39 minit  dan Mohd Azlan Iskandar mengalahkan Aamir Atlas Khan dari Pakistan 11-6, 11-7 dan 11-6 pada perlawanan akhir skuasy individu lelaki.


REAKSI spontan Azlan selepas menewaskan Aamir Atlas Khan dalam aksi final di Asian Games Town, semalam. Gambar kanan, pelbagai reaksi Nicol selepas menang emas acara perseorangan, semalam.

Pingat perak pula disumbangkan oleh Datuk Lee Chong Wei selepas tewas kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir semalam. 13-21, 21-15, 10-21.
DATUK Lee Chong Wei menunjukkan pingat perak yang dimenangi selepas tunduk kepada musuh tradisinya dari China, Lin Dan dalam tiga set 13-21, 21-15, 10-21 dalam acara badminton perseorangan lelaki Sukan Asia XVI di Ghuangzhou, 21 Nov

Manakala dalam acara hoki, Malaysia melayakkan diri ke separuh akhir selepas menewaskan China 4-2 semalam. Malaysia akan bertemu dengan India dalam perlawanan separuh akhir nanti.


PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan mara ke separuh akhir selepas menewaskan China 4-2, malam tadi.


Dalam acara bola tampar pantai, gandingan Malaysia Luk Teck Hua dan Beh Shun Ting berjaya melayakkan diri ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan dari Jepun 21-15, 29-27.


Gandingan bola tampar wanita Malaysia Beh Shun Thing dan Luk Teck Hua berjaya meneruskan cabaran mereka dalam acara tersebut setelah mara ke pusingan separuh akhir

berikut adalah pungutan pingat terkini...


2 comments:

  1. abbas, ko bile lagi nak masuk sukan asia? masuk acara gimrama tau.hehehe

    ReplyDelete
  2. hahahaha...aku x layak dah kot..hahahah....

    ReplyDelete