.....

  1. DOWNLOAD RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN & MODUL PJ, PK , MATEMATIK KSSR TAHUN 4 2015 MELALUI SCRIBD
  2. RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PJ & PK & MATEMATIK DAN MODUL DI SLIDE SHARE TAHUN 2015
  3. RPT KSSR PJ Tahun 4 2014
  4. RPT KSSR PJ/PK tahun 1, 2 , 3, 4 |2014| - ON SCRIBD
  5. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 3 2014
  6. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 3 2014
  7. RPT KSSR MATEMATIK TAHUN 2 2014
  8. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 1 2014
  9. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 1 2014
  10. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 2 2014
  11. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 2 2014
  12. LANGIT TAK SELALU CERAH
  13. PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) 2013
  14. VIDEO METEORIT TERHEMPAS DI RUSSIA
  15. Siapakah CHEGU FATIN ni ?
  16. KEBAKARAN DI TAMAN PERUMAHAN AWAM TANAH MERAH,JITRA
  17. Maharaja Lawak Mega 2012
  18. GAMBAR & VIDEO | PALESTIN DISERANG ISRAEL
  19. KONFLIK PALESTINE DAN ISRAEL
  20. Gambar & Video Taufan Sandy : New York Hampir Tenggelam (peringgatan Allah)
  21. HARI ANUGERAH CEMERLANG SKBBSB 2012 - Permata Gemilang
  22. APABILA FAHAMAN SYIAH MENGUASAI DIRI !!!
  23. From Liyana Adnan: Saya Minta Maaf |untung laa sape jadi cikgu.. |
  24. Semangat Merdeka dari murid-muridku
  25. Seni Rambut || water balloon hair
  26. Maklum balas || Khas untuk Liyana Adnan : " Untung laa sape jadi cikgu " |
  27. Bapak Segala Meriam ONLY in Kuala Kangsar
  28. "Kerja aku gosok gigi badak "
  29. TIPS DIET IKUT DARAH
  30. Angkasawan Neil Armstrong meninggal dunia
  31. Nasyid Dangdut
  32. Aku Rindu PadaMU Ya Rasulullah
  33. VIDEO||Mr Bean (Rowan Atkinson) Opening Ceremony - London 2012
  34. Bangladesh can't help Rohingya: PM Sheikh Hasina
  35. Promo Twilight Raya 2012
  36. BONUS HARI RAYA
  37. wordless:tepi kain
  38. Happy Born Day MY Fren
  39. Salam Ya Ramadhan
  40. Kenali Hackers
  41. Mata Pelajaran PJ dipinggirkan
  42. KEDUDUKAN SEMASA EURO 2012
  43. Roti Meriam Sempena EURO 2012
  44. Jadual Perlawanan EURO 2012"
  45. Tsunami Lagi Dekat Penang !!!"
  46. Penyokong B.E.R.S.I.H kena sound wei !!!"
  47. 6 Gempa Bumi DIcatatkan Hari ini"
  48. KERJAYA GURU : Lisa Surihani akui kerjaya guru lebih mencabar"
  49. Gelaran Doktor pada DR. Rozmey di Tarik Balik"
  50. Pertembungan 2 Alam"
  51. SAFEE SALI MENUNAIKAN IMPIAN "BUDAK BADAN BESAR"
  52. MY Convocation DAY
  53. Hari Terakhirku - Original BY AlangKhoma
  54. Gambar : Kem Kepimpinan Pengawas SK Bandar Baru Sungai Buloh (Sebelum)
  55. Roadblock Malaysia Vs Roadblock Luar Negara
  56. Pekerja KFC Bergaduh Dengan Pelanggan
  57. Chipita sudah sampai Kedah
  58. WORDLESS 19:"HARI"
  59. Sayangnya binatang ini kepada tuannya...
  60. Bahagian 1 : Siapakah nak uruskan Jenazah Ibu Bapa Kita wahai anak-anak ?
  61. Video : Kesian tapi lucu ! Marah sampai tercabut gigi
  62. Jutawan Bola Sepak Pertama Malaysia - Safee Sali
  63. Dulu Kelantan Sekarang Selangor
  64. Jadual Ceramah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan 2
  65. Video ceramah di Masjid Shah Alam
  66. Renungan Bersama : Soal jwb Ustaz Azhar Idrus malam ni: 26 soalan kesemuanya.29.01.2012
  67. Renungan Bersama : Realiti Seorang Guru Di mata Masyarakat sekarang
  68. Ustaz Azhar Idrus datang Shah Alam
  69. Gaji Kakitangan Awam Februari 2012 Ikut Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)
  70. Kenapa kita tak pandang meninggalkan SOLAT sebagai satu jenayah ???
  71. Perkhidmatan pemasangan UNIFI
  72. Benda pelik ???
  73. Anwar Vs Najib berdebat
  74. Simbah kakak dengan air panas
  75. Bayi mati tercampak
  76. Malaysia Layak ke final
  77. Adakah pengadil perlu dipersalahkan ???
  78. Lelaki peluk manyat teman wanita
  79. TIPS : MENGENAI ASPEK PENGADILAN DARI BEKAS PENGADIL FIFA KITA..-SUBKHIDDIN MOHD SALLEH-
  80. Makan FB,tido FB
  81. Rintihan Sayu Fifi
  82. Kepala berkecai kena mercun
  83. Polis Siasat Pelajar IPT jual Baucar
  84. Aku Perlukan Boyfriend
  85. Gempa kuat landa selatan Pulau Fiji
  86. 15 nelayan Filipina maut ditembak
  87. Baucer Buku RM200 1Malaysia. Wajarkah Dijual Semula Sesuka Hati?
  88. Keadaan rumah pemilik FERRARI
  89. Eskelator penduduk setinggan !!!
  90. Video:Maradona vs pele
  91. Video:Lelaki Kena Belasah Sebab Tak Mahu Berasmara
  92. Baucer Buku Di Jual di MUDAH.my
  93. Adik pemain badmiton negara ditikam
  94. Tonton Tv Online
  95. Penempatan PTD Dalam Sistem Pengurusan di Kementerian Pelajaran? Apa Pendapat Guru-guru?
  96. Gelombang Ombak Rindu
  97. Pasukan Senior Swit.- Nurul A’in Wahida Abu Bakar | EX-IPG KKB
  98. wordless # 18 - Alhamdulillah
  99. Atlet pecut Perancis yang bakal menggegar dunia Olahraga - CHRISTOPHE LEMAITRE
  100. |video| wanita kena tikam 70 kali tak mati x18sg
  101. Video kematian Izwan Pilus di hospital
  102. Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Dalam Paru Paru
  103. Hari Pertama Aku Di SK BANDAR BARU SUNGAI BULOH
  104. KISAH MALAM PERTAMA !
  105. Gambar Isteri Di Ranjang Bersama Lelaki Lain Punca Penceraian Hattan?
  106. Lagi Kes Dekat China, Perempuan kena Tikam Depan Orang Ramai
  107. Persediaan perkara-perkara penting sebelum posting/lapor diri
  108. Info Kesihatan : Hilangkan Tekanan Dengan Sperma untuk Wanita?
  109. Apabila Kanggaroo Masuk Pekan |Video|
  110. Baru 4 Tahun Dah Berasmara di Tempat Terbuka ... Dunia ! Dunia
  111. Gambar Ustaz Azhar Disamakan Dengan Yahudi!
  112. Video:Perempuan kena belasah dalam bilik
  113. "KEMALUAN" lelaki putus

Tuesday, January 31, 2012

3
Komen
Dulu Kelantan Sekarang Selangor



Salam...

Alhamdulillah dapat juga mengupdate entry untuk hari ini. Sekali guru selama-lamanya guru. Sekali pengadil selama-lamanya pengadil. Walaupun saya seorang guru pada masa yang sama saya juga seorang pengadil FAM. Dulu saya dibawah persatuan KAFA. 

Namun begitu sekarang selepas dipostingkan di Selangor maka perlulah tukar persatuan dan kena isi borang baru di FAS pula.


Bertukar kepada


So, untuk pertukaran persatuan, kenalah isi borang ini...


P/s: Doakanlah kejayaan saya.=)





Dulu Kelantan Sekarang Selangor -

Monday, January 30, 2012

1
Komen
Jadual Ceramah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan 2

Assalamualaikum...

Berikut merupakan jadual cermah/ kuliah ilmu dari Ustaz Azhar Idrus untuk bulan 2 ini.


Bagi yang sesiapa duduk berdekatan dengan tempat yang dimaksudkan di dalam jadual tersebut maka ramai-ramailah untuk menjayakan program tersebut.
Jadual Ceramah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan 2 -

Sunday, January 29, 2012

2
Komen
Wordless 18

Wordless 18 -

2
Komen
Ustaz Azhar Idrus : Video suasana di Masjid Shah Alam



Salam...
Selamat malam, Dibawah ini adalah video suasana di masjid Shah Alam walaupun majlis ilmu ini bertembung dengan AJL yang juga diadakan pada malam ini.


Ustaz Azhar Idrus : Video suasana di Masjid Shah Alam -

3
Komen
Soal jwb Ustaz Azhar Idrus malam ni: 26 soalan kesemuanya.29.01.2012




Salam...
Alhamdulillah...bersyukur kepada allah keran ceramah UAI berjaya dijalankan tanpa sebarang gangguan. Sambutan yang diberi amat membanggakan dengan pengunjung yang hadir lebih kurang 30k lebih.

Berikut adalah soalan dan jawapan sewatu ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Shah Alam)


1. "Orang laki2 takleh pakai perhiasan perempuan. rantai leher perempuan cthnya. "Allah melaknat lelaki pakai pakaian perempuan." Sembahyang sah wlpn pakai emas. Sembahyang ditulis pahala, pakai yang salah (rantai emas tadi)ditulis dosa".

Pakai sebab sayang kat GF pun ada (haram):
BF: U malam2 pakai baju apa?
GF: I malam2 baju kelawar.
BF: I kelawar jugak.

2. Apa hukum lelaki tangkap curi gambar perempuan?
- Kalau gambar tu haram dilihat, maka gambarnya haram. Kalau publish expose kat public lak gambar tu dan memalukan dia, maka haram. Yang terbaik, kena minta izin tuan punya badan.

Perumpamaan perempuan oleh UAI:
"Org puang ni sama macam Lamborgini. Beli Lamborgini, gi Subang, tukar..buh side mirror Kancil. Org tanya, "Guaner tukar side mirror buh Kancil?" "Nak bagi nampak lawo." Takdok berlaku. Lamborgini semua molek, luar dalam semua lawa. Tak payah tukar pape dah. Orang puan macam tu gak, semua dah lawa, perfect Allah cipta." Perempuan itu aurat, bukan semua aurat tapi kebanyakkannya aurat. Yang mana2 amik gambar puang tak pakai tudung tu, henti2kanlah."

Orang puang dia pakai baju laki pun, orang geram tengok. Tu blm pakai baju perempuan.

3. "Berkat atau tak fotostat buku yang dilarang fotostat".
- Fotostat dengan kebenaran adalah lebih baik. Hukumnya dibolehkan. Cari keberkatan  
  dengan minta izin.

4. Saya kije syarikat isteri sy. Gaji 6000 sebulan. Tapi dia bagi 3K je kat saya, 3K lagi dia simpan, tak bagi penuh sebab dia takut sy kawin sorang lagi. Apa hukum?
- Jawabnya, jika kita setuju, oklah. Kalau tak setuju, kerja dengan orang lain.

5. Sorang maknyah tukar jantina lelaki kepada perempuan telah bertaubat. Kena tukar balik ke?
- Tak wajib buat pembedahan semula
- Tanggung akibat tak dapat kahwin dsb.
- Jika mudarat maka tak wajib, jika tak mudarat hanya perlu pembedahan minor, maka 
   perlu bedah balik.
- Sama macam tatoo, kalau satu tubuh penuh tatoo, nak buang balik bahayakan diri, maka 
   tak wajib buang.

6. Pegang tafsir Quran masa haid
- Boleh.

7. Solat pakai pakaian dalam je, tapi pakai kain semayang di luar. Hukum?
  -Kalo masa solat, nampak warna kulit belah dalam, tak sah. Kain nipis, tak sah semayang. 
 Yang sah, nampak bayang hitam sebelah dalam. Pakai dua lapis adalah terbaik. Laki camana 
  lak? Sama je. Nampak bayang makruh, nampak warna kulit (aurat kat dalam), batal.

8. Jika solat 5 waktu tidak cukup? Benarkah solat sunat tidak diterima?
Ada tiga pendapat:
- Selama mana tak cukup fardhu, maka tak diterima sebarang sunat.
- hendaklah kita tunaikan solat2 fardhu biar cukup, dan sedikitkan sunat. biar 5 fardhu jgn 
  kurang.
- diterima, sebab kita dah sembahyang.
Yang masyhur, tetap haram dan tidak diterima Allah solat sunatnya, jika tak cukupkan hutang solat fardhu 5 waktu.

9. Apa hukum tak bayar tol?
- Apa tujuan buat tol? Kalau buat tol utk memeras rakyat, takyah bayar. Kalau tujuan utk 
  membiayai jalanraya, jadi wajib bayar melainkan keadaan darurat. Tol yg ada skang, utk 
  maslahat org awam takleh nak beza, maka balik kepada hukum asal yakni kena bayar.

10. Jika isteri kuar tanpa izin, malaikat akan laknat sampai dia kembali semula rumah. Isteri kuar siasat suami ada skandal ke tak cari kebenaran (kemungkinan ada perempuan). Boleh ke?
- Isteri keluar rumah tanpa izin tanpa darurat memang haram. kemungkinan takleh, dia 
  boleh yang PASTI. kalau ada masalah, report kat QADI kejahatan suami spt tak bagi nafkah.

11. Saya photographer part-time. Sy upload gambar tak brtudung. Publish utk marketing je. Hukum?
- Benda yg haram, maka haram kita expose. Tidak boleh letak gambar dedah aurat. Haram 
  magazine2 yg ada gambar2 dedah aurat.
UAI: "Dengan kamera dia boleh masuk syurga jika gambar dia bawa manusia cinta kepada Islam."

12. Jauh nak pulangkan al-Quran tempat jauh.
- Mesti diwujudkan benda yg sama di tempat tu balik dengan harga yg sama (ganti dengan 
  bank-in duit ke apa ke). Tak perlu pergi ke tempat jauh tu untuk pulangkan.

13. Suami jenis ungkit.
- Tidak baik suami suka bangkit dan ungkit. bangkit boleh, tapi ketika isteri tu lalai utk 
  keinsafan. Suami yang benar2 suami dia berani tukar nyawa dia kepada isteri dia.

UAI:"Rima tangkap bini, tok imam lawan tak ngn rima? sayang bini ke syg rima, kalau syg bini, lawan rima." UAI: "mmg dop lawan lah. rima tolong amik..alhamdulillah. boleh bini lain."
UAI: "Payah nak cari yg penyayang macam saya"

14. Jamak ke rumah mentua di Ganu. Umah di Putrajaya. Boleh ke jamak?
- Kita boleh jamak bila musafir, Putrajaya - Tganu sebab bukan rumah kita. tak bermukim di 
  situ.
-3 hari dan kurang - musafir yg singgah. 4 hari dan ke atas - pemukim.

15. Boleh amik air wudhu' putus2? amik kat rumah, perabis di surau.
- Sunat selesaikan segera amik wudhu'. Nabi SAW pernah amik wudhu' dua tempat.

16. Dapati suami org lain ada skandal dengan perempuan lain. So kena bgtau isteri dia ke tak yang dia skandal?
UAI: jangan kabor kepada lawang, kabor kepada empunya diri. kita jumpa suami dia cakap ngn org puang. kita takleh kabor kat bini dia. kabor lah kat empunya diri. tanya dia utk tegur dan tahu perkara sebenar. jangan rosakkan rumahtangga orang.

17. Hukum doa fb.
- Berdoa dlm facebook; dengan niatlah jadi hukum yg berbeza2. Tujuan insaf, dapat pahala. 
  Tujuan nak nunjuk2, sia2 perbuatannya. Kongsi doa baik, dapat pahala.

18. Hukum dengar nyanyian perempuan bukan mahram
- perempuan bernyanyi tidak boleh pada ajnabi.
- suara ni ada dua hukum: suara aurat suara bukan aurat. Jika fitnah, haram.
- sebaiknya, perempuan jgn nyanyi di khalayak ramai meskipun lagu2 nasyid.

19. Mengata orang dalam berceramah.
- Kalau laknat, sebut nama boleh ke tak? Kalau yg Allah sudah sebut laknat itu dalam Quran. 
  Boleh kita sebut Allah laknat. ( Spt Allah laknat org kafir )
- "celakalah org yg tidak solat. celakalah org yg minum arak." - ada dalam nas
- ada nas, baru boleh kata. kalo tade nas, tak boleh kata.
- nasihat; benda yg lembut kita lembut, benda keras kena keras.
- jgn sebut nama kalau nak tegur dalam ceramah.

20. Hukum lelaki simpan rambut panjang:
- Laki boleh rambut panjang jgn sampai nampak macam puang. org kata pompuang takleh.
- Panjang, tapi masih nampak lelaki. boleh.
- Biarlah ada janggut dan misai, bolehlah rambut panjang senang nak cam sebagai lelaki.
- Berambut panjang tidak salah.

21. Ada 2 masjid dalam 100 meter dalam 1 mukim?
- Boleh pegi mana2 masjid, tidak ada masalah.

22. Bab mandi jenazah, aurat si mati bagaimana?
- Aurat mayat sama macam aurat org yg masih hidup.
- Umumnya, aurat wajib tutup antara ayah dan anak - pusat sampai ke lutut. tak boleh pakai 
  spender je depan anak. Anak yg masih kecik tak reti apa2 takpe, tak haram wlpn ayah dia 
  bogel.
- Wajib kena hormat mayat. Minimakan pemandi mayat sehingga 2 orang sebaik2nya. Aib 
  pada mayat jika org lain nampak aurat si mati.

23. Amalan diterima ke tak, menuduh hamba Allah wat benda buruk?
- amalan yg tidak diterima doa, doa org yg makan yg haram.
- kutukan kita berdosa. amalan diterima selagi mana tidak buat benda2 yg menghalang doa 
  diterima.

24. Terlepas rakaat: Tok imam tgh tahiyyat awal, dia baru mari..dia pun duduk tahiyyat. dapat ke tak rakaat? 
Tak dapat.

25. Bersumpah takkan kawin selain teman wanita? nazar atau sumpah?
- Sumpah dikira bila kata "Demi Allah." Cth:"Wallah, Tallah".
- Junjung Quran tak jadi apa, itu bukan sumpah.
- Dia boleh kahwin dengan org lain wlpn dah bersumpah atas nama Allah tp kena bayar 
  kafarah bersumpah, bagi makan org miskin.
- Iktibar lagu maher zain, "barakallahulakuma" utk ucap tahniah org kahwin. BUKAN KATA, "moga kekal ke anak cucu."

26. Soalan terakhir. Bolehkah sy selalu mandi wajib walaupun tidak junub. alang2 dah mandi, baik mandi wajib.
- Jwbnya: bid'ah. org tak suruh kenapa nak mandi wajib. mandi2 ni perintah Allah, takleh 
  nak main2. mandi wajib ada sebabnya tersendiri. niat bersuci macam biasa je lah 
 (thaharah), dapat pahala.

P/s : Yang pastinya 30K datang masjid dan 38k nonton di online streaming. Sharelah info ini hanya dengan click like di bawah ini.

Soal jwb Ustaz Azhar Idrus malam ni: 26 soalan kesemuanya.29.01.2012 -

Saturday, January 28, 2012

0
Komen
Jom Pakat-pakat p...


Salam...

Fenomena Ustaz Azhar Idrus masih belom reda. Hari ni lepas sembahyang magrib akan diadakan satu majlis ilmu di Shah Alam. Tempatnya di masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Shah Alam). 

Bagi sesiapa yang pergi majlis ini akan menerima ganjaran pahala dari Allah, kerana 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.


Ilmu agama boleh dipelajari dimana-mana.

Oleh itu marilah sama-sama kita pakat beramai-ramai ke sana nanti, pesanan saya disini berhati-hatilah ketika memandu sebab kemungiknan ramai yang akan kesana. Selamat beramal.
Jom Pakat-pakat p... -

13
Komen
Renungan Bersama : Realiti Seorang Guru Di mata Masyarakat sekarang

Salam...
Sepertimana yang kita ketahui, gaji untuk semua pekerjaan sektor awam dinaikkan dalam pembentangan badjet 2012. Akan tetapi, ia menjadi masalah selepas berlakunya propaganda yang x sedap didengari. Dan yang terbaru SBPA sah ditangguh  dan Gaji kakitangan awam Febuari 2012 ikut sistem saraan Malaysia (SSM).




Antara respon bagi orag kurang tidak berpuas hati:
  1. Cikgu kerja mudah, balik awal, pastu gaji banyak pula.
  2. Dahlah cuti banyak gaji jalan penuh pula tu.
Ok sat sebelum tu mai kita tengok apa tugas sebenar sebagai seorang guru yang dikatakan gaji tidak berbaloi dengan kerja yang digambarkan oleh golongan yang kurang matang ini.


  1. Time pertandingan bola.. cikgu jadi REFEREE 
  2. Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jadi JURULATIH
  3. Time aktiviti KH.. cikgu  jadi  PETANI
  4. Time kutip yuran.. cikgu  jadi  AKAUNTAN
  5. Time RMT.. cikgu  jadi  PELAYAN
  6. Time budak sakit.. cikgu  jadi  DOKTOR
  7. Time ceramah.. cikgu jadi MOTIVATOR
  8. Time hias kelas.. cikgu  jadi  PELUKIS SENI
  9. Time persembahan hari guru.. cikgu  jadi  KOMPOSER
  10. Time baiki kerusi rosak.. cikgu  jadi TUKANG KAYU
  11. Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu  jadi  TUKANG CUCI
  12. Time budak mencuri.. cikgu  jadi DETEKTIF
  13. Time budak wat persembahan... cikgu  jadi  PHOTOGRAPHER
  14. Time perkhemahan.. cikgu  jadi TENTERA
  15. Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM
  16. Time hari Guru... cikgu jadi PENYANYI
  17. Time gotong royong sekolah... cikgu  jadi TUKANG KEBUN
  18. Time masuk waktu solat.. cikgu  jadi  TOK IMAM
  19. Time mak bapak amek lambat... cikgu  jadi  BABY SITTER
  20. Time budak bergaduh.. cikgu  jadi HAKIM MAHKAMAH
  21. Time budak sakit kecemasan.. cikgu  jadi  PEMANDU AMBULANS
  22. Time merentas desa.. cikgu  jadi POLIS TRAFIK
  23. Time budak sedih.. cikgu  jadi PELAWAK

Ha tudia... bersusun kerja cikgu. Tak penah kenal erti lelah sebagi seorang pendidik anak bangsa. Tanpa dedikasi guru-guru siapalah anda sekarang dan juga saya sekarang. So kalau anda rasa apa yang saya katakan diatas ini tidak betul cuba anda bayangkan balik zaman anda sekolah dulu. 


Kalau murid dapat 5A, jarang kita tengok cikgu kena interview rahsia kejayaannya mendidik anak murid. Jarang kita tengok Cikgu diberikan hadiah, atau pengiktirafan kerana melahirkan seorang cendikiawan, apapun ingat guru-guru Allah Majikan tertinggi kita.InsyaAllah dia akan berikan kita ganjaran yang baik di dunia dan di akhirat... Amin


Kalau anda suka Share lah ye...

Renungan Bersama : Realiti Seorang Guru Di mata Masyarakat sekarang -

1
Komen
Gaji Kakitangan Awam Februari 2012 Ikut Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)


Pekeliling penangguhan skim gaji kakitangan awam SBPA telah pun diedarkan baru-baru ini. Kalau ikutkan pembayaran gaji SBPA kakitangan awam bermula 31 Januari 2012 yang berkuatkuasa sejak  1 Januari 2012 tetapi apakan daya, ada banyak lagi yang perlu diperbaiki.

Walaubagaimanapun, kalau dapat yang backdated, orang kata “selepuk” juga kalau memakan tempoh sepenuhnya sehingga 4 – 5 bulan untuk semakan semula dilakukan

Gaji Kakitangan Awam (SBPA) 2012 (Pengumuman & Berita Terbaru) :
  • Pembayaran gaji kakitangan awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)
  • Kepada kalangan kakitangan awam yang memilih menyertai sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), pembayaran  gaji SBPA kakitangan awam hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.
  • Perbezaan gaji bagi kakitangan awam yang sudah memilih SBPA tidak akan dibayar pada penghubung bulan Januari 2012 ini
Surat penangguhan SBPA

 Tangga gaji SBPA kakitangan awam akan dikaji semula. Kakitangan awam yang memilih SBPA tidak akan dapat kurang daripada yang ditawarkan sebelum ini malahan lebih lagi apabila kami rujuk semula kenyaan KPPA, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Tetapi mungkin pecahan pengagihannya lebih sekata berbanding skim SBPA ada yang ada sebelum ini.


5 Tuntutan Utama Semakan Semua Gaji SBPA Kakitangan Awam (Edisi Cuepacs) :
  1. mengkaji semula pindahan gaji bagi gred 54 dan ke bawah
  2. mengekalkan kedudukan kekananan yang ada dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA
  3. mengkaji semula kedudukan gaji kakitangan awam yang sudah lama mencapai tahap gaji maksimum
  4. mengkaji semula kenaikan gaji kakitangan awam antara tujuh dan 13 peratus
  5. semak kembali penstrukturan semula di semua peringkat gred
Selepas pelbagai topik SBPA yang dipaparkan oleh Berita Semasa diperbincangan secara hangat oleh kalangan pembaca setia di sini, anda boleh semak semula semua topik tersebut menggunakan ruang carian yang disediakan di laman ini ataupun boleh perhatikan senarai berita yang berkaitan di bahagian bawah ruang berita ini.

Dan, kami merasakan, ramai kakitangan awam yang sudah boleh menerima sedikit demi sedikit perkhabaran berita penangguhan pembayaran gaji SBPA kepada kalangan kakitangan awam, jikalau itulah pilihan yang ada dengan cara berlapang dada. Cuma…

Cuma yang pastinya harapan kalangan kakitangan awam yang memilih skim SBPA mahu melihat hasil penambahbaikan yang bakal akan dilakukan kelak selepas kajian semakan semula skim SBPA 2012 ini.

Dan sudah tentu juga penambahbaikan itu sepatutnya memberikan impak yang besar kerana ia telah menyebabkan gaji kakitangan awam yang memilih sbpa dan skim baru ini secara keseluruhannya ditangguhkan. Apa respon anda pula berita terbaru mengenai SBPA ini?
Gaji Kakitangan Awam Februari 2012 Ikut Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) -

Friday, January 27, 2012

5
Komen
Kenapa kita tak pandang meninggalkan SOLAT sebagai satu jenayah ???

Salam...
Perkataan "Solat" beerti DOA dan menurut istilah syarak, solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri salam dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum melakukan ibadat solat, seseorang itu mestilah terlebih dahulu menyucikan diri daripada hadas dan najis. Sekiranya ibadat solat itu dilakukan dalam keadaan dirinya kotor, maka amalan tersebut tidak sah. Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.




Barangsiapa yang (sengaja) meninggalkan solat fardhu lima waktu :-

Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun) 

Zuhur - Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.

Asar - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah

Maghrib - Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.

Isyak - Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."


Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:

Dunia
Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Sakaratul Maut
Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
(su'ul khatimah)
Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Alam Barzakh
Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
(Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)

Hari Qiamat
Hisab keatasnya menjadi sangat berat
Allah SWT tersangat murka kepadanya.
Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.


Namun begitu, kenapa kita tidak menganggapkan meninggalkan solat itu adalah satu jenayah??? Sesiapa yang meninggalkan solat bermakna kita telah melakukan jenayah kepada ALLAH s.w.t. Nak tahu lebih lanjut tonton video ni: Dihasilkan oleh TH filem




Pesanan ini ditujukan sebagai peringatan kepada diri saya sendiri dan juga semua yang membaca entry saya.
P/s: Kenapa perkara ini boleh terjadi fikir-fikirkanlah. Taksalah click share & like untuk tujuan penyampaian ilmu islam, sokongan anda amat saya hargai =)
Kenapa kita tak pandang meninggalkan SOLAT sebagai satu jenayah ??? -

3
Komen
Unifi - Perkhimatan pemasangan UNIFI

Apa sebenarnya pakej Unifi ni.Jom kita tengok.
Unifi merupakan salah satu pakej yang ditawarkan oleh TM tapi kali ni dengan kelajuan tinggi untuk residential ataupun business.Nama pun High Speed Broadband kan.So ignore pasal business.Kita fokus dekat pakej for residential sebab selalu ramai orang complaint pasal internet lembab kan. Nak blogwalking tak boleh, nak facebooking ta boleh, nak bukak Blog cikgu abbas tak boleh apatah lagi nak tengok video dekat Youtube. Dekat bawah ni antara pakej-pakej yang ada untuk residential.


Antara  kelebihan-kelebihan Unifi

  • Boleh download/upload movie dengan kelajuan yang tinggi depend on pakej.Sesuai untuk kaki sedut dan kaki upload
  • Boleh tengok TV melalui Hypp TV Channel
  • Bermain online games
  • boleh tengok cerita korea rilex je... 
Respon pegguna UNIFI
" In 10 minutes, it can download a full 1 hour TV series (eg. Lost, Survivor, Apprentice) or two episodes of a Sitcom (House, Friends, etc).350 Megabytes (MB) in 10 minutes." That’s light speed !!!


Lokasi yang dah ada Coverage Unifi
Kawasan Unifi terkini telah melebih 77 kawasan meliputi lebih 1.09 juta premis dan kediaman. Lembah Klang dan beberapa kawasan yang lain juga dah cover. 

Bangsar,Taman Tun Dr. Ismail,Subang Jaya,Shah Alam,Bukit Kemuning, Cyberjaya, Putrajaya, Damansara, Duta, Kepong, USJ , Lapangan Terbang Subang, Melawati, Puchong, Sungai Buloh, Wangsa Maju, Klang,Bayan Baru (Penang) - Business only, Bukit Tengah (Penang) - Business only, Kulim HiTech (Kedah) - Business only, Pernas (Johor) - Business only,Senai (Johor) - Business only

P/s: Perkhidmatan pemasangan UNIFIStreamyx BB, Design banner,banting, sticker,  dll yang berkaitan disediakan jika berminat sila hubungi saya di 
FB : Chegu abbas
email:cgabbas.amin@yahoo.com/
tel: 0195144117

Unifi - Perkhimatan pemasangan UNIFI -

Thursday, January 26, 2012

7
Komen
Benda Pelik Dalam Gambar



Dah jumpa belom ???
Benda Pelik Dalam Gambar -

Wednesday, January 25, 2012

6
Komen
Anwar vs Najib. Merdeka Center Kata Profesional Melayu Mahu 2 Pemimpin Malaysia Ini Berdebat!






“Najib dan Anwar tak perlu debat sebab budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini ” – kata Ahmad Maslan



Debat adalah salah satu budaya barat? Betulkah selama tiada diwujudkan budaya debat di Malaysia? Seingat kami, sejak daripada peringkat sekolah dahulu sudah diadakan debat ini. Kenapa apabila sebut debat sahaja, perlu dikaitkan dengan isu perkauman. Di mana rasionalnya Datuk?

Kemudian diperingkat ujian PTD contohnya, kalau sesiapa yang nak jadi PTD juga salah satu ujian dan cabarannya adalah berdebat ala parlimen. Bagus atau tidak?

Merdeka Review telah mencadangkan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan antara satu sama lain dalam satu platform debat berkenaan dasar dan pendekataan kerajaan mengurus negara. Hasil kajian Merdekaa Center :
  • Kalangan profesional-profesional Melayu berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan
  • Kalangan pembaca Berita Semasa pula?
Debat Anwar VS Najib : Pro Dan Kontranya?
  • Adakah ekonomi Malaysia akan runtuh jikalau kedua-dua pemimpin menghadiri debat tersebut yang hanya memakan masa sekitar 2-3 jam sahaja?
  • Adakah dengan hanya meluangkan masa 2-3 masa untuk berdebat Malaysia bakal muflis?

Debat bukannya bukan platform untuk dedah-mendedah antara satu sama lain, jatuh-menjatuhkan ataupun serangan peribadi. Debat diadakan bertujuan untuk bahas sesuatu isu dan dasar, dan akhirnya biarlah rakyat menilai jikalau ada titik persamaan dan penyelesaian.


Demokrasi hendaklah dijalankan secara adil untuk semua pihak, khususnya kerajaan dan barisan pembangkang disediakan platform yang sama rata untuk majukan polisi masing-masing.

Berdasar rekod, ini merupakan kali ketiga, berita debat Anwar VS Najib dilaporkan di Berita Semasa :
  1. Debat Najib Razak VS Anwar Ibrahim
  2. Anwar Ibrahim VS Najib Razak. Debat Pilihanraya Umum Ke 13. Apa Pendapat Anda?
Tetapi entah apa “silapnya” dan “masalahnya” debat Anwar VS Najib masih belum boleh menjadi realiti.

Ya…benar kami akui debat tidak boleh selesaikan semua masalah secara serta-merta. Tetapi….tetapi sekurang-kurangnya kita boleh tahu setakat mana seseorang pemimpin itu tahu apa yang dibuatnya, dan mampu melaksanakan dengan sebaiknya. Dalam pada masa yang sama mmbentangkan polisi yang baik untuk negara.

Debat Anwar VS Najib : Pembentangan “Blue Ocean Strategy” VS “Buku Jingga”

Dan inilah masa yang terbaik semasa debat Anwar VS Najib nanti, masing-masing mempunyai peluang berhadapan antara satu sama lain yang mana :
  • Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri) membentangkan “Blue Ocean Strategy”
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) membentangkan Buku Jingga
Kedua-dua pihak berpeluang sampaikan polisi masing-masing kepada rakyat secara terus dan meluas. Berikanlah peluang dan ruang pula untuk mengajakotak rakyat Malaysia sekali-sekala berfikir dan biar rakyat yang mengadilinya serta membuat keputusan.
  • Seorang mengatakan di media arus perdana yang si dia ini seorang peliwat negara
  • Seorang lagi mengatakan di siri ceramahnya yang si dia ini terlibat dalam rasuah & pembunuhan gadis asing
Nah, cadangan telah diberikan untuk kalangan kedua-dua pemimpin ini. Berhadapan antara satu sama lain di hadapan rakyat secara langsung dan berdebatlah mengenai isu-isu dasar dan kepentingan kepada negara.

P/S :  Apa pendangan anda pula dengan cadangan diadakan debat Anwar Vs Najib sebelum pilihanraya umum ke 13 yang akan diadakan bila-bila masa daripada sekarang?

Setuju Diadakan debat Anwar VS Najib?


Tolong click share untuk pengetahuan ramai, sokongan anda amat dihargai
Anwar vs Najib. Merdeka Center Kata Profesional Melayu Mahu 2 Pemimpin Malaysia Ini Berdebat! -

2
Komen
Simbah kakak air panas



KOTA BHARU – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menyimbah air panas pada kakaknya dalam kejadian di Salor di sini, Julai tahun lalu.

Tuduhan terhadap A’ariful Bakhrie Mohd Nor, 29, dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja mencederakan Leeza Watee Mohd Nor, 43, dengan menyimbah air panas pada mangsa di sebuah rumah di Kampung Telok Kandis di sini, pada jam 11 pagi, 8 Julai 2011.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah.

Susulan pengakuan itu, Mohd Fazaly Ali menetapkan sebutan semula pada 22 Februari depan sementara tertuduh dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan bersyarat.

“Kamu tidak dibenarkan mendekati mangsa. Sekiranya mahkamah mendapat aduan kamu mendekatinya, maka jaminan kamu akan ditarik balik atas faktor keselamatan mangsa,” katanya.

Simbah kakak air panas -

2
Komen
Bayi Mati Tercampak dari van


Salam...
Inalillahiwainailaihirajiun... Sedih selepas membaca surat khabar  mengenai kemalangan yang menyebabkan kematian keterengan lanjut baca bawa ini.



SEREMBAN: “Sejurus van itu terbalik, semua ahli keluarga termasuk saya menyahut apabila nama kami dipanggil kecuali arwah yang kemudian disedari sudah tidak bernyawa lagi,” kata mangsa yang juga saksi kejadian kemalangan, Suhana Sofia Omar, 27. 
Ketika kejadian jam 6.45 pagi, semalam mereka dalam perjalanan ke Johor Bahru selepas di Langkawi. 
Sebaik tiba di Kilometer 254.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, Senawang, tiba-tiba van yang dinaiki terbabas menyebabkan seorang kanak-kanak, Danish Abdul Latif, 6, tercampak keluar sebelum dihempap van itu.
Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Kemalangan itu turut menyebabkan ibu mangsa, Zurina Omar, 36, yang mengandung dan bapanya, Abdul Latif Abdul Rahim, 38, enam ahli keluarga lain termasuk dua kanak-kanak lelaki berusia setahun dan 10 tahun tercedera. Suhana berkata, mereka sekeluarga bercuti di Langkawi selama beberapa hari terlebih dulu pergi ke Pulang Pinang. 
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, saya nyenyak tidur terkejut apabila mendapati van dinaiki berpusing dan terbalik. Saya kemudian berasa pelik apabila arwah tidak menyahut,” katanya. 
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.


P/s:  
Berhati-hatilah Di jalan raya ingatlah orang yang tersayang.

Bayi Mati Tercampak dari van -

0
Komen
"Malaysia" layak ke Final


Salam...
Perghhhh... layak pon Malaysia ke final. Layak apa weh, nak tahu apa yang layak jom baca bawah ni.



PENJAGA gol, Tim Heaton muncul wira apabila ketangkasannya membantu 'Malaysia' mencatat sejarah buat julung kali layak ke final Piala Liga selepas menewaskan Crystal Palace 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti awal pagi semalam untuk bertemu Manchester City atau Liverpool di Stadium Wembley pada 26 Februari ini. 
Perkataan ‘Malaysia’ itu merujuk kepada kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Cardiff City yang dimiliki rakyat negara ini, Datuk Chan Tien Ghee bangkit daripada kekalahan 1-0 di gelanggang lawan dalam separuh akhir pertama di laman sendiri. 
Nama Malaysia selaku penaja jelas tertera pada dada jersi pemain Cardiff dan kejayaan itu harus mencipta bangga buat kita apabila jenama berkenaan bakal disaksikan secara kerap jutaan penonton pada hari perlawanan nanti. 
Heaton yang dipersalahkan selepas membenarkan jaringan dalam perlawanan separuh akhir pertama bagaimanapun muncul wira apabila menyelamatkan dua sepakan awal Palace diambil Jermaine Easter dan Sean Scannell sekali gus memastikan kemenangan Cardiff. 
“Ini malam cukup hebat buat Cardiff. Bagi kebanyakan perlawanan saya lebih sebagai penonton tetapi adalah cukup bermakna apabila menjadi sebahagian individu yang membawa Cardiff ke Wembley kali ini,” kata Heaton.

Mungkin satu hari nanti Skuad Malaysia yang original akan mencapai cita-cita untuk menyaingi negara-negara Eropah yang lain. Sama-sama kita doa kan

"Malaysia" layak ke Final -

0
Komen
Adakah pengadil perlu dipersalahkan ???





Salam...
" ‎23 Jan 12 yang lalu Berita Harian, Sukan, Muka Surat 31:- T-TEAM SALAHKAN PENGADIL
Kenyataan diatas merupakan tajuk berita yang siarkan oleh berita harian mengenai ketidakpuashati T-Team kepada pengadil pada malam tersebut iaitu Muhammad Nazmi Bin Nasaruddin yang melayangkan kad merah kepada Shahril Faizal Sharifudin selepas menjatuhkan Ashaari Samsudin pada minit ke-20. 

Dengan tidakan beliau terus boleh membuktikan mutu pengadilan bola sepak negara masih lemah ??? Mana punya hakim dia pakai ni ? Betul ke salah pengadil ??? Kalau betul tolong bagitau saya mana dimana salahnya tindakan pengadil tersebut. 


Jom kita tengok video di bawah ini.



Dah tengok bukan, ok dimana kesalahan pengadil tersebut sedangkan penyerang tersebut terang-terangan membawa bola bergerak menuju kearah gol, kemudian ditackle oleh pemain pertahan dalam kawasan penalti. Dan disitu telah menunjukkan pertahanan T-Team telah mengagalkan peluang yang jelas untuk menjaringkan gol untuk pihak lawan.  Maka memang betullah tindakan pengadil pada malam tersebut menunjukkan kad merah kepada pihak yang melakukan kesalahan dan memberikan sepakan penalti kepada Terengganu.


Tips dari pengadil Subkhidin
Ok untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana pemain tersebut boleh dikenakan perintah keluar dan juga boleh ditunjukkan kad merah. Selepas anda membaca slide dibawah ini mungkin anda dapat menilai adakah keputusan pengadil pada malam tersebut betul ke salah dan fikir-fikirkanlah semua wahai peminat bola sepak Malaysia. 


chegu abbas - Law 12 contoh contoh caution sentoff bm 

chegu abbas - Law 12 Misconduct BM-Contoh Hukuman



Saya disini bukan hendak menyebelahi mana-mana pihak tetapi itulah kenyataannya. Bagimana kalau anda pula diluar sana menjadi pengadil ??? 


P/s: Andai maklumat yang saya berikan adalah salah sila tegur. 




Akan datang : Bagaimana hendak menyelesaikan masalah salah faham keputusan pengadil antara pemain dan jurulatih? 
| bagi sesiapa yang mempunyai Idea-idea bernas sila email ke cgabbas.amin@yahoo.com |

Tolong click share kepada pengadil-pengadil yang membaca info ini. Sokongan anda amat diperlukan dalam memartabatkan mutu Pengadilan bola sepak Malaysia.





Adakah pengadil perlu dipersalahkan ??? -

4
Komen
Lelaki peluk mayat teman wanita terjatuh bangunan lebih sejam

Salam...
"Cinta sampai Mati"  Itulah ayat yang sesuai diberikan kepada seorang lelaki yang memeluk teman wanitanya sudah mati akibat terjatuh dari tingkat 17. Untuk keterangan lanjut baca bawah ini.

GEORGETOWN: Polis mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk seorang lelaki melepaskan mayat teman wanitanya daripada pelukannya, yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 17, Flat Taman Utara, Batu Uban, awal pagi ini.

Jurucakap polis berkata, kira-kira jam 1.15 pagi, polis menerima laporan daripada orang awam bahawa terdapat dua mayat yang dipercayai terjatuh dari bangunan flat berkenaan. 


"Namun bila polis tiba di sana, hanya ada satu mayat wanita yang sedang dipeluk erat seorang lelaki berusia 20-an sambil terbaring di sebelah mayat itu dan dia dipercayai teman lelaki si mati," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. 
Katanya, polis terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk lelaki itu melepaskan mayat teman wanitanya itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Baktiar Kassim ketika dihubungi berkata, mayat wanita berumur 22 tahun itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes itu setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - BERNAMA

P/s: Jagalah teman wanita sebaik mungkin kerana wanita kalu dah sayang macam-macam boleh jadi tau.
Lelaki peluk mayat teman wanita terjatuh bangunan lebih sejam -

Arkib Chegu