Pages

Friday, June 24, 2011

Jom Kenali Loghat Kedah



Assalmualaikum semua...hihii borink haih x tau nak buat natang apa. Untuk entry kali nak habaq mai kat hampa ialah., Kenali Loqart Kedah. chegu nak tanya hampa sapa leh senaraikan 5 loghat kedah yang mana stakat hampa tau. Chegu nak tengok sapa boleh bagi perkataan yang x jarang orang dengaq haaaa....jom tengok sapa yang kena,...hihihi

Stakat la ni chegu snarai  20 loghat kedah.

1 ghe-ngau – cakar
2 se-qheyat - reda/ surut
3 hambat – kejar
4 pe-qhembang - bidik (aim)
5 contiang – lukis
6 ligan – kejar
7 cemuih - bosan/jemu
8 tokak – gigit
9 gey-ghek – basikal
10 gon - cerun (bukit kecil)
11 belemoih - comot/ kotor
12 tetomoih – tersungkor
13 ku-tey – cubit
14 tak dan - tak sempat
15 hebiaq – celupar
16 maneh melecaih - tersangat manis
17 Lincun/lencun – basah
18 lokoih – kuyup
19 kawaq – pencuri
20 kanyaq - mentah (berhingus)



Ha sila la tambah lagi apa yang hampa tau...

22 comments:

  1. sentak ketengkoi - taghik mengkarung

    ReplyDelete
  2. patutlah anak saya x faham..berbeza sungguh dgn bahasa nogori 9. dah nak 2 tahun belajar sana, tak tahu lagi loghat kedah...

    ReplyDelete
  3. @himitsu boy

    mak ai....x penah dengaq 1st time ni hahahah

    ReplyDelete
  4. @ct N honey

    hahahaha....banyak lagi....tereya: nagis
    Mereca: merapu....ada g tapi say nk tau dari kamu semua...hhihihi

    ReplyDelete
  5. belemoih
    amboi..camne nak sebut tu hehe

    ReplyDelete
  6. @Terbelog

    hahahaha....be.. le... moih...

    ReplyDelete
  7. mcm mana pun, masa berhubung dgn org, x digalak guna loghat. lbh baik guna bahasa standard. spy mudah fhm. kalau org kelantan, mmg x leh ckp standard. hmm...

    ReplyDelete
  8. Loghat kedah terbaek !! Syg kedah , :)

    ReplyDelete
  9. hehee, cikgu,
    keciwi.. :) Selalu dengaq member dok sebut :>)

    ReplyDelete
  10. @Muhammad Burn

    orang kelantan memang dah susah nak ubah tp chegu suka...cara depa tu kecek..

    ReplyDelete
  11. @Myra Jay

    keciwi/ciwi maksud dia... orang yang baru beli sesuatu barang dia x sanggup nak guna....hihihih...

    ReplyDelete
  12. habaq= bagitahu

    molek= bagus/sopan

    ngeyh3..senang2 jep..kui4

    ReplyDelete
  13. speaking loght kedah pilsz..!!

    ReplyDelete
  14. AnonymousJune 24, 2011

    todia....hahaih.....nak cekau kot mana dalam reba parit ayaq caq ka???hahaha

    ReplyDelete
  15. fuyoo..susah la. xfaham... hee..

    ReplyDelete
  16. @baby

    ha todia.... baru hampa tau...bebuih haih tara nak boleh cakap kedah no....

    ReplyDelete
  17. ha..ha...susahnyer bhasa kedah..adui..xfaham sungguh..hehe... sedang blaja bahasa nogori..=p...
    tapi bhasa kedah kadang2 indah didengar...=)

    salam..jenguk jengah di sni..=)

    ReplyDelete
  18. @misz athiqah

    hhaaa...tau pon walaupun bahasa kedah ni orang kata kasaq tapi best kot...

    ReplyDelete
  19. Terbaik chegu~

    tambah lagi:

    beghetuh - berlanggar

    ghunaih ghupin - ( hatni tatau nak terang camna haha )

    ReplyDelete