.....

  1. DOWNLOAD RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN & MODUL PJ, PK , MATEMATIK KSSR TAHUN 4 2015 MELALUI SCRIBD
  2. RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PJ & PK & MATEMATIK DAN MODUL DI SLIDE SHARE TAHUN 2015
  3. RPT KSSR PJ Tahun 4 2014
  4. RPT KSSR PJ/PK tahun 1, 2 , 3, 4 |2014| - ON SCRIBD
  5. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 3 2014
  6. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 3 2014
  7. RPT KSSR MATEMATIK TAHUN 2 2014
  8. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 1 2014
  9. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 1 2014
  10. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 2 2014
  11. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 2 2014
  12. LANGIT TAK SELALU CERAH
  13. PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) 2013
  14. VIDEO METEORIT TERHEMPAS DI RUSSIA
  15. Siapakah CHEGU FATIN ni ?
  16. KEBAKARAN DI TAMAN PERUMAHAN AWAM TANAH MERAH,JITRA
  17. Maharaja Lawak Mega 2012
  18. GAMBAR & VIDEO | PALESTIN DISERANG ISRAEL
  19. KONFLIK PALESTINE DAN ISRAEL
  20. Gambar & Video Taufan Sandy : New York Hampir Tenggelam (peringgatan Allah)
  21. HARI ANUGERAH CEMERLANG SKBBSB 2012 - Permata Gemilang
  22. APABILA FAHAMAN SYIAH MENGUASAI DIRI !!!
  23. From Liyana Adnan: Saya Minta Maaf |untung laa sape jadi cikgu.. |
  24. Semangat Merdeka dari murid-muridku
  25. Seni Rambut || water balloon hair
  26. Maklum balas || Khas untuk Liyana Adnan : " Untung laa sape jadi cikgu " |
  27. Bapak Segala Meriam ONLY in Kuala Kangsar
  28. "Kerja aku gosok gigi badak "
  29. TIPS DIET IKUT DARAH
  30. Angkasawan Neil Armstrong meninggal dunia
  31. Nasyid Dangdut
  32. Aku Rindu PadaMU Ya Rasulullah
  33. VIDEO||Mr Bean (Rowan Atkinson) Opening Ceremony - London 2012
  34. Bangladesh can't help Rohingya: PM Sheikh Hasina
  35. Promo Twilight Raya 2012
  36. BONUS HARI RAYA
  37. wordless:tepi kain
  38. Happy Born Day MY Fren
  39. Salam Ya Ramadhan
  40. Kenali Hackers
  41. Mata Pelajaran PJ dipinggirkan
  42. KEDUDUKAN SEMASA EURO 2012
  43. Roti Meriam Sempena EURO 2012
  44. Jadual Perlawanan EURO 2012"
  45. Tsunami Lagi Dekat Penang !!!"
  46. Penyokong B.E.R.S.I.H kena sound wei !!!"
  47. 6 Gempa Bumi DIcatatkan Hari ini"
  48. KERJAYA GURU : Lisa Surihani akui kerjaya guru lebih mencabar"
  49. Gelaran Doktor pada DR. Rozmey di Tarik Balik"
  50. Pertembungan 2 Alam"
  51. SAFEE SALI MENUNAIKAN IMPIAN "BUDAK BADAN BESAR"
  52. MY Convocation DAY
  53. Hari Terakhirku - Original BY AlangKhoma
  54. Gambar : Kem Kepimpinan Pengawas SK Bandar Baru Sungai Buloh (Sebelum)
  55. Roadblock Malaysia Vs Roadblock Luar Negara
  56. Pekerja KFC Bergaduh Dengan Pelanggan
  57. Chipita sudah sampai Kedah
  58. WORDLESS 19:"HARI"
  59. Sayangnya binatang ini kepada tuannya...
  60. Bahagian 1 : Siapakah nak uruskan Jenazah Ibu Bapa Kita wahai anak-anak ?
  61. Video : Kesian tapi lucu ! Marah sampai tercabut gigi
  62. Jutawan Bola Sepak Pertama Malaysia - Safee Sali
  63. Dulu Kelantan Sekarang Selangor
  64. Jadual Ceramah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan 2
  65. Video ceramah di Masjid Shah Alam
  66. Renungan Bersama : Soal jwb Ustaz Azhar Idrus malam ni: 26 soalan kesemuanya.29.01.2012
  67. Renungan Bersama : Realiti Seorang Guru Di mata Masyarakat sekarang
  68. Ustaz Azhar Idrus datang Shah Alam
  69. Gaji Kakitangan Awam Februari 2012 Ikut Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)
  70. Kenapa kita tak pandang meninggalkan SOLAT sebagai satu jenayah ???
  71. Perkhidmatan pemasangan UNIFI
  72. Benda pelik ???
  73. Anwar Vs Najib berdebat
  74. Simbah kakak dengan air panas
  75. Bayi mati tercampak
  76. Malaysia Layak ke final
  77. Adakah pengadil perlu dipersalahkan ???
  78. Lelaki peluk manyat teman wanita
  79. TIPS : MENGENAI ASPEK PENGADILAN DARI BEKAS PENGADIL FIFA KITA..-SUBKHIDDIN MOHD SALLEH-
  80. Makan FB,tido FB
  81. Rintihan Sayu Fifi
  82. Kepala berkecai kena mercun
  83. Polis Siasat Pelajar IPT jual Baucar
  84. Aku Perlukan Boyfriend
  85. Gempa kuat landa selatan Pulau Fiji
  86. 15 nelayan Filipina maut ditembak
  87. Baucer Buku RM200 1Malaysia. Wajarkah Dijual Semula Sesuka Hati?
  88. Keadaan rumah pemilik FERRARI
  89. Eskelator penduduk setinggan !!!
  90. Video:Maradona vs pele
  91. Video:Lelaki Kena Belasah Sebab Tak Mahu Berasmara
  92. Baucer Buku Di Jual di MUDAH.my
  93. Adik pemain badmiton negara ditikam
  94. Tonton Tv Online
  95. Penempatan PTD Dalam Sistem Pengurusan di Kementerian Pelajaran? Apa Pendapat Guru-guru?
  96. Gelombang Ombak Rindu
  97. Pasukan Senior Swit.- Nurul A’in Wahida Abu Bakar | EX-IPG KKB
  98. wordless # 18 - Alhamdulillah
  99. Atlet pecut Perancis yang bakal menggegar dunia Olahraga - CHRISTOPHE LEMAITRE
  100. |video| wanita kena tikam 70 kali tak mati x18sg
  101. Video kematian Izwan Pilus di hospital
  102. Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Dalam Paru Paru
  103. Hari Pertama Aku Di SK BANDAR BARU SUNGAI BULOH
  104. KISAH MALAM PERTAMA !
  105. Gambar Isteri Di Ranjang Bersama Lelaki Lain Punca Penceraian Hattan?
  106. Lagi Kes Dekat China, Perempuan kena Tikam Depan Orang Ramai
  107. Persediaan perkara-perkara penting sebelum posting/lapor diri
  108. Info Kesihatan : Hilangkan Tekanan Dengan Sperma untuk Wanita?
  109. Apabila Kanggaroo Masuk Pekan |Video|
  110. Baru 4 Tahun Dah Berasmara di Tempat Terbuka ... Dunia ! Dunia
  111. Gambar Ustaz Azhar Disamakan Dengan Yahudi!
  112. Video:Perempuan kena belasah dalam bilik
  113. "KEMALUAN" lelaki putus

Saturday, February 18, 2012

1
Komen
Guru Tidak Akan Naik Pangat Secara Automatik



GEORGETOWN – Kenaikan pangkat guru-guru tidak akan berlaku secara automatik sebaliknya mereka harus melalui proses temuduga dan sebagainya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kaedah kenaikan pangkat guru terbabit akan diputuskan setelah perbincangan antara Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan kerajaan selesai kelak.

“Berkaitan soal kebajikan guru kita sudah ambil kira. Tetapi apapun, keputusan muktamad belum tercapai kerana urusan ini telah kita bawakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam disamping perbincangan di peringkat wakil-wakil kesatuan dan CUEPACS, katanya pada pemberita selepas menghadiri majlis kenduri rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat, dekat sini, Sabtu.

Katanya, isu kenaikan pangkat itu bagaimanapun dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar yang memetik sebanyak 15,000 guru lepasan ijazah yang belum menerima kenaikan gred akan menikmatinya sebaik semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diselesaikan April ini. – BERNAMA
Guru Tidak Akan Naik Pangat Secara Automatik -

Tuesday, February 14, 2012

3
Komen
Hari Terakhirku - Original BY AlangKhoma





Assalamualaikum...
"Hari Terkahirku" Apa yang anda semua faham mengenai sepotong ayat ini. Adakah bermaksud "mati", "kehilangan" atau "sisa kehidupan yang tinggal". Video diawah ini merupakan ciptaan original dari sahabat saya yang dikenali sebagai AlangKhoma. Lirik didalam video ini banyak mengisahkan kehidupan beliau sendiri sebagai seorang lelaki. Nak tahu lebih lanjut mengenai video ini dengarlah sendiri.

Apa yang menarik dari lagu ini, beliau berjaya mencipta lagu ini secara spontan dan inilah hasilnya. Selamat mendengar dan menghayatinya.



P/s: Kepada wanita-wanita di luar sana, jangan terlalu menCOPkan lelaki ini seorang Playboys atau sama maksud dengannya. Harap-harap sahabat saya ini mampu meneruskan hidupnya dengan lebih sempurna.
Hari Terakhirku - Original BY AlangKhoma -

Monday, February 13, 2012

1
Komen
Gambar : Kem Kepimpinan Pengawas SK Bandar Baru Sungai Buloh (Sebelum)

Salam...

Pada hari jumaat yang lalu sekolah saya telah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas di Hulu Langat Selangor, dimana Kem tersebut diadakan di tempat pengambaran Cerita JUVANA di IMPAIN Country resort. Saya telah ditugaskan untuk menjadi AJK Photographer sekolah so inilah hasilnya. Gambar diawah ni semuanya adalah untuk Aktiviti SEBELUM















Bersambung : Part2 bahagian |Semasa|

Gambar : Kem Kepimpinan Pengawas SK Bandar Baru Sungai Buloh (Sebelum) -

3
Komen
Roadblock Malaysia Vs Roadblock Luar Negara

Asaalamualaikum semua...

Hari ini entry pendek ja...Saya nak kamu tengok sendiri antara Sekatan jalan raya di Malaysia dengan Luar negara. Fikir-fikirkanlah.


Jikalau ada dari kalangan anda adalah polis bolehlah usul dalam meeting ye...
 Polis Malaysia Polis Yang hebat, 
Polis Sedia berkhidmat

Layan...
Roadblock Malaysia Vs Roadblock Luar Negara -

Saturday, February 11, 2012

5
Komen
Tempahan Baju "Adinda ♥ Kekanda"

Assalamaualaikum semua...
"Cinta Tak manis Jika Tak Diterjemahkan "... Sesuai untuk sesiapa yang berkasih sayang, tidak kosah kepada yang belum atau yang sudah berkahwin. Setiap pasangan mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan rasa kasih/cinta mereka. Disini chegu nak promote sikit t-shirt dengan nama "Adinda ♥ Kekanda".


Ini adalah tempahan-tempahan yang siap untuk dihantar.



Promosi terbaru !! baju couple RM 50.00 sepasang....
"CINTA TAK MANIS KALAU TAK DITERJEMAHKAN"

PERHATIAN !!!
anda boleh pilih saiz baju
S,M,L,XL,XXL....UNTUK MUSLIMAH PON BOLEH...
Jika berminat sila hubungi no 
chegu abbas/0195144117




Tempahan Baju "Adinda ♥ Kekanda" -

Tuesday, February 7, 2012

4
Komen
wordless # 19 : "HARI"

wordless # 19 : "HARI" -

21
Komen
Pekerja KFC Bergaduh Dengan Pelanggan

Assalamualaikum....

Kecoh satu Malaysia apabila pekerja KFC bergaduh dengan pelanggan tersebar di internet. Dari infonya, pelanggan itu berang kerana telah menunggu hampir 1 jam, kemudian baru dimaklumkan bahawa KFC tersebut sudah kehabisan ayam !!! Pelaggan tersebut marah dan meminta KFC supaya memohon maaf atas kejadian berlaku namun tiada tindakan yang diambil. Apa yang dapat didengari ungkapan "Kalau mau sendiri masak la BABI"


Pihak KFC telah mengeluarkan respon kejadian ini di FB mereka.


Dear all, we are aware of the video and are currently investigating the issue. The staff involved have been suspended, pending for investigation at this point of time. Once the investigation is complete, we will take all appropriate action to address any violation of our strict operating procedures and customer service standards. Thanks!
Dalam Situasi Cina 
Hurrmmmmm apa dah jadi ??? Ish kalau benda ini terjadi kepada aku, memang kaya lah aku. Saman tetap saman, saman sampai 2juta ka 3juta ka,  baru KFC berakal. 

Dalam kes sebegini, apabila melibatkan pelanggan dan peniaga, "Pelanggan DIUTAMAKAN" Pelanggan layak untuk memarahi KFC atas servis yang diberikan keran pelanggan memberi wang untuk servis yang diberikan. 1 jam menunggu bukan sekejap tau lama weh... Apa-pa pun ingat untuk semua orang bekerja ingat " CUSTOMER ALWAYS RIGHT'


OOOOOOPPPPPPSSSSSSS.......SEKEJAP... 


Dalam situasi Pekerja KFC
Tak boleh lah kita tengok sebelah pihak sahaja.... Kena tengok pula, bagaimana keadaan pekerja dekat situ keadaan orang disitu.... ramaikan... dah tau tunggu sampai 1 jam dah takdak belah je lah... apa duk tunggu-tunggu lagi. Aku pon penah kerja jugak dekat KFC... Cuma aku nak tengok respon orang-orang kita ada tak nk backup ??? Nampaknya ada lagi orang yang masih perihatin. Pekerja dekat situ mungkin kerja lama dah, serabut dengan orang, nak dilayan pula kerenah pelanggan yang bermacam-macam. Pikir-pikirkanlah ye... Nak bagi servis yang terbaek bukan mudah... tetapi seseorang pekerja itu akan berasa senang apabila pelanggan hormat kerja mereka...maka dapatlah servis yang baek punya dari mereka.


update: terbaru


Apa komen anda semua????

Tempat kejadian : KFC/ ICT.SHAH ALAM. 
Pekerja KFC Bergaduh Dengan Pelanggan -

Saturday, February 4, 2012

5
Komen
Adinda Sayang Kekanda !!!





Promosi terbaru !! baju couple RM 50.00 sepasang....
"CINTA TAK MANIS KALAU TAK DITERJEMAHKAN"

PERHATIAN !!!
anda boleh pilih saiz baju
S,M,L,XL,XXL....UNTUK MUSLIMAH PON BOLEH...
Adinda Sayang Kekanda !!! -

Friday, February 3, 2012

2
Komen
Chipita sudah sampai Kedah



Salam...
Kemerosotan skuad hijau kuning sejak dari kempen Liga super 2012 bermula masih lagi belum dapat dipulihkan.  Namun begitu, Skuad Hijau Kuning mungkin boleh berasa lega dengan kehadiran bekas penyerang dan penjaring terbanyak pasukan Perlis empat musim lalu, Philemon Chipeta akan menyarung jersi Kedah. 



Adakah beliau mampu memberi sinar baru kepada skuad Kedah yang sekarang berada di tangga ke-2 tercorot dalam saingan Liga Super. Adakah Kedah bakal memberi saingan semula selepas kemasukan Cipita dalam mengukuhkan bahagian serangan yang gagal menjaringkan sebarang gol dan hanya mengumpul satu mata selepas empat perlawanan.


Selepas peletakkan jawatan oleh jurulatih dari skuad Piala presiden Kedah, bangku jurulatih Kedah diambil alih oleh Radhi Mat Din bagi merencanakan semula Kedah. Beliau juga merupakan bekas pemain Kedah yang hebat pada penghujung tahun 1980'an dan awal  1990'an. Dengan ini berharap agar kewibawaan beliau mampu membagunkan semula Skuad Hijau Kuning yang merosot teruk sehingga kini.




Chipita sudah sampai Kedah -

1
Komen
Sayangnya binatang ini kepada tuannya...

Salam...

Video dibawah ini mengisahkan seekor anjing yang kehilangan tuannya akibat dibunuh. Walaupun anjing itu tahu bahawa tuannya sudah mati tetapi disebabkan kasihnya anjing itu kepada tuannya, anjing tersebut menunjukkan kelakuan yang amat menyedihkan dan menemani tuannya sehingga manyat tuannya diangakat... Nak lebih jelas tengok la video ini.


P/s: Binatang juga punyai perasaan seperti manusia.
Sayangnya binatang ini kepada tuannya... -

Thursday, February 2, 2012

4
Komen
Bahagian 1 : Siapakah nak uruskan Jenazah Ibu Bapa Kita wahai anak-anak ?

Salam...
Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu. 

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu. Adakah ibu bapa mengabaikan tanggungjawab ini kepada anak-anak? 

Saya ingin bertanya kepada anda semua perlukan orang lain tahu aib keluarga kita terutama sekali ibu bapa kita? Apa perasaan anda jika orang lain yang mandikan jenazah ahli keluarga kita? Bagimana pula anda yang memandikan jenazah ibu bapa anda? bagimana boleh anda bayangkan. Sebab itulah kita sebagai anak perlu ambil tahu bagaimana hendak mengurus jenazah ibu bapa kita nanti dikala mereka mengahadap yang Maha ESA.

Disini saya inghin berkongsi sedikit mengenai cara pengurusan jenazah untuk panduan anda dan juga saya.

Apabila sah matinya
  1. Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan : Hendaklah kita ucapkan :

  1. Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.
  2. Rapatkan kedua belah matanya.
  3. Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.
  4. Rapatkan mulutnya.
  5. Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.
  6. Luruskan kakinya.
  7. Ikatkan kedua ibu jari kakinya. 
  8. Letakkan di tempat yang tinggi.
  9. Hadapkan ke Qiblat.


Mengurus Jenazah


Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.

Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :
  1. Memandikannya.
  2. Mengkafankan jenazah.
  3. Solat ke atas jenazah.
  4. Mengebumikannya.
Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.
Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

  1. Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian.
  2. Urusan di Balai Polis bagi melaporkan kematian.
    Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor.
  3. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.
  4. Menentukan bilal untuk memandikan mayat.  (lebih afdal dari kalangan keluarga terutamanya anak simati)
  5. Urusan menggali kubur.
  6. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.  (lebih afdal dari kalangan keluarga terutamanya anak simati)
  7. Menguruskan kenderaan untuk jenazah.
  8. Ucapan takziah.

Akan besambung...Untuk bahagian ke 2

 Jom hayati video ini.


Jangan lupa share.
Bahagian 1 : Siapakah nak uruskan Jenazah Ibu Bapa Kita wahai anak-anak ? -

1
Komen
Video : Kesian tapi lucu ! Marah sampai tercabut gigi ...




Salam...

Kesian ada lawak pon ada... Tak pasti perempuan ini marah sebab apa. Tetapi tengok rupa masih muda dah pakai gigi palsu. hihihihi



Click like kalau anda suka. hihihihi
Video : Kesian tapi lucu ! Marah sampai tercabut gigi ... -

Wednesday, February 1, 2012

1
Komen
Jutawan Bola Sepak Pertama Malaysia - Safee Sali


SAFEE Sali secara rasmi menjadi jutawan pemain bola sepak Malaysia yang pertama selepas beliau menandatangani kontrak dua tahun yang lebih baik bersama Pelita Jaya FC di Jakarta hari ini dalam Super League (ISL) Indonesia


Perjanjian yang dimeterai oleh pemain berusia 28 tahun itu bernilai lebih daripada RM2 juta dan termasuk pakej bonus  perlawanan, rumah dan kereta dan disertakan pemandu peribadi.

Cukai Safee juga akan dibayar oleh kelab, serta apa-apa perbelanjaan perjalanan ke Kuala Lumpur.


Menurut kontrak itu, Safee akan mendapat AS $ 30,000 (RM90, 000) sebulan, yang juga akan menjadikan dia salah satu daripada golongan berpendapatan tertinggi di ISL.


Safee juga akan menerima tambahan pakej 'hak imej' yang diuruskan oleh kelab untuk semua komersial.


Kontrak ini juga mempunyai levi yang dapat melihat penyerang bermain untuk kelab anak syarikat yang dimiliki oleh PPK Jaya Cronus, "bergantung kepada pelbagai peraturan liga masing-masing."


Kelab-kelab ini termasuk Australia Brisbane Roar, yang akan bermain di AFC tahun ini, Liga Juara-Juara, bahagian kedua Belgium pasukan CS Vise dan UruguaySAD. Ketiga-tiga ini kelab dimiliki oleh Cronus.


“My football has improved so much and even my peers have commented on it since I moved to Indonesia last February,” said Safee in Jakarta today.

P/s: 
Semoga Safee Sali menjadi contoh kepada pemain-pemain Malaysia yang lain dalam meningkatkan lagi mutu bola sepak Malaysia.


Jutawan Bola Sepak Pertama Malaysia - Safee Sali -