.....

  1. RPT KSSR PJ Tahun 4 2014
  2. RPT KSSR PJ/PK tahun 1, 2 , 3, 4 |2014| - ON SCRIBD
  3. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 3 2014
  4. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 3 2014
  5. RPT KSSR MATEMATIK TAHUN 2 2014
  6. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 1 2014
  7. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 1 2014
  8. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 2 2014
  9. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 2 2014
  10. LANGIT TAK SELALU CERAH
  11. PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) 2013
  12. VIDEO METEORIT TERHEMPAS DI RUSSIA
  13. Siapakah CHEGU FATIN ni ?
  14. KEBAKARAN DI TAMAN PERUMAHAN AWAM TANAH MERAH,JITRA
  15. Maharaja Lawak Mega 2012
  16. GAMBAR & VIDEO | PALESTIN DISERANG ISRAEL
  17. KONFLIK PALESTINE DAN ISRAEL
  18. Gambar & Video Taufan Sandy : New York Hampir Tenggelam (peringgatan Allah)
  19. HARI ANUGERAH CEMERLANG SKBBSB 2012 - Permata Gemilang
  20. APABILA FAHAMAN SYIAH MENGUASAI DIRI !!!
  21. From Liyana Adnan: Saya Minta Maaf |untung laa sape jadi cikgu.. |
  22. Semangat Merdeka dari murid-muridku
  23. Seni Rambut || water balloon hair
  24. Maklum balas || Khas untuk Liyana Adnan : " Untung laa sape jadi cikgu " |
  25. Bapak Segala Meriam ONLY in Kuala Kangsar
  26. "Kerja aku gosok gigi badak "
  27. TIPS DIET IKUT DARAH
  28. Angkasawan Neil Armstrong meninggal dunia
  29. Nasyid Dangdut
  30. Aku Rindu PadaMU Ya Rasulullah
  31. VIDEO||Mr Bean (Rowan Atkinson) Opening Ceremony - London 2012
  32. Bangladesh can't help Rohingya: PM Sheikh Hasina
  33. Promo Twilight Raya 2012
  34. BONUS HARI RAYA
  35. wordless:tepi kain
  36. Happy Born Day MY Fren
  37. Salam Ya Ramadhan
  38. Kenali Hackers
  39. Mata Pelajaran PJ dipinggirkan
  40. KEDUDUKAN SEMASA EURO 2012
  41. Roti Meriam Sempena EURO 2012
  42. Jadual Perlawanan EURO 2012"
  43. Tsunami Lagi Dekat Penang !!!"
  44. Penyokong B.E.R.S.I.H kena sound wei !!!"
  45. 6 Gempa Bumi DIcatatkan Hari ini"
  46. KERJAYA GURU : Lisa Surihani akui kerjaya guru lebih mencabar"
  47. Gelaran Doktor pada DR. Rozmey di Tarik Balik"
  48. Pertembungan 2 Alam"
  49. SAFEE SALI MENUNAIKAN IMPIAN "BUDAK BADAN BESAR"
  50. MY Convocation DAY
  51. Hari Terakhirku - Original BY AlangKhoma
  52. Gambar : Kem Kepimpinan Pengawas SK Bandar Baru Sungai Buloh (Sebelum)
  53. Roadblock Malaysia Vs Roadblock Luar Negara
  54. Pekerja KFC Bergaduh Dengan Pelanggan
  55. Chipita sudah sampai Kedah
  56. WORDLESS 19:"HARI"
  57. Sayangnya binatang ini kepada tuannya...
  58. Bahagian 1 : Siapakah nak uruskan Jenazah Ibu Bapa Kita wahai anak-anak ?
  59. Video : Kesian tapi lucu ! Marah sampai tercabut gigi
  60. Jutawan Bola Sepak Pertama Malaysia - Safee Sali
  61. Dulu Kelantan Sekarang Selangor
  62. Jadual Ceramah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan 2
  63. Video ceramah di Masjid Shah Alam
  64. Renungan Bersama : Soal jwb Ustaz Azhar Idrus malam ni: 26 soalan kesemuanya.29.01.2012
  65. Renungan Bersama : Realiti Seorang Guru Di mata Masyarakat sekarang
  66. Ustaz Azhar Idrus datang Shah Alam
  67. Gaji Kakitangan Awam Februari 2012 Ikut Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)
  68. Kenapa kita tak pandang meninggalkan SOLAT sebagai satu jenayah ???
  69. Perkhidmatan pemasangan UNIFI
  70. Benda pelik ???
  71. Anwar Vs Najib berdebat
  72. Simbah kakak dengan air panas
  73. Bayi mati tercampak
  74. Malaysia Layak ke final
  75. Adakah pengadil perlu dipersalahkan ???
  76. Lelaki peluk manyat teman wanita
  77. TIPS : MENGENAI ASPEK PENGADILAN DARI BEKAS PENGADIL FIFA KITA..-SUBKHIDDIN MOHD SALLEH-
  78. Makan FB,tido FB
  79. Rintihan Sayu Fifi
  80. Kepala berkecai kena mercun
  81. Polis Siasat Pelajar IPT jual Baucar
  82. Aku Perlukan Boyfriend
  83. Gempa kuat landa selatan Pulau Fiji
  84. 15 nelayan Filipina maut ditembak
  85. Baucer Buku RM200 1Malaysia. Wajarkah Dijual Semula Sesuka Hati?
  86. Keadaan rumah pemilik FERRARI
  87. Eskelator penduduk setinggan !!!
  88. Video:Maradona vs pele
  89. Video:Lelaki Kena Belasah Sebab Tak Mahu Berasmara
  90. Baucer Buku Di Jual di MUDAH.my
  91. Adik pemain badmiton negara ditikam
  92. Tonton Tv Online
  93. Penempatan PTD Dalam Sistem Pengurusan di Kementerian Pelajaran? Apa Pendapat Guru-guru?
  94. Gelombang Ombak Rindu
  95. Pasukan Senior Swit.- Nurul A’in Wahida Abu Bakar | EX-IPG KKB
  96. wordless # 18 - Alhamdulillah
  97. Atlet pecut Perancis yang bakal menggegar dunia Olahraga - CHRISTOPHE LEMAITRE
  98. |video| wanita kena tikam 70 kali tak mati x18sg
  99. Video kematian Izwan Pilus di hospital
  100. Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Dalam Paru Paru
  101. Hari Pertama Aku Di SK BANDAR BARU SUNGAI BULOH
  102. KISAH MALAM PERTAMA !
  103. Gambar Isteri Di Ranjang Bersama Lelaki Lain Punca Penceraian Hattan?
  104. Lagi Kes Dekat China, Perempuan kena Tikam Depan Orang Ramai
  105. Persediaan perkara-perkara penting sebelum posting/lapor diri
  106. Info Kesihatan : Hilangkan Tekanan Dengan Sperma untuk Wanita?
  107. Apabila Kanggaroo Masuk Pekan |Video|
  108. Baru 4 Tahun Dah Berasmara di Tempat Terbuka ... Dunia ! Dunia
  109. Gambar Ustaz Azhar Disamakan Dengan Yahudi!
  110. Video:Perempuan kena belasah dalam bilik
  111. "KEMALUAN" lelaki putus

Thursday, June 30, 2011

10
Komen
Kesian , Kelakar Semua Ada..



Assalamualaikum semua ... Jom g sembayang Jumaat...sebelum nak pegi tu sempat lagi buat entry no...hihihi...ni nak kongsi sikit pasal ada satu kes ni. Cuba tegok video ni, agak-agakkan salah sape? Macam mana lah budak ni boleh jadi macam ..Leh bagi pendapat sikit pasal video ni...pas tu nanti kita buat kesimpulan bersama. Caring is Sharing hihihi...Bye...tengok la video ni ye....


video

Jangan lupa bagi pendapat tau or apa-apa yang anda lihat dari video ini...Salam.

Kesian , Kelakar Semua Ada.. -

Wednesday, June 29, 2011

16
Komen
Siapa Kawan Siapa Sahabat

Assalamualaikum semua hari ni chegu ada la sikit nak creta pasai siapa kawan siapa sahabat cuba baca bawah ni...



Siapa kawan?
Kata orang kawan tu ramai time ketawa...
Tapi aku ada kawan yang tumpang menangis..
Tapi tangisannya 'tak real'... aku tahu...

Siapa sahabat?
Kata orang sahabat ni cukuplah satu..
Tapi aku juga ada orang yang katanya sahabat..
Tapi lakonannya 'tak real'... aku tahu...

Siapa kawan?
Kata orang kawan tu lari time kita susah..
Tapi aku juga ada kawan yang bersama time sedih..
Tapi adanya dia 'tak real'... aku tahu..

Siapa sahabat?
Kata orang sahabat itu susah senang ada di sisi..
Tapi aku juga ada orang yang ada di sisi selalu..
Tapi adanya di sisi 'tak real'... aku tahu...

Siapa kawan siapa sahabat?
Kawan tu semua orang yang kita jumpa...
Mungkin lama kita kenal dia..
Mungkin baru kenal sekejap tadi..

Siapa kawan siapa sahabat?
Sahabat tu tak 'declare' dia sahabat...
Mungkin dia tahu dia sahabat kita...
Mungkin dia tak mahu kita tahu...

Siapa kawan siapa sahabat?
Kawan dan sahabat boleh kita kenal...
Cuba tabur sikit 'gula pasir' kat depan kita...
Ramai kawan yang datang tetiba..

Siapa kawan siapa sahabat?
Kawan dan sahabat boleh kita cam..
Cuba buat cerita sedih sikit...
Sahabat akan 'comfort' tapi kawan akan tambah 'cili'...

Siapa kawan siapa sahabat anda?
Cuba periksa balik..
Cuba halusi balik...
List-list nama yang ada...

Tepuk dada tanya selera
Renung-renungkanlah....


Siapa Kawan Siapa Sahabat -

Monday, June 27, 2011

8
Komen
Adakah Komunis Akan Kembali ???



Persoalannya, tidak puas lagikah apa yang diberikan oleh kerajaan, keamanan, kemudahan ??? Sedangkan negara-negara lain yang hidup dalam keadaan susah ditemani dengan peluru-peluru dikala malam menjelma. makan entah kemana, kais pagi makan pagi kais petang makan petang, sedih apabila melihat setiap hari ada sahaja pembunuhan berlaku tidak kira anak-anak kecil, orang tua dibunuh tanpa belas kasihan. Tidak bersyukur lagikah keamanan yang ada di Malaysia yang aman ini. 


Dulu semasa nenek moyang kita sanggup berjuang bermati-matian semata-mata ingin mempertahankan negara dari penjajah yang mahu memerintah Malaya waktu itu. 



Kita tengok balik sejarah komunis dahulu, apa yang telah mereka buat pada peristiwa Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.

Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru. Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban. Cuba lihat apa yang Komunis buat ??? Masih lagi hendak memperjuangkan Komunis yang dahulunya telah memberikan kesusahan yang amat perit sekali bagi penduduk Tanah Melayu.



Hari ini , Polis menahan 31 ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S Jayakumar Devaraj selepas menemui bahan mengandungi unsur komunis dan penentangan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Usaha kumpulan ini seakan-akan membawa ke arah penentangan dan peperangan kepada Yang di-Pertuan Agong. Sudah-sudahlah, tak payahlah kita bangkitkan lagi kemarahan orang ramai padahal kita dah tahu Komunis ini dalah satu parti yang tidak menguntungkan oleh itu bawak-bawaklah bertaubat.



Kepada rakan-rakan blogger chegu adakah anda bersependapat dengan chegu atau sebaliknya, apakah komen anda tentang isu ini??
Adakah Komunis Akan Kembali ??? -

Sunday, June 26, 2011

4
Komen
PokoK Lapar

Hari ni terbaca satu artikel mengenai pokok yang unik. Sebelum ini mungkin kita hanya ingat bahawa pokok menjalani proses fotosintesis. Zaman sekarang mungkin pokok ingin mengubah selera makan rasanya, so makan la apa yang ada berhampiran dengannya. Takkan x percaya mari tengok gambar ni hihiih...

Motor kena ngap...

Habis papan tanda =)

Telan..=0

Kora pon nak main..=P

Nak panjat tapi x lepas,.. +)

Unik no..

Telan.


Macam mana la kalau ada berita manusia kena makan dipokok hihhi...

PokoK Lapar -

0
Komen
PENGURUSAN KECEDERAAN SUKAN

1. Definisi bantu mula dan bantuan kecemasan
Bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada seseorang yang tercedera sebelum mendapat rawatan lanjut atau sebelum ketibaan ambulans doktor atau pakar perubatan.

2. Peranan pengamal asas bantu mula dalam sukan
·         Menyelamatkan nyawa
·         Menghadkan kesan-kesan kecederaan
·         Menggalakkan pemulihan

Kaedah menghadapi kecemasan
  • ·         Nilaikan dengan pantas dan tenang peristiwa yang berlaku
  •  Lihat dan awasi bahaya lain terhadap diri anda dan magsa kecederaan
  • Jangan letakakn diri anda dalam sebarang bahaya
  • Mamstikan bahaya kecemasan selamat
  • Menilai semua kecederaan dan memberi pertolongan cemas
  • Meminta bantuan


Prinsip perkhimatan kecemasan perubatan
  • ·         Menilai sesuatu keadaan dengan pantas dan selamat, kemudian meminta bantuan yang sewajarnya 
  • Mengenal pasti secepat mungkin kecederaan atau bentuk kesakitan yang mengakibatkan kecederaan
  • Memberi rawatan awal yang sesuai mengikut keutamaan
  •  Memastikan mangsa dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan doktor
  • Menunggu mangsa kecederaan sehingga diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab


PENDARAHAN DAN LUKA TERBUKA
a.       Pendarahan :- Pendarahan “hearmorrhage” dikelaskan mengikut jenis
Saluran-saluran yang rosak atau tercedera.

PENDARAHAN TERBAHAGI TIGA:


Pakaian dan peralatan sukan
Pakaian
·         Harus normal, sesuai dengan saiz tubuh badan & membenarkan penyejatan peluh berlaku

Peralatan
·         Sesuai dengan umur, ketinggalan & keupayaan fizikal individu agar membolehkan individu agar membolehkan individu aktiviti sukan serta mengurangkan risiko kecederaan
·         Peralatan perlu sentiasa berada dalam keadaan baik & selamat.

Peralatan Keselamatan
·         Pemain harus memakai peralatan keselamatan semasa bersukan

Padang & Gelanggang
·         Harus mempunyai ciri-ciri Keselamatan & tidak bahaya Kepada pengguna

Peralatan Pertandingan
  • ·         Penganjur pertandingan peringkat umur harus mengutamankan keselamatan &peraturan pertandingan sesuatu sukan
  • ·         Peraturan pertandingan boleh diubah suai mengikut keadaan dengan memberikan keutamaan kepada aspek –aspek keselamatan


Adalah penting sebelum memulakan sesuatu aktiviti fizikal kerana ia membawa faedah kepada fizikal & mental seseorang.

Tujuan:
·         Menaikkan suhu badan


Sambungan...akan datang.
PENGURUSAN KECEDERAAN SUKAN -

Saturday, June 25, 2011

0
Komen
Datuk Lee Chong Wei Mara KE Final






PEMAIN badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei  kini semakin hampir untuk merangkul gelaran Siri Super Premier Terbuka Indonesia selepas menewaskan pemain China, Chen Long, semalam.
Pilihan pertama kejohanan itu tidak menghadapi laluan sukar apabila menundukkan Chen Long, 21-17,21-18 di Istora Senayan. 
Beliau akan bertemu pemain Denmark, Peter Gade yang sebelum itu menewaskan pemain Jepun, Sho Sasaki, 21-11,21-14.

26 Jun 2011 (Akhir)
  
Live at Astro SuperSport C811 | 2.30pm

 Perseorangan Lelaki 

Chong Wei Lee [1] (MAS) 
vs
Peter Hoeg Gade [5] (Denmark) 



Beregu Lelaki
Cai Yun / Fu Haifeng (China)
vs 
Biao CHAI / Zhendong GUO [8] (China)


 Perseorangan Wanita


Saina NEHWAL [4] (India)
vs
Yihan WANG [3] (China) 



Beregu Wanita


Vita MARISSA / Nadya MELATI (Indonesia)
vs
Xiaoli WANG / Yang (F) YU (China) 

   
Beregu Campuran

Tantowi AHMAD / Liliyana NATSIR [4] (Indonesia)
vs
Nan ZHANG / Yunlei ZHAO [1] (China)


Datuk Lee Chong Wei Mara KE Final -

10
Komen
ISLAM DIHINA ! ! !


Si penghina Yair Netanyahu


Assalmualaikum semua...wahai sahabat-sahabat bloggerku semua mari lah sama-sama kita mengecam tindakan anak PM Israel Menghina Arab dan Islam di Facebook. Mengikut sumber Anak lelaki Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Yair Netanyahu, 19, yang juga seorang jurucakap tentera Israel, ditegur pihak atasannya selepas didapati mengirim ulasan fitnah dan cemuhan ke atas masyarakat Arab dan umat Islam di laman Facebook. 

Akhbar harian Haaretz melaporkan, Yair mengirim ulasan yang menyatakan bahawa umat Islam ‘menyambut kebencian dan kematian.’ Akhbar itu tidak menyatakan bagaimana ia memperoleh akses kepada laman Yair. Di laman sama yang dikirim selepas pejuang Palestin memasuki kawasan penempatan Tebing Barat dan menikam hingga mati lima anggota sebuah keluarga Israel, Yair menulis bahawa ‘keganasan mempunyai satu agama dan ia adalah Islam.’  

OK kalau betol ISlam ni agama penyumbang kepada keganasan ni ape plak tengok gambar ni.

KELUARGA Badwi Palestin memeriksa harta benda selepas tentera Israel memusnahkan kediaman mereka di perkampungan Fasa'il di Lembah Jordan, Tebing Barat.

Kenyataan fitnah yang di buat oleh anak Natanyahu itu menerima kecaman daripada pemimpin Palestin yang sekian lama meragui kenyataan Benjamin Netanyahu bahawa beliau bersedia memberikan hak kepada mereka untuk menubuhkan sebuah negara. 

Marilah kita sama-sama memperjuangkan agama Islam dari Israel laknatullah ini. Takbir ! ! !
ISLAM DIHINA ! ! ! -

1
Komen
Check Keputusan Exam Online- e-Peperiksaan bagi IPG Kampus Kota Bharu




Assalamualaikum semua. Hari ni entry x panjang x pendek cuma nak bagi tau untuk student IPG KAMPUS KOTA BHARU. Perhatian dalam minggu ni keputusan Exam anda akan diumumkan so, anda boleh check keputusan anda secara online dan x payah dah duk berebut-rebut nak tengok keputusan.

Kalau nak check sila tekan sini. masukkan maklumat anda disini.

Masukkan Ic anda dan no password 1234

l
l
l
l
l
v









Check Keputusan Exam Online- e-Peperiksaan bagi IPG Kampus Kota Bharu -

Friday, June 24, 2011

0
Komen
Sepah Juara Maharaja Lawak 2011, Jozan Kalah Lagi.


Setelah 13 minggu kita gelak ketawa dengan rancagan Maharaja Lawak akhirnya keputusan akhir telah diketahui. Sebagai peminat setia Sepah dah agak dah mesti menang punya sepah sebab kumpulan Sepah adalah kumpulan yang maintain dari minggu 1 hingga ke Final.

Peserta Finalis Maharaja Lawak.

Keputusannya : 

1. Sepah – RM 350,000

2. JOZAN – RM 250,000

3. Nabil – RM 150,000

4. Jambu – RM 50,000

Taniah la kepada para peserta Maharaja Lawak yang memberikan kami hiburan dan berbaloilah rancangan diadakan dan berharap pihak Astro dapat meneruskan lagi rancangan sebegini. Pemenang yang paling beruntung sekali ialah nabil sebab dia dapat 
RM 150.000.hihiii...rezeki dia nak buat macam mana..
Sepah Juara Maharaja Lawak 2011, Jozan Kalah Lagi. -

22
Komen
Jom Kenali Loghat Kedah



Assalmualaikum semua...hihii borink haih x tau nak buat natang apa. Untuk entry kali nak habaq mai kat hampa ialah., Kenali Loqart Kedah. chegu nak tanya hampa sapa leh senaraikan 5 loghat kedah yang mana stakat hampa tau. Chegu nak tengok sapa boleh bagi perkataan yang x jarang orang dengaq haaaa....jom tengok sapa yang kena,...hihihi

Stakat la ni chegu snarai  20 loghat kedah.

1 ghe-ngau – cakar
2 se-qheyat - reda/ surut
3 hambat – kejar
4 pe-qhembang - bidik (aim)
5 contiang – lukis
6 ligan – kejar
7 cemuih - bosan/jemu
8 tokak – gigit
9 gey-ghek – basikal
10 gon - cerun (bukit kecil)
11 belemoih - comot/ kotor
12 tetomoih – tersungkor
13 ku-tey – cubit
14 tak dan - tak sempat
15 hebiaq – celupar
16 maneh melecaih - tersangat manis
17 Lincun/lencun – basah
18 lokoih – kuyup
19 kawaq – pencuri
20 kanyaq - mentah (berhingus)



Ha sila la tambah lagi apa yang hampa tau...
Jom Kenali Loghat Kedah -

4
Komen
Jangan salahkan CIKGU saja, Tengok anak sendiri buat apa ! ! !



Assalamualaikum semua....dah lama chegu x buat entry baru...kalau tak setiap hari ada.

Kalau sebut buli kat sekolah zaman sekarang ni pasti semua tahu la. Ada tempat yang tak panggil buli, panggil ganas lagi, ragging. Sebut buli mesti fikir budak asrama. Sebut buli fikir senior buli junior. Budak lelaki selalunya dituduh buli2 ni. kalau kata budak pompuan buli mampos orang nak percaya. Mesti laki yang buat, pompuan kan baik aje kat sekolah.

Hari ini entry chegu ada sedikit marah, geram kesian.Gini cerita dia, tengah dok syok layan FB tiba-tiba ada satu video yang chegu tengok tu, dalam video tu ada video budak sekolah ingat kot gaduh ke ape. Lama-lama tengok muka budak tu macam orang kurang upaya kena buli dalam kelas. Apa lagi naik darah la chegu tengok benda tu. 

Video durasi 3 minit itu adalah rakaman seorang pelajar perempuan sekolah itu dibuli oleh pelajar perempuan lain juga. nangis-nangis budak tu kena buli. nak melawan tak terdaya sebab ramai. rela & redha sahaja apa yang dibuat. Diikatnya, digunting kan rambut nya secara percuma. macam-macam cara buli ni. mengikut kretiviti tukang buli tu. kalau rajin tgk cite perang, rajin membaca makin kreatif la cara buli tu.

Budak perempuan sekarang pon dah jadi ganas. Setanding dengan pelajar lelaki. Dulu lelaki aje yang selalu kata membuli ni. sekarang perempuan juga nak tunjuk bakal.



Mau x marah dah la OKU kena buli dengan budak yang normal teruk kot. Katanya budak2 yang buli tu kena gantung 14 hari ja mana padan dengan tindakan yang dilakukan. Nak tau lebih lanjut chegu ada letakan video kejadian. Kejadian dikatakan berlaku di SMK Raja Abdullah


video

Sama-sama la nilai sendiri. "BILA CIKGU PUKUL BUDAK MAK BAPAK MARAH, SAMAN LA, PUKUL LA, TUKAQ SEKOLAH LA,  TAPI KALAU TAK PUKUL INI LAH YANG JADINYA. "INGAT BUKAN SENGAJA CIKGU PUKUL BUDAK KE, CUBIT KE MARAH KE SEMUA NAK ANAK DIDIKNYA MENJADI MANUSIA"


Jangan salahkan CIKGU saja, Tengok anak sendiri buat apa ! ! ! -

Thursday, June 23, 2011

0
Komen
EDU3109 GURU DAN CABARAN SEMASA - Bab 1 : Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

BAB 1   ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA


1)    Pengenalan;
·      usaha untuk mewujudkan kesatuan dan perpaduan dalam sebuah negara berbilang agama dan budaya merupakan suatu perkara yang mencabar.
·         penekanan kepada perpaduan dalam kepelbagaian dan keterangkuman (inklusif)
·         pastikan kesaksamaan untuk semua,khususnya dalam bidang pendidikan.
·         Pendidikan adalah kepentingan awam dan mempunyai peranan yang  sangat penting untuk memupuk integrasi antara kaum.
·        memerlukan tindakan secara holistik agar masyarakat memperoleh mutu pendidikan yang setara
·    pendidikan adalah bersifat futuristik dalam menghadapi masa depan yang penuh saingan.

2)    INTEGRASI NASIONAL;

·         Akibat keretakan integrasi nasional
·         Perbezaan budaya dan agama
·         Ketidakpuasan hati
·         Kedudukan Geografi

3)    Cabaran mewujudkan satu sistem sosial;

·         Agama dan kebudayaan
·         Dasar Penjajah British
·         Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan
·         Amalan ekonomi yang berlainan
·         Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik

4)    Halangan Integrasi Nasional;

·         Perbezaan budaya dan agama
·         Dasar Penjajahan
·         Sistem Pendidikan
·         Amalan Ekonomi
·         Perbezaan politik


5)    Pupuk Integrasi Nasional Melalui Dasar Pelajaran;

·         Sistem Pendidikan Kebangsaan
·         Agenda Memperkasakan SK
·         Penerapan Nilai
·         Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan
·         Konsep Sekolah Wawasan
·         Aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum
·         Perkasakan bahasa Kebangsaan
·         Pemantapan Aktiviti
·         Pupuk Kefahaman
·         Dasar Pelajaran kebangsaan
-menggunakan sukatan pelajaran,
-buku teks, peperiksaan,
-pakaian seragam,
-sistem latihan guru dan
-bahasa penghantar yang sama

6)    Usaha bagi memastikan matlamat perpaduan kaum dan integrasi nasional terus dipelihara dan diperkukuhkan;

·         melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan
·         menjadikan agenda memperkasakan SK
·       menerapkan nilai jati diri, budi bahasa dan seni budaya dilaksanakan secara sisipan dalam tajuk-tajuk mata pelajaran yang bersesuaian.
·         memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan pada tahun 2003
·         memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan
·   melaksanakan beberapa aktiviti bagi menerapkan semangat patriotisme secara berterusan melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

7)    Pupuk Integrasi Nasional Melalui RIMUP;
·         Modul Aktiviti Kecemerlangan Akademik
·         Modul Aktiviti Kesukanan dan Permainan
·         Modul Aktiviti Kokurikulum
·         Modul Aktiviti Khidmat Masyarakat
·         Modul Aktiviti Meningkatkan Patriotisme


8)    Tindakan KPM Untuk Pupuk Integrasi Nasional;

·         Sekolah sebagai alat perpaduan
·         Sistem persekolahan yang sama
·         Penggunaan Bahasa Melayu
·         Pendedahan kepada nilai
·         Seminar/forum

9)    Penglibatan Komuniti Setempat Untuk Pupuk Integrasi Nasional;

·         Program Permuafakatan Masyarakat
·         Hari Keluarga
·         Acara Kebudayaan
·         Sambutan Perayaan
·         Aktiviti Kokurikulum
·         Bulan Kemerdekaan
·         Lawatan ziarah
·         Bina Insan



10) Melalui aktiviti yang dijalankan tersebut, secara keseluruhannya diharapkan akan dapatmencapai objektif seperti yang berikut;

·         meningkatkan kefahaman pelajar mengenai kepelbagaian kebudayaan masyarakat Malaysia.
·         menimbulkan rasa hormat terhadap kebudayaan dan adat resam pelbagai kaum.
· menanamkan kesedaran bahawa unsur kebudayaan adalah penting untuk menyemarakkan suasana harmoni dan semangat toleransi antara kaum.
·   menyemai dan memupuk nilai-nilai mulia yang dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara pelajar berlainan latar belakang, agama, budaya dan adat resam.


11) PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN;

·         Semua dapat hak yang sama
·         Sekolah dapat kemudahan yang sama
·         Sekolah Wawasan,kongsi kemudahan
·         Sekolah satu aliran
·         Amalan kehidupan
·         Peluang pendidikan yang sama
·         Persamaan hak
·         Peluang yang luas
·         Pembangunan sumber manusia

12) Tumpuan Dalam Pendemokrasian Pendidikan;

·         Basmi buta huruf
·         Pendidikan universal
·         Penyediaan infrastruktur
·         Guru terlatih yang mencukupi
·         Pra sekolah untuk semua

13)  Strategi pelaburan dalam bidang pendidikan
·   Pendidikan asas perlu disediakan kepada semua kanak-kanak dan orang dewasa sesuai dengan sumber yang ada. Dalam jangka masa panjang sistem pendidikan formal dan tidak formal perlu dibangunkan pada setiap peringkat pendidikan.
·  Untuk meningkatkan produktiviti dan memperluaskan ekuiti sosial, peluang pendidikan perlu disediakan tanpa mengira perbezaan jantina, latar belakang etnik dan status sosioekonomi.
·    Sistem pendidikan perlu cuba meningkatkan kecekapan dalaman dalam pengurusan.
·   pengagihan dan penggunaan sumber sedia ada untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan.
·    Pendidikan patut mempunyai kaitan dengan kerja dan persekitaran dalam usaha untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan, pengetahuan dan kemahiran perlu untuk perkembangan ekonomi, sosial dan lain-lain.

14)  Rumusannya: Tumpuan Bank Dunia Dalam Pendidikan
·         Pendidikan asas
·         Pendidikan wajib untuk semua
·         Kecekapan dalam pengurusan
·          Pengagihan sumber
·         Keperluan dengan pasaran kerja


15) Pendidikan Negara
·         Pelbagai peringkat
·         Kurikulum yang sama
·         Penubuhan sekolah agama rakyat
·         Peningkatan bilangan pelajar ke university
·         Pendidikan swasta
·         Pendidikan untuk semua
·         Pengagihan sumber kewangan
·         Pendidikan sawarjagat
·         Pertambahan guru dan bilangan kelas
·         Pendidikan Bertaraf Dunia
·         Pendidikan berterusan
·         Pendemokrasian pendidikan
·         Pendidikan berkualiti

16) TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO;
·           Tonggak Pendidikan UNESCO adalah berdasarkan kepada;
                                I.            pelajar belajar untuk tahu
                              II.            belajar untuk membuat
                            III.            belajar untuk menjadi apa
                            IV.            belajar untuk hidup bersama

17) Kejayaan Sekolah Menurut UNESCO;
·           Pengurus punyai kuasa autonomi
·           Memperkasakan kapasiti
·           Struktur terurus
·           Ukuran prestasi
·           Pemantauan prestasi
·           Kawalan sumber
·           ketelusan


18)  Menurut laporan Unesco (2005), kuasa autonomi bagi menguruskan perjalanan sekolah secara keseluruhannya;
·  pengurusan sekolah mesti mempunyai strategi untuk memperkasa kapasiti dan kepemimpinannya.
·    sekolah perlu mempunyai maklumat tentang prestasinya untuk mengukur kekuatan, kelemahan dan prioritinya.
·         sekolah memerlukan struktur yang terurus dan professional.
·  kerajaan pusat perlu terus memainkan peranan kritikal terutamanya dari segi pemantauan prestasi sekolah.
·         sekolah perlu mengawal sumber-sumber.
·         pengurusan sekolah mesti telus.

19)  Tujuan Tonggak Pendidikan UNESCO;
·         Memenuhi keperluan pembelajaran asas
·         Membentuk wawasan
·         Akses kepada universal
·         Focus terhadap pembelajaran
·         Perluaskan skop
·         Penambahbaikan persekitaran
·         Perkukuhkan perkongsian
·         Pembangunan dasar
·         gerakkan sumber
·         perpaduan antarabangsa

20) Dasar KPM dan kaitannya dengan Tonggak Pendidikan UNESCO;
·         Perkembangkan potensi individu
·          Tingkatkan kreativiti
·         Sistem pendidikan yang cekap
·         Pusat kecemerlangan pendidikan
·         Tingkatkan martabat pendidikan

21) Tujuan KPM untuk membentuk pembangunan insan yang seimbang adalah seperti yang berikut;
·         Memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
·         Meningkatkan kreativiti , inovasi dan budaya ilmu pelajar.
·         Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat.
·         Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia.
·         Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
·          Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa.

22) Pembangunan Modal Insan KPM;
·         Perkembangkan potensi
·         Punyai pelbagai kemahiran
·         Bentuk peribadi
·         Kemahiran berkomunikasi
·         Kemahiran ICT
·         Pembelajaran sepanjang hayat
·         Nilai yang tinggi

23) Cabaran KPM adalah untuk menyediakan generasi muda Malaysia dengan seluas-luas peluang dengan cara;
·         memperkembangkan potensi diri bagi setiap pelajar.
·         melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai kemahiran.
·         membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

24) Pembangunan modal insan juga termasuk melengkapkan diri pelajar dengan;
·         kemahiran komunikasi berkesan.
·         kebolehan menggunakan ICT dengan baik.
·         berfikir secara kreatif dan kritis.
·         mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
·         nilai yang tinggi supaya berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.

25) Pendidikan Berterusan;
·         Institusi diperbanyakkan
·         Bekalkan kemahiran
·         Memenuhi guna tenaga sumber manusia
·         Ahli masyarakat yang berfungsi
·         Pemahaman kritikal
·          Bijak menggunakan masa lapang
·         Belajar sukarela
·         Sedar kepada biografi
·          Merancang kerja
·         Perkembangan bakat
·         Bentuk konsep kendiri

26) Beberapa alasan mengapa trend tersebut wujud dalam kalangan masyarakat;
·     Memberi peluang orang dewasa yang kekurangan pendidikan di peringkat sekolah tinggi untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan supaya dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam masyarakat dan pekerjaan.
·         Memperoleh kemahiran pekerjaan peringkat tinggi.
·     Memperoleh kemahiran yang diperlukan bagi menjadi seorang ahli masyarakat yang berfungsi lebih efisien dan dapat menjadi seorang pengguna yang lebih pintar.
·     Membangunkan pemahaman kritikal daripada masalah-masalah yang wujud dalam masyarakat serta berupaya mengambil bahagian secara aktif dalam masyarakat dengan tujuan mencapai keadilan sosial.
·         Membangunkan sikap menggunakan masa lapang dengan kreatif bagi memperoleh pengetahuan yang diperlukan.
·         Membangunkan sikap belajar secara sukarela.
·  Membantu orang dewasa menjadi lebih sedar pada biografi sendiri dalam hubungannya dengan masyarakat secara keseluruhannya.
·     Membantu orang dewasa dalam merancang kerjaya dan mencapai matlamat yang bererti.
· Membolehkan individu membangunkan kelebihan-kelebihan terpendamdan mempertingkatkan konsep kendiri individu tersebut.

27) Pendidikan Seumur Hidup adalah bertujuan untuk;
·      Menyediakan dan memberi galakan latihan dalam teknologi tinggi dengan memberi penekanan kepada kepelbagaian kemahiran.
· Membangunkan program latihan yang berinovasi bagi memenuhi keperluan pengetahuan dalam industri.
·         Mewujudkan program e-Latihan.
·       Mewujudkan persekitaran yang mesra kepada pembelajaran di semua agensi dalam perkhidmatan awam.
·      Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pendidikan dewasa dan Pendidikan Berterusan.
·   Menggubal polisi bagi menggalakkan penggunaan sekolah, kolej komuniti, masjid, dewan orang ramai dan bangunan awam dan persendiran bagi program Pendidikan Berterusan.
·     Melancarkan Kempen Kebangsaan mengenai kepentingan pendidikan seumur hidup.

28) Rumusannya; Pendidikan Seumur Hidup;
·         Galakan dalam teknologi
·         Pembangunan pgram latihan
·         E-learning
·         Persekitaran yang mesra
·         Penggunaan institusi
·         Kempen di peringkat kebangsaan

29) Globalisasi Dalam Pendidikan;
·         Cabaran globalisasi dalam pendidikan adalah dari segi yang berikut;
·          Keperluan terhadap pembelajaran berterusan.
·         Inovasi dalam pelaksanaan kurikulum
·         Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat.
·         Pengurusan pendidikan.
·          Pembentukan jati diri pelajar.
·         Kualiti guru.

30) Perlu kepada perubahan kurikulum;
·         Antara perubahan yang dapat diperhatikan adalah  seperti yang berikut;
  1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia
  2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar
  3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.
  4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.


31)  Persediaan menghadapi persaingan global iaitu dari segi;
·           Mempunyai budaya pembelajaran sepanjang hayat.
·      Mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa.
·  Meguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian.
·  Bersedia dari segi kognitif untuk tugasan yang kompleks dan mencabar, menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru.
·  Menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan budaya.

32) Kesan Globalisasi Pendidikan;
·           Pembelajaran sepanjang hayat
·            Kebolehan berkomunikasi
·            Kemahiran teknologi
·           Kesediaan kognitif
·           Warganegara bertanggungjawab
33) Cabaran Globalisasi;
·           Kesediaan guru
·           Kurang rasa kepunyaan
·           Pertambahan beban
·           Kekurangan sokongan pengurusan
·            Pengurusan pendidikan
·           Sikap guru
·           Perbezaan tahap pengetahuan
·           Perubahan yang kerap
·           Penggunaan teknologi
·           Pembentukan jati diri
·           Budaya sekolah
·           Perkembangan profesionalisme guru

34) Pembelajaran Berbantu Komputer;
·           Perisian latih tubi
·           Perisian tutorial
·           Perisian simulasi
·           Perisian permainan
·           Perisian penyelesaian masalah

35) Pengurusan Maklumat Sekolah Menurut Rahmad Sukor (2006);
·           Permudahkan urusan
·           Tingkatkan kecekapan
·           Kurangkan beban
·           Jimatkan masa
·           Penempatan pelajar
·           Pengagihan jadual waktu guru dan pelajar
·           Pengagihan sumber
·           Rekod stok dan inventori

36) Perkembangan Profesionalisme Guru;
·           Memimpin perubahan
·           Utamakan daya pengeluaran
·           Perkembangan semasa
·           Perkembangan teknologi
·           Perubahan inovasi

37) Cabaran membentuk Perkembangan Profesionalisme Guru;
·           Berupaya memimpin perubahan di sekolah di mana guru itu bertugas.
·           Mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya.
·           Sentiasa mengikuti peredaran masa.
·           Memahami perkembangan teknologi.
·           Mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea baru dan inovatif

38)  Fuller (1975) dalam kajian perkembangan profesionalisme guru mengkategorikan tingkah laku guru kepada tiga tahap iaitu;
·         Tumpuan Berkaitan Peribadi
·         Tumpuan Berkaitan Tugas
·         Tumpuan Berkaitan Kesan.

39Hall dan Loucks (1978) pula dalam kajian lanjutnya telah memurnikan klasifikasi tumpuan tersebut kepada tahap berikut;
·           Tumpuan Tiada BerkaitanGuru tidak mahu mengambil tahu apa-apa perubahan yang berlaku di sekolah.
·           Tumpuan Berkaitan Peribadi: Guru melihat keupayaan diri sendiri untuk melaksanakan sesuatu tugas terutama dari segi kemahiran dan pengetahuannya. Aspek lain yang diberi tumpuan adalah berkaitan keluarga, kesihatan dan penggunaan masa senggangnya.
·           Tumpuan Berkaitan TugasGuru cenderung untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan sentiasa berusaha menghasilkan yang terbaik terutama dari segi pengajaran dan pembelajaran.
·  Tumpuan Berkaitan Kesan: Guru mempunyai visi yang jelas terhadap peranannya sebagai pendidik secara holistik dalam konteks kemajuan pelajar, kebolehlaksanaan kurikulum dan implikasi kurikulum terhadap kemajuan negara.

40) Impak Globalisasi Kepada Perkembangan Profesionalisme Guru;
·           Berdaya saing
·           Hubungan sumber pendidikan
·           Kemahiran berbahasa
·           Komunikasi rentas budaya
·           Produk dan perkhidmatan
·           Keupayaan nilai antarabangsa
·           Peningkatan bilangan institusi
·           Penyebaran teknologi
·           Cita rasa global

41) Kesan Negatif Globalisasi;
·           Negara lemah ditindas
·           Ketidakadilan perkongsian
·           Pemantauan yang mendalam
·           Permintaan pasaran tenaga kerja
·           Meminggirkan bahasa melayu
·           Terbuka kepada persaingan tidak sihat
·           Pengkomersilan pendidikan
·           Penafian pendemokrasian pendidikan
·           Penghayatan ilmu terhakis

42) Kepelbagaian Budaya; 
·           Perlu keadilan
·           Peluang pendidikan kepada semua
·           Pupuk melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum
·           Program sekolah berkembar

43) Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia (2001), proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut beberapa prinsip yang digariskan. Antaranya adalah seperti yang berikut;
·         Pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan melibatkan pelajar secara aktif.
·   Berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan pelajar.
·         Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.

44)  Kepelbagaian sosio budaya pelajar haruslah ditangani dengan bijak. Oleh yang demikian, berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan untuk menjayakan isi tersebut, antaranya adalah seperti yang berikut;
·   Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.
· Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.
·    Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.
·    Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti kearah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.
·         Memastikan pelantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.
·         Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak.
·  Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.
·         Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan perkembangan semasa.
·    Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.
·       Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman.
·    Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasatermasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.
·         Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.
·  Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil dan Diploma Muadalah (diploma berkembar).

45) Cadangan Tangani Kepelbagaian Sosiobudaya;
·         Sekolah kebangsaan sebagai peneraju
·         Kelayakan pelajar jadi penentuan
·         Pindaan akta
·         Tingkatkan kemudahan
·         Tingkatkan mutu pendidikan guru
·         Peluang latihan
·         Biasiswa kepada yang berkelayakan
·         Kuasai pelbagai bahasa

46) Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK);
·         Suasana lebih kondusif
·         Mudah hasilkan bahan
·         Kepelbagaian media
·         Maklumat pelbagai

47) Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat iaitu;
·  teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi.
·         memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
·  proses berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

48) Perubahan Teknologi Maklumat;
·         Kuasa penggerak
·         Pelaksanaan
·         Pemudahan bertindak
·         Kaedah perubahan
·         Permulaan perubahan

49) Implikasi TMK;
·    penggunaan komputer dalam sistem organisasi yang mampu merubah cara kerja dan penyesuaian pekerja dengan sesuatu tugasan.
·    menjadikan sesuatu keputusan yang ingin dilaksanakan oleh organisasi menjadi lebih terancang dan telus terutama organisasi yang mempunyai maklumat yang banyak dan terdapat perkara kerahsian.
·   mampu untuk mengawal selia dengan lebih terancang dan tersusun tanpa wujud kekhilafan dalam perlaksanaannya.
·    kemampuan sistem komputer yang mempunyai internet dan perkembangan sistem komunikasi juga akan lebih menjurus kearahberkomunikasi secara interpersonal dan bukan secara bersemuka yang lazim dilaksanakan dalam organisasi.

50) Komputer Dalam Pendidikan;
·         Pendidikan jarak Jauh
·         Reformasi dalam pendidikan
·         Mudah beri maklumbalas
·         Sebagai bahan pengajaran pembelajaran
·         Alat komunikasi
·         Memudahkan pemahaman

51) GEJALA SOSIAL;
·         Pengkelasan masalah sosial boleh dipecahkan kepada 3 Bahagian iaitu;
                                          I.            Jenis kesalahan jenayah seperti mencuri basikal, melawan guru, bertumbuk sesama pelajar, berjudi dan mencuri kertas soalan ujian.
                                        II.            Jenis kesalahan gengsterisme seperti menjadi ahli kumpulan geng, mengutip duit ‘pau’ daripada pelajar lain, mencari gaduh dengan kumpulan lain, memaksa kumpulan lain untuk menjadi ahli kumpulan dalam geng dan berkelakuan seperti samseng.
                                      III.            Jenis kesalahan kurang sopan dan biadab seperti menghisap serta menyimpan rokok, mengganggu pelajar perempuan, melawan pengawas, bising dalam bilik darjah, minum serta menyimpan minuman keras, berbohong, berambut panjang, mengeluarkan kata-kata lucah, menonton dan menyimpan filem lucah dan lain-lain.

52) Punca Gejala Sosial;
·         Globalisasi dan modenisasi
·         Keruntuhan institusi keluarga
·         Media-massa
·         ICT
·         Kelemahan undang-undang
·         Sikap remaja
·         Sikap ibu bapa

53) Kesan Negatif;
·         Kepada individu sendiri
·         Menjejaskan Negara
·         Keruntuhan nilai agama

54) Tangani Gejala Sosial;
·         Peranan ibu bapa
·         Peruntukan undang-undang
·         Pendekatan akademik
·         Didikan agama
·         Peranan ahli masyarakat


55) Kesimpulan;
Antara cabaran yang perlu ditangani dan diatasi adalah seperti yang berikut;
·         pemupukan Integrasi Nasional
·         melaksanakan Pendemokrasian Pendidikan
·         menjadikan Tonggak Pendidikan UNESCO sebagai panduan
·         menghadapi Globalisasi Dalam Pendidikan dengan jayanya
·         menangani Kepelbagaian Budaya dengan penuh berhemah
·       menggunakan Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan sepatutnya
·    berjaya mengatasi setiap Gejala Sosial yang berlaku dalam kehidupan masyarakat di negara ini.


BOLEH TERUS DOWNLOAD 


DOCUMENT 

POWER POINT






Guru Dan Cabaran Semasa Bab 1

EDU 3109





EDU3109 GURU DAN CABARAN SEMASA - Bab 1 : Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa -

Arkib Chegu