Pages

Saturday, November 13, 2010

Sukan Asia Guangzhou 2010 - Pungutan Pingat & Berita Terkini

Assalamualaikum w.b.t dan selamat malam...

Bertemu lagi didalam info Pungutan Pingat Terkini  Sukan Asia Guangzhou 2010 hari  pertama.  Sehingga pukul 11 malam tadi , untuk keseluruhan pingat untuk hari ni 2 pingat gagsa telah dimiliki oleh kontigen MALAYSIA.

Pingat gangsa yang pertama disumbangkan  menerusi penembak negara, Nur Suryani Mohd Taibi, Nur Suryani mengumpul 501.8 mata untuk meraih pingat gangsa. Walaupun tidak membawa pulang pingat emas, beliau sudah cukup gembira apabila dapat meraih pingat gangsa acara 10m Air Rifle individu wanita.



Manakala Tai Cheau Xuen dalam acara wushu telah menyumbagkan pingat gangsa yang kedua bagi kontigen Malyasia untuk Kejohanan ke-16 Sukan Asia yang berlangsung di Nansha Gymnasium, di sini hari ini. 

Atlet berumur 19 tahun dari Seremban itu mengumpulkan 18.86 mata dalam dua disiplin, iaitu Nandao dan Nanquan.
Berikut adalah kutipan pingat semasa untuk keseluruhan hari ini.
Keputusan semasa akan di update selepas menerima keputusan dari media atau berita terkini... selamat menbaca ^___^





No comments:

Post a Comment