Pages

Wednesday, December 4, 2013

LANGIT TAK SELALU CERAH

ASSALAMUAlAIKUM...



Dah dalama agaknya blog cikgu abbas ni tak mengupdate entry, Berabuk dah blog ni... tak tau nk update apa hihihi. Bulan 11/12 ni adalah bulan bercuti bagi anak-anak murid sekolah biarpun sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Bulan 11/12 juga banyak kenduri kendara dilangsungkan, tahniah kepada semua yang bakal melangsungakan perkahwinan tak kira dimana sahaja. BARAKALLAH.

Apa yang anda buat cuti sekolah ini?
Apa yang yang perlu dibuat oleh murid-murid dikala cuti ini? Terus bercuti?
Apa yang perlu dirancang/disediakan oleh ibu bapa lepada anak-anak?
Apa yang perlu dilakukan oleh adik-adik yang sudah menamatkan zaman persekolahan yakni LEPASAN SPM?

Daripada persoalan yang dinyatakan diatas mesti pernah anda lalui sewatu anda bersekolah dulu dan anda juga pernah terfikir perkara-perkara diatas. 

untuk itu saja entry chegu kali ini... type sambil gigi sakit. 

P/S:.......................

UNTUK ANAK-ANAK YANG MASIH BERSEKOLAH BUATLAH PERKARA YANG MENDATANGKAN FAEDAH DAN TIDAK MEBERIKAN KESUSAHAN KEPADA KEDUA IBU BAPA KITA. INSYALLAH BAIK YANG KITA BUAT BAIK LAH DAPATNYA KALAU JAHAT YANG KITA BUAT JHAT LAH YANG KITA DAPAT. FIKIR-FIKIRKANLAH.





Friday, March 22, 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) 2013


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:

Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa

STRUKTUR PROGRAM
Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester


SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993. 
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut: Bahasa Melayu; Sejarah; Satu (1) mata pelajaran yang lain; serta lulus Bahasa Inggeris. 
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan semasa membuat permohonan nanti).

CARA MEMOHON
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : APLIKASI PERMOHONAN ONLINE mulai hari ini 22 Mac 2013
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang: http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan. 
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
  • Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar  sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 31 MAC 2013 (11.59 MALAM).  Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Matlumat lanjut boleh didapati melalui muat turun info melalui pautan laman KPM: http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/002861.pdf

P/s: Selamat datang ke dunia pendidikan.
Sumber: Kementerian Pelajaran malaysia.

Friday, February 15, 2013

VIDEO METEORIT TERHEMPAS DI RUSSIA



SALAM...

METEOR telah terhempas ke bumi petang tadi. Ia menjunam dan meletup di wilayah tengah Rusia hari ini dan mencetuskan gelombang kuat yang memecahkan tingkap dan mencederakan sekitar 950 orang dalam kejadian yang belum pernah berlaku di zaman moden ini.

Kejadian luar biasa itu mengakibatkan lalulintas terhenti di bandaraya Chelyabinsk apabila orang ramai yang terkejut, berhenti memandu untuk melihat meteor yang menyala bergerak melintasi ruang udara.

Para pakar berkata hentaman meteor sebesar itu yang dianggarkan seberat puluhan tan, amat jarang berlaku, begitu juga dengan jumlah mangsa di tempat kejadian.

Kementerian kecemasan pada awalnya menganggarkan lebih 500 orang cedera, 112 dimasukkan ke hospital.


Tingkap hancur dilanda gelombang tersebut di wilayah bandaraya itu, dengan pihak kementerian menganggarkan hampir 300 bangunan rosak termasuk, sekolah, hospital, sebuah kilang zink dan sebuah stadium hoki ais.

Dalam perkembangan terkini, gabenor wilayah tersebut, Mikhail Yurevich berkata angka kecederaan telah meningkat kepada sekitar 950 orang.


Mikhail yang dipetik oleh agensi berita RIA Novosti, berkata dua pertiga daripada mereka cedera ringan terkena pecahan kaca dan bahan-bahan lain.

Di bandaraya Chelyabinsk sahaja, 758 orang memerlukan bantuan perubatan.


selanjutnya: http://www.malaysiakini.com/news/221494

Untuk penjelasan lebih lanjut mengenai bertia ini boleh ke RT.COM

Tuesday, January 15, 2013

Siapakah CHEGU FATIN ni ?

Assalmualaikum....

Ya allah permudahkan caraku amin... alhamdulillah syukur kepada allah sebab masih lagi dapat menaip dekat blog cikgu abbas. dah lama dah rasa tak BW blog kawan2. entah apa dah jadi dengan kawan-kawan blog. sini saya nak berkongsi sedikit pasal seorang bakal cikgu yang sangat cintakan muzik. mesti korang pon tak kenalkan. yang kenal alhamdulillah. Nama panggilan cikgu ini ialah "chegu fatin" nama sebenarnya ialah Fatin Amirah Bt Ismail. Asal Telok Intan,Perak. 

MAcam na cerita ye chegu fatin ni... hihihi (karang tersalah cerita kena saman plak). Ok macam, beliau sangat suka akan segala jenis muzik yang beliau ceburi tak kisah apa-apa jenis genre, tetapi beliau lebih kepada old school dan sekarang rasanya dah macam-macam la. Beliau juga boleh bermain macam-2 jenis alat muzik guitar, keyboard, perkusi dan bermacam-macam lagi. 


Ok, beliau juga pernah bertanding dalam sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh RTM iaitu program realiti Tiada Lama Tiada Baru dan berjaya layak ke pusingan akhir sahaja.




Beliau juga boleh membuat lirik lagu boleh tahan lagu dia ini lagu yang diciptakan khas olehnya kepada teman-temannya "anugerah Kehidupan"



Chegu fatin juga banyak membuat cover lagu-lagu artis-artis tanah air mahupun luar negara. kalau anda ingin mendengar cover beliau bolehlah ke youtube chegufatin 




Cukuplah seakat ni nanti kita sambung lagi yeaaaa..... Assalamualaikum

Tuesday, January 1, 2013

CONTOH BORANG MAKLUMAT GURU (FAIL RPH)/ RPT PK TAHUN 1/ RPT BM TAHUN 3/ RPT PK TAHUN 3

Assalamualaikum...

Disini saya ingin share contoh borang maklumat buku guru (FAIL RPH). Maklumlah sekolah saya sekarang ni dah tak guna lagu buku rekod mengajar. Kalau sesiapa nak download boleh download disini.Terima kasih.

MAKLUMAT DIRI GURU (BUKU RPH)

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN KESIHATAN KSSR TAHUN 1

RPT PK KSSR TAHUN 1

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN KSSR PJ TAHUN 1

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PJ TAHUN 1

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN KSSR BM TAHUN 3


BAHASA MALAYSIA TAHUN 3 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)


RPT PJ TAHUN 3 KSSR
RPT PJ KSSR TAHUN 3

ATAU DISINI SILA CLICK GAMBAR BIRU DIBAWAH