Pages

Sunday, April 29, 2012

Penyokong B.E.R.S.I.H kena sound wei !!!

Assalamualaikum...


Semalam negara kita berlangsung satu perhimpunan yang tidak asing lagi iaitu perhimpuna BERSIH 3.0. Untuk pengetahuan semua saya tidak berpihak mana-mana pihak, cuma disini saya nak menekankan bahawa petingnya bahasa kerana BAHASA MELAMBANGKAN BUDAYA KITA. nak tau lebih lanjut lagi saksikan video ni.




P/S: Bahasa Melayu mudah untuk dikuasai !!! Bantah bantah la jugak no...kalau x mau bantah mcm gambaq dekat atas  ni.

Friday, April 20, 2012

6 Gempa Bumi DIcatatkan Hari ini

Assalamualaikum...


Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.

Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan gempa bumi melanda Malaysia. Adakah gempa bumi akan terjadi di Malaysia lagi? 

Untuk hari ini sebanyak 6 gempa bumi di catatkan oleh Malaysian Meteorological Deparment, semua gempa bumi yang dicatatkan itu berlaku di Indonesia.

P/s: Ingatlah segala yang terjadi itu adalah peringatan Allah kepada Hambanya.

Monday, April 16, 2012

KERJAYA GURU : Lisa Surihani akui kerjaya guru lebih mencabar



PELABUHAN KLANG - Pelakon Lisa Surihani mengakui bahawa kerjaya sebagai guru pada masa kini berdepan dengan cabaran berganda jika dibandingkan dengan pengalamannya yang pernah menjadi seorang guru sandaran, sembilan tahun lepas.

Beliau dan suaminya, penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim merupakan antara selebriti yang dipilih untuk menjayakan program 'Teach For Malaysia (TFM) Week' di mana mereka memainkan peranan sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendamaran Jaya di sini hari ini.

Lisa berkata pengalamannya mengajar di sekolah itu membuatkan beliau lebih menghormati profesion guru.

"Pengalaman saya hari ini memang jelas membuktikan bahawa bukan senang untuk jadi seorang guru. Cabarannya bertambah mengikut peredaran masa terutamanya dari aspek menarik perhatian dan tumpuan pelajar.

"Saya mengalu-alukan rakyat Malaysia menyokong dan mengambil bahagian dalam program TFM ini," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
   
Lisa dan Yusry masing-masing meluangkan masa selama sejam mengajar di dua buah kelas tingkatan satu di mana Lisa mengajar subjek Geografi manakala Yusry mengajar subjek Bahasa Inggeris.

Selain kedua-dua artis itu, mereka yang mengambil bahagian dalam program anjuran TFM yang bermula hari ini sehingga 20 April ini mewakili sektor perniagaan, kewangan, perkhidmatan awam, pendidikan dan hiburan.

Mereka dijadualkan mengajar di sekolah kawasan Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor, Petaling Perdana dan Hulu Langat di Selangor; Sentul dan Keramat di Kuala Lumpur; dan Tampin, Jelebu serta Kuala Pilah di Negeri Sembilan.

TFM adalah sebuah badan bebas bukan mencari keuntungan yang menyenaraikan bakal pemimpin masa depan Malaysia paling menyerlah dalam misinya untuk menghapuskan keadaan tidak saksama dalam bidang pendidikan.

Sejak Januari 2012, kohort pertamanya yang terdiri daripada 50 felo, menjadi pengajar di sekolah berkeperluan tinggi di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

TFM sedang mencari 70 lagi felo untuk kohort barunya bagi 2013.

sumber : Sinar harian

Sunday, April 15, 2012

Tugasku direcord secara langsung di LIVE STREAMING








Assalamualaikum...
Alhamdulillah semakin hari semakin jauh aku mengorak langkah, walaupun aku masih baru di bumi Selangor ini tetapi hari ini telah berkembang ke Kuala Lumpur. Tugas sebagai seorang pengadil hari ini telah berlangsung secara live petang tadi di internet ( http://www.livestream.com/krubf ) kepunyaan seorang Datuk. 

Jom saksikan perlawanan antara  Liga EPL Juara Juara SKSM - QPR vs T. Hotspurs dan M. City Vs Cardiff city




QPR vs T. Hotspurs



 M. City Vs Cardiff city


ALhamdulillah... Selesai sudah

Monday, April 9, 2012

Gelaran Doktor pada DR. Rozmey di Tarik Balik

Siapa tidak kenal dengan DR. Rozmey? Rasanya pasti ramai diantara kita yang kenal dengan nama itu atau paling tidak pernah mendengar nama DR. Rozmey itu.  Terkenal dengan JUS MATE 5 nya iaitu produk untuk menguruskan badan, nampaknya sekarang telah timbul isu terbaru iaitu Gelaran Doktor pada DR. Rozmey di Tarik Balik.


Gelaran doktor pada doktor rozmey telah pun ditarikbalik berkuatkuasa untuk tempoh 2 tahun kerana melanggar etika "dalam bidang perubatan". Alasan lebih spesifik tercatat di bawah neh. Rupanya selama neh dia menipu tentang diri dia yang konon nya pakar dalam menguruskan pesakit obesiti "penyelidikan".  Kenapa lah nak menipu.

SEBAB DITARIK BALIK GELARAN :


Seorang doktor yang rupanya belajar perubatan bertahun2 lamanya, akhirnya gunakan ilmu yang dia ada untuk tipu orang agar segera jadi kayarayawan yerk? Sebenarnya nak meniaga tak salah. Tapi gunalah etika yang betul. Tak perlu lah nak menipu semua tue. Bila dah kantoi kan dah malu. Macam mana Doktor Romzey?

Sumber Gelaran Doktor pada DR. Rozmey di Tarik Balik : sozcyili

Saturday, April 7, 2012

Pertembungan 2 Alam

ASSALAMUALAIKUM...
PERHATIAN !!! INI BUKAN EDIT FOTOSHOP. GAMBAR INI DIAMBIL OLEH SEORANG ANGGOTA POLIS YANG SEDANG MEMBUAT RONDAAN. KEJADIAN INI BERLAKU KETIKA BELIAU INGIN PARK KERETA DI TEPI JALAN UNTUK BEREHAT DI JALAN SEKSYEN 17 DAMANSARA YANG BERHAMPIRAN DENGAN TOL SPRINT. GAMBAR INI DIAMBIL SENDIRI OLEH BELIAU SEWAKTU BELIAU BERADA DI DALAM MPV POLIS. KALAU TAK PERCAYA DATANG KOTA DAMANSARA... TENGOK BETOL2. GAMBAR DIBAWAH INI.... HANYA ALLAH SAHAJA YANG MENGETAHUI.


Tuesday, April 3, 2012

NEW PRODUCTS || SCHOOL ANSWERING MACHINE !!!

Assalamualaikum semua...

Perhatian kepada guru-guru di Malaysia hihihihi... Produk terbaru akan dikeluarkan untuk mengatasi masalah masalah murid-murid di sekolah dan tekanan daripada ibu bapa.


P/s: Realiti guru sekarang !!!