Pages

Wednesday, July 27, 2011

Harimau Malaya





Assalamualaikum semua. saya merupakan salah seorang penyokong setia HARIMUA MALAYA. Walaupun tempoh hari HARIMAU MALAYA tumbang di di Singapura namun itu tidak menjadi halangan untuk skuad HARIMAU MALAYA untuk menebus kembali di halaman sendiri pada esok hari. Walaupun tumpas di Singapura, kekalahan tersebut merupakan kekalahan yang bermaruah kerana walaupun kapeten HARIMAU MALAYA, Syafik Rahim dibuang padang namun tidak mematahkan semangat dan berjuang habis-habisan bagi merapatkan jurang gol kepada 5-3 itu merupakan semangat juang yang tinggi dan patut dipuji. Oleh itu, bagi seluruh rakyat Malaysia marilah kita beramai-ramai ke Stadium Bukit Jalil untuk memberi sokongan padu kepada SKUAD HARIMAU MALAYA untuk menumpaskan musuh tradisi kita.





Sini ada sikit pantun


Mengaum lapar sang SINGA UTARA,
Sang KENARI terbang membelah awan
Gagah SELADANG ibarat badang,
Laju HARIMAU KUMBANG ibarat pejuang,
Dahaga THE RED WARRIORS kerana darah,
Tangisan PENYU kerana maruah,
GERGASI MERAH marah membara,
Tanduk sang RUSA kerana perkasa,
Bisa Si Jengking bukan kepalang,
Lincah HANG TUAH si pahlwan bangsa ,
Tenang-tenang Si BUJANG SENANG,
Amuk TOK GAJAH kalau di usik,
Lalu sang BADAK gerun melanda,
Kerana HARIMAU MALAYA mereka turutkan,
Bersatu menentang SINGAPURA ! ! !


Friday, July 22, 2011

Kesian...

                                                   



Assalamualaikum semua...dah lama rasa x buatentry baru...hari dan la curi masa sikit kot. Sepertimana yang kita ketahui. FB merupakan tempat untuk bersosial secara maya. Macam-macam kita boleh buat denga FB tapi sayangnya semakin lama semakin menjadi-jadi emmmm. 


Macam ni cerita dia , tadi time dok asyik-asyik tengok wall FB ada satau member ni ada post satu link berkaitan dengan PAGE yang anjur contest. Nama page tu ialah Pencarian Lelaki Sweet dan Awek bertudung. Tengok nama page ni ok la. Yang hairannya apa bila masuk ja page tu. perggghhhh !!! Bukan nak kata la wall dia tekejut kot, Macam-macam orang post. Post benda elok-elok x pa la, ni dak ada kutukan yang tersangat la. 

Yang kesian sekali, dekat gambaq-gambaq contesten dia pergghh.... kAw-Kaw kena kutuk nak tau lebih lanjut clik sini Top25 Awek Bertudung MEI... kesian chegu tengok x sanggup nak baca komen-komen dia.

Wednesday, July 13, 2011

Part 2 : Siapa BONKProduction ??? (Sambungan)

Assalamualaikum semua okey malam tadi kita semua dah  tahukan macam mana permulaan Azrul Hanis Jamaluddin @ Abonk dalam bindang produksi ini. Okey untuk hari ini kita akan sambung cereta dari Part 1 : Siapa BONKProduction ???. 

Hari demi hari beliau telah banyak mengkaji, membaca dan berusaha dengan lebih gigih akhirnya pada tahun 2010 agaknya berbekal dengan wang elaun mayby la. Beliau telah membeli sebuah camera DSLR canon ape x ingat la itu la start nya kualiti video telah diupgrade sikit. Ini Movie pendek kedua setelah memakai DSLR meh tgk dari mari tengok dari 2 segi 

1ST Peningkatan dari segi kemahiran editing 


2. Dari segi penyusunan suntingan video dan lagu.



Disebabkan perkara diatas inilah tertubuhnya satu produksi online yang bernama BONK PRODUCTION telah diwujudkan atas dasar hobi dan mengisi masa lapang. 



Lama-kelamaan bermacam-macam video dan trailer telah dibuat iaitu salam lebaran,Sepi Chenta Demo by AARIPKB Rugby Competition Promo  dan banyak lagi. Bila minat terhadap bidang ini sangat mendalam beliau telah mengeluarkan bajet yang lebih untuk Accesori untuk BONK PRODUCTION. Lama-kelamaan apabila bermacam-macam video telah dibuat BONK PRODUCTION telah mendapat job yang pertama kalau x silap iaitu Grand Dinner untuk Sem 8 meh tengok hasilnya.


Amacam, ada class tersendirikan, dari 0 hingga orang boleh bagi job bagi chegu satu kejayaan yang besar bagi BONK PRODUCTION Okey cukup untuk hari ni dulu, sok kita sambung lagi dalam part 3 Siapa BONKProduction ??? assalamualaikum bye....










Tuesday, July 12, 2011

Part 1 : Siapa BONKProduction ???

Assalamualaikum semua untuk entry kali ini chegu ingin berkongsi tentang seorang sahabat yang sedang giat maju  dalam bidang Produksi yang sekarang hangat diperkatakan tentang kehebatan beliau dalam bidang membuat video-video ni. Terlebih dahulu chegu ingin memberitahu bahawa beliau ini merupakan rakan sepejuagan seperti chegu juga seorang guru pelatih di IPG Kampus Kota Bharu yang pasti beliau ni belajar buat video sendiri tanpa ada ambil kursus kalau tak silap la. Tapi disebabkan minat beliau yang agak terlampau ini beliau telah berjaya mencipta nama dan menubuhkan satu produksi online iaitu BONKProduction. Nanti kita sembang pasal produksi online beliau k. Terlebih dahulu jom kita kenali  gerangan Insan yang chegu perkatakan ini.


Ingin mengenali beliau sila la click nama di atas. Tapi bukan itu yang chegu nak ceritakan. Macam ni lah kita start time mula-mula karya pertama yang dihasilkan oleh beliau sehingga sekarang. Karya pertama yang dihasilkan oleh Abonk ialah Movie pendek yang bertajuk "SUATU MASA". Dalam pembikinan movie pendek ini, beliau hanya bermodalkan sebuah Camera digital berjenama... Tak ingat lah, dan juga sebuah latop compact waktu itu. Nak tengok Movie pendek yang pertama beliau.



Amacam best video movie pertama beliau tapi yang di atas ini hanya belakang takbir je hihihi. Nak tau lagi tunggu pada Part 2 : Siapa BONKProduction???



Monday, July 11, 2011

Semangat Bola...

Baru-baru ni, chegu pergi Stadium Kelantan tengok Kelantan VS Kedah. Biasa la kalau nak pi tengok bola kena la p awai-awai so, pegi la satu rumah sewa chegu. Sampai ja dekat sana, Pergghhhh !!! penuh orang dengan pamerannya, gerai baju jangan dok habaq penuh menyala merah putih. Kebetulan hari itu ikut Match Coordinator FAM yang pada hari tu x bertugas so dia ajak la kami p duduk tempat pengadil. 


Jalan punya jalan tengok kiri kanan, lalu satu kedai yang jual keropok lekor dengan air. Tekejut kot tengok2 atas meja ada baby. Aih.. dalam hati duk pikiaq, aih ada juai bayi sekali ka...hahahah. X percaya meh tengok ni.


Sakan baby ni diam je.



Sunday, July 10, 2011

Jangan Jadi Macam Ali !



Assalamualaikum semua. Lama dah rasa tak mengupdate blog ni....hihihiihi...entry kali ni nak sembang pasal pengurusan elaun yang diberikan oleh IPG mengikut cara ali. JOM saksikannya.



OK dah tengokkan... Apa pendapat anda bagaimana cara yang betul untuk menguruskan pengguanaan elaun yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada guru pelatih dengan betul atau anda hendak ikut cara Ali... hihihi.

Saturday, July 9, 2011

GAMBAR-GAMBAR BERSIH 2.0

Lebih daripada 20,000 orang  yang menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil, Bersih (BersihBERSIH 2.0 di Kuala Lumpur,  pada hari Sabtu walaupun perhimpunan tersebut telah diharamkan oleh pihak polisPolis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air pada penunjuk perasaan lebih daripada 1400 orang ditangkapa , termasuk pemimpin pembangkang atasmengikut membantah penganjur. Berikut merupakan gambar-gambar bagi perhimpunan tersebut

















Berikut adalah video PErhimpunan BErsih 2.0


Sumber : Al-Jazeera

Thursday, July 7, 2011

Jom Blogwalking Ramai Ramai !





Assalmualaikum semua...hari ni chegu ada join satu segmen yang dianjurkan oleh CIK BUNNY Segmen ni katanya  JOM BLOGWALKING RAMAI-RAMAI !Kalau nak join tekan gambar bawah ni.





Wordless Friday 3 :Make Your choice...

Macam -macam boleh buatkan.

UNTUK Malam sahaja INGAT !!!


OR


Or lagi sakan kalau ini


Tapi jangan kita lupa plak siangnya.




MAKE YOUR CHOICE...





BRO , KASI KRITIK BLOG GUA SKIT , BLEH ?



Rasa nak kritik-kritik la....lama dah x dikritik...hahahha....kalau kritik yang membina lagi best. 

Saturday, July 2, 2011

Siapa nak Bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum  semua. Seperti mana yang kita ketahui Nabi Muhammad SAW merupakan rasul dan juga Kekasih ALLAH. Baginda sangat menyayangi umatnya ini dapat dibuktinya ketika sebelum baginda wafat ada 3 perkataan yang disebutnya iaitu Ummati ! Ummati ! Ummati ! / Umatku! umatku! umatku! 


KEWAFATAN RASULLULLAH




Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar






Bertapa sayangnya baginda kepada umatnya. Subhanallah. Sebagai umat nabi Muhammad mesti mempunyai angan-angan nak jumpa baginda. Salah satu cara untuk bertemu Rasulullah SAW adalah melalui mimpi seperti mana yang dialami oleh  Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din bertemu dengan Nabi SAW di dalam mimpi. Bertuah sangat sapa yang dapat bertemu dengan Rasulullah SAW. 


CLICK BAWAH NAK DENGAR 


Hasrat kita untuk berjumpa Rasulullah SAW di dalam mimpi adalah sungguh murni. Tidak wajar sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW yang tidak mempunyai angan-angan untuk berjumpa dengan nabi di dalam mimpinya ketika tidur.


Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah SAW




sELAMAT BERAMAL...
Tak salah untuk tekan share...jika ia berkenaan ilmu. Hanya allah sahaja membalas jasa anda semua. Terima kasih kerana sokongan anda selama ini.

Akhirnya Angka ke 500




Assalamualaikum. Salam persahabatan, Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia. Hari ini im very happy cause blog chegu dah mencapai follower ke-500...tekezut jugak malam tadi buka-buka blog haaaaa.... semputt....lagi...dak dak dak. sebelum tu, chegu tegok shoutbox tu, pastu ada satu ayat tu kata macam ni "hello heloo. cikgu. saya follow anda. 500". Akhirnya sampai juga angka 5 ratuih. Nak tau sapa yang bertuah itu Cik kiwi's. 



Nak tahu x sapa dia cik kiwi's tu. Jom kita terjah blog beliau. Dia ni pun cikgu macam chegu jugak hihihi. BESAQ PUNYA GAMABQ HIHIHI...         



l
l
l
l
l
v


Nak promote la sikit Cik kiwi's ni seorang Guru pelatih sama tempat dengan chegu hihihi... Junior aku rupanya. Nama sebenarnya ialah Hazira Alias . Blog dia memang best serius x tipu x percaya p la tengok sendiri hihihi. Kepada cik kiwi's kalau terselisih atau terjumpa tegur-tegur ya nanti hihihi.

Friday, July 1, 2011

Jambatan Terpanjang Dunia


Jiaozhou Bay Bridge, yang menghubungkan Bandar Qingdao dengan kawasan industri Huangdao, mulai beroperasi. Jambatan sepanjang 42 kilometer ini, tercatat sebagai jambatan terpanjang di dunia.

Menurut Han Shouxin, Timbalan Pengarah Traffic Management Qingdao City, jambatan tersebut bakal memendekkan tempoh perjalanan 40 minit kepada 20 minit sahaja. Jaraknya juga dapat dipendekkan sehingga 30 kilometer. Pembinaan jambatan ini bermula pada Ogos 2007.. cepatkan, 4 tahun je... Jambatan kedua Pulau Pinang agak-agak bila boleh siap ek...hihihi....ke siap dah....tak ingat la.







Memang Logik la tembok China orang China boleh buat.